CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 0

"Tiada Agama Membenarkan Seks Bebas & Homoseks" -kata Dr. Mashitah

[Copy link]
Post time 23-3-2012 09:30 AM | Show all posts |Read mode
‘Tiada agama membenarkan’Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my





TIADA peruntukan undang-undang termasuk agama di negara ini membenarkan hubungan sejenis, seks bebas atau perkahwinan sejenis, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Seiring itu, beliau berkata, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang terbabit.

“Kerajaan sentiasa berusaha menangani masalah sosial seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menular di kalangan masyarakat terutama umat Islam menerusi dua pendekatan berbeza iaitu pencegahan serta penguatkuasaan undang-undang.

“Ini kerana gaya hidup LGBT terbukti mendedahkan mereka kepada masalah sosial lebih buruk termasuk pelacuran, dadah, risiko HIV dan Aids serta kecelaruan psikologi dan mental,” katanya menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) di Dewan Rakyat, semalam.

Mohd Nizar ingin tahu langkah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menangani masalah homoseksual dan lesbian yang makin berleluasa di kalangan orang Islam.

Dr Mashitah berkata, dalam aspek pencegahan, kementerian banyak mengadakan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendekati golongan berkenaan serta memberi penjelasan, latihan dan kesedaran mengenai kesan LGBT.




“Antaranya termasuk memberi penjelasan mengenai fatwa berkaitan LGBT, menyedia dan menggubal Modul LGBT, melaksanakan latihan sukarelawan, mengadakan Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Bersama Mak Nyah serta memberi pendedahan serta penjelasan terus melalui facebook.

“Manakala bagi aspek penguatkuasaan, undang-undang memperuntukkan secara jelas dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 dan boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam saja,” katanya.



Beliau berkata, akta berkenaan bagaimanapun memperuntukkan Seksyen 21 bagi menangani kesalahan pelacuran, Seksyen 22 (muncikari atau ibu ayam), Seksyen 25 (liwat), Seksyen 26 (musahaqah atau lesbian), Seksyen 28 (lelaki berlagak wanita) serta Seksyen 29 (perbuatan sumbang di tempat awam).

“Apapun, semua usaha ini tidak bermakna jika tidak didukung bersama pihak kementerian, jabatan serta agensi berkaitan,” katanya.

barangkali ada kebenarannya di situ............akak tak tau agama lain,ttp agama islam melarang keras seks bebas dan homosek.........mmg salute akak mashit............

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.064776 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list