CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6633|Reply: 20

Thread Perbincangan Mengenai Dunia Buku

[Copy link]
Post time 31-3-2012 09:36 PM | Show all posts |Read mode
  • Thread ni khas untuk membincangan apa sahaja mengenai apa sahaja mengenai dunia buku dan membaca tidak kira bahasa melayu, english dan sebagainya.
  • Jika ada, artikel mengenai dunia buku anda baca dimana-mana seperti surat khabar, internet, forum lain dan sebagainya boleh lah ditepek di sini untuk kita bincang bersama.
  • Perbincangan hendaklah secara berhemah, jangan mengunakan bahasa yang terlalu kasar dan sebagainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2012 09:40 PM | Show all posts
terlintas nak buka thread khas pasal dunia buku, bila baca isu mengenai buku kt bod isu semasa, tetapi terlupa...
thread pasal buku ni naik semula di CI, telah menyebabkan mijot ingin membuka thread khas ni untuk kita bincangkan bersama...
mijot tepekkan apa yang dibincangkan di bod CI tu..

Kelucahan dalam novel
•Disediakan oleh Berita Harian

SEKITAR 1960-an dan 1970-an, perkembangan dunia sastera di Malaysia pernah menyaksikan kelahiran novel lucah yang merakam kehidupan muda-mudi lepas laku termasuk watak perempuan yang sanggup menjual diri untuk hidup sama ada dengan rela atau paksa.

Zaman itu sudah berlalu dan ada antara karya begitu yang dilihat sesetengah pengkaji sebagai fasa peralihan seorang penulis, selain tidak kurang yang kekal diangkat sebagai antara karya terbaik. Bagaimanapun, kebelakangan ini kemunculan novel sebegini kembali mendapat perhatian dengan sesetengahnya menduduki carta jualan laris di pasaran dengan segelintir penulis tidak segan memperincikan hubungan intim dalam naskhah hanya kerana wataknya pasangan suami isteri. Perkembangan ini nyata tidak sihat, jika mengambil kira agama Islam dan budaya Melayu sebagai kayu ukur, malahan jika tidak dibendung, akan menjadi kebiasaan serta lebih dibimbangi jika pada suatu ketika ia diterima pula sebagai budaya masyarakat.

Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad berpendapat, jika kemunculan novel sebegini mendapat sambutan, ia memang agak menyedihkan kerana seakan-akan ulangan perkembangan sastera tahun 60-an dan 70-an.

“Zaman itu naskhah sedemikian biasanya berlegar dalam kalangan orang muda dan bukannya pelajar, namun hari ini ia dengan mudahnya dapat digapai generasi muda. Ditambah pula berita semasa di akhbar yang banyak memaparkan berita sedemikian. Ia sepatutnya dipantau kerana keadaan ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Beliau menyarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah sewajarnya dan tidak membiarkan ia menjadi kelaziman jika perkara berkenaan sememangnya berlaku selain mengingatkan penulis sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dalam berkarya.

“Saya berharap penerbit tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Agenda nasional seperti pembinaan akhlak generasi muda juga perlu diambil kira,” katanya kepada Sastera.

Novelis, Fauziah Ashari pula berpendapat, romantis dalam berkarya ada tahapnya dan tidak hingga ke tahap gambaran yang terlalu terperinci, lebih-lebih lagi jika membabitkan pasangan kekasih kerana membina moral masyarakat sangat penting.

“Jika pasangan watak suami isteri ada babak romantis, perlu diketengahkan agar kita lebih mempunyai sifat kasih sayang. Dalam perkara ini, saya tidak setuju jika penulis terus dikecam kerana sebelum berada di pasaran, manuskrip akan dibaca editor untuk penilaian dan mereka berhak melakukan suntingan,” katanya.

Beliau yakin dalam sesebuah novel perlu ada pendedahan kepada pembaca mengenai ilmu kehidupan, pengajaran, kepentingan agama, ikatan kekeluargaan, ilmu kemasyarakatan dan kepekaan pada persekitaran serta menghubungkan naluri dan keadaan.

“Adegan romantis atau sesetengah orang melabelkannya soft porn akan dianggap terpencil jika sesebuah novel itu lengkap dan diimbangi nilai positif sebagai ibrah dalam kehidupan seharian. Pada saya, soal adegan sebegitu akan melariskan karya adalah perkara kedua.

“Jika nawaitu menulis adalah membawa pembaca ke arah positif, maka penulis itu perlu tahu sejauh mana membawa watak dan perwatakan yang dicipta. Larisnya sesebuah novel bukan kerana babak sebegitu, tetapi kerana jalan ceritanya.

Percayalah, jika ada babak sedemikian, tetapi jalan ceritanya hambar, larisnya hanya sementara,” katanya.

Berhubung dengan pelabelan soft porn dengan hanya berdasarkan satu bahagian tanpa melihat keseluruhan novel itu, beliau menganggap perkara terbabit sebagai tidak adil dengan memberi contoh filem Ombak Rindu yang memaparkan babak romantis atas katil antara Maya dan Aaron Aziz.

“Ramai yang mendakwa, tidak sesuai untuk remaja menonton. Saya setuju. Jika dalam novel, ada adegan sebegitu dan didakwa tidak sesuai, maka ibu perlu mengawal bahan bacaan anak mereka. Namun, perlu diingat adegan watak yang dilakonkan Aaron Aziz dan Maya Karin itu tiada dalam novel Ombak Rindu,” katanya.


credit : http://mforum.cari.com.my/viewth ... p;extra=&page=1
boleh baca komen porumer yang lain kt situ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2012 09:42 PM | Show all posts
dan ini adalah, artikel terbaru mengenai berita di atas

Penjualan novel lucah berleluasa

KEBELAKANGAN ini kedai buku menjadi meriah apabila pihak kerajaan bermurah hati menghadiahkan setiap pelajar baucer bernilai RM200 bagi pembelian buku khusus untuk buku rujukan bagi pengajian mereka di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Namun kebanyakan pelajar yang saya perhatikan hanya membeli novel popular selain beberapa buah buku rujukan, sedang nilai tersebut rasanya cukup bagi membeli buku rujukan dan ilmiah mengikut pengkhususan mereka.

Dalam masa sama, kebanyakan novel itu dalam sedar ataupun tidak adalah novel lucah. Saya menjadi hairan bagaimana novel sedemikian boleh dilulus untuk diterbitkan oleh penerbitnya dan tidak diambil tindakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedangkan ia sangat jelas merupakan novel yang bersifat erotik dan menayangkan babak dan dialog lucah dengan sangat terbuka.

Ironinya, kebanyakan penulis novel lucah ini ialah wanita Islam bertudung litup, kakak kepada adik-adik, isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak!

Kita tertanya apakah mereka tidak malu andai anak gadis atau anak teruna mereka sendiri yang membaca novel karangan emak mereka yang mempunyai adegan panas itu dan bertanya, “Wow! Novel ini emakkah yang tulis?”

BAPA TERTEKAN

Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2012 09:47 PM | Show all posts
pihak penerbit buku kena ambil perhatian terhadap masalah ini..
dan pihak editor hendaklah jalankan tugas anda mengedit sesuatu karya dengan baik..jangan hanya fikirkan keuntungan sahaja...
saya tahu, ada pihak penerbit dalam forum ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2012 09:47 PM | Show all posts
lagi artikel mengenai dunia buku :

ni bual bicara semasa karnival karangkraf aritu..

Kemelut karya adaptasi
Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bhrian.com.my
2012/02/08


DARI kiri pengarah drama, Heykal Hanifah, penulis skrip, Zabidi Mohamed, novelis, Damya Hanna dan pemudah cara Saadiah Mohamad pada Forum Sembang Buku: Karya Adaptasi, Siapa Tumpang Glamour? di Karangkraf Shah Alam.

Pengarang atau pengarah tumpang glamor, gagal selami semangat penulis

PERTEMBUNGAN penulis asal dengan produser dan pengarah drama serta filem di negara ini, bukanlah kisah baru kerana filem yang diangkat selalu dianggap ‘merosakkan’ karya asal atau sekurang-kurangnya tidak berjaya memindahkan semangat pengarangnya.
Langit Petang dan Ranjau Sepanjang Jalan karya dua Sasterawan Negara (SN), iaitu Datuk (Dr) A Samad Said dan Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad serta novel Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 1999, Khadijah Hashim, Mira Edora dan Bicara Hati, boleh dianggap antara ‘barang kes’ dalam pertembungan itu.
Kebanjiran novel popular dalam industri buku tanah air yang sebahagiannya mencatatkan keuntungan luar biasa sehingga diulang cetak sudah tentu mencuri perhatian pemain industri filem dan drama untuk sama meraih laba daripada pelaburan mereka.

Dalam konteks semasa, selain novel Karipap-karipap Cinta karya Nazri M Anuar yang kemudian diangkat ke filem oleh pengarang sitcom popular, Othman Hafsham, Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashari sudah tentu paling hangat diperkatakan terutama apabila filemnya memungut kira-kira RM11juta.

Malah, novel Ombak Rindu yang diterbitkan pada 2002 dan diulang cetak lebih 20 kali itu, diburu sekali lagi oleh pembaca sehingga ‘menambah’ jangka hayat judul novel popular yang selalunya hanya bertahan antara tiga hingga empat tahun.

Justeru, timbul persoalan baru yang berlegar dalam industri buku, iaitu sama ada industri filem dan drama atau industri buku yang menumpang tuah sekiranya karya visual itu mencatat kejayaan box-office.
Keghairahan baru inilah yang dikupas dalam Sembang Buku - Karya Adaptasi: Siapa Tumpang Glamor? di Auditorium Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini, selain mengulang isu yang melingkari hubungan antara dua industri terbabit.

Penulis skrip, Zabidi Mohamed, berkata tuah sebenar berada pada penerbit seperti yang berlaku pada filem Ombak Rindu tanpa menafikan peranan daripada judul dan penulisnya.

“Saya beranggapan produser filem menumpang glamor novel, manakala judul itu pula menumpang glamor penerbit buku khususnya penerbit yang besar.

“Ombak Rindu boleh sampai RM11 juta kerana produser tahu penerbit asalnya pasti turut memberi promosi secara percuma termasuk dalam majalah dan akhbar yang dimilikinya,” katanya pada sesi yang dipengerusikan Editor Pengurusan Alaf 21, Saadiah Mohamad.

Pandangan itu, kata Zabidi, berdasarkan kejayaan Ayat-ayat Cinta dan Di Bawah Lindungan Kaabah yang meletup di Indonesia kerana penerbitnya juga adalah penerbit buku, majalah dan akhbar yang terbesar di negara berkenaan.

Mengenai perasaan tidak puas hati sama ada oleh penulis asal atau pembaca yang menontonnya, Zabidi menganggapnya ia timbul daripada kefahaman yang tidak jelas terhadap konsep adaptasi naskhah ke filem atau drama.

“Adaptasi tidak hanya menyalin kembali sesuatu karya, sebaliknya ia mengangkat naskhah yang ditulis itu untuk menjadi lebih segar dan baru.

“Ramai penulis termasuk novelis yang tidak faham bahawa bahasa novel ialah teks, sedangkan bahasa filem pula membabitkan visual,” katanya pada acara bersempena Festival Penulis Grup Buku Karangkraf 2012.

Malah, Zabidi berkata, mengangkat novel kepada drama bersiri lebih menderita kerana slot tayangan selama sejam memerlukan sekurang-kurangnya empat babak tergantung untuk mengekalkan tumpuan penonton.

“Bagaimanapun, tindakan penulis skrip yang mengangkat naskhah supaya menjadi visual yang lebih baik, disalah tanggap sehingga mewujudkan pertembungan pula antara pengarah dengan penulis asal.

“Malah, pembaca yang menonton, tetapi tidak memahami perbezaan antara bahasa naskhah dan filem turut mengkritik termasuk menganggap ‘pengarah bodoh’,” katanya yang juga bekas peguam.

Namun, Zabidi memilih untuk tidak menyebelahi pengarah sekiranya perubahan itu membabitkan persoalan penting seperti syariat Islam yang tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya.

Hal ini boleh dilihat umpamanya pada Karipap-karipap Cinta apabila watak utamanya dalam novel yang bertudung litup ditukar kepada pelakon yang hanya mengenakan selendang sehingga menampakkan rambut.

Isu yang sama turut menimpa novelis, Intansuhana Ramli atau lebih dikenali sebagai Damya Hanna apabila watak dalam novelnya yang juga memakai tudung, tetapi diubah kepada pelakon dengan selendang sehingga menampakkan anting-anting dalam drama adaptasi.

“Bagaimanapun, saya sempat membantah perubahan itu sehingga akhirnya pihak produser dan pengarah menerimanya, tetapi sebahagian adegan yang sudah pun dilakonkan tidak diulang kembali.

“Tidak hairanlah apabila drama itu ditayangkan, ramai penonton tidak berpuas hati kerana watak itu tidak mengenakan tudung dengan abang iparnya, tetapi menutup aurat apabila bersama-sama dengan suaminya,” katanya.

Pengarah drama, Heykal Hanifah, mengakui penggunaan watak utama yang bertudung atau tidak, turut berkait dengan slot yang disediakan oleh stesen televisyen.

“Stesen televisyen itu sendiri seolah-olah menentukan slot mana yang sesuai untuk watak utamanya mengenakan tudung atau watak yang tidak bertudung,” katanya.

Mengenai pertembungan antara penulis asal dengan penerbit atau pengarah drama, Heykal berkata, beliau memilih untuk berbincang dengan penulis asal termasuk penulis skrip untuk berbincang mengenai perubahan dan penukarannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 10:34 PM | Show all posts
mijot, topik perbincangan berat jugak ni. Saya memang tak gemar adegan yang membabitkan hero dan heroin yang lepas bebas tingkahlaku. Kalau sesekali diselitkan adegan romantik keterlaluan, itu mungkin boleh dimaafkan tapi kalau asyik adegan 'gaduh-gaduh manja hero dan heroin atas katil' hampir 3/4 dari penceritaan, memang meloyakan.

Andaikata si penulisnya seorang ibu yang telah berkahwin, mempunyai anak, bertudung litup, aduhai...ntah apa perasaan anaknya bila dikalangan rakan. Dan sekiranya, si penulis wanita yang masih bujang, wah..terasa tingginya imiginasi. Tahu tak mereka seolah-olah mempromasikan kehidupan bebas sebegitu..cthnya, kalau kita baca novel dakwah, jika diselitkan selawat atau zikir kita turut menyebutnya begitulah sebaliknya.

Satu lagi, novel yang ditulis oleh orang yang agak profesional dikehidupan realitinya dan profession juga dihormati, tapi hasil tulisannya penuh dengan caci maki, sumpah seranah, jika hanya satu buku masih boleh dimaafkan tetapi bila buku-buku seterusnya masih sama...saya langsung tak boleh terima.

Perlu diingat, pengemar buku yang mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa seawal 11/12thn juga berkongsi minat si ibu..turut berkongsi buku tersebut, jadi terpaksalah kita menerangkan kepada mereka buruk dan baiknya. Perlu diingat penulis juga ada tanggungjawab sendiri kepada masyarakat.

Sekian, panjang lebar pulak membebel..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-4-2012 09:44 PM | Show all posts
kan...
kebanyakkan penulis yang menulis babak imtim keterlaluan adalah terdiri daripada penulis wanita.bagi yang dah berkahwin, ibarat menunjuk rahsia dalam kain kepada orang ramai...yang masih bujang, imiginasi anda memang tinggi...

lagi satu, penulis selalu kata karya mereka bedasarkan pengalaman sekeliling...adakah babak intim tu juga hasil pengalaman org yg bercerita kepada anda ataupun pengalaman anda sendiri...

sekarang ni, memang kita sebagai pembeli dan pembaca yang kena pandai buat pilihan sebelum membelinya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2012 09:45 PM | Show all posts
yang ni pernah ku tepekkan kt thread KN...
sangat kurang suka dgn cara promosinya...

nampak pihak KN promot buku baru acik lana...
tak sesuai gunakan ayat "WAJIB UNTUK DIMILIK"...
kalau ada pengajaran, boleh juga wajib untuk dimiliki

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 02:27 PM | Show all posts
Reply 4# mijot

wahhh penerbit pun masuk sini ye...bagus2..boelah la cakap sekupang dua kat sini kan..


so wahai penerbit sekelian, tolonglah baca luahan forumer2 kat sini. B4 nak terbitkan novel tu, tengok2 la dulu isinya, jangan main rembat jer, asal orang kata best, jadik je...kena alert. Bukak mata besar2, jangan buta dek untung..telinga pasang kuar-kuat, jangan tuli dek pujian hampeh..

Editor2.. tolong buat keje sama ye. Pada penerbit yang tak disclose nama editor tu (or memang takde pun kut sebab tu tak nak tulis kat dalam novel tuh..) tolong ye, jangan terima bulat2 manuskrip dari pihak yang mengrekomenkan pada anda. Jangan fikirkan $$$$ jer. Tanggungjawab sosial pada masyarakat tolong fikir sama ye. Nanti kat sana pun kena soal sama...berani ke nak tanggung dosa??...maaf ye kalau kata-kat lea ni kasar, tapi memang tak suka sungguh la perkembangan sekarang. Banyaknya penulisan karya-karya yang menjerumuskan pembaca pada hasil yang memualkan, hubungan intim....apa nih???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 10:32 PM | Show all posts
artikel di PTS guna istilah Novel Cabul...

Penulis-Penulis Perempuan Menguasai Pasaran Novel Cabul dalam Bahasa Melayu
oleh Ainon Mohd. • 15 Nov 2011 10:33 AM
Dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA)

Permintaan untuk novel-novel cabul dalam apa-apa jua bahasa memang sentiasa ada, dan saiz pasaran itu besar. Kuasa duit sedang mendorong industri novel cabul membesar dengan rancaknya. Semakin banyak penulis novel cabul muncul dalam pasaran. Semakin banyak penerbit yang menceburi sektor novel cabul. Semakin banyak kedai buku menjual novel cabul.

Laporan risikan pasaran yang kita lakukan menunjukkan pada masa ini novel-novel cabul menguasai pasaran fiksyen dalam Bahasa Melayu. Angka jualan novel-novel cabul itu mengatasi jualan novel-novel cinta romantis.

Novel-novel itu dijual di semua kedai buku utama. Laporan yang kita terima daripada petugas sebuah cawangan kedai buku berangkaian menunjukkan jualan kategori novel cabul mengatasi jualan lain-lain kategori buku.

Kedai-kedai buku yang selama ini sangat dihormati sebagai kedai buku bermutu pun kini menjual novel-novel cabul, malah novel-novel cabul itu diiktiraf dalam senarai bestseller mereka, serta dinobatkan dengan diberi hadiah dan anugerah.

Ada suatu fenomena baru yang sedang berlaku dalam industri novel cabul hari ini.

Pada masa-masa yang lalu, penulis-penulis novel cabul adalah terdiri daripada penulis lelaki. Tetapi pada saat ini, penulis-penulis perempuan mendominasi pasaran buku cabul. Maklumat daripada pasaran mengatakan ada antara penulis-penulis novel cabul itu adalah perempuan-perempuan muda yang belum berkahwin.


dengan menulis watak suami isteri seolah memberi lesen 'pilot' utk penulis2 ini menulis tentang hubungan antara suami isteri.

saya suka novel romantis bukan novel cabul!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 10:37 PM | Show all posts
Reply 10# lowgil

yup, setuju dgn komen anda...
penulis menggunakan alasan watak tersebut adalah pasangan suami isteri, maka boleh tulis adegan intim dengan jelasnya...

lagi satu, menunjukkan editor tidak buat kerja dalam membaiki, membetulkan serta menambah baik karya penulis...
cuma betullkan kesilapan ejaan sahaja, itupun ada gak yang silap...
itu sebab karya sekarang kebanyakkan tebal-tebal belaka tapi meleret-leret jalan ceritanya dan tiada isi atau pengajaran..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2012 12:03 PM | Show all posts
lagi perkara yang boleh dibincangkan :
1. lambakan penulis baru dan karya dalam sebulan
- sekarang ni boleh dikatakan setiap penerbit seperti mahu berlumba-lumba mengeluarkan buku paling banyak dalam sebulan tapi hasilnya tidaklah seberapa.

2. novel ke drama/filem
- sekarang ni boleh diperhatikan banyak karya dijadikan drama dan filem.tapi hasilnya mengecewakan pembaca...apatah penulis asalnya dimana karya mereka dirombak sesuka hati sehingga hilang keasliannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 09:33 AM | Show all posts
tertarik juga dgn isu ni...
tapi bel nak mohon maaf dulu...kerana bel kurang baca novel melayu selain cesb n RAM adala sesikit penerbit lain

blh tak mijot bg contoh novel cabul tu?
teruk sgt kah ianya di tulis?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 09:41 AM | Show all posts
lagi perkara yang boleh dibincangkan :
1. lambakan penulis baru dan karya dalam sebulan
- sekarang ...

mijot Post at 3-4-2012 12:03


isu lambakan penulis tu bel rasa bagus bila kita ada banyak penulis.

CUMA penerbit dan editor PERLU bijak memilih manuskrip yang bagus.
budaya siapa lebih byk terbitkan buku ni perlu di hapuskan.
sbb ia menyumbang kepada isu pemilihan manuskrip yang tidak berkualiti.
malah bukan sahaja manuskrip tetapi dari segi bahasa juga

maaf sekali lagi lah..bel seringkali membandingkan antara cesb dan penerbit2 lain
setakat ini masih belum ada yang boleh menandingi cesb.
cesb bahasanya lebih indah...

kepada penulis2 juga, gunakanlah bahasa yang indah...
anda menulis untuk generasi akan datang
anda menulis untuk memupuk minat membaca
anda menulis kerana anda minat menulis bukan sekadar nak buat wang semata

tentang isu kedua tu pulak mijot, bel rasa pihak penerbit kena main peranan.
bila penerbit biarkan novel di bawa ke layar perak tanpa ada penglibatan dr penulis, maka drama atau filem tu mmg akan le laut.
sila ambil contoh twilight siri. kenapa ia berjaya?
sbb penerbit filem mengambil kira setiap pandangan penulis. Dari pemilihan pelakon hinggalah ke pemilihan lagu tema.
di sini? mereka hanya pentingkan wang semata bukannya karya seni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 10:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 4-4-2012 11:00

Tetapi pada saat ini, penulis-penulis perempuan mendominasi pasaran buku cabul. Maklumat daripada pasaran mengatakan ada antara penulis-penulis novel cabul itu adalah perempuan-perempuan muda yang belum berkahwin.

setuju dgn kenyataan ni. saya sendiri pernah buat perbandingan kadang2 tekaan saya tepat bila membaca novel - penulis tu masih single penceritaan mereka TERlebih sudah dari penulis2 yg sudah berkahwin.

TETAPI tidak semua penulis2 perempuan yg masih single terlibat dgn novel cabul.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 11:26 PM | Show all posts
Shariff Putera - seorang pendidik dan penulis mapan mendakwa bukunya yang diterbitkan sebanyak 5,000 naskah oleh DBP hanya terjual senaskah sahaja setelah bukunya itu beredar di pasaran.-UTUSAN

http://sharifputera.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 11:36 PM | Show all posts
Mukadimah

Trend novel atau buku cerita berunsur lucah agak menular sekitar 70-an, namun ia dapat dibendung selari era kebangkitan dakwah Islam sekitar 80-an. Jika sebelumnya, novel berunsur seks boleh didapati dengan mudah dan dijual secara terbuka namun, selepas kebangkitan gerakan dakwah dan pantauan serius pihak berkuasa, aktiviti pengedaran dan penerbitan bahan bacaan novel lucah berjaya dibanteras. Rentetan dari sekatan itu, bahan bacaan ini kemudiannya hanya boleh didapati secara tersembunyi.

Bagaimanapun, penerbitan novel cinta bersalut erotik dan menceritakan babak serta dialog lucah secara terbuka kekal berada di pasaran. Kebelakangan ini, novel sebegitu kembali boleh didapati secara mudah di rak-rak kedai menjual majalah. Adakah kita terlepas pandang dengan kemunculannya atau mungkinkah masyarakat semakin terbuka dan menganggapnya biasa? Atau apa mungkin berlakunya hal ini kerana terdapat pengkarya yang beranggapan bahawa seni itu bersifat bebas dan tidak terkecuali seni dalam penulisan.

Persoalannya, mengapa perlu lucah dan pentingkah pendekatan sebegini? Apakah keperluannya adegan dalam kelambu diterjemahkan menerusi imaginasi pembacaan? Sejak bila keghairahan, mencarut dan erotis menjadi trend kebiasaan dalam hidup kita?

Rakyat Malaysia disuruh banyak membaca pelbagai jenis buku, maka tidak ada dosa membaca novel. Tetapi kalau sudah banyak yang lucah, sudah pasti ia mengundang dosa.

Di saat inilah hubung kait antara penulis, penerbit dan pembeli perlu difikirkan. Hayati senarionya jauh-jauh dan betapa ketegasan premis yang menjual novel, sangat diperlukan. Mungkin boleh dijadikan teladan terhadap kejadian awal bulan lalu. Sebuah syarikat telah menolak dua novel yang mana penerbitnya kini sedang mengumpul peminat melalui novel-novel yang diterbitkan.

Penolakan itu dengan alasan kandungan kata-kata kesat dalam novel- novel tersebut tidak elok untuk masyarakat khususnya remaja. Syarikat berkenaan begitu tegas mahukan bahan bacaan berilmiah supaya bersama-sama dapat mendidik anak bangsa. Lebih penting untuk dijadikan teladan, apabila pembeli berkenaan turut menyebut  kesibukan ibu bapa diambil kira dalam dunia buku. Kerana bahan bacaan yang baik boleh membantu pembentukan akhlak anak-anak. Bukan pada novel tidak elok yang dipercayai boleh merosakkan jati diri generasi muda.  

Ironinya, daripada emel itu, telah memacu Bicara Isnin untuk membicarakan hal ini.



Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf,  Datuk Abd Jalil Ali berpendapat, unsur seks dan kelucahan dalam novel bukan lagi daya penarik utama pembaca masa kini.

“Mungkin 30 atau 40 tahun dulu pembaca, termasuk saya, suka cerita lucah. Ketika itu muncul banyak novel lucah, sekarang tidak seperti dulu lagi,” katanya yang juga penulis skrip, novelis dan kolumnis.

Katanya, pembaca sekarang tidak kira remaja atau dewasa telah lebih matang dan memilih novel yang kandungan juga jalan ceritanya lebih bernas dan boleh membentuk minda.

“Pembaca sekarang lebih berpendidikan dan memiliki nilai-nilai murni keagamaan, mereka tidak lagi tertarik dengan seks dan kelucahan yang dianggap sebagai picisan. Memang mereka masih sukakan cerita-cerita cinta, tetapi menolak seks,” katanya.

Abd Jalil berpendapat perubahan trend dan cita rasa peminat novel sekarang banyak didorong oleh sikap penerbit dan penggerak utama industri perbukuan lebih prihatin dan tidak semata-mata mementingkan keuntungan.

Penerbit tersohor, termasuk Alaf 21, Buku Prima, PTS, Telaga Biru dan beberapa lagi, kini berlumba mengisi pasaran dengan bahan-bahan bermutu, dan tidak menjadikan seks dan kelucahan sebagai menu utama pembaca.

“Memang masih ada satu dua penerbit yang menjaja seks, kelucahan dan kontroversi, tetapi ternyata sebahagian besar pembaca kita sudah tidak lagi tertarik dengan bahan seperti itu.

“Kalau kita tengok mana-mana pesta buku, orang berebut membeli buku dan novel yang isinya menarik, berilmu dan mengetepikan kelucahan. Orang malu untuk membawa novel lucah,” katanya.

Bercakap berdasarkan pengalaman, Abd Jalil berkata, beliau menulis banyak novel dan buku bacaan umum, tanpa unsur seks dan lucah, tetapi masih mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

“Dunia pembacaan kita sudah berubah, zaman menjual seks dan kelucahan sudah berakhir. Saya yakin penggiat industri perbukuan sudah menerima ini sebagai satu kenyataan dan ini satu perkembangan yang amat sihat,” katanya.



Pandangan penulis

"Pada pandangan saya, isu kelucahan dalam sesetengah novel adalah subjektif. Ia bergantung kepada cara penulisan seseorang penulis dalam menghasilkan karya ketika menggambarkan sesuatu situasi sama ada mahu ia kelihatan nyata atau tidak. Biasanya isu
kelucahan ini boleh terjadi disebabkan penulis ghairah untuk menerangkan secara menyeluruh tentang plot yang ditulis. Namun, setiap penulis mempunyai gaya penulisan tersendiri. Justeru hanya sebahagiannya yang gemar begitu.

"Saya kurang bersetuju dengan pendapat bahawa pendekatan unsur lucah adalah perkara normal untuk melahirkan perasaan. Jika tidak ditangani dengan betul, unsur ini boleh merosakkan pemikiran pembaca. Seharusnya setiap penulis mengawal cara penulisan kerana karya yang dihasilkan adalah untuk memberi pengajaran dan mendidik. Jika unsur lucah ini berterusan, ramai pembaca boleh terjerumus dalam masalah sosial memandangkan unsur kelucahan boleh mempengaruhi pemikiran pembaca ke arah perkara negatif.

"Saya mengakui kejujuran itu penting dalam seni tetapi haruslah berpada-pada. Apa-apapun, ia bergantung juga kepada kelompok pembaca yang membaca karya penulis tersebut. Bagi saya, kelompok yang membaca karya saya terdiri daripada pelbagai golongan tua dan muda. Maka, saya sedaya upaya menolak unsur lucah ini kerana mahu pembaca menghormati karya saya. Alhamdulillah, setakat ni tanpa pendekatan unsur lucah, karya saya dapat diterima," - Damya Hanna


"Isu kelucahan dalam sesetengah novel ini semakin berleluasa dan ianya perlu dibendung supaya tidak merosakkan budaya membaca terutamanya kepada golongan muda. Hakikat sebenarnya, novel sebegini memang mendapat sambutan di kalangan sesetengah penggemar novel tetapi bagi saya, isu kelucahan tidak sepatutnya menjadi subjek utama dalam menghasilkan sesebuah karya. Setiap karya sebenarnya melambangkan identiti seseorang penulis itu sendiri. Pembaca hanya membaca novel yang mereka miliki tetapi sewajarnya dari awal lagi ianya menjadi tanggungjawab penulis untuk membentuk karya tersebut. Sejak dulu lagi, isu sebegini memang ada tetapi tidak terlalu dititik beratkan kerana pasaran novel belum luas seperti sekarang. Namun, bila bahan bacaan yang mengandungi isu kelucahan mula berlambak di pasaran, ia boleh menjadi sebuah perkara yang merisaukan masyarakat.

"Ada pelbagai cara untuk menzahirkan perasaan dalam bentuk coretan ayat. Penulis boleh menggunakan bahasa yang lebih indah atau berlapik dengan susunan ayat yang lebih berisi untuk menggambarkan perasaan sesebuah watak itu. Menulis dengan menggunakan pendekatan lucah hanya menambahkan bahaya kepada pembaca terutamanya kepada golongan muda. Penulis sendiri perlu ingat, apa sebenarnya niat mereka ketika menghasilkan karya. Sejujurnya, memang objektif utama adalah sebagai mata pencarian tetapi untuk penulis yang beragama Islam, kita perlu ingat bahawa setiap ayat yang kita ciptakan itu dibaca oleh beribu-ribu orang yang lain dan lebih penting lagi, segala yang kita lakukan itu akan ditanya di akhirat kelak. Jika karya kita boleh menjadikan masyarakat lebih baik dan berilmu, itu semestinya perkara yang menggembirakan. Namun, apa pula yang akan kita jawab nanti jika karya kita dipenuhi dengan perkara yang tidak elok dan lebih teruk jika ia mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat?

"Sememangnya tempias isu kelucahan dalam novel akan terkena kepada semua yang bergelar penulis novel. Jika golongan pembaca mahukan unsur karya yang lebih berani (daring), sudah tentu ianya akan menjejaskan periuk nasi penulis lain yang lebih mementingkan kualiti karyanya. Namun begitu, ianya semua bergantung kepada rezeki penulis. Kadang-kala novel tersebut tiada langsung membabitkan isu-isu yang tidak elok tetapi kerana rezeki telah tertulis kepadanya, karya tetap mendapat sambutan memberangsangkan. Penulis yang benar-benar jujur dengan karyanya pula tidak seharusnya menjadikan isu kelucahan novel-novel lain sebagai gangguan penumpuan untuk menghasilkan karya-karya mereka seterusnya.

"Jika gejala isu kelucahan ini tidak dibendung, ianya bakal menjadi fenomena yang merisaukan dunia penulisan dan mencacatkan keindahan bahasa serta ilmu yang terkandung dalam sesebuah novel tersebut. Penulis yang mahu berkarya secara jujur untuk mengembangkan dunia seni penulisan akan lebih berhati-hati dengan setiap apa yang ditintakannya. Tidak salah untuk penulis mempelbagaikan genre ataupun corak penulisan mereka, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana cara untuk menjaga tatasusila bahasa dan budaya masyarakat Malaysia supaya tidak terkeluar dari landasan sebenar. Banyak cara untuk mengekang perkara ini daripada menjadi sebuah trend tetapi semuanya bergantung kepada kesedaran penulis novel tersebut dan pembaca di luar sana. Selain itu, pihak penerbitan juga antara yang terpenting untuk menjadi lebih tegas dalam soal ini supaya karya yang dikeluarkan adalah berkualiti. Dunia penulisan adalah sebuah dunia yang luas, boleh dicorakkan dengan pelbagai jenis ayat tetapi jika tidak kena lorekannya, dunia tersebut pasti akan menjadi cacat cela dan seluruh isi dunia itu akan terbabit sama," - Weeda Airiza


"Inti pati sebuah novel memainkan peranan sama ada naskhah karya itu akan terus dibaca, ditutup atau diulang berkali-kali sehingga lunyai. Kini, isu kelucahan begitu hangat diperkatakan kerana novel seperti ini menjadi lambakan kepada anak remaja kita di dalam pasaran yang terbuka. Golongan remaja kita menjadi teruja dan menghebahkannya kepada kawan-kawan mereka yang lainnya hingga menyebabkan novel yang bercirikan sebegini menjadi hangat dan laris di pasaran.

"Apabila penawaran wujud, permintaan semakin meningkat dan dipengaruhi pula faktor editor atau penerbit yang mementingkan keuntungan semata-mata maka isu kelucahan semakin menjadi-jadi di dalam bahan bacaan anak remaja kita. Sesuatu yang merbahaya dan menambah perisa untuk keruntuhan moral yang semakin meruncing.

"Jangan sesekali memperlekehkan kuasa bahan bacaan. Jika isu ini dibiarkan, suatu hari nanti kita juga yang akan duduk ternganga melihat anak remaja kita hancur adab dan pegangan imannya. Waktu itu siapa yang mahu disalahkan? Bagi saya, penulis mempunyai tanggungjawab. mahu tidak mahu, tanggungjawab itu digalas kerana setiap patah aksara kata yang mereka ciptakan akan membuai hati dan merasuk minda anak remaja kita yang masih hijau dalam menilai baik buruknya sesuatu perkara.

"Saya percaya pada rezeki daripada ALLAH SWT. Jika anda menulis beresepikan isu kelucahan, mendapat royalti yang banyak dan meraih populariti tetapi naluri haru biru dan akan menerima seksa dan balasan di akhirat kelak, maka saya memilih biarlah saya menjadi penulis yang biasa-biasa saja. Bagi saya, rezeki begini tidak lama. Ikhlas menulis, berlandaskan pegangan kita, Insya-Allah rezeki dari ALLAH terbentang luas untuk semua.

"Ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil peranan. Semak dan pantau bahan bacaan anak remaja anda. Janganlah setakat menghulur wang dan merasa lega apabila mereka memberitahu mahukan wang untuk membeli buku. Isi bahan bacaan perlu diambil kira. Guru-guru boleh memberikan panduan, senarai bahan bacaan yang bersesuaian untuk anak murid mereka. Buka mata, tengok novel apa yang ada di rak bacaan anak remaja kita. Jika tidak mampu membaca seluruh novel, selaklah beberapa muka. Ambil tahu. Jangan jadikan trend yang merosakkan masa depan mereka," - Lynn Dayana


"Buku lucah atau spesifiknya novel lucah memang sudah lama wujud.  Malah, lambakan bahan lucah di pasaran bukan lagi isu baru. Bahan-bahan yang boleh diibaratkan hampas seni kreatif  ini sudah  lama  dijual secara berleluasa terutama di gerai-gerai yang menjual majalah dan surat khabar-surat khabar. Target para peniaga ini ialah para pelajar sekolah. Kerana selain mereka ini mudah teruja dan ketagih, para pelajar sekarang juga dibekalkan dengan wang saku yang banyak.  Cuma sejak kebelakangan ini, elemen tersebut mulai menjadi virus dalam novel-novel biasa dan keberanian segelintir penulis yang menyuntik virus  ini ke dalam novel-novel  mereka pada saya tidak boleh dimaafkan sama sekali.

"Perbuatan ini pada saya bukanlah sesuatu yang boleh dikira normal malah ianya menyalahi idealisme penulisan itu sendiri. Apa yang saya tahu, hasil sastera terutama sastera kreatif  haruslah berfungsi sebagai mekanisme yang menjalankan tugas sebagai agen tazkiyah yang mampu membentuk jiwa murni ke dalam diri pembaca.   Jangan  kita sangka institusi formal seperti gedung-gedung ilmu dari yang rendah hingga setinggi-tingginya dan institusi keluarga sudah cukup lengkap dalam   membentuk  akhlak masyarakat di mana sebahagian besar merupakan  para pembaca. Pernah beberapa orang pembaca mengulas sebuah buku saya dan mengakui mereka menjadikan buku saya sebagai dimensi buat eskapisme  keadaan hidup yang mendera. Mereka merasa puas apabila membaca novel tersebut dan menjadikannya motivasi. Setiap kata-kata yang saya coretkan membekas hingga ke lubuk jiwa. Adakala pengaruh ini amat menakutkan saya. Lalu saya terfikir apa kesannya jika elemen lucah dimasukkan ke dalam novel-novel roman seperti ini? Hendak mengikut trend di Barat?  Sudah cukup dengan gejala sosial yang tidak terkawal di sekeliling kita dan sudah jadi  kewajiban bagi para penulis membanteras apa yang termampu  menggunakan  mata pena kita yang tajam.  Bukan memusnahkannya dengan menjadikan krisis moral ini  lebih teruk lagi.  Jangan menulis bermotifkan keuntungan dan populariti semata-mata tanpa menghiraukan bahawa, tulisan dan cerita yang disajikan bercanggah dan  menyimpang dari nilai-nilai keagamaan dan budaya masyarakat. Sejujurnya, tidak banyak kesan pada penulis yang berkarya secara jujur kerana mereka ini memang sudah ada kelompok penggemarnya sendiri.  Kalau adapun kesannya mungkin kesan bermusim.

"Sebagai langkah untuk membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini, setiap penulisan haruslah berorientasikan syarak yang mana ia harus  meliputi aspek-aspek moral, spiritual dan material. Dalam keghairahan mengejar pulangan keuntungan, usahlah sesekali  alpa akan peri pentingnya peranan dan pemupukan nilai murni buat masyarakat pembaca. Moral yang baik adalah pengukur kepada kemajuan justeru itu, prinsip ini harus dijadikan agenda utama setiap penulis dan penerbit. Ia juga perlu kesepaduan usaha dari semua pihak. Terutama kerajaan dan para penerbit. Dalam pada itu, aktiviti-aktiviti  penerbitan harus dipantau. Hukuman haruslah lebih keras untuk penggiat sastera lucah dan harus ada satu standard dalam penapisan setiap bahan bacaan,"
- Haiza Najwa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 11:37 PM | Show all posts
sumber : SINAR HARIAN

Lucah bukan tarikan, pembaca lebih minat bahan murni

































Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali




Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 11:43 PM | Show all posts

Novel cinta bukti jenayah[size=0.9em]Batu Gajah: Sebuah novel cinta bertajuk Sebarkan Cintamu karya Fatimah Syarha antara bahan bukti yang dirampas daripada seorang remaja berusia 16 tahun yang diberkas polis kerana memecah masuk sebuah rumah di sini, pagi kelmarin.

[size=0.9em]Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah itu diberkas polis jam 10 pagi di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Tersusun, Simpang Siputeh, di sini.
[size=0.9em]
Difahamkan, kelibat remaja itu dikesan pemilik rumah yang pulang jam 9 pagi, tetapi dia tidak cuba melarikan diri sebaliknya bersembunyi di dalam rumah.


[size=0.9em]Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik rumah dan pemeriksaan mendapati suspek bersembunyi dalam sebuah bilik.
[size=0.9em]
Menurutnya, pihaknya menemui novel berkenaan serta satu unit pemacu storan mudah alih komputer, kabel televisyen berdefinasi tinggi (HDMI), basikal lasak dan jam dinding bernilai kira-kira RM1,500 bersama remaja itu.
[size=0.9em]
“Kami menemui barangan itu dalam semak di belakang rumah mangsa. Suspek dipercayai menyembunyikan barangan itu dalam semak berkenaan.

[size=0.9em]“Soal siasat terhadap suspek mendapati dia mengambil novel berkenaan untuk dibaca kerana tertarik dengan jalan ceritanya,” katanya.
[size=0.9em]
Shaharon berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan awal mendapati remaja itu memasuki rumah selepas pemiliknya keluar ke pejabat pos jam 8 pagi tetapi pulang sejam kemudian yang mungkin tidak menjangka pemilik berkenaan cepat pulang.

[size=0.9em]“Polis menemui kesan umpil pada pintu rumah selain keadaan dalam rumah yang berselerak kerana digeledah suspek,” katanya.



www.hmetro.com.my

Last edited by GuaAnakMelaka on 20-3-2013 11:45 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 12:41 AM | Show all posts
Fahaman Pluralisme semakin membarah dalam dunia buku melayu, sejak akhir-akhir ini.
Itu tidak dikira lagi pada teori hedonisme yang sememangnya telah lama bercambah.
Akhir nanti, masyarakat pembaca akan menyerap faham-faham yang pesimis ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.265881 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list