CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4473|Reply: 2

[Edisi FloraFauna] Gel Anaesthetic Penganti Suntikan Jarum

[Copy link]
Post time 29-3-2012 12:32 AM | Show all posts |Read mode




Satu suku kaum bumiputera menemui sifat tahan sakit yang luar biasa pada tumbuhan  Acmella oleracea sejak beribu tahun yang lalu dan ia telah digunakan oleh puak Incas untuk merawat sakit gigi, ulser, abses dan untuk membersihkan gigi mereka. Kini seorang penyelidik Universiti Cambridge berkata penawar tersebut boleh mengubah amalan dalam pembedahan pergigian barat selepas mendapati ia hidup sekitar kawasan penempatan kaum Lamas Keshwa di dalam hutan hujan Amazon.

Dr. Françoise Barbira Freedman menjadi saintis barat pertama diterima ke dalam masyarakat suku berahsia pada tahun 1975 dan telah menghabiskan masa 30 tahun yang lalu tinggal bersama dan melawat mereka. Beliau berkata, tumbuhan tersebut yang berfungsi dengan cara menyekat saraf untuk memberi kesan kebas yang berpanjangan lebih daripada satu jam, telah terbukti berjaya dalam ujian peringkat awal klinikal dengan tiada kesan sampingan yang jelas dan maklum balas yang positif dari pesakit.


Ia telah dibawa ke pasaran oleh syarikat Dr Freedman, iaitu Ampika Bhd dengan kerjasama Cambridge Enterprise, menjangka kan akan dikomersialkan seawal 2014 sebagai alternatif pertama semula jadi kepada ubat penahan sakit sintetik seperti (NSAID).Ia telah menunjukkan kajian positif terhadap peningkatan penambahbaikan pencucian gigi dan prosedur menanam gigi dan boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan bayi yang tumbuh gigi, yang mana sehingga kinia tidak ada alternatif semulajadi,Dr Freedman berkata. TambAhan lagi rawatan untuk sakit gigi ini bermakna kita boleh melihat pengurangan beberapa suntikan dalam pembedahan doktor gigi.


Sumber: Telegraph UK
Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:26 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2012 12:48 PM | Show all posts
aku rase ramai yg takot dengan jarum time nk kene cabut gigi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 02:18 PM | Show all posts
aku takut jarum.....kalau nak kena ambik darah, siap cakap awal2 aku takut jarum, begitu gak kalau ke dentis. Ada nurse yg kasar, pakai cucuk je, tu yg aku trauma sgt2 dgn jarum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.076576 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list