CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8338|Reply: 17

PERJANJIAN LAMA MALAYSIA & TM

[Copy link]
Post time 5-3-2012 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!



SELAMAT DATANG KE PERJANJIAN LAMA MALAYSIA & TANAH MELAYU


Penafian : Pandangan dan pendapat yang dikemukakan di forum dan link-link yang berkaitan bagi thread ini bukanlah dari pandangan peribadi saya dan saya tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana bahagian di dalam thread ini terhadap apa-apa kelakuan dan tindak balas yang akan dicetuskan oleh para forummers yang lain terhadap satu sama lain.

Setiap forummers yang masuk ke thread ini hendaklah menghormati pandangan masing-masing dan tidak menimbulkan sebarang sensitiviti yang boleh dianggap sebagai menghina,mengutuk dan menyentuh perkara-perkara berkaitan.Para forummers juga diharapkan akan dapat sama-sama menyumbangkan pendapat dan pemahaman yang berbentuk ilmiah.Objektif pembukaan thread ini adalah untuk kita mengenang kembali sejarah lama dan sama-sama mengambil iktibar serta mengubah persepektif kita terhadap sesuatu isu dengan lebih positif..

Pihak moderator Cari Forum di bod neyh berhak dan boleh sama sekali mencantas kredit mana2 forummers yang didapati melanggar peraturan postingan dekat Cari Forum neyh..Pihak mod jugak berhak untuk menyekat/mengedit/memadam mana-mana postingan yang dirasakan sudah melanggar peraturan dan mengandungi unsur-unsur yang mengganggu gugat peribadi,perseorangan,kumpulan,entiti dan masyarakat yang berkaitan serta dirasakan tidak berkaitan sama sekali dengan objektif pembukaan thread ini.Saya juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya mod cantas kredit korang..



YANG PERTAMA SEKALI...

PENYERAHAN PEMERINTAHAN SARAWAK OLEH PANGERAN MUDA HASHIM , 1841
(RUJUKAN MAXWELL & GIBSON 1924, M/S 184-185)

Perjanjian ini dibuat pada hari Rabu , tiga puluh hari bulan Rejab tahun Hijriah satu ribu dua ratus lima puluh tujuh pada pukul dua belas menunjukkan bahawa dengan suci hati dan penuh kejujuran PANGERAN MUDA HASSIM putera Al-Marhum Sultan Muhammad dengan ini menyerahkan hasil dan segala tanggungjawab masa depan Pemerintahan Sarawak bersama dengan wilayah tanggungannya, kepada JAMES BROOKE Esquire.Selanjutnya, dia,James Brooke Esquire adalah pemunya tunggal hasil negeri dan dia sahajalah yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan awam yang diperlukan demi kebaikan Sarawak.

Seterusnya,James Brooke Esquire dengan suci hati dan dengan penuh kejujuran menerima Perjanjian ini seperti yang ditetapkan dan selanjutnya mengaku janji dari tarikh ini akan membayar kepada Sultan Brunei satu ribu dolar, kepada Pangeran Muda satu ribu dolar , kepada Petinggi tiga ratus dolar , kepada Bandar satu ratus lima puluh dolar dan kepada Temenggung satu ratus dolar.
Seterusnya, James Brooke Esquire mengaku janji bahawa undang-undang dan adat resam orang Melayu Sarawak akan dihormati selama-lamanya kerana Negeri Sarawak hingga sekarang ini tertakluk kepada pemerintahan Sultan Brunei , Pangeran Muda dan Raja-Raja Melayu.

Seterusnya,jika timbul apa-apa honar sama ada di dalam atau di luar Negeri Sarawak yang boleh memudaratkan kepentingannya ,sama ada yang disebabkan oleh rakyat atau putera raja mahupun raja yang bermusuhan dengan  Sarawak,maka Sultan dan adinda Baginda,(iaitu) Pangeran Muda hendaklah mengesahkan James Brooke Esquire sebagai Raja Sarawak yang dilantik secara sah dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana orang lain.

Seterusnya,Pangeran Muda dan James Brooke Esquire mengikat Kontrak ini dan Pangeran bersetuju melepaskan semua aktiviti selanjutnya dalam Pemerintahan Sarawak kecuali sebagaimana yang boleh dijalankan olehnya dengan izin James Brooke Esquire dan apa-apa yang dilakukan oleh mereka secara berasingan atau secara individu berkaitan dengan Pemerintahan Sarawak mestilah menurut syarat Perjanjian ini.

Ditulis di Sarawak pada malam Jumaat , dua hari bulan Syawal 1257 pada pukul sepuluh.




TRANSFER BY PANGERAN MUDA HASSIM OF THE GOVERNMENT OF SARAWAK 1841

This Agreement made in the year of the Prophet one thousand two hundred and fifty-seven at twelve o’clock on Wednesday the thirtieth day of the month of Rejab showeth that with a pure heart and high integrity PANGERAN MUDA HASSIM son of the late Sultan Muhammad hereby transfers to JAMES BROOKE Esquire the Government of Sarawak together with the dependencies thereof its revenues and all its future responsibilities. Moreover he James Brooke Esquire shall be the sole owner of its revenues and will be alone responsible for the public expenditure necessary for the good of Sarawak.

Moreover James Brooke Esquire acting with the same integrity and pureness of heart accepts This Agreement as set forth and further undertakes from the date hereof to pay the Sultan of Brunei one thousand dollars to Pangeran Muda one thousand dollars to the Pettinggi three hundred dollars to the Bandar one hundred and fifty dollars and to the Temenggung one hundred dollars.

Moreover James Brooke Esquire undertakes that the laws and customs of the Malays of Sarawak shall for ever be respected since the the country of Sarawak has hitherto been subject to the government of the Sultan of Brunei the Pangeran Muda and Malayan rajas.
Moreover should intrigues arise either within or without the State of Sarawak detrimental to its interests whether caused by peoples or princes or rulers who may be inimical to Sarawak the Sultan and his brother the Pangeran Muda shall uphold James Brooke Esquire as the lawfully appointed Ruler of Sarawak subject to no interference by any other person.

Moreover the Pangeran Muda and James Brooke Esquire do themselves make this Contract and the Pangeran agrees to relinquish all further activities in the Government of Sarawak except such as may be carried out by the consent of James Brooke Esquire and anything which they may severally or individually do in regard to the Government of Sarawak must be in accordance with the terms of this Agreement.

Written in Sarawak on the night of Friday the second day of Shaaban 1257 at ten o’clock


Apa pendapat anda..Maaf kalau perkara sebegininya menjemukan anda semua yang dah otai tentang Sejarah...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2012 04:59 PM | Show all posts
YANG KEDUANYA....

PEMASYHURAN PAHANG 1889
(RUJUKAN MAXWELL & GIBSON 1924,M/S 70)

Meterai Sultan
Ahmad Muazam Shah

           Beta,Sultan Ahmad Muazam Shah , putera Al-Marhum Sultan Ali , yang menduduki takhta Kerajaan Pahang serta segala wilayah tanggungannya , dengan ini mengisytiharkan dan memasyhurkan bahawa beta telah memberi titah perintah kuasa kepada putera sulung beta Tunku Mahmud , dan bahawasanya beta mula merasa beban usia tua dan kegeringan yang menimpa beta , dan dengan demikian beta ingin berundur daripada memerintah Kerajaan beta dan setelah dipertimbang halus-halus beta telah menetapkan hati dan mengesahkan bahawa putera beta itu akan menjadi wakil beta dalam perundingan dengan Residen British bagi memperbuat undang-undang dan mengeluarkan peraturan yang berhubung dengan segala perkara berkaitan  pentadbiran Kerajaan , dan beta mengakui bahawa segala tindakan putera beta itu dalam mentadbir hal-ehwal negeri adalah seolah-olah beta yang tadbir sendiri.

           Dan selanjutnya beta telah memberi titah perintah yang mengurniakan kepada putera beta itu kuasa sepenuhnya dan selengkap-lengkapnya supaya semua Pembesar dan Penghulu beta mesti mematuhi sepenuh-penuhnya apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh putera beta itu,kerana dalam setiap halnya perintah itu adalah perintah beta jua.

           Dibuat pada 22 hari bulan Julai 1889.




PROCLAMATION OF PAHANG 1889

Seal of Sultan
Ahmad Muatham Shah

              We SULTAN AHMAD MUATHAM SHAH , son of the deceased ALI , to whom belongs the throne of the Kingdom of Pahang with all its dependencies hereby declare and proclaim that we have granted a Titah of authority to our eldest son MAHMUD , and whereas we feel the burden of increasing age and infirmities and wish to retire from the cares of Government we with judgement and (after) full deliberation have established and confirmed our said son as our representative , in consultation with the British Resident to enact laws and issue regulations with reference to all matters concerning the administration of Government , and we acknowledge all his acts in settling State affairs as if they were our own.

               And further we have granted a Titah to our said son , conferring on him full and complete authority , so that all our Chiefs and Headmen must absolutely obey whatever commands are issued by him, since they are in every respect the same as our own.

               Written on the 22nd July,1889



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 05:01 PM | Show all posts
YANG KETIGANYA...

PERJANJIAN ANTARA GABENOR NEGERI-NEGERI SELAT YANG BERTINDAK BAGI PIHAK KERAJAAN DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA QUEEN DAN UNDANG LUAK-LUAK YANG SELEPAS INI DINAMAKAN NEGERI SEMBILAN , 1895
(RUJUKAN MAXWELL & GIBSON 1924 , M/S : 64-65)

Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak bertulis , maka Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol,Sungai Ujong,Jelebu,Rembau dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah naungan Kerajaan British.

2.Undang Luak-Luak yang tersebut di atas , dengan ini bersetuju membentuk sebuah Negeri gabungan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan ,dan mereka berhasrat memperoleh bantuan seorang Residen British dalam mentadbir Kerajaan gabungan tersebut dan mereka mengaku janji mematuhi nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam.

3.Maka hendaklah difahami bahawa perkiraan sebagaimana yang dipersetujui kini tidaklah bermakna bahawa mana-mana Undang akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa lain berkaitan mana-mana Luak lain,selain Luak yang dimilikinya kini.

Pada menyaksikannya maka Gabenor Leftenan Kolonel Sir Charles Bullen Hugh Mitchell,G.C.M.G. dan Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol,Sungai Ujong,Jelebu,Rembau dan Tampin telah menandatangani Perjanjian ini yang bertarikh 8 hari bulan Ogos tahun Masihi satu ribu lapan ratus Sembilan puluh lima bersamaan dengan 16 hari bulan Safar tahun Hijriah satu ribu tiga ratus dua belas.





AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNOR OF THE STRAITS SETTLEMENTS ACTING ON BEHALF OF HER MAJESTY’S GOVERNMENT AND THE RULERS OF CERTAIN MALAY STATES HEREINAFTER CALLED THE NEGRI SEMBILAN

In confirmation of various previous written and unwritten agreements the Yam Tuan Besar of Sri Menanti together with the Ruler of Johol,The Rulers of Sungei Ujong,Jelebu,Rembau,and Tampin hereby severally place themselves and their States under the protection of the British Government.

2.The above-mentioned Rulers of the respective States hereby agree to constitute their countries into a confederation of States to be known as the Negri Sembilan , and they desire that they may have the assistance of a British Resident in the administration of the Government of the said confederation and they undertake to follow his advice in all matters of administration other than those touching the Mohammadan religion.

3.It is to be understood that such arrangement as is now agreed upon does not imply that any Ruler should exercise any other power or authority in respect of any State than that which he now possesses.

In witness whereof the said Governor Lieutenant-Colonel Sir Charles Bullen Hugh Mithcell,G.C.M.G. and the said Yam Tuan Besar of Sri Menanti together with the Ruler of Johol,and the Rulers of Sungei Ujong,Jelebu,Rembau and Tampin have signed this agreement dated the 8th day of August the year of Christ one thousand eight hundred and ninety-five answering to the sixteenth day of Safar the year of the Hedjira one thousand three hundred and twelve.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 05:03 PM | Show all posts
YANG KEEMPAT....

PERSETIAAN PERSEKUTUAN 1895
(RUJUKAN ARKIB NEGARA MALAYSIA)

PERJANJIAN antara Gabenor Negeri-negeri Selat ,yang bertindak bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Maharani India dengan Raja-raja Negeri Melayu yang berikut :-    iaitu Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan.

1.Sebagai mengesahkan pelbagai Perjanjian terdahulu ,maka Sultan Perak,Sultan Selangor,Sultan Pahang dan Pembesar-Pembesar  Negeri-negeri yang membentuk wilayah yang dikenali sebagai Negeri Sembilan,dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Negeri mereka di bawah naungan Kerajaan British.
2.Raja-raja dan Pembesar-pembesar masing-masing bagi Negeri-negeri yang dinamakan di atas, dengan ini bersetuju membentuk negeri-negeri mereka dalam sebuah Persekutuan , dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Naungan , yang ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British.

3.Maka hendaklah difahami bahawa Perkiraan yang dengan ini dipersetujui tidak bermaksud bahawa mana-mana seorang Raja atau Pembesar akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa berkaitan dengan mana-mana Negeri selain yang kini dimilikinya di Negeri yang dia diiktiraf sebagai Raja atau Pembesar.

4.Raja-raja yang dinamakan di atas bersetuju untuk menerima seorang Pegawai British , bergelar Residen Jeneral, sebagai ejen dan wakil Kerajaan British di bawah Gabenor Negeri-negeri Selat.Mereka mengaku janji menyediakan untuknya tempat penginapan yang sesuai , memberi gaji seperti mana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen , dan mengikuti nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam.Pelantikan Residen Jeneral  tidak akan menjejaskan kewajipan Raja-raja Melayu terhadap Residen British yang sedia ada atau yang dilantik selepas ini bagi menyandang jawatan di Negeri-negeri Naungan yang tersebut di atas.

5.Raja-raja yang dinamakan di atas juga bersetuju memberi kepada Negeri-negeri dalam Persekutuan yang memerlukan apa-apa bantuan berupa tenaga manusia , wang atau lain-lainnya sebagaimana yang dinasihati oleh Kerajaan British , melalui pegawainya yang dilantik dengan sewajarnya ; dan mereka selanjutnya mengaku janji bahawa sekiranya tercetus perang antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan mana-mana kuasa yang lain , mereka atas permintaan Gabenor , akan menghantar sepasukan askar India yang lengkap bersenjata untuk berkhidmat di Negeri-Negeri Selat.

Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini yang bertujuan menyekat apa-apa kuasa atau wibawa yang kini dipegang oleh mana-mana Raja Negeri yang dinamakan di atas di Negeri masing-masing ,dan ia juga tidak mengubah hubungan sedia ada antara mana-mana Negeri yang dinamakan dengan Empayar British.

Perjanjian di atas telah ditandatangani dan dimeterai oleh Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar pelbagai Negeri yang tersebut di bawah pada bulan Julai 1895 :

Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris , Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad , Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad, Sultan Pahang
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah,Yam Tuan Besar Sri Menanti
Dato’ Haji Ahmad , Dato’ Bandar Sungai Ujong
Dato’ Ato , Dato’ Undang Johol
Dato’ Syed Ali bin Syed Zain , Dato’ Undang Jelebu
Dato’ Serun bin Sidin , Dato’ Undang Rembau
Tengku Dewa Tampin



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 05:05 PM | Show all posts
PEMASYHURAN SELANGOR 1875
(RUJUKAN MAXWELL & GIBSON 1924 ,M/S 36)

Oleh Tuan Yang Terutama Kolonel Sir Andrew Clarke ,R.E.,C.B.,K.C.,K.C.M.G.,Gabenor dan Panglima Besar Negeri-negeri Selat dan Laksamana Madya Negeri-negeri itu.

         Ketahuilah oleh sekalian manusia bahawa Sultan Abdul Samad ,Pemerintah Selangor , Klang,Langat,Bernam dan Lukut serta wilayah tanggungannya dengan hasrat mewujudkan Kerajaan yang lebih baik di negeri Baginda , telah meminta pada kami seorang Pegawai Inggeris bagi membantu Baginda membuka dan memerintah negeri Baginda , dan atas permintaan Baginda itu ,kami telah menghantar dua orang pegawai , iaitu Tuan Davidson bagi menetap di Klang dan Tuan Swettenham bagi menetap di Langat ,untuk membantu menjalankan kerja-kerja ini ,khususnya melindungi nyawa dan harta benda penduduk dan pedagang di Selangor dan Wilayah-wilayahnya.Maka dengan yang demikian , Sultan Selangor telah mengeluarkan suatu Pemasyhuran bertarikh 21 hari bulan Syaaban tahun Hijriah 1291 , yang mengundang para saudagar dan orang lain mencari rezeki di negeri Baginda , dan kami menyokong Pemasyhuran itu sepenuh-penuhnya dan pegawai kami yang tersebut di atas akan membantu semua orang yang baik-baik yang pergi ke Selangor dan Wilayah-wilayahnya ,sama ada untuk menetap atau berdagang di sana.

         Dengan Perintah Tuan Yang Terutama,

                                                                                                                                          T.BRADDELL,
                                                                                                                                          Setiausaha Tanah Jajahan.
                                                                                                            
Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan,
    Singapura,25 hari bulan Januari 1875.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 05:11 PM | Show all posts
YANG KEENAM...

PERSETIAAN DENGAN SULTAN KEDAH , 1791

Pada 16 hari bulan Syaaban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

    Bahawasanya pada hari inti tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang ,wakil Syarikat Inggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah , dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri , untuk hidup aman damai di laut dan di darat , supaya berkekalan selagi matahari dan bulan bercahaya : Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut :-

    Perkara I

    Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun , selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

    Perkara II

    Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang , dan kapal Syarikat , boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau dikenakan apa-apa cukai.

                                                                           
   Perkara III

    Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang , atau dari Pulau Pinang ke Kedah ,hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.

    Perkara IV

    Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka , dari Kedah ke Pulau Pinang , atau dari Pulai Pinang ke Kedah ,jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada pemiutang mereka.

    Perkara V

    Baginda Yang di=Pertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dari mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri baginda.

    Perkara VI

    Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Perkara VII

Semua orang yang melakukan pembunuhan , yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang , atau dari Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.

Perkara VII

Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga

Perkara IX

Baginda Yang di-Pertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

                      Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat , dan keamanan diwujudkan antara Baginda Yang di-Pertuan dengan Syarikat Inggeris.Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.

                     Persetiaan ini dibuat akan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad,Tunku Alang Ibrahim dan Dato Penggawa Talibon ,wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang di-Pertuan , dan diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang , wakil bagi Syarikat Inggeris.Dalam perjanjian ini, mana-mana pihak yang menyimpang daripada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan memusnahkannya :tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.

                      Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim , dan Dato Penggawa Talibon , diperturunkan pada Perjanjian ini ,dengan tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.

Ditandatangan,dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis , Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791.

                                                                                                                                                 (Tandatangan) F.LIGHT




TREATY WITH THE KING OF QUEDAH, 1791

In the Hegira of our Prophet , 1205,year Dalakir, on the 16th of Moon Saban, on the day Ahat.


Whereas, on this date, this writing showeth that the Governor of Pulo Penang , vakeel of the English Company,concluded peace and friendship with His Highness , lang de per Tuan of Quedah , and all his great officers and ryots of the two countries, to live in peace by sea and land, to continue as long as the Sun and Moon give light; the Articles of Agreements are :-


Article I


The English Company will give to His Highness , the lang de per Tuan of Quedah , six thousand Spanish Dollars every year, for as long as the English shall continue in possession of Pulo Penang.


Article II


His Highness the lang de per Tuan agrees that all kinds of provisions , wanted for Pulo Penang , the ships of war,and the Company's ships , may be bought at Quedah , without impediment, or being subject to any Duty.


Article III

All slaves running from Quedah to Pulo Penang , or from Pulo Penang to Quedah , shall be returned to their owners.


Article IV

All persons in debt running from their creditors , from Quedah to Pulo Penang , or from Pulo Penang to Quedah , if they do not pay theirs debts, their persons shall be delivered over to their creditors.


Article V

The lang de per Tuan will not allow Europeans of any other nation to settle to any part of his country.

Article VI

The Company shall not receive any persons committing high treason or rebellion against the lang de per Tuan.

Article VII

All persons committing murder , running drom Quedah to Pulo Penang , or from Pulo Penang to Quedah , shall be apprehended and returned in bonds.

Article VIII

All persons stealing chops (forgery) to be given up likewise.

Article IX

All persons , enemies to the English Company ,the lang de per Tuan shall not supply them with provisions.

           These nine Articles are settled and concluded , and peace is made between the lang de per Tuan and the English Company :Quedah and Pulo Penang shall be as one Country.

           This done and completed by Toonkoo Sheriff Mahomed,the Toonkoo Allang Ibrahim, and Datoo Penggawa Tilebone, vakeels , on the part of lang de per Tuan , and given to the Governor of Pulo Penang ,vakeel for the English Company.In this Agreement, whoever departs from any parts herein written, God will punish and destroy ; to him shall be no health.

           The seals of Sheriff Mahomed and Toonkoo Allang Ibrahim, and Datoo Pengawa Tilebone ; are put to this writing , with each person's hand writing.

            Transcribed by Hakim Bunder, Pulau Pinang.

             Signed, sealed and executed , in Fort Cornwallis, on Prince of Wale's Island,this 1st day of May, in the year of Our Lord 1791.


(Signed) F.LIGHT.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2012 05:19 PM | Show all posts
YANG KETUJUH...

PERSETIAAN DENGAN NANING , 1801

PERSETIAAN DENGAN NANING , 1801
PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH
DI MELAKA, LEFTENAN KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING.

Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor , Gabenor dan Komandan Melaka , untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St.George dengan Raja Merah Kapitan Penghulu, dll..yang bernama Dol Said;dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim, yang bergelar Orang Kaya ;Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil dan Maharaja Ankaia bergelar Sumuna ; dan Maulana Garang , Menteri dan Pembesar Naning dan kampung-kampung di sekililingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan berikrar mematuhi Perkara-perkara berikut :-


Perkara I

Kapitan , atau Penghulu,Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama dan bagi pihak seluruh masyarakat Naning , untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam Majlis di Kota Saint George yang tersebut di atas,dan demikian juga kepada Gabenor dan Komandan Bandar dan Kota ini,serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik di bawah mereka dan tambahan pula,mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh taat setia kepada Pihak Berkuasa British , sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang taat setia, tanpa bersama-sama atau secara berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung ;dan Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan dengan seketat-ketatnya , dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan dengan negara lain yang boleh memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.

Perkara II

Jika mana-mana orang di Naning ,anak Minangkabau dan anak Melayu , melanggar kandungan Kontrak ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar hendaklah, apabila diminta oleh Gabenor , menyerahkan mereka bagi dihukum sebagaimana sepatutnya.

Perkara III

Penghulu , Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau , dan juga Melayu ,adalah terikat untuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan mereka kepada Syarikat Hindia Timur , tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin, Syarikat tersebut telah memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri , setiap tahun , atau mengarahkan salah seorang pembesarnya supaya datang ke Melaka , bagi memberi penghormatan kepada Syarikat ,dan, sebagai tanda taat setia mereka , mereka hendaklah menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak setengah koyan padi (400 gantang)

Perkara IV

Penduduk Naning , apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka , hendaklah menyerahkan kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu , yang ditandatangan dan dicapmeterainya ; dan begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke Naning , diarahkan supaya menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana , yang ditandatangani (atas perintah Kerajaan) oleh Syahbandar : jika tidak , kedua-dua pihak wajib menghantar balik orang yang berkenaan itu ; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang dikehendaki , mereka akan dibenarkan tinggal di Naning dan di kampung-kampung bersebelahan dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam sirih , dll...dengan syarat mereka berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana yang diamalkan penduduk lain.

Perkara V

Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti, Sungai Ujong, Rembau ,dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning , hendaklah dengan serta-merta dihantar dan diserahkan kepada Syarikat , di mana mereka akan menerima sebanyak 44 Dolar Rix tunai, dibayar dengan wang Rupee Surat , bagi setiap bahara 300 kati.

Perkara VI

Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada Syarikat , jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan , dengan dibayar harga 12 Dolar Rix sebahara.

Perkara VII

Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau berdagang dengan mana-mana negeri pedalaman , tetapi hendaklah membawa barang-barang mereka menghilir Sungai Melaka , dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk menggunakan mana-mana laluan atau cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana-mana negeri pedalaman di Sungai Penajis, jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara VIII

Penghulu dan Pembesar berjanji , atas nama Masyarakat Naning , bahawa bilamana Pembesar Yang Memerintah berundur daripada memerintah , atau apa-apa geruh menimpa mereka, Penghulu dan Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang daripada anggota keluarga mereka yang terdekat dan paling berkelayakan , kepada Gabenor Melaka, bagi menjadi penggantinya ; tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu akan sentiasa dipersetujui Gabenor ; sebaliknya adalah menjadi pilihan Gabenor melantik sesiapa yang difikirkannya patut dilantik.

Perkara IX

Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia , atau kepunyaan penduduk Melaka , yang mencari perlindungan di Naning , atau di kampung-kampung atau di tempat-tempat di sekelilingnya , maka Penghulu , Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang dikecualikan) adalah terikat bagi menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu dengan serta-merta , (atau) orang pelarian itu boleh diserahkan kepada tuan mereka dan tuntutan sebanyak 10 Dollar Rix, tidak lebih daripada itu, boleh dituntut daripada tuannya sebagai hadiah.

Perkara X

Mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian , maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu,mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik Kerajaan.

Perkara XI

Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragam Kristian atau orang biasa dari melaka kepada orang Islam atau orang Pagan , sama ada dengan kerelaaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka , lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam , nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara XII

Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar , dan Penghulu serta Pembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat , bahawa mereka akan serta-merta memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua hamba yang lari yang berada di Naning atau di tempat-tempat lain.

Perkara XIII

Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran , atas nama masyarakat Naning , bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang ditetapkan dalam Perkara-perkara ini , dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur , supaya hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu.

      Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini , maka saya dengan ini menurunkan tandatangan saya.

      Dibuat dan diikrarkan di bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801.


                                                                                                                         (Tandatangan)A.TAYLOR.   


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 05:20 PM | Show all posts
YANG KELAPAN...

    PERJANJIAN SIR STAMFORD RAFFLES 1819

    Dato' Temenggung Seri Maharaja Abdul Rahman Raja Singapura yang memerintah negeri Singapura dan sekalian tukun pulau mana yang di dalam perintahnya Singapura di dalam dia punya nama sendiri dan di dalam nama Seri Sultan Hussein Muhammad Shah Raja Johor dengan Seri Paduka Thomas Stamford Raffles Leftenan Gabenor Bangkaulu serta dengan segala daerahnya wakil Seri Maharaja Gabenor Jeneral di Bengal Yang Maha Mulia.

          Maka dari sebab lama bersahabat dan berdagangan perniagaan antara Kompeni Inggeris dengan negeri-negeri daerah yang di bawah perintah negeri Singapura Johor itulah baik dibakikan pekerjaan yang patut tiada boleh putus selama-lamanya.

         PERKARA YANG PERTAMA.Maka boleh Kompeni Inggeris membaki loji akan penduduk di Singapura atau lain-lain tempat yang di bawah perintah Singapura Johor.

         PERKARA YANG KEDUA.Maka dari sebab itu Kompeni Inggeris berjanji pelihara Datuk Temenggung Seri Maharaja.

         PERKARA YANG KETIGA.Dari hal tanah kompeni mahu baki loji penduduk Kompeni boleh kasi pada satu tahun kepada Datuk Temenggung Seri Maharaja tiga ribu rial.

         PERKARA YANG KEEMPAT.Maka Datuk Temenggung ada perjanjian selama-lamanya yang kompeni Inggeris boleh duduk dan pelihara seperti janji ini tiada ia boleh masuk bicara atau lepas masuk di dalamdaerahnya pada segala bangsa yang lain daripada bangsa Inggeris.

         PERKARA YANG KELIMA.Maka apabila datang Seri Sultan yang di jalan sampai di sini boleh habiskan segala perkara-perkara hal perjanjian ini dan tetapi baiklah Kompeni Inggeris boleh pilih satu tempat mahu dinaikkan bala tenteranya dengan alat perkakasnya dan menaikkan bendera Kompeni Inggeris maka dari itu diturunkan tandatangan dan cap kita di dalam kertas ini tatkala diperbuat surat ini kepada empat hari bulan Rabiul Akhir 1233.


       cap dan tandatangan...
      


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 05:22 PM | Show all posts
PEMASYHURAN SELANGOR 1875
(RUJUKAN MAXWELL & GIBSON 1924 ,M/S 36)

Oleh Tuan Yang Terutama Kolonel Sir Andrew Clarke ,R.E.,C.B.,K.C.,K.C.M.G.,Gabenor dan Panglima Besar Negeri-negeri Selat dan Laksamana Madya Negeri-negeri itu.

         Ketahuilah oleh sekalian manusia bahawa Sultan Abdul Samad ,Pemerintah Selangor , Klang,Langat,Bernam dan Lukut serta wilayah tanggungannya dengan hasrat mewujudkan Kerajaan yang lebih baik di negeri Baginda , telah meminta pada kami seorang Pegawai Inggeris bagi membantu Baginda membuka dan memerintah negeri Baginda , dan atas permintaan Baginda itu ,kami telah menghantar dua orang pegawai , iaitu Tuan Davidson bagi menetap di Klang dan Tuan Swettenham bagi menetap di Langat ,untuk membantu menjalankan kerja-kerja ini ,khususnya melindungi nyawa dan harta benda penduduk dan pedagang di Selangor dan Wilayah-wilayahnya.Maka dengan yang demikian , Sultan Selangor telah mengeluarkan suatu Pemasyhuran bertarikh 21 hari bulan Syaaban tahun Hijriah 1291 , yang mengundang para saudagar dan orang lain mencari rezeki di negeri Baginda , dan kami menyokong Pemasyhuran itu sepenuh-penuhnya dan pegawai kami yang tersebut di atas akan membantu semua orang yang baik-baik yang pergi ke Selangor dan Wilayah-wilayahnya ,sama ada untuk menetap atau berdagang di sana.

         Dengan Perintah Tuan Yang Terutama,

                                                                                                                                          T.BRADDELL,
                                                                                                                                          Setiausaha Tanah Jajahan.
                                                                                                            
Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan,
    Singapura,25 hari bulan Januari 1875.
selerakampung Post at 5-3-2012 17:05



    Meluat aku rasa dengan Sultan tua bangka ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 06:08 PM | Show all posts
Meluat aku rasa dengan Sultan tua bangka ni


tujuan menyampuk? pergi thread borak yerrr..hahahahahahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 08:44 AM | Show all posts
YANG KESEPULUH..

PERJANJIAN ANTARA GREAT BRITAIN DENGAN SIAM, 1909
DiTANDATANGANI DI BANGKOK,10 HARI BULAN MAC 1909
(RATIFIKASI DIBUAT DI LONDON, 9 HARI BULAN JULAI 1909)
(RUJUKAN MAXWELL & GIBSON 1924, M/S 50-52)


Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland dan Dominion British di seberang laut, Maharaja India, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam berhasrat untuk menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul yang menjejaskan kekuasaan masing-masing, telah membuat keputusan untuk mengikat suatu Perjanjian , dan bagi maksud ini, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing :

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain melantik Ralph Paget, Esquire, Utusan Khas Baginda dan Menteri Wakil Penuh Kerajaan, dll.;

Duli Yang Maha Mulia Raja Siam melantik Duli Yang Teramat Mulia Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Hal- Ehwal Luar dll,; yang, setelah menyampaikan Kuasa Wakil masing-masing dan mendapati segala-galanya baik dan sewajarnya , telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut : -

Perkara I

Penyerahan Kelantan, Terengganu,Kedah,Perlis dan Pulau-pulau Bersebelahan kepada Great Britain

Kerajaan Siam menyerah kepada Kerajaan British segala hak dan apa-apa jua kekuasaan, naungan, pentadbiran, dan kawalan yang dimilikinya ke atas Negeri-negeri Kelantan, Terengganu,Kedah,Perlis dan pulau-pulau bersebelahan.Sempadan wilayah-wilayah ini ditentukan melalui Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Perkara II

Tarikh Penyerahan

Penyerahan yang diperuntukkan dalam Perkara terdahulu ini hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari selepas raktifikasi Perjanjian ini.

Perkara III

Persempadanan Sempadan Inggeris-Siam

Suatu Suruhanjaya Bercampur , terdiri daripada kakitangan dan pegawai Siam dan British , hendaklah dilantik dalam tempoh enam bulan selepas tarikh raktifikasi Perjanjian ini, dan hendaklah dipertanggungjawabkan bagi persempadanan sempadan yang baru.Kerja Suruhanjaya itu hendaklah dimulakan secepat mungkin ,sesuai dengan musim, dan hendaklah dijalankan menurut Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam yang tinggal dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I yang berhasrat mengekalkan kerakyatan Siam mereka akan, dalam tempoh enambulan selepas ratifikasi Perjanjian ini, dibenarkan berbuat demikian jika mereka berdomisil di wilayah kekuasaan Siam.Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa mereka itu adalah bebas untuk mengekalkan harta tak alih mereka dalamwilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Maka adalah difahami bahawa, menurut resam biasa di mana pertukaran kekuasaan berlaku, apa-apa Konsesi dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I Perjanjian ini kepada individu atau Syarikat , yang diberikan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Siam , dan diiktirafnya sebagai masih lagi berkuat kuasa pada tarikh penandatanganan Persetiaan ini akan diiktiraf oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.

Perkara IV

Hutan Awam Wilayah Yang Diserahkan

Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan membayar segala hutang yang ada kepada Kerajaan Siam bagi wilayah-wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Perkara V

Penghapusan Bidang Kuasa Konsul di Siam

Bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa Siam yang ditubuhkan di bawah Perkara VIII Perjanjian bertarikh 3 hari bulan September 1883, hendaklah, di bawah syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa yang dilampirkan bersama-sama ini diperluaskan suapaya meliputi semua rakyat British di Negeri Siam yang berdaftar di Pejabat Konsul British sebelum tarikh Perjanjian ini.

Sistem ini hendaklah ditamatkan, dan bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa ini hendaklah dipindahkan kepada Mahkamah Siam yang biasa selepas perisytiharan dan permulaan kuat kuasa kanun Siam, iaitu Kanun Jenayah,Kanun Sivil dan Perdagangan,Kanun Tatacara dan Undang-undang bagi penubuhan Mahkamah.

Semua rakyat British lain yang ada di Negeri Siam hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Siam yang biasa di bawah syarat-syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa.

Perkara VI

Hak terhadap Harta,Kediaman dan Perjalanan,Cukai,dll.Layanan Negara - Pengecualian daripada Perkhidmatan Tentera,Pinjaman Paksa,dll.

Rakyat British di seluruh Negeri Siam boleh menikmati hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh anak watan negeri itu, terutamanya hak terhadap harta, hak kediaman dan perjalanan.

Mereka dan harta mereka hendaklah tertakluk kepada segala cukai dan perkhidmatan, tetapi ini semua tidak boleh berbeza atau lebih tinggi daripada cukai danperkhidmatan yang boleh dikenakan oleh undang-undang terhadap rakyat Siam.Maka adalah difahami secara khusus bahawa batasan dalam Perjanjian bertarikh 20 hari bulan September 1900, di mana percukaian tanah tidak boleh melebihi tanah yang serupa di Hilir Burma, kini dibatalkan.

Rakyat British di Siam hendaklah dikecualikan daripada segala perkhidmatan tentera, sama ada dalam angkatan darat atau laut, daripada segala pinjaman paksa atau tuntutan atau sumbangan ketenteraan.

Perkara VII

Pengesahan Perjanjian Lama

Peruntukan segala Perjanjian,Persetujuan,dan Konvensyen antara Great Britain dengan Siam, yang tidak diubah suai oleh Perjanjian ini, hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

Perkara VII

Ratifikasi

Perjanjian ini hendaklah diratifikasikan dalam tempoh empat bulan dari tarikhnya.

Pada yang menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing telah menandatangani Perjanjian ini dan mengecap padanya meterai masing-masing.

Dibuat di Bangkok, dalam dua salinan, pada 10 hari bulan Mac 1909

(T.T) RALPH PAGET

(T.T) DEVAWONGSE VAROPRAKAR




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 08:50 AM | Show all posts
Reply 11# selerakampung

Pada yang menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing telah menandatangani Perjanjian ini dan mengecap padanya meterai masing-masing.

Dibuat di Bangkok, dalam dua salinan, pada 10 hari bulan Mac 1909

(T.T) RALPH PAGET

(T.T) DEVAWONGSE VAROPRAKAR



Ada sesiapa yang boleh terangkan lebih lanjut tentang Devawongse Varoprakar neyh tak?

Yang saya dapat,dia neyh putera Raja kepada Raja Mongkut yang ke-42 dan menjadi Menteri Hal-Ehwal Luar di bawah pemerintahan Raja Chulanglongkorn,abang dia kan?

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 09:45 AM | Show all posts
alamak...sy buta bab sejarah nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 01:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by selerakampung at 6-3-2012 13:56

PERJANJIAN LAMA INDONESIA


PERJANJIAN BONGAYA TAHUN 1666 (PERJANJIAN ANTARA SULTAN HASANUDDIN DAN VOC DI INDONESIA)

Perkara 1

VOC
(Verenigde Oostindische Compagnie) berhak memonopoli di Makasar (Goa-Tallo)

Perkara II

  Belanda berhak mendirikan benteng di Makasar (Benteng Rotterdam)

Perkara III

  Makasar/Gowa harus melepaskan daerah jajahannya (Bone dan Sumbawa)

Perkara IV

  Aru Palaka diakui sebagai Raja Bone.

Perkara V

  Kerajaan Makasar (Goa-Tallo) diperkecil dari sebelum perjanjian, hanya meliputi Gowa

Perkara VI

  Semua Bangsa Asing di usir dari Makasar, kecuali VOC
(Verenigde Oostindische Compagnie)

Perkara VII

7. Makasar (Goa-Tallo) harus membayar perbelanjaan perang



SOALAN SAYA :

P/S : Saya ingin membuat perbincangan di sini mengenai Aru Palaka.Siapakah Aru Palaka (Arung Palakka La Tenri Tatta Petta Malampee Gemme’na)yang sebenarnya?Boleh sesiapa yang arif atau "pinter" untuk memberitahu saya dan membuka mata semua di sini?Dan mengapakah Aru Palaka dikatakan sebagai seorang susuk peribadi yang dicop sebagai seorang pengkhianat dalam lembaran sejarah?Sedangkan di Bone,Aru Palaka dianggap sebagai seorang wirawan?Saya yakin rakan-rakan dari Indonesia lebih mengenali beliau (Aru Palaka) dan (Sultan Hasanuddin) berbanding saya..

Sumber yang saya dapat menyatakan bahawa Aru Palaka dan 400 orang pengikutnya sempat mendapat pertolongan dan suaka di Buton .Aru Palaka juga telah membawa lari tuan puteri iaitu anak kepada Raja Gowa yang bernama I Mangkau
Daeng Talele ke Buton.Kemudiannya,mereka telah berlayar ke Batavia bagi mendapatkan bantuan Belanda dan seterusnya membantu Cornelis Speelman yang telah berada dalam perjalanan untuk menyerang Goa.Hasil kerjasama di antara Aru Palaka dengan pihak Belanda , mereka telah mengalahkan Sultan Hassanuddin a.k.a Ayam Jantan dari Timur .

Setelah Peperangan Makassar dan Perjanjian Bongaya, Raja Goa tidak menjadi pemerintah utama di peringkat atasan kerana pemerintahan kerajaan Goa di ambil alih oleh Aru Pallaka dan Speelman.Kerajaan Goa yang wujud setelah itu pun berada dalam keadaan yang kurang menyenangkan.Manakala,hubungan di antara Bone-Belanda teramatlah baik.Aru Pallaka juga bertindak bijak dengan tidak menjadi kerajaan bawahan naungan Belanda dan mempunyai hubungan yang teramat kuat dengan Belanda (VOC).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 02:25 PM | Show all posts
PERJANJIAN LAMA INDONESIA

PERJANJIAN JEPARA SEPTEMBER 1677

Perkara kandungan :

Sultan Amangkurat II Raja Mataram haruslah menyerahkan pesisir Utara Jawa sekiranya VOC berjaya mengalahkan pemberontakan yang dijalankan oleh Trunojoyo a.k.a Raden Trunajaya.


Adipati Anom (Raja Muda) , anak kepada Sultan Amangkurat I Raja Mataram telah dinobatkan menjadi Amangkurat II, dan Mataram secara rasmi menandatangani persekutuan dengan VOC untuk melawan Trunojoyo.Persekutuan ini dikenal dengan nama Perjanjian Jepara (September 1677) yang isinya Sultan Amangkurat II Raja Mataram harus menyerahkan pesisir Utara Jawa jika VOC membantu memenangkan terhadap pemberontakan Trunojoyo.

Raden Trunajaya a.k.a Trunojoyo adalah orang yang bertanggungjawab menjarah kerajaan Mataram.Raden Trunajaya juga pada asalnya membantu Amangkurat II Sultan Mataram yang pada ketika itu bergelar Adipati Anom(Raja Muda) untuk membuat kekecohan ke atas pemerintahan Amangkurat I Sultan Mataram yang bertindak memerintah kerajaan Mataram dengan sesuka hatinya dan tidak mengendahkan pendapat Amangkurat II Sultan Mataram yang ketika itu bergelar Adipati Anom(Raja Muda).

Sehinggalah Raden Trunajaya yang berasal dari darah bangsawan Madura itu berpaling tadah terhadap Amangkurat II Sultan Mataram dan telah mengakibatkan pemberontakan yang terbesar di istana kerajaan Mataram di Plered pada 2 Julai 1677.Raden Trunajaya dan pasukan pemberontakannya yang berpusat di Kediri telah menjarah kerajaan Mataram dengan rakus.Amangkurat II Sultan Mataram yang ketika itu masih bergelar Adipati Anom memilih untuk melarikan diri ke arah barat bersama-sama bapanya,Amangkurat I Sultan Mataram.Pemberontakan Trunajaya juga telah tidak dapat dihalang lagi oleh pihak Mataram kerana keganasannya.Raden Trunajaya berhasil mencipta ketumbukan pemberontak yang kuat yang begitu benci dengan penjajahan Mataram.

Amangkurat I Sultan Mataram telah mewasiatkan kepada Amangkurat II Sultan Mataram untuk memohon bantuan VOC untuk menamatkan penjarahan Trunajaya dan mendapatkan kembali takhta kebanggaan kerajaan Mataram islam.Amangkurat I Sultan Mataram telah meninggal dunia di Tegal Arum dan oleh sebab itulah susunan keturunannya digelar Sunan Tegal Arum.

Trunojoyo yang setelah kemenangannya bergelar Panembahan Maduretno, kemudian mendirikan pemerintahannya sendiri. Saat itu hampir seluruh wilayah pesisir Jawa sudah jatuh ke tangan Trunajaya, meskipun wilayah pedalaman masih banyak yang setia kepada Mataram. VOC sendiri pernah berusaha dengan menawarkan perdamaian, dan meminta Trunojoyo agar datang secara pribadi ke
benteng VOC di Danareja. Trunojoyo menolak tawaran tersebut.

Setelah usaha perdamaian tidak mendatangkan kejayaannya yang diinginkan, VOC di bawah pimpinan Cornelis Speelman akhirnya memusatkan kekuatannnya
untuk menaklukkan perlawanan Trunojoyo. Di laut, VOC mengerahkan pasukan Bugis di bawah pimpinan Aru Palakka dari Bone untuk membantu peperangan laut melawan pasukan Karaeng Galesong; dan mengerahkan pasukan Maluku di bawah pimpinan
Kapitan Jonker untuk melakukan serangan darat besar-besaran bersama pasukan Amangkurat II.

Pada April 1677, Speelman bersama pasukan VOC berangkat untuk menyerang Surabaya dan berhasil menguasainya. Speelman yang memimpin pasukan gabungan berkekuatan sekitar 1.500 orang berhasil terus mendesak Trunojoyo. Benteng Trunojoyo sedikit demi sedikit dapat dikuasai oleh VOC. Akhirnya Trunojoyo dapat dikepung, dan menyerah di lereng Gunung Kelud pada tanggal 27 Desember 1679 kepada Kapitan Jonker. Trunojoyo kemudian diserahkan kepada Amangkurat II yang berada di Payak, Bantul. Pada 2 Januari 1680,Amangkurat II menghukum mati Trunojoyo.

Dengan pengakhiran pemberontakan Trunojoyo, Amangkurat II memindah keraton Mataram yang sudah rosak teruk itu ke Kartasura. Mataram berhutang perbelanjaan peperangan yang sangat banyak kepada VOC, sehingga akhirnya kota-kota pelabuhan di pesisir utara Jawa diserahkan sebagai bayarannya kepada VOC. Cakraningrat II juga diangkat kembali oleh VOC sebagai penguasa di Madura,
dan sejak saat itu VOC pun terlibat dalam penentuan kejayaaan dan kekuasaan di Madura.



Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 12:56 AM | Show all posts
Alhamdulillah sehingga sekarang kita hidup aman damai...


Kumpulan Ruffedge
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2012 10:19 AM | Show all posts
Selamanya.....selamanya.....selamanya......Harimau Malaya.....Selamanya....selamanya.......Selamanyaaa......Negaraku Malaysia......{:4_181:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 03:05 PM | Show all posts
Boleyh sesiapa terangkan siapakah :

1) DEVAWONGSE VAROPRAKAR
2) Aru Palaka (Arung Palakka La Tenri Tatta Petta Malampee Gemme’na)

Saya harapkan penerangan yang bersejarah..


Saya harap ada yang dapat terangkan lebih lanjut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.143142 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list