CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13280|Reply: 33

Takkan Ada Lagi Magik Ziana Zain-Azlan Typewriter

  [Copy link]
Post time 19-4-2012 12:28 PM | Show all posts |Read mode





Teks Oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2012: Meskipun kolaborasi bertenaga antara diva pop, Ziana Zain dan penyanyi bersuara nyaring, Azlan The Typewriter ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) telah menjadi bualan hangat.
Tetapi menurut Azlan, gandingan magik berkenaan disifatkannya cukup istimewa lagi sempurna. Namun tidak bermakna ianya akan berulang buat kesekian kalinya dalam mana-mana acara, apatah lagi dalam sebuah album.
"Apa yang telah anda saksikan di ABPBH 2011 adalah sebuah persembahan yang cukup mahal dan ianya hanya boleh dibuat sekali sekala.
"Saya tak rasa magik yang sama akan berulang sekiranya kami digandingkan sekali lagi," katanya yang ditemui portal murai.com.my selepas majlis perlancaran klip video lagu Idola yang dinyanyikan Azlan sendiri untuk filem muzikal Hoore! Hoore!
Ziana Zain dan Azlan telah digandingkan untuk menyanyikan lagu Anggapanmu dan Lagu Untukmu pada malam kemuncak ABPBH 2011 di Genting Highlands, baru-baru ini.
Azlan mengakui, kuasa yang ada pada Ziana Zain sangat kuat, sehingga dia tidak sedar bahawa persembahannya pada malam kemuncak berkenaan telah mendapat tepukan bergemuruh daripada penonton.
Malah katanya, ketika dua sesi latihan bersama pelakon Maria Mariana sehari sebelum acara, tidak banyak keistimewaan terjadi, namun apabila di atas pentas sebenar, semuanya berubah bagaikan mimpi.

Menyifatkan Ziana Zain sebagai Queen of Rock, Azlan sangat terharu apabila diberikan kesempatan bergandingan dengan penyanyi lagenda berkenaan yang juga merupakan idolanya sejak di zaman remaja.


"Bagi saya, dia (Ziana Zain) adalah lagenda dan saya tidak menyangka, dalam usia begitu dan sudah bergelar ibu, Ziana Zain masih bertenaga serta masih mampu membawakan lagu Anggapanmu dengan menggunakan key asal lagu berkenaan.
"Jadi, jika ada orang kata Ziana Zain tidak boleh menyanyikan lagu-lagu asalnya, saya boleh katakan dakwaan itu salah. Ziana Zain telah berjaya membuktikan dia masih hebat seperti dulu," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2012 12:29 PM | Show all posts


enjoyyysssssss........ show meletop uols!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 08:24 PM | Show all posts
meritokasi aman2 adja
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 09:11 PM | Show all posts
nie nak ckp yg persembahan good sebab kebetulan ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 09:42 PM | Show all posts
secara jujurnya, vokal ziana memang dah ke laut pun .Tapi malam ABP hari tu, vokal dia sangat perfect!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:04 PM | Show all posts
Vokal dia ok n bagus lagi..masih boleh digunapakai lagi... Cume kelakar mimik muka meneran dia tu ja~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2012 10:46 PM | Show all posts
Perfect? Meletop?

Best ke?

Aku dengar biasa2 je, tak de la grand mana

Takat menjerit je, x da yang menarik mana pon...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 12:08 AM | Show all posts
meremang bulu tengkuk tgok depa nyanyi masa ABP ritu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 03:34 AM | Show all posts
Perfect? Meletop?

Best ke?

Aku dengar biasa2 je, tak de la grand mana

Takat menjerit je, x  ...
nameloo Post at 19-4-2012 22:46



  kenapa x boleh menjerit?? baik bg jawapan yg logik sblm mak lahar ko.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 06:40 AM | Show all posts
mantap azlan.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 10:13 AM | Show all posts
ni bru org kate ekskluzif............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 10:18 AM | Show all posts
kenapa x boleh menjerit?? baik bg jawapan yg logik sblm mak lahar ko.
micha Post at 20-4-2012 03:34


kakaaaaa miiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiichhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 10:25 AM | Show all posts
persembahan kakziana ngan lan mmg meremang bulu wlupun beberapa kali mek ulang tgk!!
yg pasti, muka kakziana x bengkak cam diperkatakan aritu.. kulit dia santek sgt..
paling penting xdok kedut pun kat mata.. mek mmg tumpu kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 01:59 PM | Show all posts
tapi baju yang dia pakai time nyanyi tu tak cantik..menampakkan lemak dan buat dia cam nampak gemuk sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 02:35 PM | Show all posts
tapi baju yang dia pakai time nyanyi tu tak cantik..menampakkan lemak dan buat dia cam nampak gemuk  ...
BuBuComey Post at 20-4-2012 13:59


setuju.. baju merah tu huduh sgt!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 03:09 PM | Show all posts
persembahan kakziana ngan lan mmg meremang bulu wlupun beberapa kali mek ulang tgk!!
yg pasti, muka ...
elorna Post at 20-4-2012 10:25



   muka bengkak sekejap selepas rawatan je lepas tu akan jadi tegang dan cantik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 03:09 PM | Show all posts
err...mnjerit je...adekah setiap persembahan vokal yg lantang dianggap terbaik?..hmm..
just my 2 cent...jgn marah..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 03:15 PM | Show all posts
muka bengkak sekejap selepas rawatan je lepas tu akan jadi tegang dan cantik..
AzzaAzman Post at 20-4-2012 15:09


oh ye ke?? baru mek tau...
thanks azza..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 03:59 PM | Show all posts
err...mnjerit je...adekah setiap persembahan vokal yg lantang dianggap terbaik?..hmm..
just my 2 ce ...
nicuya Post at 20-4-2012 15:09



    kenapa tidak boleh menjerit ?? baik bg jawapan yg logik sblm mak lahar ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 04:01 PM | Show all posts
kenapa tidak boleh menjerit ?? baik bg jawapan yg logik sblm mak lahar ko
micha Post at 20-4-2012 15:59


kaka micah.. mek mmg tunggu kemunculan uols..
tp awat skrip yg berulang??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.094412 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list