CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

Konservatif Yahudi enggan jadi askar

[Copy link]
Post time 5-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Parti agama  dalam kerajaan Israel mahu lelaki Ultra Ortodok tumpu baca Taurat\rBAITULMAQDIS: Parti agama dalam kerajaan Israel tetap menentang sebarang undang-undang baru mewajibkan lelaki ‘Ultra Ortodok’ berkhidmat dalam tentera, pendirian yang mengancam kerajaan gabungan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.\r\n\n\n\n\r  Minggu lalu, Mahkamah Agung Israel menarik balik undang-undang enam dekad yang membantu puluhan ribu lelaki ‘Ultra Ortodok’ mengelak daripada menyertai tentera, sebaliknya melanjutkan pengajian agama dengan dibiayai kerajaan. \r\r\n\n\n\n\n  Undang-undang yang memberi keistimewaan itu mencetuskan kemarahan berleluasa majoriti sekular Israel dan menggalakkan lelaki ‘Ultra Ortodok’ menjadi pelajar sepanjang hayat, meninggalkan keluarga untuk hidup dengan bergantung bantuan kerajaan. \rMenjelang pelaksanaan undang-undang baru pada Julai depan, Netanyahu perlu mencari formula baru yang diterima mahkamah dan parti agama dalam gabungannya. \rNetanyahu berjanji menggantikan ‘Tal Law’ dengan perundangan membenarkan ‘perkongsian beban sama rata.’\rJika tiada undang-undang baru selepas ia tamat pada 31 Julai, kerahan tentera akan berkuat kuasa.\r\n\n\n\rBergantung pada kedua-dua parti sekular dan Ultra Ortodok dalam kerajaannya, Netanyahu berdepan dengan tugas sukar menyediakan sistem baru. \rDalam usaha menunjukkan perpaduan yang jarang berlaku, musuh parti Ultra Orthodoks bertemu pada malam Ahad untuk menyertai mereka menentang sebarang pengubahsuaian yang mendedahkan undian terhadap deraf. \rLelaki Israel perlu menjalani khidmat ketenteraan bermula usia 18 tahun. Tetapi, pemimpin agama Ultra Ortodok percaya pengikutnya perlu menghabiskan masa mempelajari keseluruhan kitab agama itu. \r“Kami tidak akan wujud tanpa Taurat. Kami sedia mati kerananya,” lapor akhbar Haaretz yang memetik penggubal undang-undang Parti Bersatu Taurat Judaism, Moshe Gafni yang merujuk kepada kitab pertama daripada lima kitab Yahudi. \rWalaupun rakan kongsi gabungan Netanyahu tidak mengancam keluar daripada kerajaan, keputusan mahkamah mengancam menjatuhkan kerajaan dengan memaksanya membuat pilihan parti  perlu disokong.\rMenteri Luarnya, Avigdor Lieberman dari parti sekular  Yisrael Beitenu tidak setuju meneruskan undang-undang lama. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053692 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list