CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: robotech

Tenggelamnya Atlantis – Kejatuhan Empayar Minoan

[Copy link]
Post time 19-4-2012 06:52 PM | Show all posts
Apasal pulak, ada relevan kat soalan tu. Anyway aku dah jawap, takde buang masa pun.

BTW, tol ...
robotech Post at 19-4-2012 06:37 PM



    aku saje jea gurau² kalau korang rasa aku terlebih minta maaf ler bebanyak aku pun baru belajar..
anyway thx for sharing this is the besh info ... plz sambung lagi.. aku menanti episode seterusnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 09:37 AM | Show all posts
Reply 39# robotech

aku gune "hypothesis hantu jepun"
tok guru aku ajar - bile dengar orang cerite pasal "Hantu Jepun" takde kepale berkawat etc. etc. ... cepat2 jgn dengar.. sebab ; dah terang2 menipu....

reasonnyer senang je = 100% askar jepun mati kene tembak dan kene bom = takde yg kene pancung.. sebab JEPUN HANYE PANCUNG orang2 yg ditakluk je.. dia tak pancung sesame askar jepun... meaning jugak takde hantu jepun xde kepale wujud

- so???? mane datang hantu jepun takde kepale???

same mcm kes ni =

sesape belajar pasal Minoan tau = dorang vanished sebab tsunami... and remaining yg survive.. terpakse jadik cannibal makan mayat org yg mati sebab takde makanan....

so... terang2 dorang tak boleh 'terbang'
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 11:10 AM | Show all posts
dokumentari BBC

Ancient Apocalypse - The Minoans pt.1
http://www.youtube.com/watch?v=Z75J-0FIJYk&feature=related

Ancient Apocalypse - The Minoans pt.2
http://www.youtube.com/watch?v=Ze4gNMfwIXw&feature=relmfu

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 03:49 PM | Show all posts
Reply 43# H猷L鰃頧

zaman ni.. dorang takde seismograph KER???? kate canggih
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 03:53 PM | Show all posts
ntah, guna pawang kot ,

Reply  H猷L鰃頧
zaman ni.. dorang takde seismograph KER???? kate canggih
unekspekted_XII Post at 20-4-2012 15:49
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 03:56 PM | Show all posts
Reply 45# H猷L鰃頧

heheheheheheheheeeee
kt melesia.. pawang hujang.... kt sane.. pawang gempa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2012 06:10 PM | Show all posts
ntah, guna pawang kot ,ntah, guna pawang kot ,
[quote]
Reply  H猷L鰃頧
zaman ni.. dorang takde seismograph KER???? kate canggih
unekspekted_XII Post at 20-4-2012 15:49


H猷L鰃頧 Post at 20-4-2012 15:53 [/quote]

Actually, ya betul!!!!!! Masyarakat Minoan serta kaum mitos Atlantis ada persamaan dimana Dewa Poseidon adalah Dewa penaung mereka. Dewa Poseidon dikatakan menguasai lautan & gempa bumi. So, tak hairanlah jika sekiranya ada berlaku tanda2 awal bencana alam, masyarakat ini akan menjumpai pendita kuil Dewa yang merangkap tukang ramal & tukang tilik.

Aku tak rasa diorang ada seismograf. Tetapi, bagi seseorang yang tajam pandangannya, mereka akan mudah perasan berdasarkan pemerhatian alam sekitar, contohnya pergerakan & perangai haiwan ternakan / burung2 liar yang biasanyanya secara naluri alamiah boleh mengesan bencana menghampiri, haiwan2 ini akan resah & mula bergerak lebih jauh ke daratan atau bergerak ke tempat tinggi.

Tapi sape le keje nak pegi tenung menatang2 tu 24 jam .... kang dipanggil gilo la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 10:25 PM | Show all posts
Reply 47# robotech

actually. plato pun x tau.. dia cume catit cerite mulut ke mulut yg jadik 5000 tahun sblum zaman dia.
and ilmu2 zaman classical dia plak.... vanished... and dijumpai smula di library alexandria mse zaman khalifah... thus, dorang translate ilmu2 ni, refresh and adapted.  then, diambik plak org2 europe mase perang salib.. di adapt dan diubah namenyer.... sampai la skarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 06:31 AM | Show all posts
OK, jika ikut hikayat Atlantis oleh Plato, pulau Atlantis & ketamadunannya lenyap angkara gempab ...
robotech Post at 19-4-2012 18:14



betul la bro
aku tak percaya la ada kapal terbang zaman dulu
semua ni kena ada perkembangan secara berkala
kalau kata ada kapal terbang zaman purba dulu mana bukti perkembangan berkala tu
takkan tiba2 ada pesawat tapi basic fizik bernoulli pun tak tau

ni pakaian pun terdedah sana sini cam orang asli tak cukup baju
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 04:26 AM | Show all posts
trima kasih semua yg membincangkan dan perincian ttg atlantis
baru selm carik bidio pasal rencana ni mmg menarik (Atlantis.End.of.a.World.Birth.of.a.Legend.2011.BRRip)
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 04:28 AM | Show all posts
trima kasih semua yg membincangkan dan perincian ttg atlantis
baru selm carik bidio pasal rencana ni mmg menarik (Atlantis.End.of.a.World.Birth.of.a.Legend.2011.BRRip)
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 04:31 AM | Show all posts
trima kasih semua yg membincangkan dan perincian ttg atlantis
baru selm carik bidio pasal rencana ni mmg menarik (Atlantis.End.of.a.World.Birth.of.a.Legend.2011)
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:21 AM | Show all posts
info yg menarik ttg atlantis...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:07 PM | Show all posts
Ye ye... info yang sangat bagus. EmakBonda suka
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 07:07 PM | Show all posts

Misteri Lagenda Kota Atlantik

Saintis masih lagi sedang mencari tempat tinggalan arkeologi ‘bandar sains’ berdasarkan kepada cerita Plato.



SELEPAS terdiam sejenak, Plato memulakan ceritanya. Antara cebisan kisah seperti diceritakan ahli falsafah Greek sekitar abad ke-350 itu berbunyi lebih kurang begini: Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’. Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)! Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak.

Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras. Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini. Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan. Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang. Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun.

Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas. Pusat pemancar tenaganya adalah bersumberkan daripada sebuah batu kristal, segala bentuk perubatan hanya diubati menggunakan batu kristal tersebut yang terletak ditengah2 k0ta Atlantis menggunakan kaedah telepati. Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.

Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga. Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa. Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman. Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas. Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia. Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam.

Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini. Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi! Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!

Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang? Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!



Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini. Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.

Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi. Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara. Mengenai suhu pula, Plato menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh.

Mengenai jumlah penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan ketika itu masih berais. Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar ‘Semenanjung Emas’, ‘Gunung Emas’ dan ‘Bukit Besi Putih’. Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.




(Struktur binaan buatan manusia yang dikatakan mungkin tembok atau sistem jalan raya di bawah lautan atlantis yang dikesan melalui google map yang dikatakan milik kerajaan atlantis)

Mitos tentang Peradaban Atlantis pertama kali dicetuskan oleh seorang ahli falsafah Yunani kuno bernama Plato (427 – 347 SM) dalam buku Critias dan Timaeus.

D    alam buku Timaeus Plato menceritakan bahawa dihadapan selat Mainstay Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana kalian dapat pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah seluruhnya daratan yang dikelilingi lautan samudera, itu adalah kerajaan Atlantis. Ketika itu Atlantis akan melancarkan perang besar dengan Athena, namun di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan banjir, tidak sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar laut, negara besar yang melampaui peradaban tinggi, lenyap dalam satu malam.

Dibahagian lain pada buku Critias adalah adik sepupu dari Critias mengisahkan tentang Atlantis. Critias adalah murid dari ahli filsafat Socrates, tiga kali ia menekankan keberadaan Atlantis dalam dialog. Kisahnya berasal dari cerita lisan Joepe iaitu moyang lelaki Critias, sedangkan Joepe juga mendengarnya dari seorang penyair Yunani bernama Solon (639-559SM). Solon adalah yang paling bijaksana di antara 7 mahabijak Yunani kuno, suatu kali ketika Solon berkeliling Mesir, dari tempat pemujaan makam leluhur mengetahui legenda Atlantis.

Garis besar kisah pada buku tersebut ialah terdapat sebuah daratan raksasa di atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan perak yang tak terhitung banyaknya. Istana dikelilingi oleh tembok emas dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertahtakan emas, cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya memukau orang. Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang sempurna, juga ada kenderaan yang mampu membawa orang terbang. Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropah, bahkan jauh sampai daratan Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat,tenggelamlah ia ke dasar laut beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang.


Jika dibaca dari sepenggal kisah diatas maka kita akan berfikiran bahawa Atlantis merupakan sebuah peradaban yang sangat memukau. Dengan teknologi dan ilmu pengetahuan pada waktu itu sudah menjadikannya sebuah bangsa yang besar dan mempunyai kehidupan yang makmur.

Tapi kemudian saya mempunyai pertanyaan, apakah itu hanya sebuah cerita untuk tidur pada zamannya Plato atau memang Plato mempunyai bukti2 kuat dan otentik bahawa atlantis itu benar-benar pernah ada dalam kehidupan di bumi ini?

Terdapat beberapa catatan tentang usaha para ilmuwan dan orang-orang dalam pencarian untuk membuktikan bahwa Atlantis itu benar-benar pernah ada. Menurut perhitungan versi Plato waktu tenggelamnya kerajaan Atlantis, lebih kurang 11,150 tahun yang silam. Plato pernah beberapa kali mengatakan, keadaan kerajaan Atlantis diceritakan turun-temurun. Sama sekali bukan rekaannya sendiri. Plato bahkan pergi ke Mesir minta petunjuk biksu dan rahib terkenal setempat waktu itu. Guru Plato iaitu Socrates ketika membicarakan tentang kerajaan Atlantis juga menekankan, kerana hal itu adalah kenyataan, nilainya jauh lebih kuat dibanding kisah yang direkaan.

Jika semua yang diutarakan Plato memang benar-benar nyata, maka sejak 12.000 tahun silam, manusia sudah mencipta peradaban. Namun di manakah kerajaan Atlantis itu? Sejak ribuan tahun silam orang-orang menaruh minat yang sangat besar terhadap hal ini. Hingga abad ke-20 sejak tahun 1960-an, laut Bermuda yang terletak di bahagian barat Samudera Atlantik, di kepulauan Bahama, dan laut di sekitar kepulauan Florida pernah berturut-turut diketemukan keajaiban yang menggemparkan dunia.

Suatu hari di tahun 1968, kepulauan Bimini di sekitar Samudera Atlantik di gugusan Pulau Bahama, laut tenang dan bening bagaikan kaca yang terang, tembus pandang hingga ke dasar laut. Beberapa penyelam dalam perjalanan kembali ke kepulauan Bimini, tiba-tiba ada yang menjerit kagum. Di dasar laut ada sebuah jalan besar! Beberapa penyelam secara bersamaan terjun ke bawah, ternyata memang ada sebuah jalan besar membentang tersusun dari batu raksasa. Itu adalah sebuah jalan besar yang dibangunkan dengan menggunakan batu persegi panjang dan poligon, besar kecilnya batu dan ketebalan tidak sama, namun penyusunannya sangat rapi. Apakah ini merupakan sebuah jalan di kerajaan Atlantis?

Awal tahun ‘70-an disekitar kepulauan Yasuel Samudera Atlantik, sekelompok peneliti telah mengambil inti karang dengan mengebor pada kedalaman 800 meter di dasar laut, atas ungkapan ilmiah, tempat itu memang benar-benar sebuah daratan pada 12.000 tahun silam. Kesimpulan yang ditarik atas dasar teknologi ilmu pengetahuan, begitu mirip seperti yang dilukiskan Plato! Namun, apakah di sini tempat tenggelamnya kerajaan Atlantis?

Tahun 1974, sebuah kapal peninjau laut Uni Soviet telah membuat 8 lembar foto yang jika disarikan membentuk sebuah bangunan kuno mahakarya manusia. Apakah ini dibangun oleh orang Atlantis?
Tahun 1979, ilmuwan Amerika dan Perancis dengan alat pengesan yang sangat canggih menemui piramid di dasar laut “segitiga maut” laut Bermuda. Panjang piramid lebih kurang 300 meter, tinggi lebih kurang 200 meter, puncak piramid dengan permukaan samudera hanya berjarak 100 meter, lebih besar dibanding piramid Mesir. Bahagian bawah piramid terdapat dua lubang raksasa, air laut dengan kecepatan yang menakjubkan mengalir di dasar lubang terdebut.

Piramid besar ini, apakah dibangunkan oleh orang-orang Atlantis? Pasukan kerajaan Atlan pernah menakluk Mesir, apakah orang Atlantis membawa peradaban piramid ke Mesir? Benua Amerika juga terdapat piramid, apakah berasal dari Mesir atau berasal dari kerajaan Atlantis?

Tahun 1985, dua kelasi Norwegia menemui sebuah kota kuno di bawah area laut “segitiga maut”. Pada foto yang dibuat oleh mereka berdua, ada dataran, jalan besar vertikal dan horizontal serta lorong, rumah beratap kubah, gelanggang pertarungan (binatang), kuil, bantaran sungai dll. Mereka berdua mengatakan dengan mutlak dan percaya terhadap apa yang mereka temui itu adalah Benua Atlantis seperti yang dilukiskan oleh Plato. Benarkah itu?

Indonesia Adalah Benua Atlantis?




Yang lebih menghebohkan lagi adalah penelitian yang dilakukan oleh Aryso Santos, seorang ilmuwan asal Brazil. Santos menegaskan bahwa Atlantis itu adalah wilayah yang sekarang ini disebut Indonesia.

Dalam penelitiannya selama 30 tahun yang ditulis dalam sebuah buku “Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve Localization of Plato’s Lost Civilization” dia menampilkan 33 perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi, dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahwa Atlantis itu adalah Indonesia. Sistem terasisasi sawah yang khas Indonesia, menurutnya, ialah bentuk yang diadopsi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir, dan bangunan kuno Aztec di Mexico.

Santos mengatakan bahawa pada masa lalu Atlantis itu merupakan benua yang membentang dari bahagian selatan India, Sri Lanka, Sumatra, Jawa, Kalimantan, terus ke arah timur dengan Indonesia (yang sekarang) sebagai pusatnya. Di wilayah itu terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan dikelilingi oleh samudera yang menyatu bernama Orientale, terdiri dari Samudera Hindia dan Samudera Pasifik.




Sedangkan menurut Plato, Atlantis merupakan benua yang hilang akibat letusan gunung berapi yang secara bersamaan meletus. Pada masa itu sebahagian besar bahagian dunia masih diliputi oleh lapisan-lapisan ais (era Pleistocene). Dengan meletusnya berpuluh-puluh gunung berapi secara bersamaan yang sebahagian besar terletak di wilayah Indonesia (dulu) itu, maka tenggelamlah sebahagian benua dan diliputi oleh air yang berasal daripada ais yang mencair.

Di antaranya letusan gunung Meru di India Selatan dan gunung Semeru/Sumeru/Mahameru di Jawa Timur. Lalu letusan gunung berapi di Sumatera yang membentuk Danau Toba dengan Pulau Somasir, yang merupakan puncak gunung yang meletus pada saat itu. Letusan yang paling dahsyat di kemudian hari adalah gunung Krakatau (Krakatoa) yang memecah bahagian Sumatera dan Jawa dan lain-lainnya serta membentuk selat dataran Sunda.

Santos berbeza pendapat dengan Plato mengenai lokasi Atlantis. Ilmuwan Brazil itu berargumentasi, bahawa pada saat terjadinya letusan pelbagai gunung berapi itu, ia menyebabkan lapisan ais mencair dan mengalir ke samudera sehingga keluasannya bertambah. Air dan lumpur berasal dari abu gunung berapi tersebut membebani samudera dan dasarnya, mengakibatkan tekanan luar biasa kepada kulit bumi di dasar samudera, terutama pada pantai benua. Tekanan ini mengakibatkan gempa. Gempa ini diperkuat lagi oleh gunung-gunung yang meletus kemudian secara beruntun dan menimbulkan gelombang tsunami yang dahsyat. Santos menamakannya Heinrich Events.





Dalam usaha mengemukakan pendapat berdasarkan kepada sejarah dunia, tampak Plato telah melakukan dua kekhilafan, pertama mengenai bentuk/posisi bumi yang katanya datar. Kedua, mengenai letak benua Atlantis yang katanya berada di Samudera Atlantik yang ditentang oleh Santos. Penelitian militer Amerika Syarikat di wilayah Atlantik terbukti tidak berhasil menemukan bekas-bekas benua yang hilang itu. Oleh kerana itu tidaklah semena-mena ada peribahasa yang berkata, “Amicus Plato, sed magis amica veritas.” Ertinya,” Saya senang kepada Plato tetapi saya lebih senang kepada kebenaran.”

Namun, ada beberapa keadaan masa kini yang antara Plato dan Santos sependapat. Yakni pertama, bahwa lokasi benua yang tenggelam itu adalah Atlantis dan oleh Santos dipastikan sebagai wilayah Republik Indonesia. Kedua, jumlah atau panjangnya mata rantai gunung berapi di Indonesia. Di antaranya ialah Kerinci, Talang, Krakatoa, Malabar, Galunggung, Pangrango, Merapi, Merbabu, Semeru, Bromo, Agung, Rinjani. Sebahagian dari gunung itu telah atau sedang aktif kembali.

Tamat.

sources : bcgoldamanah.com/


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 07:24 PM | Show all posts
atlantis la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 08:36 PM | Show all posts
Mungkin Plato cuma gunakan imaginasi dia tentang Atlantis dan ianya sebenarnya tidak wujud? selepas lebih 2300 tahun masih bolum ketemui kan Atlantis nie?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:59 PM | Show all posts
i mmg minat dgn misteri atlantis ni. Macam mana plato boleh describe ttg atlantis ni? takkan imiginasi dia je kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:04 PM | Show all posts
yang memulakan adalah socrates, anak2 muridnya yg lain menokok tambah

artikel ni siapa yg tulis? Indon ke? patut pun dia claim atlantis tu kat indon
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 10:33 AM | Show all posts
aiyoo berapa banyak thread pasal atlantis mao bukaaa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.080397 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list