memang bukan negara ISLAM, agama ISLAM saja RASMI, tak kan baru tahu........kot...
crossfire Post at 6-4-2012 11:22
Haah sbb selama nih pemimpin Umngok kata negara islam cam bwh nih
TPM: M'sia negara Islam yang diperakui Amerika
Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh BN.
"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tenang, di Labis hari ini.
Negara Islam maju
Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi.
Perakuan itu, kata beliau sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan pimpinan BN tidak berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar untuk membantu dan meningkatkan kedudukan ekonomi rakyat.
"Jika ada pihak-pihak yang datang dan cerita perkara karut-marut, saya minta penduduk kampung jangan percaya," katanya.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Proses penamaan calon pula akan diadakan esok.
Pada majlis sama yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang Mohd Azahar Ibrahim.
Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur masjid.
Peruntukan yang diluluskan berikutan permohonan daripada jawatankuasa masjid jamek itu termasuk untuk memperbaiki kemudahan tandas dan menurap jalan di sekitar tadika yang terletak dalam kawasan masjid.
- Bernama
KUALA TERENGGANU 3 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Malaysia mampu mencapai status negara Islam pertama berada dalam kelompok negara maju menjelang 2020. Menurut Perdana Menteri, ia berlandaskan dasar serta pelaksanaan pembangunan yang berkesan dalam usaha membangunkan negara serta rakyat yang terus dipacu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). "Impian kita dalam lapan tahun lagi Malaysia akan dimartabatkan sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. (Malaysia) sebagai negara Islam pertama di dunia yang mampu mencapai taraf negara maju," katanya. Najib berucap seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman di sini hari ini. Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Hampir 10,000 orang dari segenap lapisan masyarakat menghadiri program tersebut termasuk mereka yang menerima baucar BR1M yang diserahkan oleh Perdana Menteri. Menurutnya, sejak negara merdeka sehingga sekarang, kerajaan tidak putus-putus menjaga kebajikan rakyat termasuk melaksanakan pembangunan luar bandar, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Jelas Perdana Menteri, kesemua program kebajikan yang sentiasa diberi penekanan dan keutamaan oleh kerajaan BN adalah selaras dengan tuntutan Islam yang menyeru kepada kebajikan. Beliau menjelaskan, Malaysia mempunyai kelebihan dan dikagumi dunia kerana masih berkemampuan meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi peningkatan kadar gaji dan pencen kepada penjawat awam ketika negara lain dilanda kemelut ekonomi. "Di Eropah termasuk Greece yang suatu ketika dulu merupakan pusat tamadun dunia, hari ini keadaan ekonominya kucar-kacir dan kemungkinan negara itu serta rakyatnya akan hadapi kesukaran dalam satu dekad lagi. "Ada negara lain, peruntukan dikurangkan dan begitu juga gaji serta pencen turut dikurangkan. Berbeza dengan Malaysia, peruntukan untuk rakyat akan terus bertambah," ujar beliau. Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa memberi pelbagai subsidi selain peruntukan perbelanjaan berjumlah RM22 bilion setahun termasuk pemberian BR1M untuk rakyat dan memberi jaminan peruntukan untuk itu akan ditambah lagi pada masa akan datang. Beliau seterusnya mengingatkan rakyat bahawa kerajaan akan sentiasa berlaku adil seperti mana yang dituntut dalam Islam dan pendapatan negara semakin bertambah disebabkan negara diurus dengan baik dan islamik. "Kita mesti ikut Islam walaupun nama (BN atau UMNO) bukan ikut Islam, tapi pengisiannya lebih Islamik daripada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam," ujarnya.
Aku ker nko yg ngok nih??????
Kita mesti ikut Islam walaupun nama (BN atau UMNO) bukan ikut Islam, tapi pengisiannya lebih Islamik daripada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam," ujarnya.
Har har har har.......tang mana tuh?????? |