CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Tender kutip sampah diseleweng

[Copy link]
Post time 8-3-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
CASSA terima 30 aduan, desak kerajaan PKR Selangor bekukan   kontrak\rSHAH ALAM: Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) semalam mendesak kerajaan pakatan pembangkang Selangor membekukan tawaran kontrak membabitkan tender mengutip sampah sementara persatuan itu menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam pembahagian kontrak.\r\n\n\n\n\r  Presidennya, Datuk Dr Jacob George, berkata CASSA menerima lebih 30 aduan daripada orang awam dan kontraktor yang mendakwa proses tender bagi kutipan sampah sudah diseleweng dan dipercayai berlaku rasuah.\r\r\n\n\n\n\n  Jacob berkata, beliau menerima banyak laporan mendakwa syarikat yang dipilih tidak mempunyai kelayakan dari segi kemudahan, peralatan, pekerja dan kewangan.\r\"Hari ini (semalam) kita buat laporan polis sebab kita kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang langsung tidak mahu ambil peduli dengan aduan kita. Apabila kita mahu jumpa kerajaan negeri untuk selesaikan masalah ini, mereka beri pelbagai alasan seperti mahu mengelak.\r\"Kita dapat aduan syarikat yang tiada pengalaman, kemampuan dan kemudahan mendapat kontrak tetapi permohonan syarikat yang lebih berkelayakan, ditolak. Di manakah keadilan dalam pentadbiran Selangor,\" katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.\rBeliau berkata, pihaknya menerima maklumat syarikat yang tidak berkelayakan itu mengalibabakan kontrak berkenaan kepada syarikat lebih berpengalaman dengan harga yang lebih rendah.\r\n\n\n\rSelain itu, katanya, pihaknya turut dimaklumkan mengenai pemberian tiga kontrak membabitkan tiga zon kepada sebuah syarikat oleh sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini walaupun satu kontrak sebenarnya hanya diperuntukkan untuk satu zon saja.\r\"Apabila saya membawa perkara ini terus kepada pemimpin negeri berkenaan, mereka meminta saya menghubungi hotline yang dikendalikan kakitangan sokongan yang mungkin tidak tahu isu ini.\r\"Saya harap pihak berkuasa dapat melakukan satu siasatan menyeluruh berhubung isu ini agar rakyat tidak terus tertipu dengan sandiwara politik mereka,\" katanya.\rPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu, ketika mengumumkan kerajaan PKR  Selangor tidak lagi menyertai skim penswastaan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) tahun lalu mendakwa langkah itu bakal menyelamatkan RM100 juta setahun.\rEXCO daripada DAP itu berkata, kontraktor tidak perlu bimbang kerana PBT akan terus menggunakan perkhidmatan mereka walaupun bertukar pentadbiran.\rKerajaan PKR Selangor mengambil alih tugas perkhidmatan pungutan sampah selepas kontrak Alam Flora ditamatkan Oktober tahun lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061262 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list