CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

Dipecat selepas bedah hidung

[Copy link]
Post time 7-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ahli parlimen Mesir didapati bersalah buat pembedahan plastikKAHERAH: Seorang ahli parlimen parti Islam paling konservatif di Mesir meletak jawatan di parlimen kerana menipu selepas menjalani pembedahan hidung, mendakwa kecederaan di wajahnya yang berbalut adalah akibat dipukul selepas keretanya dilarikan. \n\n\n\nAnwar al-Balkimy yang mewakili parti Al-Nour, manakala anggotanya dikenali sebagai Salafi yang terkenal tegas dalam mematuhi ajaran  Islam yang melarang pembedahan kosmetik kerana ia mengubah ciptaan Allah.\n\n\n\n\nParti itu berkata kelmarin bahawa al-Balkimy  sudah meletak jawatan dan Al-Nour dipaksa mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf yang memalukan parti itu.“Berikutan insiden yang amat dikesali membabitkan ahli parlimen parti Al-Nour, Anwar al-Balkimy, ketua parti, Emad Abdel-Ghafour, pergi ke hospital dengan sepasukan anggota parti untuk menyoal  beliau,” katanya. Parti menambah bahawa ia mendapati dakwaan serangan ke atasnya tidak benar.Jurucakap Al-Nour, Nader Bakar dipetik dalam laman rasmi kumpulan itu di Facebook berkata al-Balkimy dipecat daripada parti.“Berdasarkan apa yang dikatakan pihak berkuasa hospital, kami memutuskan memecatnya daripada parti. Beliau sudah  menghantar surat peletakan jawatannya,” kata Bakar, menambah bahawa al-Balkimy memohon maaf.“Kami cuba membawa nilai sosial baru dalam politik berdasarkan prinsip Islam,” beliau menambah. “Al-Balkimy mungkin mengalami gangguan emosi.”Media tempatan sejak beberapa hari lalu menyiarkan gambar al-Balkimy yang berbalut teruk sehingga hanya mata, mulut dan dagu berjambang kelihatan.Media Mesir melaporkan, al-Balkimy mendaftar masuk di sebuah hospital di sini 28 Februari lalu untuk menjalani pembedahan plastik pada hidungnya manakala pada hari berikutnya beliau mendaftar di hospital kedua, di mana doktor  berkata beliau mendakwa  dipukul dan dirompak.  – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058235 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list