CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
Post time 18-4-2012 09:59 PM | Show all posts
cepat-sepat sambung ek nicki...tak sabar nk tunggu sambungan ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 10:07 PM | Show all posts
cepat sambung...best nie....hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 09:08 AM | Show all posts
Selamat pagi...

Ya ampuunnnnnnn... sorrylah... Tuntutan kerja di pejabat dan di rumah tidak mengizinkan saya menghapdet kan cerita.... Chewwaahhhhh.....

Okay... kita sambung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 09:11 AM | Show all posts
Dari jauh, dia memerhatikan Lea yang sedang duduk seorang diri. Walaupun perasaannya melonjak tapi kakinya berat. Tak tahu apa reaksi Lea bila melihat dia nanti.

"Pergilah cepat" Mariam menolak belakangnya.

"Nak pergilah ni"

"Dahtu, yang kau tercegat kat sini kenapa?"

"Berdebar siot!" Dani dan Mariam ketawa mendengar jawapannya.

"Macam anak dara..." Dia tersengih.

"Cepatlah"

Dengan satu tarikan nafas, dia melangkah menuju ke arah Lea

**********************************************************************

“Assalamualaikum” Terdengar suara memberi salam.

“Waalaikummusalam” Lea menjawab, dingin. Tetapi sengaja tidak mahu mengangkat muka, sengaja buat-buat sombong. Dia tahu yang datang itu kawan Dani.

“Busy ke?” Kata suara itu lagi.

“Haah” Pendek jawapan Lea.

“Amboi, garangnya”  Lea masih buat tak tahu.

“Boleh duduk?”

“Suka hati”

“Sombonglah awak ni”

“Memang”

“Cik Adalea”

“Apa?”

“Pandanglah saya”

“Nak buat apa?”

“Sebab saya rindu sangat dekat awak”

Eh mamat ni. Ayat tak boleh blah…

‘‘Cik Adalea’’

Dengan malas, Lea mengangkat juga kepalanya. Lelaki yang memakai T-Shirt hitam berjenama Adidas dan juga berkaca mata hitam di pandang sekilas kemudian dia kembali mengadap ‘burung yang marah’.  

Eh… Chop! Lea mengangkat kepalanya sekali lagi. Lelaki itu baru saja menanggalkan kaca matanya lalu disangkutkan ke baju, memandang Lea sambil tersenyum.

“Kudin?” Lea tak dapat meneruskan kata-kata.

“Kenapa? Tak percaya?”

Lea merenung lelaki di hadapannya. Dengan tiba-tiba Lea bangun, mencapai Ice Blended Chocolate di atas meja lalu di simbah ke muka Kudin. Kepala Kudin di ketuk dengan gelas sepuas hatinya. Rasakan! Padan muka kau!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 09:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 19-4-2012 12:02

“Lea.. Lea” Faiz melambai-lambaikan tangannya ke hadapan muka Lea yang merenungnya tak berkelip.

Mendengar suara Kudin sekali lagi, Lea segera tersedar. Bayangan dia mengetuk Kudin dengan gelas hilang. Bercampur baur perasaannya saat ini antara gembira, teruja, marah dan sedih. Dia menarik nafas. Lelaki di depannya masih tersenyum, tidak berkata apa-apa lagi.

“Inilah kawan Dani” Kata Mariam yang telah pun mengambil tempat di sebelahnya. Entah bila dia muncul, Lea pun tak perasan. Dani dan Faiz turut duduk. Tapi Lea yang tak senang duduk. Separuh hatinya menjerit kegembiraan manakala separuh lagi terasa ingin mencekik Mariam di situ juga. Sudahnya, dia diam tak bersuara.  

“Tapi… tapi macam mana? Yam…” Lea terasa keliru, mengharapkan penjelasan dari Mariam. Suasana menjadi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik… Krik... Krik... Krik... Krik…

“Aku rasakan, korang mesti banyak benda nak borak. Kitorang pergi dululah” Kata Mariam. Dia terasa kekok pula duduk di situ, senyap sunyi. Dia mengisyaratkan matanya pada Dani, lalu Dani pun bangun.

“Okay bro, gua pergi dulu” Ringkas Dani meminta diri, menghulurkan tangan dan Faiz membalas gengaman tangan Dani. Lea memandang Mariam tajam. Tak guna punya kawan. Mariam hanya tersengih sambil meletakkan jari kelingking ke bibir dan ibu jari ke telinga membuat isyarat ‘telefon’.

Lea kembali memandang Faiz yang juga sedang memandangnya. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut mereka, hanya saling merenung antara satu sama lain.

Seminit... lima minit... sepuluh minit....

“Kau ambil mop tu, lap sampai berkilat” Faiz berkata tiba-tiba. Lea yang mukanya serius semenjak tadi terus ketawa besar. Kurang asam!

Keadaan tegang mula kendur. Mereka sudah boleh berbual seperti dulu. Cerita enam tahun seolah-olah hendak di habiskan ketika itu juga. Banyak yang disembangkan. Dari perkembangan diri masing-masing, kerjaya dan macam-macam lagi.

“Kau anak Datuk Halim?” Lea bertanya, keningnya berkerut. Mereka baru sahaja bertukar kad perniagaan. Terbayang di ruang mata Lea, Datuk Abdul Halim Othman, antara tokoh korporat yang berjaya di Malaysia. Beberapa kali juga wajah Datuk Halim menghiasi majalah dan kaca televisyen. Tapi Faiz diam, hanya mengangukkan kepalanya.

‘‘Kau tak pernah cakap pun”

“Penting ke?” Lea diam, tidak menjawab. Tangannya masih membelek-belek kad perniagaan ditangannya.

“So, sekarang kau dah jadi tauke Seri Mawar la?” Faiz pula bertanya.

“Bukanlah tauke. Butik tu kakak ipar aku punya. Lepas aku berhenti dengan Cik Mat Kopitiam, aku susah nak dapat kerja. Lepas tu, Kak Mona ajak aku tolong-tolong dia kat butik. Lama-lama seronok pulak. Sekarang ni Kak Mona dah buka katering so butik aku yang handle” Terang Lea.

“Oh”

Mereka terdiam lagi, melayan perasaan.

“Kudin. Aku tanya sikit boleh?” Kata Lea.

“Tanyalah” Faiz menjawab namun dia sudah dapat menduga soalan yang bakal keluar dari mulut Lea.

“Kenapa kau hilang tiba-tiba?’ Faiz menggaru-garu dagu. Macam mana nak mula ya?

“Kau ingat tak perempuan yang datang cari aku dulu?”

Lea angguk. Mana mungkin dia lupa, wajah lembut wanita itu. Ayu bertudung namun terbayang seribu kesedihan di wajahnya. Perempuan itu juga yang membawa Kudin hilang.

“Haah.. ingat. Awek kau eh? Tu yang kau terus blah macam tu je kan.. Tak ada angin, tak ada ribut.”

“Aku ni layak ke ada awek?” Tanya Faiz, tiba-tiba.

“Eh.. nak touching-touching dengan aku pulak. Ceritalah.. siapa tu?”

“Aku ada tiga orang adik-beradik. Aku anak bongsu. Yang datang tu Kak Ngah aku, nama dia Farina”

Lea diam. Dulu, Kudin seringkali mengelak daripada bercerita tentang keluarga.

“Kau ingat tak, dulu aku pernah cakap yang aku dah lama tak balik rumah family aku. Puncanya, aku lari dari rumah” Faiz menyambung cerita.

“Lari dari rumah?”

Technically, aku tak lari. Aku bawa motor” Lea memutarkan biji matanya ke atas.

“ Lepas dapat result SPM, aku nak sambung belajar ke oversea. Tapi abah aku tak setuju. Dia suruh aku belajar kat sini je. Aku tak puas hati. Abang dengan kakak aku dia boleh hantar ke oversea tapi aku dia suruh belajar kat sini. So, aku ambil tindakan bodoh. Aku ugut dia untuk keluar dari rumah kalau dia tak setuju. Mati-mati aku ingat abah aku akan ikut permintaan aku tapi aku silap. Abah langsung tak peduli. Aku pun darah muda masa tu, ikutkan keras hati aku ni. Aku terus keluar, tak balik-balik”

“Pasal tak dapat pergi oversea je kau lari dari rumah? Spoil brat!

Faiz tidak berkata apa-apa, hanya tersengih mendengar ayat Lea. Dalam hati dia mengiyakan juga.

“Bila dah hidup sendiri, baru aku aku tahu langit tinggi rendah. Macam mana susahnya nak cari duit, makan tak tentu. Tinggal rumah sewa. Berbeza sangat dengan hidup aku sebelum tu. Aku ingat aku boleh survive, Tapi tulah, orang kata, hidup tanpa restu ibu ayah ni tak berkat. Apa yang aku cuba buat semua tak menjadi”

Lea diam, tidak menyampuk. Menunggu Kudin menghabiskan ceritanya.

“Selama aku hidup sendiri, sekalipun aku tak pernah ambil tahu hal keluarga. Kak Ngah aja yang rajin contact aku tanya khabar. Banyak kali dia nasihat aku suruh balik. Tapi aku degil. Yang sebenarnya, aku malu nak balik rumah. Sampailah hari tu dia datang, bagitau mama sakit, ada di hospital. Malam tu juga aku ikut Kak Ngah balik. Selama ni aku ingat keluarga aku dah buang aku. Rupanya aku silap, bukan mereka yang buang aku, tapi aku yang buang mereka. Kak Ngah kata, mama dah masuk hospital dekat seminggu. Dia selalu sebut-sebut nama aku”

“Sejak dari tu, aku jaga mama. Semua permintaan dia aku tunaikan. Dalam masa yang sama, aku cuba perbaiki hidup aku. Aku sambung belajar, lepas tu kerja. Sekarang ni, aku kerja dengan abah aku, mama yang suruh. Tapi aku tak kisah. Yang penting, mama aku happy” Terang Faiz panjang lebar. Jarang sekali dia nak bercerita panjang begitu.

“So, mama kau macam mana sekarang?” Lea bertanya.

“Dah meninggal, lebih setahun lepas”

“Oh..” Lea berkata perlahan, tidak tahu apa yang patut dikatakan saat ini.

“Mama ada breast cancer. Masa aku jumpa dia di hospital, dah confirm tahap dua. Masa tu aku rasa macam ada batu hempap atas kepala aku. Rasa terlalu besar dosa aku pada mama. Kalau aku tak balik malam tu…” Faiz tidak meneruskan kata-kata.

Lea menarik nafas perlahan, ingin berkata sesuatu tapi tidak terluah pula.

Mereka menyambung perbualan. Dalam diam, Faiz merenung Lea. Gadis itu ada keistimewaannya tersendiri. Wajahnya manis. Jika tersenyum, lesung pipitnya akan terbentuk di pipi. Rambutnya sudah panjang, hampir mencecah pinggang. Tidaklah putih melepak, tapi sedap di pandang mata.

Tiba-tiba Faiz mengelap bibir Lea dengan jarinya. Lea terkedu.

“Kau ni kan, dari dulu lagi, makan mesti comot”

Lea  hanya tersenyum sumbing. Satu perasaan yang dibiar mati dalam hatinya seolah-olah hidup semula.


**********************************************************************************

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata memerhati dengan pandangan marah.

“Tak guna” Dia meludah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 09:39 AM | Show all posts
lagilah...lagilah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2012 12:00 PM | Show all posts
tenang sket rs hati bila dh jumpa...

sapa yg ludah2 tu? tak sopan langsung!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 12:39 PM | Show all posts
sapa plak yang meludah tuh... pengotor betul... ikut sukati dia jep ludah merata-rata
rasanya syafiq kot... marah + jeles la tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2012 03:05 PM | Show all posts
Reply 106# shahrinas

sat gi ek... merayap kat benang orang lain dulu cari idea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 03:06 PM | Show all posts
Reply 107# sarizu

Haah... orang tu dah kene tegur dengan Pak Gad sebab ludah merata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 03:07 PM | Show all posts
Reply 108# asyriqa

Shafiq ke? hehehehhe...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 03:38 PM | Show all posts
hah nicki bebeh... lady dah hapdet tuh... cepat arr sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 04:19 PM | Show all posts
Reply 112# asyriqa

Okay... sambung sikit lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 04:26 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 14

Pulang ke rumah, selesai saja mandi dan menunaikan rutin yang wajib, Lea berehat di katil.

“Faiz Izzudin Bin Datuk Abdul Halim, General Manager, Halim Travel & Tours” Kad perniagaan milik Kudin di baca perlahan. Selama dia kenal Kudin, Lea tak tahu pun yang Kudin adalah anak kepada Datuk Abdul Halim Othman, pemilik dan pengarah AHO Corporation. Selain mempunyai syarikat pembinaan, Datuk Halim juga mempunyai beberapa rangkaian perniagaan lain termasuk perhotelan dan permotoran.

Apa lagi yang kau sembunyikan dari aku?  Lea mengeluh.

Kenangan hari terakhir dia berjumpa Kudin, bermain-main di fikiran. Seorang wanita datang mencari Kudin di tempat kerja mereka.

“Assalamualaikum”

“Waalaikummusalam” Lea yang ketika itu sedang menyapu lantai menoleh.

“Dik, Kudin kerja hari ni?”.

“Dia kat belakang. Kejap, saya panggil” Dengan penuh tanda tanya, Lea kebelakang mencari Kudin.

“Amboi.. curi tulang nampak?” Sergahnya. Kudin mengangkat kening.

“Penatlah. Baru nak rehat. Kenapa?”

“Ada awek cari kau.” Lea menyampaikan pesan.

“Siapa?”

“Entah”

Kudin bangun juga walaupun malas. Lea menyambung kerja yang terhenti tadi. Tetapi, matanya mengintai apa yang berlaku diantara wanita itu dengan Kudin. Kudin salam wanita itu sambil mencium tangannya, seolah-olah ada pertalian diantara mereka. Wanita itu kelihatan sedih manakala Kudin cuma diam atau mengangguk sepanjang perbualan. Sesekali muka Kudin berkerut.

Tiba-tiba Kudin kembali masuk dan meluru ke arah Lea.  

“Tolong beritahu Kak Ain, aku resign sekarang juga” Habis saja kata-kata itu, Kudin meninggalkan Lea yang terpinga-pinga. Sejak hari itu, Lea tak pernah berjumpa atau berhubung lagi dengan Kudin, sehingga petang tadi.

Telefon Lea berbunyi, menghentikan lamunannya.

“Ad, apa cerita?” Ceria suara Mariam.

“Salam tak ada, apa tak ada, terus terjah macam tu je” Marah Lea.

“Ala, rileklah. Apa cerita? Tanya Mariam lagi.

“Kenapa kau tak cakap Kudin yang nak datang?”

“Aku pun baru tahu. Saja nak buat 'surprise’’ Bunyi 'surprise' digayakan seperi Eric Leong dalam rancangan Deko bersama Eric.

“Banyaklah kau punya ‘surprise’’ Nada Mariam di tiru. Mariam hanya ketawa.

‘‘Yam, aku confuse ni. Macam mana Dani boleh kenal Kudin?”

‘‘Lama jugalah diorang kenal. Kan aku pernah cakap, Dani selalu ikut kawan dia pergi trip. Itulah dia kawan Dani’’

‘‘Tapi kau cakap nama dia Faiz?’’

“Dah memang nama dia Faiz. Dani pun panggil dia Faiz. Mana aku tahu yang Faiz dengan Kudin tu orang yang sama...”

Lea terdiam. Betul juga.

“Macam mana dia tau yang aku ni kawan kau?”

“Faiz nampak gambar kau dalam laptop Dani. Gambar masa bertunang hari tu”

“Oh..”

“Aku tengok korang kan, macam so sweet….”

“Suwit muwit. Kau tak baik tau. Buat surprise kat aku macam ni. Jantung ni, nasib melekat dalam badan. Kalau tak, dah bersepah agaknya kat Wangsa Walk tu” Mariam gelak hanya tergelak mendengar bebelan Lea.

“Ad”

“Apa?”

“Are you happy now?”

Lea tersenyum dan dia yakin, Mariam tahu dia tersenyum walaupun tidak melihat.


***************************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:27 PM | Show all posts
best... sambung lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 04:33 PM | Show all posts
Malam kian larut tapi Lea tidak dapat melelapkan matanya. Baru saja hendak ke bilik air, tiba-tiba terdengar bunyi di telefon bimbitnya, menandakan sms masuk

Faiz: Salam. Dah tidur ke?

Lea: Belum.

Faiz: Kenapa tak tidur lagi?

Lea: Tak tahu. Tak boleh tidur.

Faiz : Kau dah lain sekarang Lea.

Lea: Lain? Lain macam mana tu?

Faiz: Lainlah. Dulu kan kau comot...tak semenggah..   

Lea: Kurang asam!

Faiz: Hahaha…

Lea: Aku rindulah dengan kau. Dah lama tak berborak dengan kau macam tadi.

Tiada balasan .

Aik… senyap je…Salah ke apa yang aku bagitau tadi? Lea menarik nafas.   

Lea: Kau dah tidur ek? Tak apalah…

Telefon Lea berdering. Kudin! Hati Lea berbunga tiba-tiba. Butang di tekan.

“Aku tak tidur lagi” Belum sempat Lea menjawab apa-apa, suara Faiz kedengaran.

“Ingat dah tidur” Entah kenapa, kelu pula lidah Lea tiba-tiba.

“Lea.. “

“Ya…”

“Betul ke?”

“Betul apa?”

“Betul ke, yang kau rindu kat aku?”

“Betullah… kan dah lama tak jumpa kau”

Senyap.

“Eh hello… kau berbual sambil tidur ke apa?” Lea mula naik angin.

“Ei.. kau ni. Sikit-sikit nak naik angin. Aku ingat, dah tua-tua ni, kepala angin kau dah hilang. Ada lagi rupanya” Lea tergelak.

“Lea”

“Apa dia?”

Senyap lagi.

“Aku pun rindukan kau”

Lea pula yang senyap kali ni. Agak lama.

“Lea, kalau aku nak ajak kau keluar, boleh?” Lea tak menjawab.

“Dah lama tak jumpa kau, aku...” Faiz tidak menyambung kata-katanya.

“Aku apa?”

“Aku….. errr...aku nak tidur. Nanti kita jumpa, kita sambung borak lagi.”

“Okaylah. Talk again soon. Assalamualaikum”

“Waalaikummussalam” Faiz menjawab.

“Bye”

“Bye….…….. sayang”

Perkataan sayang itu Lea dengar hanya sayup-sayup di hujung talian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2012 04:34 PM | Show all posts
Okay.. dah.

Lebih-lebih karang, takut ada yang muntah hijau berjemaah.... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 06:58 PM | Show all posts
sikit sangatlaa....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 09:46 PM | Show all posts
alaaa nak lg...heeee
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 11:47 PM | Show all posts
tak cukup r...nk lg nl lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.062713 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list