CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3828|Reply: 0

[Edisi Teknologi] Jerami Diaplikasi Dalam Rawatan Kumbahan

[Copy link]
Post time 11-3-2012 06:53 PM | Show all posts |Read mode


Contoh loji kumbahan yang boleh memanfaatkan jerami padi bagi merawat sisa industri.


Di sebalik keunikan yang terserlah dalam seni kraf batik, tidak ramai yang mengetahui bahawa proses penghasilan batik menggunakan kaedah cantingan lilin bagi menyerlahkan corak batik sebenarnya merencatkan proses rawatan sisa kumbahan tekstil sebelum ia dilepaskan ke sistem saliran dan pembetungan. Selain itu, ia mengakibatkan kerosakan instrumentasi yang menjalankan proses rawatan sisa kumbahan tersebut. Masalah itu mendorong penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjalankan kajian untuk menyingkirkan lilin dalam sisa kumbahan . Ia akan memberi kesan negatif terhadap proses rawatan air kumbahan tekstil di loji dengan menggunakan sisa pertanian yang diubahsuai secara kimia.


Pensyarah kanan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) UMK, Dr. Wong Yee Ching telah mula menjalankan penyelidikan untuk merawat sisa kumbahan industri tekstil daripada sisa pertanian menggunakan jerami padi. Melalui penyelidikan tersebut, jerami telah dirawat secara kimia supaya ia sesuai digunakan sebagai penjerap mulai Jun tahun lalu. ''Jerami padi yang digunakan untuk mengkaji tahap penjerapan kandungan lilin dalam sisa kumbahan tekstil. Kajian juga menumpukan kepada kuantiti jerami padi yang digunakan serta kesan permukaan yang diubahsuai secara kimia terhadap penjerapan lilin berkenaan.


''Ia juga bertujuan mewujudkan suhu penjerapan dan model kinetik untuk sisa pertanian dalam penjerapan lilin berbanding loji rawatan air sisa industri yang sebenar.''Selain itu, ia menjalani ujian penstabilan agar penjerapan lilin dapat difahami dengan lebih jelas," katanya. Menurut beliau, jerami padi biasanya dianggap sebagai bahan buangan dan dibakar secara terbuka. Ia mengakibatkan pencemaran udara selain turut mengundangkan bahaya dan menjejaskan kualiti hidup penduduk sekitar.


''Jerami padi sebenarnya dapat dimanfaatkan melalui pengubahsuaian kimia menerusi perawatan menggunakan agen pengaktif permukaan (surfaktan) dan natrium hidroksida," ujar beliau. Yee Ching memberitahu, setakat ini keputusan positif dapat dilihat dengan penjerapan lilin di permukaan serta di dalam liang kapilari jerami padi yang diubahsuai melalui kaedah kimia itu. Dalam pada itu, hasil muktamad penyelidikan dijangka diperoleh pada pertengahan tahun ini. Katanya, dengan adanya inovasi itu, kaedah pengubahsuaian secara kimia terhadap jerami padi diharapkan dapat mengubah corak pelupusan jerami padi (sisa pertanian) yang digunapakai sebelum ini.


Selain itu, jerami padi juga boleh dijadikan bahan bermanfaat terhadap proses rawatan sisa kumbahan industri tekstil terutamanya dalam industri batik. Di samping itu ,ia dapat mengitar semula sisa bahan buangan dalam sektor pertanian sejajar dengan konsep mesra alam.


Sumber: Utusan Malaysia Online

Last edited by midory on 4-4-2013 08:45 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062926 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list