CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: ajoi

azan subuh + lolongan anjing

[Copy link]
Post time 17-3-2012 07:20 PM | Show all posts

Jadi boleh kah saudara tafsirkan fenomena ini?
ultrakasino Post at 17-3-2012 11:22


aikk, aku tanya hang, hang tak jawab..hang boleh tanya aku pulak macam mana nak tafsirkan fenomena yang hang copy paste tuh?
Hang faham tak apa yang aku nak cuba sampaikan kat sini. Aku menjawab apa yang hang utarakan pada post hang no. 55 dan 56 (hang quote aku punya)..sebab hang kata fenomena anjing nyalak masa orang azan, perkara biasa. Siap hang boleh gelak lagi orang punya statement, seolah-olah hang saje yang berakal dan pandai dalam ini dunia. Hang tengok apa yang hang tulis, kat bawah:

Aku baca post2 kat sini kelakar gak arrr..... Anjing melolong time Azan berkumandang itu biasa sahaja ianya berkaitan dgn bunyi gelombang. Anjing itu akan respon. Sama juga dengan kucing, sesiapa yg ada pelihara kucing kat rumah cuba buat experiman ini, bersiul secara kuat dgn kucing anda berdekatan dan lihat respon kucing tersebut. (tp ati2 ya takut dicakarnya muka anda). Atau pun gajah, bawa microfon berdekatan dgn gajah dan lihat responnya? tp ati2 juga membahayakan nyawa. Binatang boleh mendengar gelombang sejauh 1 km. Pernahkah kalian mendengar anjing melolong jika kalian Azan tanpa Loud speker? so try la...

Pernah tinggal di kejiranan atau perkampungan masyarakat non-muslim yg banyak memelihara Anjing? Anjing juga melolong di perkampungan mereka secara berkumpulan atau individu dgn bunyi yang panjang, pendek mendengus dan segalanya pelik2 belaka. So bukan time Azan sahaja anjing melolong, Jd nak buat uji kaji sila dtg ke perkampungan mereka yg sememangnya laungan Azan tidak kedengaran.

Pengalaman saya, Anjing juga melolong semasa muzik dimainkan dalam gereja. Ini acara sembahyang bagi agama mereka, Anjing tu nampak syaitan tu menari2 kegembiraan juga ke?ultrakasino Post at 16-3-2012 13:45


Jadi bila hang dah quote aku punya posting, aku akan balas balik lah apa yang aku cuba nak sampaikan, bukan nak suruh hang percaya dengan apa yang aku alami dan melalui ahli forum yang lain. Posting aku no. 57, meminta hang memberikan penjelasan, jika hang kata, hang buat kajian (tapi sebenarnya hang copy paste sahaja dari youtube yang tidak jelas apa tujuan sebenarnya yang dikaji oleh si pembuat video tersebut, tindak balas bunyi ke atau azan), mengapa peristiwa yang berlaku di kejiranan aku, setiap kali aje azan 5 waktu sehari semalam dilaungkan, anjing2 jiran akan memberi responses terhadap laungan azan tersebut. Responses mereka bukan macam yang dalam youtube yang hang copy paste tuh. Anjing2 di kejiranan aku seolah-olah mendengar dulu orang habis azan dan melaung atau melolong in between kalimah toyibah dilafazkan! Dan kenapa pula anjing2 ini tidak memberi response pada bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh alat2 lain seperti keadaan yang aku dah nyatakan pada posting 57 di atas?

Jika hang yang dah buat kajian tentang perkara ini, mengapa fenomena ini boleh berlaku? Jangan hang pikir, hang duduk 10km jauh ke dalam hutan dan tiada azan langsung kedengaran, hang buat keputusan secara pukul rata sahaja, dengan mengatakan, anjing2 di tempat lain sama sahaja dengan anjing ditempat hang. Sebab itu aku mintak hang tafsir kan mengapa perkara ini terjadi...sebab hang kata hang dah penyelidikan! Itu belum lagi aku senaraikan perkara-perkara pelik yang aku berpengalaman tentangnya, mintak hang bagi penjelasan. Namun, aku yakin, hang tak akan dapat tafsirkan perkara-perkara berstatus ghoibiyyat ini, walaupun hang kata ilmuan Islam silam pun boleh mentafsirkan fenomena alam dengan ilmu alam fizikal yang ada pada mereka.



Dan sekali lagi saya nyatakan buat uji kaji, awat buat pendapat dan andaian tanpa fakta, ulama2 silam  juga pakar dlm ilmu hadis dan mampu menghuraikan pendapat ilmu dgn logik. Saudara mungkin familiar dgn Ibnu Khaldun (sejarah/sains soial - guna logik tuk kuarkan pendapat), Al-Buzjani (pakar Geometri -guna logik), Ibnu Yunus (pakar ilmu astronomi - guna logik), Al-Razi, Ibnu Sina, Al-Khwarizmi (Matematik dan astronomi - guna logik gak), Qutb Al Din Al-Shirazi (Perubatan - Hidup pd 1236-1311), Setiap fenomena kita boleh huraikan jika kita ada ilmu ttgnya.
ultrakasino Post at 17-3-2012 11:22


Ni aku nak habaq kang hang nih.

Memang para ilmuan Islam boleh membuat ujikaji dan eksperimen serta menghuraikan semua ilmu tentang alam dan fenomena berkaitan serta berbentuk fizikal seperti ilmu sejarah, sains sosial, geometri, astronomi, matematik, perubatan dan lain2 yang berbentuk fizikal dan dilihat dengan biji mata. Yang ini aku tak nafikan, memang perkara2 tersebut boleh dikaji dan diberi analisa serta boleh dibuat kesimpulan berdasarkan apa yang dilihat dan dirasa dengan tangan serta dan ditaakul dengan mantiq. Tapi, sedarkah hang bahawa takda satu pun senarai yang hang nyatakan itu berkaitan dengan perkara2 yang bersifat ghaibiyyat, yakni perkara2 yang tidak boleh nampak oleh mata kasar manusia? Contoh mudah aku bagi satu hadis Rasul:

"Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, nabi SAW bersabda, : Apabila kamu mendengar kokok ayam, maka mohonlah beroleh kurnia kepada Tuhan, kerana sesungguhnya ia melihat Malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi (rengek) kaldai, maka mohonlah perlindungan kepada Tuhan dari bahaya Syaitan, kerana sesungguhnya, ia melihat syaitan!." - Hadith riwayat Imam Bukhari

Jadi adakah hang nak klasifikasikan dua perkara dalam hadis tersebut di atas, kalau berlaku ditempat hang, ia dianggap fenomena biasa? Adakah bunyi kedua haiwan tersebut akibat refleks daripada bunyi orang berdengkur dan bunyi kederaan pulak?

Bolehkah hang nak tafsirkan benda-benda ghaibiyyat ini dengan akal logik hang?...Mana dia sarjana Islam yang hang dah senaraikan di atas, yang boleh mentafsirkan perkara-perkara di luar konteks akal manusia ini?... mana ..?..mana ?.... Itu belum lagi aku mintak hang bercerita tentang perkara2 ghaibiyyat yang lebih besar seperti alam malaikat, jin, syurga, neraka, dan qiamat! For sure hang tak boleh mendabik dada punya kalau diminta bercerita tentang hari qiamat, sebab Rasul Allah yang mulia pun tidak tahu tentang perkara besar ini, melainkan Allah sahaja!

Since hang dah nak berbincang, dan aku pun tak berkeratan nak bercerita kat sini, (walaupun nanti mungkin ada sesetengah ahli forum lain akan refleks, tentang peristiwa yang mungkin pelik bagi sesetengah orang, tapi bagi aku, ia merupakan anugerah Allah Taala) di mana aku nak tanya hang apa reaksi hang jika peristiwa sebegini berlaku pada diri hang, hang nak pakai logik akai ka, atau hang nak guna logik apa lagi, untuk menyedapkan hati hang...

1. Aku selalu mengaji (baca quran) lepas subuh, dan setiap kali aku mengaji, mesti akan datang seekor burung di luar tingkap rumah aku akan turut 'mengaji' bersama-sama dengan aku sehingga aku berhenti, dia pun ikut berhenti. Macam mana hang tafsirkan perkara yang dianggap pelik ini?

2. Salah seorang anggota rumah aku, dia pernah mendengar anjing cina di kejiranan membaca al-Fatihah sebelum azan suboh bergema. Bacaan fatihahnya, walaupun pekat anjin masih kedengan, tapi ia memang jelas dan kita sebagai hamba Allah yang belajar dan membaca fatihah lebih kurang 17 x sehari, pun akan tau  ianya adalah surah fatihah. Tapi kali ini bukan makhluk bernama manusia yang membaca, tapi ia adalah seekor makhluk yang dikategori najis berat, anjing! Macam mana hang nak tafsirkab fenomena ini..?

..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2012 07:20 PM | Show all posts
..............




3. Masa aku sakit tenat dahulu, aku selalu mengamalkan bacaan surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat dan masih berterusan mengikut sunnah nabi saw (kalau tak malamnya, siang aku pasti baca), dan bila aku sampai pada ayat 18, di dalamnya ada Allah menyebut 'kalbuhum' (anjing mereka), maka adalah suara ajing jiran yang jaraknya beberapa buah rumah menjawab dalam keadaan menggetar suaranya, dan lain buntinya daripada bunyi biasa, seolah-olah membenarkan apa yang aku baca! Hang pun dah cakap, anjing akan responsif terhadap bunyi, sejarak 1 km lagi! Jadi, macam mana hang nak tafsirkan fenomena ini..?

4. Sekarang ni depan rumah ada contruction utk projek iwk. Pekerjanya bekerja setiap hari walaupun hari cuti. Bunyi kenderaan, mesin dan jengkaut amat memekak dan boleh mengganggu ketenteraman kejiranan. Tapi ia dijangka tak lama, siap nanti hilanglah kebisingannnya. Tapi nak habaq kang hang, anjing2 kiri kanan kejiranan sekor pun tak melolong atau mennyahut pun pada kebisingan yang berdesible tinggi itu! Malah anjing uncle yang ganas dan garang jarak 2 rumah dari rumah aku, siap boleh tido lagi! Macam mana hang tafsirkan perkara ini?

5. Uncle yang bela anjing tadi, dia juga menjadikan rumahnya sebagai tempat perbomohan dan merawat orang sakit cara buddha. Dan cara perubatan mereka banyak menggunakan loceng. Mengapa tidak ada satu ekor pun daripa berpuluh ekor anjing yang mundar mandir dalam pagar dan taman rumah yang melolong dan manyalak yang menunjukkan ia responsif terhadap bunyi yang nyaring tersebut?.. Apa hang nak tafsirkan fenomena ini?

Banyak lagi kalau aku nak list kan perkara yang bersifat ghaib yang bukan samiyyat, yang aku nak kongsikan kat sini, bimbang pula akan mendatangkan keresahan pada ahli forum lain dan akan mendatangkan fitnah pula pada aku .. tapi pokok pangkalnya, nak bagitau hang, memang bukan semua perkara dalam dunia ini espcially yang berkaitan perkara ghaibiyyat dapat diterangkan dengan logik akal semata-mata..walaupun senarai sarjana yang hang nukilkan kat atas bijak dalam menerangkan perkara yang berkaitan alam syahadah, tapi for sure kalau mereka diminta untuk menerangkan/tafsirkan/sainskan perkara2 berkaitan perkara2 ghaib, mereka akan menolak termasuklah hang....dan aku tak paksa pun hang nak percaya ke tidak atas apa yang bawa kat sini..tepuk dada, tanya lah  iman memasing!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 12:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by esbok at 18-3-2012 00:42
Reply  esbok

Ini bukan provoke ttp perbincangan je
ultrakasino Post at 17-3-2012 11:25



   biasa la, ini kan board misteri, i suppose, there shud be no answers. Kalau tak, tak misteri la kan namanya hehe.
yup memang ada kaitan dengan penjelasan secara saintifik tapi alur penjelasan nya itu yang mungkin tak semudah itu. ibarat molekul air zam2 yang dimagnify di bawah microscope, struktur nya yang cantik tertarik kau memang debom, saintis pun takjub. Kenapa air zam2 berbeza dengan air lain? Ha di situ misterinya. Macam tu la misteri yang cuba dibangkit kan dalam thread ini. Kenapa anjing melolong waktu azan? well this is why this thread exist. Syok je bincang pasal hukum sains, im sure ramai kat sini nak tambah ilmu tapi hehe ada a bit synical on ur earlier post. just in case u didnt realize. hehe jangan mare.

just for sharing ultra, untuk penganut islam yang beriman, tak semua benda boleh diukur dengan logik akal. Saya jahil dlm banyak benda lagi tak layak nak cakap banyak2, hehe. Kalau ada persoalan boleh tuju kat board agama, atau board sains.




what i believe until now, kalau anjing menyalak/or watever sound he did secara sorang2 dia tanpa sebab,itu sign dia nampak benda tak bagus(syaitan), so i pray for safeness. kalau ayam berkokok, dia nampak malaikat. Thats what i believe.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 11:03 AM | Show all posts
Reply 62# kasturi

Bila cerita santai pasal anjing maka sentimen terserlah, tetapi bila bincang pasal perkara ghaib ttg anjing lain pula ceritanya. Pelik
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 11:25 AM | Show all posts
Reply 63# esbok

Sy tak de masalah pung dgn semua itu, benda yg nak sy utarakan sebenarnya kejijikan mereka ttg anjing secara berlebih-lebihan namun pd masa yg sama kagum dgn keajaiban anjing melolong ketika athan berkumandang. Itu sebenarnya maksud yg ingin disampaikan. Biarlah sederhana sahaja ikut syarak yg telah digariskan dalam islam, itu yg sebaik-baiknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 12:39 PM | Show all posts
kat area umah aku pon camtu gak...aku perasan tiap kali azan 5 waktu sehari,mesti binatang tu melolong panjang...bersahut-sahutan..
nampak syaitan kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2012 11:35 AM | Show all posts
huh.. aku ke yang bersalah mewujudkan thread ini.. apapun aku hargai semua pendapat.. xkisah la dr segi sains ke.. misteri ke...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 02:41 PM | Show all posts
anjing menyalak time setiap waktu solat masuk, adalah perkara biasa kat area umah aku tu, aku takde la nampak benda tu dari mistik, tapi nampak keajaiban actually ... Tuhan punya makhluk tau time solat, walaupun seekor anjing, tapi kita manusia ? huhuhu

time sahur, aku perasan, bila nak azan subuh je, anjing menyalak ... maknanya, nak abis waktu sahur la tu, jadi, aku akan isap rokok laju2 keke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 04:00 PM | Show all posts

huh.. aku ke yang bersalah mewujudkan thread ini.. apapun aku hargai semua pendapat.. xkisah la dr segi sains ke.. misteri ke...ajoi Post at 20-3-2012 11:35




aku rasa terpanggil nak jwb...

nope..

hang takda salah apa pun, aku cuma berdebat dgn org yg quote aku punya posting saje...bila dia quote aku punya post, jadi aku reply lah nak kan jwpnnya... lagipun, si pe'reply' tersebut menolak perkara2 di luar konteks yg aku cuba ketengahkan dan terlalu pulak mengutamakan logik 'aqli semata-mata..aku dah ckp, aku tak dak masalah dari segi apa kajian ilmu pun, tapi jwpn yg aku terima nampak sasar dan melompat...

jln mudah, sama ada forumner tersebut atau aku sendiri wajiblah mengundur diri dari terus membawa isu ini dan berharap, masa aku tidak lagi akan dipersia-siakan...



WA
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 04:27 PM | Show all posts
rilek la, tak yah marah, ni forum .. ada perbincangan kan hehe,

tapi yang aku tau, anjing menyalak untuk bagitau dah masuk waktu
time subuh, dalam 10 minit nak masuk waktu, anjing dah start menyalak kat area umah aku, pasal syaitan lari lintang pukang, ye, ada, tapi syaitan suka lepak kat toilet huhu, sape kencing berdiri, dia buat mandi, untuk sembuhkan lukanya ... kata nya la ... aku tak sure yang tu, sebab tak pernah nampak syaitan ( tak nak nampak pun huhu )

tapi siyes, pada aku, anjing tu menyalak sebab nak bagitau masuk waktu je ..... sebab time azan, anjing area umah aku diam je hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 04:48 PM | Show all posts
Reply 70# cm_puding


aaa..ni kira mcm ketok beduk lah ni yer, bg tau org nak solat...

dulu masa aku kecik2, rumah aku dekat mesjid, asal setiap kali nak masuk waktu solat, org semejid akan palu beduk dulu...dia palu ikut 2 fasa.

Fasa pertama, palu dari kuat sampai lah ke slow2 bunyi (kira fading bunyi la)..fasa ke-2 plak, bilangan paluan tu ikut rakaat solat...kalau 4 kali bunyi, itu menandakan solat zohor, asar dan isyak. Kalau 2 kali dan 3 kali, maknanya untuk subuh dan maghrib masing-masing.

Anjing-anjing kat sini, biasa-biasa sahaja, sebab kawasan kampung, kalau memekak kang, kena lastik dek org kampung plak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 04:55 PM | Show all posts
Reply 71# sepok


   hahaha lebih kurang la ... tapi anjing2 ni la yang biasa kejutkan aku bangun subuh ... sebab yang aku perasan, lepas isyak je dia tak bunyi, cuma bunyi main kejar2 la dengan kawan2 dia beramai ramai, ( main apa ntah malam malam secara berkumpulan huhu ), pastu akan menyalak lagi time nak subuh, time azan, dia diam je, misteri kan hehe
btw, belakang umah aku ( apartment ) ada la tempat tokong cina yang biasa digunakan time ada majlis besar2 ( aku tak tau apa nama majlis cina tu ), anjing diorang bela banyak kat situ, tu sebab selalu dengar bunyi anjing hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 05:06 PM | Show all posts
Reply 72# cm_puding

mungkin mereka sedang berebut bini......
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 06:33 PM | Show all posts
Reply 67# ajoi


    tt misteri alam banyak tak terungkap lagi, jangan la cuak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 04:45 PM | Show all posts
Rumah aku keliling semua rumah chinese....


5 waktu azan ...anjing dok melolong2..bersahut2 ..aku rasa habis satu taman punya anjing melolong...

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 04:39 PM | Show all posts
anjing mnyalak sbb frekuensi dr speaker tu kuat sgt kot. mase skolah dulu tiap kali lagu negaraku di on pakai loud speaker, mmg ade anjing menyalak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 05:56 PM | Show all posts
Azan Subuh, Azan Zuhur, Azan Asar, Azan Magrib dan Azan Isyak....x sah klaw x dgr bunyi lolongan anjing..seram gak
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 08:04 AM | Show all posts
Aku bru pindah flat ppr ni 5 hari lepas. dah 2x aku dgr anjing melolong kt bwh flat kul 7pg. jiran2 siap jenguk kt pintu pelik dgr anjing tu melolong time org nk pegi keje.lolongan anjing tu mcm merintih sedih. anjing lain buat donno jer. mmg byk anjing liar kt bwh flat ni. ntah bile dbkl nk tgkp sbb siang mlm mnyalak kt penghuni flat yg lalu lalang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:20 PM | Show all posts
aku terjaga  awal pagi .. sunyi sepi ...tiba2 ada najing melolong... dengar sore angjing jer..
bunti kete /motor pun x da...serammm
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2017 02:44 PM | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 10-6-2017 02:51 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.100370 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list