CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4403|Reply: 5

[Edisi Fizik] Neutrino Belum Mampu Atasi Halaju Cahaya

[Copy link]
Post time 25-3-2012 04:45 AM | Show all posts |Read mode
Neutrino Belum Mampu Atasi Halaju Cahaya







       Kumpulan penyelidik ICARUS yang diketuai oleh Carlo Rubia telah menjalankan eksperimen ulangan mengenai neutrino yang dikatakan lebih pantas berbanding halaju cahaya. Berita menggemparkan dunia sains ini muncul pada bulan September tahun 2011. Walaubagaimanapun, penemuan terbaru dalam eksperimen tersebut menunjukkan bahawa halaju cahaya belum dapat diatasi.

       Menurut Rubia “hasil penyelidikan kumpulannya sangat meyakinkan dan mengesahkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan penemuan eksperimen Oscillation Project with Emulsion-tRacking Apparatus (OPERA) September lalu”.

        Neutrino adalah partikel asas yang sangat kecil. Ia terhasil dari pereputan radioaktif, pelakuran yang terjadi di matahari atau reaktor nuklear dan ketika sinar kosmik menghentam sekumpulan atom.

        Dalam penyelidikan yang dijalankan di Gran Sasso National Laboratory, Italy di kedalaman 1400 meter, penyelidik menguji neutrino yang dilepaskan dari makmal European Organization for Nuclear Research (CERN), Switzerland.


       Penyelidik OPERA pada awalnya melaporkan bahawa neutrino bergerak 60 nanosaat lebih pantas dari cahaya. Penemuan ini memberi kejutan di kalangan komuniti sains seluruh dunia kerana saintis tersohor di abad ke-20 Albert Einstein menyatakan bahawa tiada suatu partikel yang bergerak melebihi kelajuan cahaya.

        Ramai saintis meragui penemuan tersebut dan menganggapnya sebagai suatu yang kurang tepat. Banyak pihak menyatakan adanya kesilapan di dalam eksperimen termasuk tatacara pengendalian peralatan atau pun kaedah penyelidikan.

        Kumpulan penyelidik lain kemudian mula melakukan ulangan eksperimen lain untuk membuktikan kebenaran hasil penyelidikan kumpulan penyelidik OPERA. Salah satu kumpulan penyelidik terdiri daripada kumpulan ICARUS.


        Penyelidik ICARUS melakukan eksperimen menggunakan 600 tan (430,000 liter) cecair argon (ICARUS Liquid Argon Time Projection Chamber) untuk mengesan kehadiran neutrino yang dihantar di kedalaman 730 kilometer dari CERN.

        Sandro Centro jurucakap bagi pihak ICARUS menyatakan bahawa halaju pergerakan neutrino sama sahaja dengan halaju cahaya. Menurut Centro, mereka yakin bahawa halaju cahaya adalah sama dengan halaju neutrino, tidak lebih dan tidak berkurang seperti yang dilaporkan dalam BBC baru-baru ini.

       Menurut Centro, penemuan penyelidik OPERA yang terdahulu terhasil daripada kesilapan dalam kaedah penyelidikan. Ia diakui sendiri oleh penyelidik OPERA pada bulan Februari yang lalu. Mereka menyatakan bahawa kesilapan pengukuran disebabkan sambungan di antara bacaan GPS dan pengukur utama OPERA. Antonio Ereditato, salah seorang penyelidik OPERA dalam kenyataannya menjelaskan bahawa ada komponen tertentu dalam peralatan kajian yang tidak berfungsi. Walaubagaimanapun, beliau tidak kecewa dengan pembuktian yang ditunjukkan oleh kumpulan ICARUS kerana menurut beliau, perkara tersebut adalah lumrah dalam kajian saintifik. Hasil kontroversi tersebut juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil tahu tentang perkembangan dunia sains dan penyelidikan terkini bidang fizik partikel.





credit to majalahsains Last edited by dauswq on 30-3-2013 01:48 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2012 05:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by midory at 25-3-2012 05:06

terdapat kesilapan mase OPERA jalankan penyelidikan... jd teori einstein masih betul..



related thread : apa itu neutrino?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 09:26 AM | Show all posts
Penyelidik OPERA pada awalnya melaporkan bahawa neutrino bergerak 60 nanosaat lebih pantas dari cahaya. Penemuan ini memberi kejutan di kalangan komuniti sains seluruh dunia kerana saintis tersohor di abad ke-20 Albert Einstein menyatakan bahawa tiada suatu partikel yang bergerak melebihi kelajuan cahaya.



ada masalah dengan 60nS..

kelajuan cahaya = 3*10E8 ..
i rasa 60nS itu adalah ketidakjituan alat pengukur yang depa pakai .. other words .. measurement uncertainty .. siantis itu x ambil kira measurement uncertainty ... kesilapan besar tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 09:15 PM | Show all posts
aku rasa dia ukur pakai pembaris faber castell.
tu yg silap tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 08:30 PM | Show all posts
walaupon benda ni xde kaitan dengan tajuk,just kongsi kongsi je

Galaxies near the speed of light! (sila baca sendiri http://scienceblogs.com/startswi ... he_speed_of_lig.php

kelajuan galaxy hampir kelajuan, cuba bayangkan andai kata alam semesta ni pon bergerak agak agak lebih tak kelajuan cahaya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:52 PM | Show all posts
gud info...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.061728 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list