CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyridz

VOL1 Kisah Cinta Agung Fasha & Jejai - Sila ke VOL2 utk sambungan

     Close [Copy link]
Post time 8-3-2012 11:08 PM | Show all posts
apa apalah pasah oiii...janji ko bahagia..jgn lepas ni  ko tgh tersuyut2 bawak perot..di bagi nya talak kat ko..cam ND dulu..
haaa sapa ko nak salahkan..ND jugakk..weng..weng..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 11:13 PM | Show all posts
babyridz Post at 8-3-2012 18:05


Ye ke???Atau sebaliknya....FS melamar baru sekarang Jejai terima....

Trend giler  babas sekarang pre wed cam dah nikah
Alang2 buat nikah betul, pastu pre wed lah nak peluk comolot bagai
Tayang masa majlis bersanding nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 11:55 PM | Show all posts
baju cam same kat paper kat BH jek...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 01:08 AM | Show all posts
Enggan Terhutang Budi, Fasha Sandha Tolak Tajaan Kahwin

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Fasha bakal bernikah dengan Jejai pada 7 April depan.

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengambil pendekatan untuk tidak terhutang budi dengan mana-mana pihak apabila enggan menerima sebarang tajaan bagi majlis perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang dirancang pada bulan depan.

Fasha berkata, segala kelengkapan perkahwinan termasuk empat persalinan busana untuk majlis itu akan dibayar sendiri oleh bakal suaminya yang sejak awal-awal lagi memaklumkan agar tidak mengharapkan penaja.

"Saya dan bakal suami tidak akan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak kerana bakal suami ingin mengeluarkan sendiri wangnya untuk majlis kami nanti.

"Tambahan pula kami tidak mahu terhutang budi dengan mereka yang ingin berbuat demikian dan biarlah apa yang ada nanti datang daripada hasil titik peluh kami berdua," ujarnya kepada mStar Online.

Fasha ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Inspirasiku TV3 di sini pada Khamis.

Tambahnya, dia dan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai juga tidak mengimpikan sebarang majlis besar-besaran tetapi hanya berpuas hati dengan acara secara sederhana.

"Saya tidak mengimpikan gelaran weeding of the year sebaliknya berpuas hati dengan majlis sederhana kerana lebih mudah untuk menyapa dan bertemu dengan tetamu.

"Sebarang sidang akhbar juga tidak akan diadakan untuk hebahan mengenai perkahwinan ini kerana menghormati permintaan bakal suami," ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia dan Jejai yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu akan bernikah di rumah pasangan tersebut di Ampang, dekat sini.

Fasha berkata, pada hari tersebut turut diadakan resepsi pertama bagi meraikan hari bahagia mereka sebelum mengadakan dua lagi majlis di Perlis dan di sebuah destinasi yang masih dirahsiakan lokasinya untuk kenalan terdekat.

Bagaimanapun pelakon itu masih enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.

"Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan sekali gus selepas akad nikah di rumah yang dibelikan oleh Jejai kepada saya dan dua acara lagi menyusul di Perlis dan sebuah lokasi luar Malaysia untuk kenalan terdekat.

"Tarikh untuk tiga acara itu tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini tunggulah selepas kad kahwin diedarkan," katanya.

Sementara itu, Fasha memberitahu persiapan perkahwinannya masih berjalan dan tidak mengkhususkan sebarang tema untuk hari bahagianya itu nanti.

Fasha memberitahu, cuma majlis di Perlis bersama-sama ahli keluarganya akan berkonsepkan tradisional atas keinginannya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Fasha memberitahu dia dan bakal suaminya akan berbulan madu di Pulau Redang selepas perkahwinan mereka dan mengakui menerima lamaran Jejai selepas kali kedua lelaki itu berbuat demikian.

Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada 2006 tetapi hubungan mereka hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal Ramli yang kini berusia lebih dua tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 01:24 AM | Show all posts
Reply 184# maxim


    nek asl honeymoon kat pulau redang kawenyer kat bali .. kan bangang name nye uw..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 03:34 AM | Show all posts
tak tahu kenapa meluat tengok dan baca propa minah neh , tapi aku suka lakunan dia dalam setengah2 d ...
Kiesh Post at 8-3-2012 10:33 PM



   sama la n0ks...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2012 04:56 AM | Show all posts
baguslah dah nak kawin. doakan semoga berkekalan sehingga ke hujung nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 07:05 AM | Show all posts
Tak minat langsung FS. Tapi kalau nak kawen bagus lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2012 08:25 AM | Show all posts
ahahhaha.. kawin beria gi luar negara.. alih2 honeymoon kat redang.. alang2 dah kawin luarnegara terusla gi honeymoon kat sana.. apeke bangangnye kome oiii..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 08:26 AM | Show all posts
Eh... semenggah pulak aku tgk Jejai ni... Ke mata aku yg kero?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 08:29 AM | Show all posts
Perlu ke nak ckp tak nak terhutang budi? Sure sentap those yg nak seponser tu. she could hv just said bakal suami nak tanggung semua perbelanjaan perkahwinan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 08:36 AM | Show all posts
akad nikah kt rumah yang jejai belikan...  np xbt kt umah/kg belah ppuan?? pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 08:41 AM | Show all posts
hahaha mcm2 hal lah ko fasha oi
mentang2 ABP dh dekat kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 08:50 AM | Show all posts
akad nikah kt rumah yang jejai belikan...  np xbt kt umah/kg belah ppuan?? pelik2
amyainsamad Post at 9-3-2012 08:36



    tah kan....pas2 gigih nk buat majlis repsis kt perlis kg dia plak

majlis jejai kt bali plak (mak/pak jejai dh restu blm tiba2 bt jauh dr mesia )

honeymoon kt plu redang
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 08:51 AM | Show all posts
patutlah sibuk sgt buat persiapan, macam2 rancangan, Kl, Perelih, Bali......honeymoon, Seychelles???
cmf_blingblings Post at 8-3-2012 18:04


bulan madu kt redang je nokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 08:51 AM | Show all posts
Walaupun x minat perangai Fasha & Jejai.. tapi kecantikkan Fasha ni mmg x boleh dinafikan..., sempurna dan indah ciptaan tuhan.

Doakan jelah diorg bahagia ke akhir hayat sbb jodoh diorg kuat. dah berapa kali on and off..masing2 pun ada jugak cuba nasib dengan pasangan lain.. tapi akhirnya jodoh itu ditakdirkan utk mereka.. niat yg baik tu kita doakanlah moga dirahmati... dah selepas ni, masing2 cuba utk memperbaiki akhlak dan kehidupan mereka.

kita pun nak org doakan yg baik2 utk kita kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2012 08:58 AM | Show all posts
hahaha mcm2 hal lah ko fasha oi
mentang2 ABP dh dekat kan
pipigebu Post at 9-3-2012 08:41



    Fasha KEMAROK sangat ke nak dapat gelaran bintang ABP macam
    ND, Nelopak, Fazura dll tu?????........
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 09:09 AM | Show all posts
gigih punyalah detail bakal pengantin pompuan cite hal nikah, resepsi, umah free bagai, honeymoon... bakal pengantin lelaki tak de mulut ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 09:28 AM | Show all posts
Perlu ke nak ckp tak nak terhutang budi? Sure sentap those yg nak seponser tu. she could hv just sai ...
smurfet Post at 9-3-2012 08:29



    PERLU!!!!........Kalo akulah, aku cakap sekali TAK PERLU TAJA terutama mutiara
    murahan RAFFLESIA. Kami bukan sengkek macam sesetengah retis........
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 09:43 AM | Show all posts
Fasha KEMAROK sangat ke nak dapat gelaran bintang ABP macam
    ND, Nelopak, Fazura dll t ...
NAT_11 Post at 9-3-2012 08:58

Ciknon dah jawap .......
Aku nak tau gak, apa impak maksima cerita kawin, personal  Orwatever tu ngan ABP???????
Ada kah, sejarah kejayaan ABP sblm ni berdasarkan kontraversy semata????? Walau tanpa bakat???
Kalau berdasarkan itu, betapa law class anugerah camni
Tapi mengapakah masih diulang2,, disebut2?
Menyengat sgt kah kontraversy fasha???
Nak juga bukti tuduhan yg dah ribuan Kali aku baca kat mana2 thread, especially thread Fasha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.086792 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list