CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7608|Reply: 66

Mya Bakal Rakam Semula Lagu 'Matahari'

[Copy link]
Post time 11-3-2012 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Mya Bakal Rakam Semula Lagu 'Matahari'





Maya menukar ejaan namanya kepada Mya.







PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu Matahari, Maya atau Mya menjelaskan dia bakal merakamkan semula lagu tersebut dalam nafas baru untuk para peminatnya.

Mya berkata, dia ingin merakamkan semula lagu sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya yang terus mempopularkan lagu itu sehingga hari ini.

"Bayangkan hampir 15 tahun lagu itu masih menjadi sebutan peminat dan masih dimainkan di stesen-stesen radio sehingga hari ini.

"Jadi sebagai menghargai jasa mereka saya ingin merakamkan semula lagu Mataharidengan sususan muzik baru," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Mya, komposisi lagu itu tidak akan banyak berubah dari versi asal kerana bimbang ia tidak dapat diterima peminat.

"Lagu itu popular kerana muzik dan liriknya. Jadi susunan baru itu tidak akan banyak lari dengan asal bagi mengekalkan identiti lagu tersebut," katanya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai penukaran ejaan namanya, Mya berkata, dia memang sudah lama berhasrat untuk menggunakan nama baru itu kerana ia sering digunakan untuk urusan peribadi.

"Tidak ada sebab tertentu penukaran nama itu cuma inginkan pembaharuan bersempena tahun 2012 itu sahaja.

"Tambahan pula saya telah lama menggunakan nama tersebut untuk urusan peribadi seperti e-mel, nama profil akaun Facebook dan sebagainya," ujarnya.

Kata Mya, dia tidak merasakan itu adalah satu masalah besar kerana ejaannya sahaja bertukar tetapi sebutannya masih sama.

Sementara itu, Mya memberitahu dia sudah pun menghasilkan dua single baru untuk para peminatnya iaitu Mata dan Bersalah.

Mya memberitahu single itu adalah sebagai permulaan baginya sebelum muncul dengan album penuh termasuk rakaman semula lagu Matahari.

Ujarnya, lagu tersebut dicipta oleh bekas anggota kumpulan Ruffedge iaitu Cat Farish.

"Saya masih mencari dua buah lagu lagi untuk cukupkan lima lagu sebelum muncul dengan album dan kalau boleh ingin merakamkan lagu berentak balada," katanya

Bersungguh-sungguh untuk melancarkan kembali karier nyanyiannya, Mya memberitahu dia juga turut mengurangkan aktiviti lakonan bagi menumpukan kepada pembikinan album dan mempromosikan dua lagu barunya itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2012 06:15 PM | Show all posts
ingt retis baru..MAYA sudaahh..mya jadahnyer...

nama MAYA neh lah kau glamor noks!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2012 06:18 PM | Show all posts
ingt retis baru..MAYA sudaahh..mya jadahnyer...

nama MAYA neh lah kau glamor noks!
skymania Post at 11-3-2012 18:15


glamor ke die ni noks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2012 06:20 PM | Show all posts
dari dulu lg klo tgk muka die ni mesti terbayang burung kelicap
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 06:28 PM | Show all posts
blakon sudah...xyah nyanyi2..nama maya lebih sesuai dri mya..xyah nak tukar2 nama...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 06:30 PM | Show all posts
ingtkan mya sara....
adeihh..apasla nk rakam balik???
ade ke permintaan peminat??..
aku suka jer dgr lagu matahari yg dia nyanyi dolu2..
kalo skrg nyanyi balik, mesti dan lain :/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2012 06:31 PM | Show all posts
mati2 ingatkan mia sara kejadahnye dia nk nyanyi balik? belakon da xde org naka amik? choyy
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 06:34 PM | Show all posts
lagu tu je yg popular ponn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2012 06:41 PM | Show all posts
ingatkan mya yg nyanyi ghetto superstar... rupanyer maya matahari nih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 07:07 PM | Show all posts
kawan baik dia haiza nak keluaq dgn single baru, dia pun x nak ketinggalan...

kalau nak sebut tu jadi mia la kot. ala2 princess mia, princess of genovia gituh

rasa2nya bakat dia ni lebih terarah ke bidang lakonan...bakat nyanyian x la tara mana sgt pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 07:21 PM | Show all posts
aku pn ingt adik mia..rupanya akak ni tukar nama
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 07:32 PM | Show all posts
ada lagi peminatnya eh..
no1. maxim
no2. sekai
no3. makteh

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 08:08 PM | Show all posts
sendu x sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 09:03 PM | Show all posts
ingtkn adik mya sara...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 09:08 PM | Show all posts
ada lagi peminatnya eh..
no1. maxim
no2. sekai
no3. makteh

hehe
zila_hakimie Post at 11-3-2012 19:32
kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 09:10 PM | Show all posts
sbb Maya Karin lagi popular, so dia x mahu dibayangi dengan Maya Karin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2012 09:24 PM | Show all posts
sendunya maya nih..but nevermind....rasanya lagi elok dia berlakon jadi bibik dalam Datin Wan Abe dari jadi penyanyi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 09:43 PM | Show all posts
aku baru nak komen....tertinggal huruf 'A'

rupa2nya....tuko name sudah....

musim retis tuko name plak skang ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 10:11 PM | Show all posts
Sebutan dia My-ya ok
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 10:56 PM | Show all posts
mata kero aku ingatkan dia nak nyanyi balik lagu matahari agnes monica
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.071266 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list