CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: lia98

Thai Actors/Actresses/Celebrities yang Islam

[Copy link]
Post time 3-8-2016 09:46 AM | Show all posts
Sujud syukur pencetus cinta






Mazizul Dani dan Nabihah Kamal
am@hmetro.com.my



Kuala Lumpur: Dia pada mulanya hanya mampu meminta untuk bergambar bersama apabila melihat wanita cantik dari Thailand ketika menyertai pertandingan kecergasan di Singapura pada Jun tahun lalu.

Sudah jodohnya, wanita itu yang sebenarnya pelakon popular Thailand menjadi isterinya apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.

Muhammad Hakim Azahar, 25 tahun yang juga jurugambar berkata, ketika itu isterinya, Nook Suttida Kasemsant Na Ayutthaya, 39, atau nama Islamnya Aisya bersama rakan yang turut menyertai pertandingan itu mewakili Thailand.

"Saya kenal dengan isteri ketika bertanding dalam South East Asia Streetworkout Championship 2015.

"Mula-mula nampak dia memang cantik. Saya cuma berani bergambar dengan dia, tak berbual pun. Kemudian saya minta Instagram dia dan apabila balik dari Singapura saya mesej untuk minta nombor telefon dia.

"Itu pun dia balas selepas seminggu, kemudian barulah kami saling berbalas mesej dan berkenalan dengan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Aisya popular menerusi drama bersiri Angel Destiny, Kamin Kub Poon, Huk Leam Kularb selain membintangi filem, Dek Ra Berd - Extreme Game, Taek 4 dan Lok Tung Bai Hai Nai Kon Deaw.

Dia turut dikenali sebagai model dan pengacara namun bermula sebagai penyanyi 16 tahun lalu.

Muhammad Hakim yang berasal dari Kluang, Johor muncul juara kategori 'Freestyle' dalam pertandingan itu langsung tidak mengetahui wanita cantik itu adalah seorang pelakon di Thailand.

"Pada mulanya saya memang tidak tahu langsung yang dia adalah pelakon. Cuma pelik kenapa dia mempunyai ramai pengikut di Instagram (143,000 pengikut) sebelum saya membuat carian di Youtube.

"Rasa 'excited' (teruja) juga masa itu lepas tahu dia pelakon, tapi saya tak mengharap apa-apa pun. Cuma berharap hubungan kami berjalan lancar," katanya.

Muhammad Hakim berkata, tindakannya membuat sujud syukur selepas kemenangan itu antara yang membuatkan isterinya terpaut hati dengan dirinya.

"Dia beritahu saya dia tak boleh lupa yang saya ada sujud syukur bila dah menang pertandingan itu dan dia ingat saya senyum padanya. Itu buat dia jatuh hati tu.

"Lagi satu dia mahukan suami yang mempunyai nama Muhammad dan isteri baginda nabi, Aisya kerana sebelum kami kenal, dia memang sudah memeluk Islam pada Februari 2015," katanya yang melamar isterinya pada 12 Mac lalu sebelum bertunang pada 10 April.

Perkahwinan pasangan ini viral di media sosial selepas mendapat liputan media Thailand dan turut dihadiri Raja Perempuan Perlis,Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

"Keluarga angkat saya Datuk Abdul Fatah yang banyak membantu dalam pengurusan perkahwinan saya yang mempunyai pertalian saudara dengan kerabat Perlis," katanya.

Mengenai perbezaan usia 14 tahun dengan isterinya, ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan 11 tahun, Muhammad Hakim berkata semua itu tiada masalah kerana mereka berkomunikasi dengan baik dalam semua perkara.

"Perbezaan usia tiada masalah bagi kami sebab tiada rasa jurang usia dan kami berkomunikasi dengan baik dalam semua benda. Anak-anak juga boleh menerima saya dengan baik kerana saya boleh melayan kerenah budak kecil. Mungkin juga mereka perlukan perhatian daripada seorang ayah.

"Dari segi budaya dan adat perkahwinan juga ada persamaan seperti merenjis dan saling berbalas hantaran. Cara hidupnya, saya dan keluarga boleh terima dengan hati terbuka selagi tidak lari daripada ajaran Islam.

"Memandangkan saya baru berpindah ke Bangkok sejak tiga minggu lalu, saya masih belajar mengenai budaya Thai," katanya yang tidak menghalang isterinya meneruskan karier lakonan.

Dia juga akan membantu perniagaan isterinya yang berkaitan dengan produk kecantikan wanita selain bercadang untuk menjadi jurulatih kecergasan di Bangkok.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2016 @ 10:52 PM


- Harian Metro -





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 09:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:07 PM | Show all posts
bagi aku pelakon thai lg lawa dr korea..walaupun thai pon ada yg plastik tp takdak muka semua sama..tak mcm korea..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:35 AM | Show all posts

Baru perasan ada thread ni.. Ya Allah.. tak sangka langsung pinky dgn pat tu islam.. pat napapa tu lagilah.. haha.. sbb tgk lifestyle dia sama jah dgn yang lain.. dan2 p usha dia punya ig.. baru nampak gambar dia pakai tudung masa p kubur ayah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:39 AM | Show all posts
af_1993 replied at 18-8-2016 08:07 PM
bagi aku pelakon thai lg lawa dr korea..walaupun thai pon ada yg plastik tp takdak muka semua sama.. ...

Mungkin jugak sebab pelakon thai buat plastic surgery kat certain2 tempat ja kot.. dan pelakon thai banyak yang kacukan.. so, memang dah segak.. cuma tambah makeup sikit2 untuk bagi nampak lagi lawa..
Korea kebanyakkannya tukar terus sbb sedia tak lawa.. pastu mungkin jugak depa p hosp. yang sama.. haha

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:42 AM | Show all posts
manganini replied at 19-2-2014 10:41 AM
amin.. aku pun camtu.. harap2 aktor2/aktres2 yg aku suka dapat hidayah..

btw, pernah terbaca ja ...

yang korea tu mmg tipu.. haha.. depa tak islam pun..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2018 08:01 PM | Show all posts
ramai jugak pelakon islam kat siam tu dah convert jadi Buddhist. ramai tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 12:58 PM | Show all posts
ada setengah ramai keturunan melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2019 04:08 PM | Show all posts
KhunKaew replied at 16-3-2018 08:01 PM
ramai jugak pelakon islam kat siam tu dah convert jadi Buddhist. ramai tu.

Haah.. Setuju.. Rasanya pelakon yang aku comment sblm ni pun dah convert ke Buddha.. Siap g tokong bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 04:13 PM | Show all posts
HangPC2 replied at 1-1-2019 12:58 PM
ada setengah ramai keturunan melayu

Tau tak sapa? aku memang kenal kebanyakkan pelakon siam yang tak sendu ni.. selalu sangat tengok lakorn.. sampai sekarang ni pun tengok jugak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.350352 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list