CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: afieza_ariffin

PREVE OR FORTE? :(

  [Copy link]
Post time 31-5-2012 09:22 AM | Show all posts
aku tumpang bace je la testimoni2 korang...
aku tgh apply loan
dah 3 ari dah...xde feedback pung lagik...
ikutkan xde masalah...
brape lame ye bank slalu uruskan??

klu kite jadik guarantor org, & kete tu ade bertunggak, ade effect x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2012 09:28 AM | Show all posts
Belasah preeve je. Busuk2 pun kompom part senang carik kalau ada apa2 prob nanti. Skg ni orang tk kisah sngt kalu tpks kluar duit mahal utk satu2 perkara. Yg penting masa menunggu tu dpt di minimumkan. Contohnya kita nk dpt sesuatu service tu dengan charge murah. let say RM20 tp kena spend whole day utk selesai. Another option is to spend RM100, but takes only 1 hour to finish the same job. Kalau aku yg jenis phobia dengan situasi menunggu giliran ni memang akan pilih yg cepat tu je. Duit boleh cari, tp masa berejam2 menunggu tu bukan boleh ganti balik.
Skdr pendapat peribadi le ni.
Sbenarnya sya pun minat gak dgn preeve ni. Tp nk tunggu lepas setahun dululah. tehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 10:15 PM | Show all posts
Yang CFE tu ada kedua dua jenis transmission kan.Auto boleh di set kepada manual.Tapi manualnya gu ...
sayapghaib Post at 31-5-2012 07:28



Paddle shift macam auto je. Cuma pedal tu kat stereng. Tapi kalo layan sgt pkai paddle shift takut gearbox x tahan lama.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 03:25 PM | Show all posts
Belasah preeve je. Busuk2 pun kompom part senang carik kalau ada apa2 prob nanti. Skg ni orang tk ki ...
CrocoRoco Post at 31-5-2012 09:28


Setuju.Sebelum ni pun saya bercadang nak ambil kereta jenama Import dgn alasan kompenentnya tahan lama malah disokong oleh sorang kawan yg menggunakan jenama import.Katanya sparepart mudah dpt kat kedai kereta potong.Tapi bila ada sorang saudara bagitau yg kerajaan dah menyekat kemasukan sparepart kereta potong selepas dibantah oleh pengimport pengimport alat ganti baru,saya rasa jika terjadi kerosakan terpaksalah saya membeli sparepart import yg baru yg sudah tentu mahal.Jadi saya tangkap lah preeve ni sekor.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 07:02 PM | Show all posts
Betul bro. Sya pun ada mmber yang pakai kereta fully imported. mmg driving comfort very superb. Building material mmg jauh berkualiti berbanding kereta tmpatan. Pendek kata tak ada fight langsung! Baru2 ni kawan ni terlibat dlm kemalangan. bahagian depan kereta remuk teruk. Tp member secalit calar pun tak ada. Tak heranlah sbb kereta ada 6 airbag.
Inssuran estimate rm30k utk repair. Tp proses menunggu part tu yang seksa. 3 bulan juga kereta tu tersadai di SC. Kwn ni pula slps hmpr sebulan tak ada transport, terus sambar proton saga FL. Skg ni BMW dia dah ok. Tp most of the time dia ttp guna FLX tu. BMW tu hanya diguna jika dia ingin outstation saja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 09:12 PM | Show all posts
Reply 201# cutebaby5907

Payslip aku suci murni lagi. Satu hari je da lulus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2012 09:15 PM | Show all posts
Reply 203# _dj_

Kat mana tah aku baca, klu dia detect user abuse protronic ni, dia akan padamkan enjin supaya gearbox cvt ni tak rosak. (.... cam bahaya je klu kat tgh2 jalan ). Gearbox cvt ni agak soft. Kena 'layan' dia elok2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 02:02 AM | Show all posts
aku dh cancel book preve... tukar dgn inspira 2.0E
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2012 02:08 AM | Show all posts
ni antara sbb kenapa aku book preve cfe dlu..

Soalan & Jawapan mengenai enjin Campro CFE 1.6L
Posted by campromania on January 9, 2012




Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Proton melalui unit Powertrain & Media yang telah memenuhi permintaan saya supaya ia dapat dikongsikan & disampaikan kepada pembaca blog serta orang ramai, amnya. Ini merupakan inisiatif terbaru dari Funtasticko Design untuk memberi maklumat dengan lebih lanjut mengenai enjin terbaru dari Proton iaitu Campro CFE 1.6L. Saya telah mengajukan beberapa soalan kepada pihak Powertrain Proton & ini adalah soalan serta jawapan yang diberikan :

1.      Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CFE? Ceritakan secara ringkas.

CFE ialah ringkasan kepada Charged Fuel Efficiency. Secara ringkasnya, enjin CFE ini memberikan tenaga seperti sebuah enjin 2.0 liter ketika diperlukan tetapi memberikan pulangan penggunaan minyak yang baik di dalam keadaan pemanduan santai, seperti memandu di lebuhraya, ketika melahu atau ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.

2.      Adakah CFE ini enjin baru sepenuhnya ataupun masih lagi berasaskan enjin Campro tetapi dengan beberapa pengubahsuaian?

Enjin 1.6 liter Campro CFE dibina berdasarkan enjin Campro tetapi dengan peratusan besar pembaharuan yang terdiri dari komponen unik kepada enjin CFE sahaja.

3.      Boleh ceritakan apa yang telah diubahsuai untuk enjin CFE ini? Ceritakan secara ringkas bahagian yang telah diubahsuai dan sebab-sebab pengubahsuaian.

Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada rekabentuk baru.

4.      Bagaimana cara CFE berfungsi?

CFE sebenarnya berfungsi di atas dasar mampatan paksaan (forced induction). Ia menggunakan daya gas ekzos berkelajuan tinggi untuk memusingkan pemampat yang akan kemudian memaksa lebih banyak udara luar masuk ke dalam kebuk pembakaran.

Udara tambahan itu akan dibekalkan dengan bahan api yang secukupnya untuk menjana lebih banyak tenaga. Hasilnya,  enjin  1.6 liter Campro CFE mampu memberikan kuasa kuda seperti sebuah enjin 2.0 liter tanpa sistem mampatan paksaan.

Kelebihan enjin 1.6 liter Campro CFE ini ialah sistem pemampat hanya beroperasi selepas 2,000 RPM. Bila enjin bergerak di bawah paras tersebut, penggunaan bahan bakar akan menjadi lebih rendah dari enjin 2.0 liter.

5.      Apa perbezaan antara Low Pressure Turbo (lazimnya dikenali sebagai Low Inertia Turbo) dan High Pressure Turbo (atau High Inertia Turbo)?

Low Pressure Turbo atau LPT menggunakan turbin yang kecil dan mampu beroperasi dengan halaju gas ekzos yang rendah (RPM enjin rendah). Oleh kerana itu, ia menghasilkan pemampatan (boost) yang rendah.

High Pressure Turbo pula memerlukan halaju gas ekzos yang lebih tinggi kerana turbin yang lebih besar. Hasilnya, mampatan yang lebih tinggi.

Enjin CFE menggunakan LPT kerana fokus lebih kepada daya kilas yang tinggi pada RPM yang rendah (low end torque). Ini akan membantu dari segi pecutan yang lebih mantap dan penggunaan minyak yang lebih rendah.

6.      Kenapa Proton memilih unit turbin dari Borg Warner? Apakah kelebihannya?

Pilihan dilakukan berdasarkan rekacipta, kualiti dan harga yang berpatutan.

7.      Apakah ada tambahan CVVT atau VVT pada CFE? Jika ada, apakah fungsinya?

Enjin 1.6 liter Campro CFE menggunakan teknologi injap VVT untuk mengoptimakan laluan udara segar ke dalam enjin pada RPM rendah dan tinggi. VVT juga membantu mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan pencemaran udara kerana pembakaran adalah lebih lengkap.

8.      Bagaimana untuk mendapatkan kuasa maksimum CFE dan cara untuk mendapatkan penjimatan minyak yang optimum semasa memandu?

Cara terbaik ialah mengekalkan kelajuan putaran enjin di bawah paras 2,000 RPM agar sistem mampatan paksaan tidak beroperasi.

Namun dalam keadaan di mana tenaga diperlukan, pendikit perlu ditekan rapat ke lantai supaya sistem transmisi CVT boleh menurunkan nisbahnya agar enjin beroperasi pada 5,500 RPM untuk kuasa maksimum.

9.      Adakan CFE mempunyai “turbo lag” sepertimana enjin-enjin turbo yang lain dan bagaimana Proton mengatasinya jika ada?

Penggunaan LPT membantu enjin 1.6 liter Campro CFE ini untuk beroperasi selancar enjin N/A (tanpa sistem mampatan paksaan).

10. Apakah kelebihan CFE berbanding dengan enjin VVTI, VTEC, MIVEC, DVVT dan turbo yang lain? Ini akan membantu memperbetulkan “mindset” rakyat Malaysia yang selama ini terlalu teruja dengan teknolgi Jepun ini.

Sistem VVTI, VTEC, MIVEC dan DVVT adalah sistem-sistem teknlogi injap yang membantu pernafasan enjin pada RPM rendah atau tinggi. Enjin 1.6 liter Campro CFE menggabungkan teknologi injap VVT dan sistem mampatan paksaan untuk prestasi enjin yang baik pada sebarang kelajuan enjin.

11. Adakah kos penyelenggaraan CFE tinggi jika berlaku sebarang kerosakan?

Seperti enjin lain, enjin 1.6 liter Campro CFE memerlukan penyelenggaraan seperti yang disarankan di dalam Buku Panduan Pemilik (Owner’s Manual) dan Buku Servis Berkala (Periodic Maintenance Book). Dengan penjagaan rapi, enjin CFE ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah dan kos penyelenggaran direka agar tidak begitu berbeza dengan enjin Campro biasa.

12. Apakah perancangan unit powertrain Proton pada masa depan? Adakah akan ada teknologi baru akan diperkenalkan?

PROTON mempunyai perancangan untuk memperkenalkan teknologi terbaru dan akan mengumumkannya bila tiba masa yang sesuai.

13. Berikan tips/petua untuk penjagaan enjin CFE supaya sentiasa dalam keadaan terbaik.

Seperti yang dinyatakan di dalam jawapan kepada soalan No. 11, pengguna disarankan mengikut jadual penyelenggaraan berkala yang ditetapkan.



nota kaki -
aku masih ragu2 kemampuan enjin soft turbo.. sbb tu aku cancel premium version.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 01:18 AM | Show all posts
Reply 200# clue-san


   clue san..ko angkat preve eh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:37 AM | Show all posts
Reply  cutebaby5907

Payslip aku suci murni lagi. Satu hari je da lulus.
clue-san Post at 1-6-2012 21:12


aritu ade gak bank tepon, interview sket2...
pastu aku cakap bile blh tau lulus...
dier kate officer yg proses tu cuti, so, kene tunggu arini baru masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:42 AM | Show all posts
aku dh cancel book preve... tukar dgn inspira 2.0E
krxzaqy Post at 3-6-2012 02:02


aritu aku ade 2 pilihan...
preve exec baru @ inspira 1.8 2nd (18 bulan)...rega inspira ni mmg cantek dah...
jiwa aku & hubby lebih kepada inspira, tp leceh plak...
tayar pun nak kene ganti, pastu roadtax nk kene renew bulan 12 same tarikh dgn kelisa aku...
jenuh la bulan disember tiap2 ujung tahun...
kene renew roadtax 2 biji kete & nak layan anak sekolah...
sudahnye pilih preve sebab dh x yah pening2 pk itu ini...
totally new...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:30 AM | Show all posts
baca kat lowyat forum, menakutkan review diorang.. tengok macam banyak masalah. keta aku baru 3 ari, so far takde masalah. risau gak mcm yg diorg cakap nanti ade problem akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:41 AM | Show all posts
baca kat lowyat forum, menakutkan review diorang.. tengok macam banyak masalah. keta aku baru 3 ari, ...
MetalFire Post at 4-6-2012 11:30


iskh!!!biar betol...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:48 AM | Show all posts
Reply 214# cutebaby5907


   banyak problem pelik2 pon ade... yg latest, problem auto volume..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 01:03 PM | Show all posts
Reply  clue-san


   clue san..ko angkat preve eh..
MetalFire Post at 4-6-2012 01:18 AM


Erk... kantoi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 01:04 PM | Show all posts
aritu ade gak bank tepon, interview sket2...
pastu aku cakap bile blh tau lulus...{:b ...
cutebaby5907 Post at 4-6-2012 08:37 AM


Tu la, interview cket, lps tu dia ckp, ari ni pegawai xde, sok lulus. Sok pagi tu, dia call da lulus. Pantas je org bank ni nk bagi loan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 01:06 PM | Show all posts
baca kat lowyat forum, menakutkan review diorang.. tengok macam banyak masalah. keta aku baru 3 ari, ...
MetalFire Post at 4-6-2012 11:30 AM


Tu kira nasib la. ada yg dpt defect. Ada yg dpt elok. Preve ni bnyk sgt demand, kilang susah nk catchup. Tu yg QC kenkadang kantoi.

p/s Ko pun amik Preve ke? Kaler apa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 02:12 PM | Show all posts
Reply 216# clue-san


   bole kita buat PREVOC sendiri versi CARI.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 02:14 PM | Show all posts
Reply 218# clue-san


   aku amek blue lagoon, aku bernasib baik gak ar.. dlm tempoh sebulan je dah dapat, nasib baik member geng salesman.amik kat dia cepat je dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.080423 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list