CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3898|Reply: 0

Rules of Tamil Board

[Copy link]
Post time 16-3-2012 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Dari Cari...

Dari Cari...



1)Tidakdibenarkanmenghebah iklan di forum:
Demi menjaga forum, ahli forum tidak dibenarkan membuka thread yangmengiklankansesuatu perniagaan atau meletakkan LINK di dalam thread tidak kirasecaralangsung atau tidak langsung.

Ini termasuk tidak dibenar meletak Link forum yang lain atau blog yangberunsurperniagaan diforum ini.

Perkara yang mengenai jual beli juga tidak dibernarkan kecuali di Boardyangdiizinkan, sebarang pengiklanan atau jual beli sila ke Board CARIClassifieds atau BoardJual Beli.

Jika ahli ingin membuat iklan yang lebih berkesan, sila ke linkhttp://banner.cari.com.my/untukmendapatkanmaklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, mengiklan sesuatu perniagaan atau pemberitahuansesuatuproduk melalui PM atau signature juga tidak di benarkan. Jikaahlimenerima PM yang berunsur iklan atau sesuatu perniagaan, sila PRINT SCREENdanPM kepada admin atau super moderator. Ahli sebegini akan dikena tindakanatauterus menjadi Banhammer.


2)Tidakdibenarkanmembuat aduan atau melepaskan perasaan ketidak puas hati anda diforum:
Sedia dimaklumkan, ramai ahli suka melepaskan ketidak puas hati mereka diforum,tidak kira tidak puas hati dengan perkhidmatan sesebuah organisasi,kedai atauterhadap seseorang. Mereka semata-mata untuk melepaskan geram,tanpamenghiraukan keadaan ini akan mengugatkan keadaan forum di mana foruminimungkin perlu menghadapi pendakwaan satu hari nanti.

Kita sedia dimaklum,seseorang ahli forum ingin melepaskan perasaan tidakpuashati terhadap sesuatu organisasi atau seseorang di thread, jika pihakberkenaanternampak therad ini, mereka akan mengeluarkan surat kedakwaan kepadaforumini. Akhirnya ahli berkenaan juga akan dikenakan tindakan yang tidakdapatdidugakan.

Perkara di atas akan menyebabkan forum menghadapi masalah yang tidakdapatdidugakan.

3)Avatar:

Ahli forum tidak dibenarkan meletak gambar bogel, iklan, tidak senonohataugambar yang boleh mengugut ketenteraman publik sebagai avatar. Jika pihakkamimendapati ahli meletak gambar sebegini, jika arahan sudah diberi, tetapiahlimasih enggan mematuhi, admin berhak menukar avatar tersebuttanpapemberitahuan.


4)Signature:
Signature tidak dibenarkan untuk membuat iklan sesuatu perkidmatan atauproduk,malahan juga tidak boleh meletak link forum yang lain.

Ini disebabkan kebanyakan ahli forum suka menggunakan kemudahan signatureuntukmeletakan Link website lain, semata-mata untuk mengiklan sesuatuproduk/perkidmatan.

Walau bagaimanapun, ahli forum juga tidak dibenarkan memakiseseorang,persatuan,parti dan sebagainya melalui kemudahan ini.

Blog atau facebook yang tidak berunsur ikan atau sesuatu perniagaanadalahdigalakkan.

5)Puak/kelompoktidak dibenarkan:
Puak atau kelompok yang boleh mendatangkan masalah kepada forum tidakdibenarkan.Jika ahli forum ternampak keadaan sebegini boleh lapor kepadamoderator, supermoderator atau admin untuk tindakan lanjut.

6)Threadyangsama tidak dibenar buka di merata board:
Pihak kami mendapati banyak ahli forum suka membuka thread yang sama di banyakboard,semata-mata agar ramai ahli nampak informasi yang mereka inginsampaikan.Keadaan sebegini kebanyakan mengenai pengiklan sesuatu perkidmatan/produk danfitnah terhadap seseorang.

Dengan ini ahli forum tidak boleh membuka thread yang sama di banyak board.Jikaternampak kedaan sebegini, kesemua thread akan padam tanpa diberitahu.Jika ahliyang sama berulang kali melakukan kesalahan yang sama, serta enganmematuhuiperaturan ini akan dikenakan tindakan berat.

Akan tetapi, thread yang mengenai perkara yang penting atau cemasbolehdikecualikan, tetapi harus mengikut keadaan. Seelok-eloknya ahliseharusnyaminta keizinan daripada admin atau super moderator terlebih dahulu.

Harap moderator ternampak ahli membuka thread yang menglanggar peraturanini,sila periksa sama ada ahli berkenaan juga buka thread yang sama dimerataboard,jika ya, sila lapor kepada admin atau super moderator untuk padamkanthreadtersebut.


7)Kata-katayangboleh merosak hubungan kaum, lucah, mencarut dan ugutan adalah diharamkan:
Sebarang kata-kata di atas adalah tidak dibenarkan sama sekali, jikaterlibatdengan perkara diatas, kemungkinan ahli berkenaan akan dipanggil olehpihakpolis untuk siasatan lanjut jika melibatkan kepada kes serius. Jikaahliterbukti salah, ID ahli tersebut akan terus menjadi Banhammer.

8)Fitnah,maki,serangan peribadi, mengungkit perkara sensitif dan berbahasa kasar jugatidakdibenarkan:
Bagi mengawasi forum sentiasa dalam suasana yang mesra tanpakacau-bilau,perkara seperti di atas tidak dibenarkan timbul di forum ini. Jikaahli forum terlibatkesalahan diatas, pihak admin, moderator atau supermoderator akan mengambiltindakan berat ke atas ahli berkenaan. Jika kesalahanberat, ID ahli tersebutakan menjadi Bamhammer.

9)Menghebahmaklumatperibadi atau mengubah gambar orang lain adalah diharamkan:
Maklumat seperti nombor telefon, alamat, nombor IC, maklumat lain ataumengubahgambar orang lain ATAU gambar ahli forum adalah tidak dibenarkan. Initermasukmenghebah gambar peribadi orang popular atau politik atau sebaliknyayang bolehmencacatkan nama baik mereka juga tidak dibenarkan. ID ahli yangmelakukankesalahan ini akan menjadi Bamhammer.

10)PrivateMessage(PM):
Ahli forum yang menggunakan PM untuk pengiklanan, memaki, menfinah,menghebahmaklumat peribadi orang lain,kata-kata lucah/ kasar juga adalah satukesalahan.Jika ahli terima PM sebegini, sila PRINT SCREEN dan hantarkepadasuper moderator atau admin.

11)Threadbunuhdiri:
Thread bunuh diri, mengajak ahli bunuh diri atau perbincangan mengenai bunuhdiritidak dibenarkan.

12)SPAM:
Ahli yang membuat SPAM semasa berforum atau membalas thread dengan ICONsahajaadalah satu kesalahan. Ahli yang terlibat dengan kesalahan ini akandikenakantindakan. Moderator berhak padam thread berkenaan. jika ahli masih mengulangikesalahantersebut, moderator berhak menolak kredit ahli berkenaan.

Moderator berkuasa untuk menilai dan membuat keputusan akhir sama adaahlitersebut melakukan SPAM atau tidak.


13)Mengutipdermaatau menyeru ahli menderma adalah diharamkan:
Bagi mengelakkan masalah yang tidak elok berlaku, forum ini tidakmembenarkanahli mengutip derma atau menyeru ahli menderma untuk sesuatupersatuankebajikan atau untuk seseorang. Ini kerana kita susah hendak mengenalpastisama ada persatuan kebajikan yang dikatakan oleh ahli tersebutadalahbenar-benar wujud atau tidak. Pihak kami tidak mahu sebarang penipuanberlakudi forum ini.

Ini bermakna ahli juga tidak dibenarkan meninggalkan nombor akuan bank diforumini.

14)Bahasa:
Kalau boleh Ahli forum digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahamisemasaberinteraksi di forum ini.


Board Bahasa Tamil:


3) Boleh mebuka thread yang dapat memberikan pendedahankepada para forumer mengenai keadaan sekeliling agar dapat memberikanpengetahuan isu-isu dalam bahasa tamil kepada forumer.

4) Dilarang menggunakan bahasa yang kasar yang membabitkan bahasa tamil.

5) Boleh menggunakan bahasa melayu, bahasa inggeris sebagaibahasa penggantar supaya kesemua forumer dapat membacanya tanpa halangan tetapi bahasa tamil merupakan bahasa yang diberikan keutamaan di board ini memandangkan ianya ialah board khas untuk bahasa ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Tamil


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    3-5-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059681 second(s), 27 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list