CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

Jepun perlu dekati semula ASEAN

[Copy link]
Post time 8-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tokoh saran Tokyo ikut Beijing, Washington, New Delhi perluas hubungan\rKUALA LUMPUR: Jepun mengakui pengaruhnya dalam ASEAN berkurangan ketika pertubuhan serantau itu memperluas hubungannya dengan China, India dan Amerika Syarikat.\r\n\n\n\n\r   Dua faktor utama menyumbang kepada keadaan itu ialah ekonomi Jepun yang ‘terus beku’ selain keadaan politik negara Matahari Terbit itu, kata Felo Penyelidikan Kanan Institut Kebangsaan bagi Kajian Pertahanan Jepun (NIDS), Dr Tomotaka Shoji, di sini semalam.\r\r\n\n\n\n\n   “Jepun patut menggerakkan semula hubungannya dengan rakannya dalam ASEAN dengan memperbanyak program dengan pertubuhan Asia Tenggara itu.\r“Pada masa ini, China bergerak lebih aktif untuk memperkukuh hubungannya dengan Asean. Ekonomi China juga terus berkembang,” katanya ketika memberi pandangan mengenai peranan Jepun dalam ASEAN dalam Persidangan Meja Bulat Malaysia-Indonesia/Thailand/Vietnam ke arah Memperkukuh Dasar Serantau dan ‘Asean - Bergerak ke Depan’ di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dengan Kumpulan Kajian Dasar Luar (FPSG), semalam.\rTurut hadir ialah Pengerusi FPSG, Tan Sri Razali Ismail; Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang; Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia, Datuk Hamidon Ali; Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Kuala Lumpur, Masood Khalid dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Kuala Lumpur, Jane Duke.\rShoji berkata, pengaruh Jepun semakin kurang di Asia Tenggara sejak 80-an dan 90-an disebabkan dua faktor berkenaan selain perubahan dasar China dan Amerika serta India untuk lebih aktif di rantau ini.\r\n\n\n\r“China memperluas usaha sama dari segi ekonomi dan tentera selain menjadi rakan dagang terbesar ASEAN manakala Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai dasar baru negaranya memandang ke rantau Asia.\r“Begitu juga India yang turut sama mendalami hubungan dengan ASEAN,” katanya.\rOleh itu, Jepun perlu menggerakkan hubungan baru dengan rantau Asia Tenggara termasuk dalam aspek kemanusiaan dan keselamatan.\rBeliau menyarankan pembabitan Jepun dalam menghadapi isu keselamatan di kawasan Mindanao, Filipina atau membantu ASEAN menangani kegiatan lanun di Selat Melaka.\r“Kerjasama pertahanan itu tidak terhad dan mungkin ada baiknya jika dapat membentuk satu pusat perkongsian maklumat serantau,” katanya.\rMengulas kehadiran tentera Amerika di sebelah sini, Shoji berkata, kemunculan askar negara itu boleh menjaga keselamatan aktiviti perdagangan dan aspek lain di perairan serantau.\rMerujuk kepada kebimbangan kesan kehadiran askar Amerika dalam isu Laut China Selatan, Shoji menyarankan negara yang membuat tuntutan mahupun yang tidak ada tuntutan bekerjasama dalam memastikan keamanan bersama.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.473443 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list