Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
19847
View
114
Reply

Kawan nk pinjam kereta... korang bagi x?

[Copy link]

Author: leon_mclaren78       Show all posts   Read mode

Post time 25-12-2013 05:11 AM | Show all posts
kalau takde kereta tak pernah nak minta pinjam kereta melainkan mak pak sendiri. tak reti nak pinjam barang orang dan tak suka. biarlah takde apa asalkan jangan meminta2 atau meminjam2. hidup jelah dgn apa yang ada. kalau takde kereta boleh je naik teksi kan. melalui pengalaman, habit orang meminjam ni akan terus meminjam. dia boleh cakap buat apa nak beli (bazir duit aku), boleh pinjam ko punya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 10:08 AM | Show all posts
NO WAYYY
walau kawan yang ada kereta sendiri nak pinjam kereta i pun, i tak bagi.
lebih rela hantar dia pergi ke mana yg nak dituju.

sebab.. time pinjam kat orang, ha time tula mesti ada yg tak kena.

ada sorang kawan ni, memang kawan rapat la.
nak balik awal pagi lepas subuh dengan kawan dia, berdua la diorang.
si kawan tu memang ada kereta sendiri bagai, everyday drive jugak.
waktu nak balik tu kawan sy mengantuk, so suruh la tolong drive, dia nak tido jap.
tido tido, sekali bangun kat atas katil hospital
kereta tu tinggal rangka je terbakar. nasib baik la tak rentung je mamat dua orang tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 07:27 PM | Show all posts
pastikan anda mempunyai .ALL rider insurances.dia mempuyaoi lesen yg sah..hanya masao terdesak..lagie pun kalao dia dapek menolong ude kemudian harie atau dooh berjasa khat u..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 05:32 PM | Show all posts
aku xsuke meminjam dan xsuke bg pinjam.. tp slalu menumpangkan orang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 06:40 PM | Show all posts
Polish an kedu a tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 09:30 AM | Show all posts
sy pon x brani nak bg org pinjam kete... sbb da ada pengalaman org pinjam kete ayah sy pas tu kena saman n diorg x nak bayar.... diorg kata bukan diorg yg bawak... tp sbnrnyer confirm2 diorg yg bawak sbb ayah sy x der drive smpi ke perak... paling jauh pon johor jer... so nmpk sgt...  last2 ayah byr la saman tu sendiri...

Sy pon ada pengalaman gak org kat opis mintak pinjam kete... tapi ngan muka toya saya tak bagi... yer r time tu baru 1 bulan kot... x sanggup....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 02:43 PM | Show all posts
No wayyy !!! kalau nak pinjam aku ada sekali dalam kereta tu takpe . kalau excident senang sebab aku ada dalam kereta tu sekali .
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 11:51 PM | Show all posts
tengok ah cara dia guna barang ko. kalau dia tak bawa bebaik,tak payah la bagi pinjam.
aku ni manusia yang agak daif dan aku amat bersyukur dengan kawan-kawan aku selama ini yang tak berat hati bagi aku pinjam motor dieorg walaupun time aku baru je tau bawa motor.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 11:05 AM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 5-3-2012 02:06 PM
Kalo keta baru... mmg kompem2 aku x bg sesiapa drive! Yg nk pinjam tu pun x berhagak tgk org bar ...

yezza..klau dia nak pinjam.better ko yg drive..sekurang2nya ko ada sekali..Aku pun mcm tu jugak...xpnh dan tak akan bg org sesuka drive keta aku tanpa aku..aku akan make sure aku ada kt situ..tak kisah la dia nk bw ke ape ke, tp aku msti ada dlm keta tu jugak..

Ada 1 hari tu, kitorg konvoi nk ke kelantan , sbb kawan aku kawin, kira laki bini tu kwn kitorg 1 kelas time belajar. Pastu mmber aku nk pinjam keta aku sbb keta aku ni spesis laju sket dari keta dia. Tp dgn syarat aku tak naik dgn dia..alasan dia takut kekok nk bawa nt..haha tau pun. Tp aku kata tak boleh, klau nak jugak aku kne naik sama dgn dia..last2 dia tak jd pinjam. kahkahkah.

Sepanjang jurney tu, nsb baik aku xbawa keta aku..sbb jalan sana mmg tak elok..keta mmber aku smua alignment dah lari..pastu mmber aku lak ni spesis bawa laju jugak aritu..kitorg 2 keta..aku tumpang kwn aku..sbb perjalanan jauh, mmber2 lelaki je dibenarkan drive. So keta yg aku naik ni mmg tertinggal jauh. Klau la dia pkai keta aku, sah2 lg xnmpk bayang2 diorg..sbb diorg diamanahkan cari jalan.kitorg folow je dari belakang..siap ada insiden nk terlanggar lembu..fuh semangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 02:17 PM | Show all posts

Saya tak akan bagi kawan atau adik beradik pinjam kenderaan2 milik saya walau apapun.

Bukan masaalah kedekut, cuma saya tak nak ada masaalah dibelakang hari spt bergaduh, bermasam muka, dsb hanya disebabkan masaalah pinjam kereta spt:-

Kes mahkamah/polis disebab oleh kemalangan, kecurian, & kes2 jenayah.
Kes yg melibatkan kemalangan langgar-lari atau kemalangan maut,
Kes saman tertunggak sbb speeding & peminjam tak nak mengaku.  (Tak bayar saman, problem nak renew roadtax),
dll.

Memang susah nak kata tak boleh pada rakan2 & saudara mara, tapi bila masaalah dah timbul, menyesalpun dah takde gunanya.

  

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 12:22 AM | Show all posts
bergantung pada keadaan dan siapa peminjam tu, kalau org yg boleh percaya macam adik beradik ok je, kalau kawan pun yg boleh percaya. kang bawa eksiden ke, sayang woo kereta.
tapi kalau kes ko yang kata nak ambik anak sebab hujan dan dia ada moto je, kes toleransi jugak tu, kalau aku pun, aku bagi time tu, tapi kalau situasi lain, kena pikir balik.
kalau nak bagi pun letak syarat, kalau jadi apa2 kat kereta, dia kena tanggungjawab sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 09:25 PM | Show all posts
aku tak suka pinjam keta orang ataupun pinjamkan keta kat orang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 09:37 PM | Show all posts
Depends kwn nak pinjam kereta mana
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 12:41 AM | Show all posts
yang nak meminjam bukan main manis aje mulut bila xdpt bukan main lagi dia maki hamunnya kita...xpe at least xde benda buruk yg tjadikan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 10:06 AM | Show all posts
depends siapa orangnya and kawan yang macam mana. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 12:27 PM | Show all posts
laki..bapak..abang dan adik aku je aku bg pinjam..kalo aku x bagi pun diowg tahu aku letak kunci kereta kat mana..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:50 PM | Show all posts
member aku punya adik pinjam kereta mak. member bayar saman kereta sendiri. tolonglah sekali check untuk kereta mak dia. ada satu saman atas nama keta mak. dia inform adik dia suruh bayar. adik just reply alamak kena saman ke. pastu dia remind suruh pi bayar cepat sebelum naik mahkamah. adik dia senyap je tak reply. hujung hujung check sekarang kereta mak dia masih lagi ada saman tu.

adik dia pakai keta baru kira baru jugaklah. tinggal mak bapak pakai kereta buruk. bila mak dia suruh beli kereta tu and mak dia nak beli lain, dengan sombongnya kata apahal nak beli keta 2nd hand. daripada bayar kat mak lebih baik beli keta baru. dah dekat 2 tahun keja. masih meminjam lagi sampai sekarang.

adik beradik bawah member semua pinjam kereta mak bapak. tak beli keta sendiri. kecuali member tak pernah nak menyusahkan mak bapak.

road tax insurance pun suruh mak bapak settlekan. derang reti pakai keta ja. ada dah kerja dekat 6 tahun, 2 tahun, 1 tahun.  

Last edited by munchkin on 20-3-2014 11:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org nak pinjam kete aku nak wat raya..
Dan dia wat cite sedih dpn aku.
Hal mslh peribadi die n kesusahan idup dia.
Aku kesian..

Tapi pada masa yg sama..aku pikir jgk risiko.eksiden.rosak.etc etc.. Dah la seminggu nak pinjam..dia kata psl aku ada 2 kete..cemana tu ye..aku just wat dono masalah peribadi dia ke apa.aku nak anta dia ke kg die pon jauh jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:08 AM | Show all posts
elok tak yah ler beri pinjam kete tu...dah la seminggu..time raya...jln tgh2 jem nanti panas ke berasap ke kete tu bukanya dia tahu ragam kete kita..papehal nanti jadi gaduh plak..
kecuali  kalau dah ready dgn apa2 bakal risiko.... Pikir sebelum terjadi...menyesal kendian dah tak guna..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 10:42 PM | Show all posts
kalau dekat2 dalam 10-40km bagi jer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 04:22 PM | Show all posts
aku kalau kawan jenis baik btl mmg x berkira pun.. ada masanya aku pun pijam kereta kawan jugak.. kalau x rapat sgt mmg tak la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 01:52 PM | Show all posts
Aku masa xdak keta dulu kan..mmg rasa susah sgt.
Sampai niat dlm hati aku nk tumpangkan org walaupun tak kenal.

Bila dah ada keta, bau kedai lagi.
Aku akan bagi sape2 pun tumpang. Kdg2 aku sendiri yg berhenti, offer.
Mostly pompuan la klau time balik keja.
Nampak dia jln sorang2 tmpt2 bahaya.

Aku bagi pinjam keta kt kwn laki yg nk p solat kt masjid. Pahala jgn ditolak..
Pernah berhenti amek sorang uncle india ni dkt jln yg mmg xdak public tranport. Hantar dia kt bus stand.
Masa tu adik laki aku ada, jd berani la nk tumpangkan dia.

Pernah bagi keta aku kt kwn opis p outstation.
Brg confirm ada la kan yg nk dibawa. Tawakaltullah.

Mmg rasa syg kt harta yg kita beli dgn titik peluh sdiri.
Tp sbb niat aku beli keta pun sbb mmg nk tolong org.
Tolong abg aku yg duk serumah dgn aku time tu. Dia ada anak kecik 2 org. Ada motor je.
Masa tu trfikir, klau anak buah aku sakit..cemana nk bawa p spital.

InshaAllah.
Kalau kita mudahkan urusan org lain. Allah mudahkan urusan kita.
Klau ada rosak semasa dia guna, slow talk lah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 10:10 AM | Show all posts
Dulu pernah la ade orang nak mintak pinjam kete cik...tapi cik xkenal dia, dia kawan kepada kawan cik..dah la nak meminjam tak bagitaw depan2..cuma melalui kawan...cik xbagi la...kalau ckp depan2 pn cik xkan bagi sbb bukan cik kenal dia pn...hehehe..

Suami cik pulak kawan tempat keje dia nak cari kete sebab nak balik beraya kampung tahun lepas...nak guna kereta dalam 2-3 hari...cik cadang la bagi pinjam kete suami, sebab jarang guna, selalu guna kete cik jek...suami cik cepat2 geleng kepala, sebab katanya bini kawan dia tu oversize sangat, nanti relai kete dia tgh jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:36 PM | Show all posts
Pernah tinggal kereta dekat office sebab masa tu nak pergi Kedah dgn kawan. Kunci aku bagi abg driver dekat office. Aku ckp kat dia, ko nak pakai, pakai lah bang. Dia mmg pakai, siap cuci keta lagi. Tapi dia cuci sendiri lah.

Setakat budak2 office nak pinjam, aku ok je kasi pinjam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:50 AM | Show all posts
bagi pinjam kereta utk dia amik anak dia kat sekolah

mulia hati ko dik.. jangan berkira sangat.. sok sok allah balas lebih lagi rezeki kat ko

aku tak kisah org pinjam kereta. kat opis kalau aku terasa nk  makan apa apa.. aku bg je kunci kereta kat staff suruh guna pi beli benda yg aku nak makan..

kdg2 kawan opis pinjam nak pi klinik ke mesyuarat ke kalau kereta opis x de.. aku ok je.. lain lain kali dorg plak bantu aku..

kalau eksiden ke calar ke.. claim ajelah.. dorg bayar rezeki ko.. tak bayar..  rezeki dorg.. simple je.. jangan complicated sgt hidup ko ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.065367s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list