CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13603|Reply: 30

KAT KELANTAN ADA EMASSS.....???

[Copy link]
Post time 14-4-2012 01:16 PM | Show all posts |Read mode
DENGAR CITA ....  ADA ORANG JUMPA MAS KAT KELANTAN....   ......................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2012 11:00 PM | Show all posts
Hutan Sokor 'lubuk' emas Kelantan

    Sunday, 25 July 2010 09:33
    Editor
    Hits: 3678

    E-mail
    Print
    PDF

Perjalanan masuk ke dalam kawasan Hutan Sokor dekat sini agak memeritkan, terpaksa mendaki dan menuruni bukti, melintasi dua batang anak sungai tetapi sebelum ini tiada siapa yang tahu di dalamnya terdapat sebuah kilang memproses jongkong emas.

Bagi rakyat Kelantan khususnya golongan yang berusia, kebanyakan mengetahui bahawa perut bumi belantara tersebut tersimpan sumber alam yang tinggi nilainya bahkan ia dikatakan antara gred yang terbaik di negara ini.

Usaha untuk mengeluarkan emas terutama jenis aluvial di kawasan Hutan Sokor dikatakan bermula sejak 400 tahun lalu, malah ia turut melibatkan pedagang-pedagang dari China.

Dan hari ini, kerjasama di antara Kelantan dan China untuk melombong emas kembali bertaut malah usaha tersebut meningkat setapak lagi dengan turut terbinanya sebuah kilang memproses jongkong emas di tengah-tengah hutan itu.

Pun begitu, usaha tersebut bukanlah senang kerana, selepas enam tahun bertapak di kawasan tersebut, CNMC Goldmine Limited dengan kerjasama kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), maka jongkong emas pertama bernilai RM400,000 seberat 2.975 kilogram barulah dapat dihasilkan.

(Gambar kanan - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat jongkong emas pertama yang dihasilkan ketika melawat kilang memproses emas di Hutan Sokor, Tanah Merah, kelmarin)

CNMC merupakan sebuah syarikat perlombongan emas yang berpangkalan di China dan turut mempunyai perniagaan di Singapura serta Hong Kong.

Malah, sebaik sahaja jongkong itu siap dan dipamerkan kepada orang ramai untuk seketika, ia terus dijual kepada peniaga emas mentah yang berdaftar dengan kerajaan.

Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd. Sabri Abdullah dan Pengerusi Eksekutif CNMC, Profesor Lin Xiang Xiong.

Xiang Xiong berkata, pihaknya telah memulakan operasi untuk mencari dan melombong emas di kawasan seluas 975 hektar itu sejak enam tahun lalu.

"Negeri ini telah mengeluarkan emas sejak berpuluh tahun lalu tetapi ini kali pertama emas tersebut diproses dalam bentuk jongkong untuk dipasarkan.

"Kawasan ini telah dipajak daripada kerajaan negeri dan kita perlu membayar royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri dan tiga peratus kepada PKINK untuk setiap pengeluaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian lombong dan kilang memproses emas CNMC di Sokor dekat sini semalam.

Majlis perasmian kilang itu disempurnakan sendiri oleh Nik Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Xiang Xiong berkata, syarikat tersebut menyasarkan pengeluaran 300 sehingga 500 kilogram emas setahun dari lombong di kawasan terbabit berdasarkan potensinya.

Katanya lagi, pihaknya telah membuat kajian di kawasan berkenaan selama tiga tahun dan membuat pelaburan yang agak besar sebelum mengeluarkan hasil seperti mana yang ada pada hari ini.

"Sebelum ini rata-rata pelombong atau orang persendirian hanya mencari emas jenis aluvial atau daripada pasir tetapi hari ini kita menggunakan teknologi yang berbeza kerana percaya di perut bumi Sokor mempunyai simpanan hasil bumi ini yang banyak.

"Kita berharap akan menemui lebih banyak emas selepas ini dan ia akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu rakyat negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohd. Sabri berkata, pihaknya telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan tersebut bersama CNMC.

"Kita yakin dengan usaha yang dijalankan syarikat ini untuk mengeluarkan dan memproses hasil bumi ini untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat.

"Bagi memastikan pengeluarannya berjalan lancar, kita akan menempatkan pegawai di kilang ini untuk memantau setiap keluaran dan jumlahnya," katanya.-UtusanTimurOnline
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2012 11:04 PM | Show all posts
Lombong Emas di Kaki Bukit
Oleh Abdullah Awang

2010/03/13
pix_gal0
DIA sudah buat keputusan yang muktamad. Setelah berhari-hari dia membolak-balikkan keinginannya. Setelah berjam-jam dia memikirkan tentang tindakan itu. Setelah kepalanya menjadi semakin bengang, dikacau oleh khayalan yang entah mengapa menjengah lubuk fikirnya semenjak dia sampai ke situ. Maka, kini dia perlu melakukan sesuatu sebelum orang lain sampai!

Di kaki sebuah bukit, terletak di kawasan pedalaman jauh ke Hulu Peralla, dalam negeri Cik Siti Wan Kembang. Dilitupi oleh pokok-pokok hutan yang merimbun. Berbentuk lurah menghala ke sebuah anak sungai yang airnya jernih, mengalir dengan lembut sambil mengeluarkan bunyi arus berjatuhan di atas bebatu kecil. Suasana itu cukup menarik perhatiannya.
Kemudian, di bawah rimbunan itu, dia terpandang sebuah dinding batu ‘ikat sembilan’ yang tersembunyi dalam timbunan dedaunan buruk serta tanah-tanih yang runtuh akibat gelinciran dan hakisan. Kedudukan dinding berbentuk seperti sebuah mesin ringkas untuk sesuatu aktiviti, telah menyimpan seribu rahsia yang belum diketahui oleh sesiapa.
Itulah tempatnya yang menghantui kepala otak setiap malam, setiap pagi, setiap petang. Dia tidak lena tidur semenjak terpandang kawasan yang amat strategik itu, seolah-olah ada sesuatu yang sedang menarik seluruh kekuatan dirinya hingga dirasakan amat lemah dan guntai. Memerangkap kerajinannya bekerja sebagai kuli lori balak yang hanya pulang ke rumah sebulan sekali untuk menemui anak-anak, terutamanya isteri kesayangannya.

Gaji sebagai atendan atau kelindan lori balak memang cukup lumayan. Sebulan dia akan dapat sampai dua ribu ringgit. Sudah cukup untuk dia anak-beranak membiayai hidup mewah sesuai dengan taraf pendidikannya hanya setakat Sijil Rendah Pelajaran, kemudian dikenali dengan nama Penilaian Menengah Rendah.

Dia tidak mahu memikirkan tentang alam pendidikan lagi. Biar anak-anaknya seramai tujuh orang itu sahaja meneruskan cita-cita hidupnya. Dahulu pernah dia menaruh harapan untuk menjadi guru, tetapi disebabkan oleh kemiskinan keluarga, hasrat dan angan-angan hampa. Tidak mengapa, anak-anaknya akan membawa harapan yang kosong itu ke menara gading.

Sekarang, dia mahu mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya. Dia mahu menebus kekalahan itu dengan tulang empat keratnya. Hutan kampung Peralla yang masih sunti dan dara akan diterokai oleh taukeh-taukeh balak. Kesemua bulldozer, lori-lori balak, case caterpillar, rumah-rumah kongsi untuk pekerja dan tukang masak sudah siap dibawa masuk dan dibina.
Sebelum ini, kawasan itu sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanya katak-katak kuong hutan yang suaranya melepasi puncak bukit bergema dari lereng ke lereng. Kakah dan lotong menggoyang-goyangkan dahan, ranting, sambil menepuk-nepuk batang kayu hutan. Mereka kelihatan marah, menunjukkan protes yang habitatnya sedang dinodai oleh haiwan bernama manusia.

Suara-suara unggas itu gegak-gempita dan boleh didengar di kawasan itu semenjak kerja-kerja membina jalan kayu balak diuruskan oleh syarikat berkenaan. Sehinggalah sampai kepada ban balak yang mendapat kelulusan, baharu persiapan untuk menebang dimulakan.

Ajaibnya, dia sebagai pekerja kelindan melakukan kerja sambilan merintis denai dan jalan seluas dua ribu hektar. Mungkin disebabkan dia memiliki sedikit kepakaran menyelusuri pinggir bukit dan memahami rentak makhluk halus dalam hutan, maka dibayar gaji khusus, malah lebih tinggi.

Ketika dia sampai di anak sungai yang membunyikan suara alam yang amat mengasyikkan di kaki bukit itu, dia berhenti sebentar, sementara tangannya mencebuk air yang jernih untuk merasa nikmat kedinginan. Dia menunggang botol mineral tinggi hingga kepalanya mendongak, dan tiba-tiba pandangannya singgah pada suatu binaan yang hamper terkambus .…

“Wah, siapa yang membina segalanya ini? Di dalam hutan tebal ini sudah ada manusia yang menerokainya, tetapi bila? Kalau dilihat pada binaan ini tentu sudah lebih lima puluh tahun.” Bisik hatinya sendirian. Dengan tangkas, kakinya melangkah ke situ, manakala dua orang kawannya belum sampai ke situ.

Dia berdiri di atas batu besar yang tersembul keluar dari lereng bukit seperti perut wanita yang sedang mengandung. Manakala di bawahnya terdapat suatu lekukan persis sebuah kolam akibat ditarah oleh seseorang. Di hadapan bungkah batu itu, terletak binaan konkrit simen menggunakan batu-batu.

“Hairan, bagaimana mereka membina benteng ini lima puluh tahun dahulu? Ini tentu tempat palong emas! Kedudukannya yang agak condong menghala ke anak sungai membuktikan arah untuk menyalurkan air yang disembur ke pipi bukit.” Getus hatinya lagi.

‘Kaya aku pada kali ini. Orang tentu tidak tahu aku datang ke sini untuk memunggah tanah-tanah ke dalam kongsi untuk diayak, ditapis, dan disedut oleh buli-buli raksa. Aku mesti pulang petang khamis ini untuk mendapatkan ibu emas di Bandar.’ Kepalanya dihanyut oleh mimpi-mimpi indah yang bakal dilaluinya.

Dalam sejumlah tiga puluh orang staf pembalakan itu, tiada seorang pun yang mahir tentang sumber kekayaan itu, kecuali dia.

Ketika itu, fikirannya sudah melayang jauh ke Kota Bharu. Tujuh orang anak-anaknya yang sedang bersekolah tidak akan tersisih lagi dari kawan-kawannya. Ibunya yang sedang belajar memandu, tidak lama lagi pandai membawa kereta sendiri. Dia akan membeli sebuah kereta mewah untuk isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia akan membina sebuah banglo dua tingkat bernilai ratusan ribu.

“Emas! Siapa yang tidak mahu mendapatkan emas? Sama ada halal atau haram, masing-masing gila dan kemarut menggali emas. Aku hanya mendulang emas secara haram, tidak membahayakan orang lain, sedangkan perompak-perompak di kotaraya mendapatkan emas dengan menggunakan senjata, itu lagi kriminal.” Bentak hatinya.

Dia menarik nafas lega. Menghembusnya perlahan-lahan. Dia memastikan, tiada sesiapapun mengetahui tempat itu. Kalau mereka tahu sekalipun, apakah tindakan yang boleh mereka lakukan? Mereka tidak ada kepakaran. Tetapi dia sudah ada pengalaman mendulang emas di Lubuk Mandi pada suatu masa dahulu.

Masa itu, dia bekerja sebagai kuli tukang rumah. Pada masa orang Terengganu gempar menemui emas di Lubuk Mandi, dia tinggal tidak jauh dari situ. Pada sebelah petang, malam dan hari-hari minggu, dia ikut sama dengan penduduk tempatan mendulang emas. Hingga ada yang mati terkambus oleh runtuhan tanah akibat ketamakan mereka.

Ngauman harimau tenggelam oleh suara mesin menebang pokok balak untuk merintis laluan dan sebagai sempadan dengan kawasan-kawasan yang masih belum diserahkan kepada kontraktor pembalakan. Suara kakah dan lutong kedengaran jauh dan sayup-sayup. Mergastua hutan terkejut bila mergastua bandar datang merosakkan rumah mereka. Seperti juga kita, bila datang musuh menyerang penginapan, kehidupan dan kesejahteraan manusia hanya ingin menunjukkan kekuatan, kuasa dan kehebatan, tentunya sebagai golongan marhain, tersusup-sasap melarikan diri ke dalam kubu yang di bina di bawah rumah. Atau berhijrah melepasi sempadan, ke Negara jiran untuk hidup sebagai pelarian.

Kadang-kadang dia terasa sebu dibuai kesedihan bila teringatkan keanggunan alam yang dimusnahkan oleh kerakusan manusia. Tidak sampai hati dia hendak membunuh unggas-unggas yang sedang tidur dan hinggap di dahan pokok hutan itu. Lambat-laun, manusia akan menerima kesan dari perbuatan ini. Bentak hati kecilnya diam-diam.

Ada baiknya jika kawasan emas itu dibiarkan berada dalam rimbunan hutan, dengan hiasan mergastua hidup kegirangan sambil melompat-lompat kesukaan. Memakan pucuk muda, daun-daun, umbuk, akar, dan meminum air jernih bersih kedinginan.
Bila pokok balak ditebang, akan berlaku hakisan yang meruntuhkan bukit-bukau dan gunung-ganang. Bila tanah terhakis, di mana lagi emas hendak hidup berkembang, membiak, membesar dan menjadi tua? Inilah persoalannya. Balak juga umpama emas yang tersimpan, tetapi kayu balak lebih lagi daripada itu, kerana menjadi paku kepada kekuatan alam. Menjadi tangki penyimpan kepada air untuk kegunaan hidupan termasuk manusia.

Dia mula mengorek menggunakan muncung parang, di kawasan yang mengikut perkiraannya bekas lombong emas di dalam hutan. Dihunjamkan mata parang dengan kuat ke celah benteng palong itu. Dikupilkan tanah-tanah yang hampir menenggelamkan dinding konkrit itu.

“Betul, emas! Aku kaya! Aku kaya!” Dia menjerit kesukaan. Hilang segala kesusahan dan kepenatan. Dia lupa di situ masih ada dua lagi rakannya sedang memotong batang balak untuk dijadikan sempadan kawasan.
“Prappp, prappp, brummmm!” Pokok balak sebesar tayar bulldozer itu tumbang. Betul-betul jatuh menghempas ke atas dirinya. Dia tidak sempat berkata apa-apa kecuali terus menjadi lumat seperti sehelai kertas yang ditenyeh di permukaan jalan.

Profil

ABDULLAH Awang atau nama sebenarnya Abdullah Awang Kechik terbabit dalam penulisan puisi dan cerpen sejak 1972. Nama penanya yang lain adalah Aduka Putra dan Atma Rindu. Karyanya mendapat tempat di Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Berita Harian dan Berita Minggu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2004 dan baru saja menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Bahasa Melayu di universiti sama. Kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Pasir Mas, Kelantan.

PENGARANG kreatif dipelawa menghantar cerpen bermutu dan bermoral untuk halaman Kreatif, Sabtu, Berita Harian serta dihantar melalui e-mel: bhsastera@nstp.com.my. Pengirim cerpen wajib menyertakan biodata, nombor kad pengenalan, alamat lengkap, nombor telefon, gambar yang jelas berukuran 2 megabait menggunakan sistem JPEG. Karya tidak boleh melebihi 150 baris ditaip di atas kertas A4, langkau dua baris. Karya yang tidak terpilih tidak akan dikembalikan. Nombor akaun Maybank atau CIMB perlu disertakan bagi urusan pembayaran honororium jika karya tersiar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2012 07:27 PM | Show all posts
tak ramai peminat astronomi .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2012 07:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2012 07:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-4-2012 07:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2012 07:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 06:42 PM | Show all posts
atuk kite.. lahir tahun 1918 ada sebut orang tua tua zaman dia kecik dulu pernah gi cari emas kat dlm ulu kuala krai tatau la kat mana tu.... ada subut gunung ayam rasanya.. tapi nama gunung tu pakai bubuh je.. bukan gezet kat peta negeri pun.. so dunno lah mana emas tu. yg sure.. mmg ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:01 AM | Show all posts
atuk kite.. lahir tahun 1918 ada sebut orang tua tua zaman dia kecik dulu pernah gi cari emas kat dlm ulu kuala krai tatau la kat mana tu.... ada subut gunung ayam rasanya.. tapi nama gunung tu pakai bubuh je.. bukan gezet kat peta negeri pun.. so dunno lah mana emas tu. yg sure.. mmg ada.


Gunung Stong & Gua Ikan         PDF         Print         E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 02 December 2008 15:50


GUNUNG STONG & GUA IKAN



  
   Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong   menyediakan hutan yang menarik dan   mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah. Ketinggian Gunung Stong ialah 1433 meter. Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia. Antara panorama-panorama yang menarik sekitar Gunung Stong ialah:

    Gunung Ayam yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong. Suasana dalam hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.
    Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter iaitu 70 meter lebih tinggi dari Gunung Stong. Sekiranya perjalanan untuk menawan puncak Gunung Stong memakan masa selama 3-4 jam, Gunung Ayam pula memerlukan masa tambahan sebanyak 4-5 jam untuk sampai ke puncak. Namun untuk menempuhi perjalanan seharian ia memakan masa sekurang-kurangnya 9 jam.   

    Pendakian ke puncak Gunung Ayam penuh dengan cabaran. Ia memerlukan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Jalan-jalan yang harus ditempuhi penuh dengan ranjau yang menggugat kesabaran, namun pendaki-pendaki akan disajikan dengan udara sejuk yang nyaman dan segar. Sekiranya anda ingin berkhemah di puncak Gunung Ayam, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan panorama matahari terbit yang membelah langit biru yang dipenuhi dengan gumpalan-gumpalan awan.
    Setelah penat pendakian yang ditempuhi, anda akan sampai ke air terjun Gunung Stong untuk menikmati airnya yang sejuk dan dapat menghilangkan kepenatan.

Stong's Hill
   The Stong Hill is located in Gua Ikan, the Dabong, forest reserve. It is 1433 metres high and the waterfall one of the most attractive places to be visited in Malaysia. The waterfall is 305 metres high and highest in Asia.

    Gunung Ayam which is ancient to the Stong Hill has various kindsoft birds and wildlife.
    Gunung Ayam's height is 1504 metres it is and 70 metres higher than Gunung Stong. It takes 3-4 hours to climb Gunung Stong and 4-5 hours to reach the peak of Gunung.
    The journey to the peak of Gunung Ayam is very challenging. Climbers must be prepared in physical and mental strengths. At the peak of Gunung Ayam, you can view the splendid view of the sunrise.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:05 AM | Show all posts


puncak gunung ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2012 02:08 AM | Show all posts
  1. http://www.youtube.com/watch?v=CbG8yGHLUqk&feature=player_embedded
Copy the Code
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:19 AM | Show all posts
Gunung Stong & Gua Ikan         PDF         Print         E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 02 December 2008 15:50


GUNUNG STONG & GUA IKAN



  
   Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong   menyediakan hutan yang menarik dan   mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah. Ketinggian Gunung Stong ialah 1433 meter. Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia. Antara panorama-panorama yang menarik sekitar Gunung Stong ialah:

    Gunung Ayam yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong. Suasana dalam hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.
    Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter iaitu 70 meter lebih tinggi dari Gunung Stong. Sekiranya perjalanan untuk menawan puncak Gunung Stong memakan masa selama 3-4 jam, Gunung Ayam pula memerlukan masa tambahan sebanyak 4-5 jam untuk sampai ke puncak. Namun untuk menempuhi perjalanan seharian ia memakan masa sekurang-kurangnya 9 jam.   

    Pendakian ke puncak Gunung Ayam penuh dengan cabaran. Ia memerlukan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Jalan-jalan yang harus ditempuhi penuh dengan ranjau yang menggugat kesabaran, namun pendaki-pendaki akan disajikan dengan udara sejuk yang nyaman dan segar. Sekiranya anda ingin berkhemah di puncak Gunung Ayam, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan panorama matahari terbit yang membelah langit biru yang dipenuhi dengan gumpalan-gumpalan awan.
    Setelah penat pendakian yang ditempuhi, anda akan sampai ke air terjun Gunung Stong untuk menikmati airnya yang sejuk dan dapat menghilangkan kepenatan.

Stong's Hill
   The Stong Hill is located in Gua Ikan, the Dabong, forest reserve. It is 1433 metres high and the waterfall one of the most attractive places to be visited in Malaysia. The waterfall is 305 metres high and highest in Asia.

    Gunung Ayam which is ancient to the Stong Hill has various kindsoft birds and wildlife.
    Gunung Ayam's height is 1504 metres it is and 70 metres higher than Gunung Stong. It takes 3-4 hours to climb Gunung Stong and 4-5 hours to reach the peak of Gunung.
    The journey to the peak of Gunung Ayam is very challenging. Climbers must be prepared in physical and mental strengths. At the peak of Gunung Ayam, you can view the splendid view of the sunrise.

Last Updated on Wednesday, 10 December 2008 07:53
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:22 AM | Show all posts
MEL Haslina Al-Idrus@mirnamar303
MEL Haslina Al-Idrus@mirnamar303
Posts: 165

Quote:
Originally posted by: tigerz

kwn saya dari penang beri info pada saya.. tok guru Tarik akan turun ke KL, sekiranya ada TUAN yang mempunyai keris berdiri.. kerja-kerja hanya memerlukan 10minit sahaja.. HITAM@ PUTIH bukan masalah...
keris berdiri tersebut memerlukan tuan empunya berada sekali... pembahagian sama rata mengikut orang-orang yang hadir...
segala pertanyaan sila PM pada rzaini@yahoo.com untuk temuduga ringkas sahaja...
terima kasih.. ALLAH MAHA BESAR

sy ada keris warisan dr armarhum moyang pada moyang sy berusia 450 tahun,tp sy x tahu bole brdiri @x sbb sy x pandai psl keris,ramai mntak pnjam keris ni sbb nak 'menarik' ni la(kebanyakan nk 'menarik' dr sungai Perak),sy x nk duit pn,kalau utk kebajikan,rezeki tu semua bole bg pd yg memerlukan,tp sanggup ker sbb keris ni yg jaga dia bkn calang2(semua kuasa Allah,yg jaga keris tu pn hamba Allah).ada 25 'benda' yg jaga(salah satu raja jin sungai perak).Sorang ulama' dr indon(citer pd thn 1985) yg nk 'menarik' untuk tujuan kebajikan pn serender.sbb katanyer yg bole menarik hanya dr keturunan darah raja,yg mempunyai hak atas harta tu jer yg bole abk/'menarik',sy x pndai psl keris,jd sy x tahu nk cerita byk.Tp cerita benar,seorang ulama' dr pattani yg juga pengasas pusat tahfiz utk ank2 yatim di pattani,dpt seketul emas,selps bertapa selam 6 bulan di gunung ayam,kelantan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:23 AM | Show all posts
INI SAJA INFO YANG SAYA DAPAT TENTANG GUNUNG AYAM...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.270270 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list