View: 31085|Reply: 31
|
[Edisi Fizik]
Penggunaan Ketuhar Gelombang Mikro: Kesan ke atas Kesihatan Manusia
[Copy link]
|
|
Oleh:
Dr. Rosdiadee Nordin
UKM
Pengenalan
Tenaga elektrik ulang-alik mampu menukarkan gelombang radio pendek pada frekuensi 2.45 GHz kepada tenaga. Proses ini dikenali sebagai pemanasan gelombang mikro, di mana pada spectrum frekuensi tersebut, kuasa pemanasan menglibatkan proses pengujaan molekul-molekul berpolar yang menjanakan getaran yang sangat pantas pada molekul-molekul makanan pada suhu yang tinggi. Konsep ini telah diadaptasi untuk memudahkan penyediaan makanan di dapur melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro. Ketuhar gelombang mikro telah dicipta oleh pihak Nazi sewaktu Perang Dunia Kedua. Dikenali sebagai radiomissor ketika itu, ketuhar gelombang mikro tersebut diperkenalkan untuk tujuan sokongan operasi bergerak serta mengatasi masalah sumber bahan api, terutamanya pada musim sejuk. Setelah pihak Nazi ditumbangkan oleh paksi bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), beberapa dokumen penyelidikan saintifik mengenai ketuhar tersebut jatuh ke tangan AS dan semenjak daripada itu, ketuhar gelombang mikro secara agresifnya dipasarkan kepada pengguna. Namun, kebanyakan daripada pengguna tidak menyedari bahawa terdapat beberapa keburukkan penggunaan ketuhar gelombang mikro.
Terdapat beberapa kajian saintifik telah dilakukan ke atas kesan-kesan negatif daripada makanan hasil masakan ketuhar gelombang mikro. Food and Drug Association (FDA) telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawalselia pembuatan ketuhar gelombang mikro sejak tahun 1971. Rencana ini memrbincangkan mengenai kesan-kesan daripada penggunaan ketuhar gelombang mikro ke atas kesihatan manusia. Berikut adalah beberapa soalan-soalan lazim dan jawapan-jawapan yang berkaitan untuk dijadikan panduan oleh pengguna
Adakah ketuhar gelombang mikro menyumbang kepada kehilangan nutrisi makanan?
Secara asasnya, sebarang sumber tenaga haba yang digunakan untuk tujuan memasak akan memusnahkan nutrisi ataupun zat sesuatu makanan. Faktor-faktor utama yang menyebabkan kehilangan nutrisi di dalam makanan bergantung beberapa faktor seperti jumlah air yang digunakan untuk memasak, tempoh dan suhu makanan yang dimasak. Tempoh memasak yang singkat dengan tahap air yang minimum pada suhu yang rendah mampu mengekalkan nutrisi sesuatu makanan. Untuk vitamin larut dalam air, seperti Vitamin C dan Thiamine, penggunaan ketuhar gelombang mikro adalah lebih baik berbanding dengan kaedah pendidihan atau pengukusan. Ini adalah kerana gelombang mikro meminimakan penggunaan air untuk makanan yang dipanaskan, secara tidak langsung mengekalkan vitamin vitamin larut air di dalam makanan tersebut. Dua orang penyelidik, iaitu Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan Hertel (University Institute for Biochemistry) telah membuktikan bahawa memasak dengan menggunakan gelombang mikro pada kadar begitu ketara akan menurunkan nutrisi makanan.
Keputusan yang diambil daripada sampel darah lapan individu terlibat di dalam kajian menunjukkan bahawa selepas makan makanan ketuhar gelombang mikro, tahap hemoglobin dan nisbah high density lipoprotein (HDL), lebih dikenali sebagai ‘kolesterol baik’ dan low density lipoprotein (LDL), pula dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’ mengalami penurunan. Limfosit (sel-sel darah putih) juga menunjukkan penurunan untuk jangka masa pendek. Kesan ini secara tidak langsung menyebabkan kelemahan kepada sistem ketahanan badan. Sumber protein daripada daging turut didapati mengalami penyusutan nilai, di mana gelombang mikro memusnahkan khasiat nucleoproteins yang ada di dalam daging. Ini menyebabkan sampel daging mengalami kerosakkan, di mana proses penguraian struktur protein berlaku dengan begitu cepat ke atas semua sampel daging yang diuji. Sebagai tambahan, gelombang mikro hanya mampu menembusi makanan sedalam 1 hingga 1 ½ inci sahaja melalui proses pengaliran haba. Oleh itu, untuk makanan bersaiz besar, sebagai contoh, seekor ayam, apabila mengalami proses pemanasan gelombang mikro didapati masih membawa bakteria seperti salmonella yang boleh menyumbang kepada keracunanan makanan. Ini ialah kerana proses pemanasan didapati tidak berlaku secara seragam ke atas sampel ayam tersebut, terutamanya di bahagian dalaman oleh kerana gelombang mikro gagal menembusi kawasan dalaman sampel.
Adakah sayur-sayuran akan kehilangan nutrisi apabila dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro?
Sayur-sayuran adalah sumber makanan yang kaya dengan antioksidan. Antioksidan merupakan agen utama untuk tujuan pencegahan daripada penyakit kanser. Peratusan antioksidan yang hilang disebabkan oleh gelombang mikro bergantung kepada jenis sayur-sayuran yang dimasak. Penyelidik dari Universiti Complutense Madrid dari Sepanyol telah menjalankan penyelidikan mengenai kehilangan peratusan antioksidan pada 20 jenis sampel sayur-sayuran sebelum dan selepas mereka dimasak dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Keputusan menunjukkan bahawa kubis bunga (cauliflowers) mengandungi peratusan kehilangan antioksidan yang tertinggi selepas melalui proses pemanasan gelombang mikro. Walaubagaimanapun, beberapa sayur-sayuran lain seperti lobak merah, saderi (celery) dan kacang hijau tidak memunjukkan penurunan kandungan antioksidan yang begitu ketara, manakala sayuran dikenali sebagai artichokes merupakan satu-satunya sayuran yang mampu memelihara tahap antioksidan yang tinggi selepas melalui proses gelombang mikro. Satu lagi kajian yang diterbitkan oleh Journal of Science of Food and Agriculturepada bulan November 2003, telah membuktikan bahawa sayuran brokoli yang dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro mengalami sehingga 97% kehilangan kandungan antioksidan berbanding hanya 11% kehilangan jika brokoli tersebut melalui proses pengukusan.
Last edited by dauswq on 30-3-2013 01:29 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apakah kesan kepada susu formula bayi apabila dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro?
Kajian yang dilakukan oleh University of Minnesota pada 1989 telah membuktikan bahawa terdapat kehilangan beberapa vitamin utama yang diperlukan oleh nutrisi bayi selepas proses pemanasan susu formula di dalam ketuhar gelombang mikro. Gelombang mikro akan mengubah asid trans-amino sintetik di dalam susu formula kepada bentuk cis-isomer sintetik yang asal. Isomer sintetik sama ada asid cis-amino atau asid trans-lemak tidak aktif secara biologi. Kesan ini akan memudaratkan apabila salah satu keluarga di dalam asid amino, iaitu L-proline, akan bertukar kepada d-isomer, di mana ianya akan bertukar menjadi neurotoksik (racun kepada sistem saraf) dan nephrotoxic (beracun kepada buah pinggang).
Adakah selamat untuk menggunakan bekas plastik di dalam ketuhar gelombang mikro?
Kaca dan bekas seramik merupakan bekas yang paling selamat digunakan untuk tujuan pemanasan gelombang mikro. Manakala penggunaan bekas plastik boleh menjejaskan komposisi kimia makanan yang dimasak. Gelombang mikro mampu menembusi bekas plastik tersebut, mewujudkan tindak balas antara bekas plastik dengan komposisi kimia makanan. Ini menyebabkan komposisi ataupun struktur asal makanan mengalami perubahan, menghasilkan substrat baru yang bertindak sebagai toksik yang boleh menyebabkan kehilangan nutrisi berharga yang diperlukan di dalam badan.
Sebagai contoh, tindak balas plastik dengan sumber makanan berlemak, seperti daging ataupun keju akan menghasilkan bahan kimia yang dikenali adipate diethylhexyl, di mana ianya berpotensi untuk menyumbang kepada penyakit barah. Badan akan menggunakan semula toksik tersebut dan menyebabkan berlakunya masalah seperti kelemahan kepada tindak balas sistem saraf dan sistem penghadaman badan. Ini terbukti oleh hasil kajian yang diterbitkan di dalam Milwaukee Journal Sentinel, di mana kajian tersebut mendapati penggunaan botol susu bayi plastik yang dilabel selamat gelombang mikro melepaskan dos bertoksik, iaitu Bisphenol-A (BPA) apabila dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Kajian tersebut mendapati bahawa jumlah toksik yang dikesan boleh menyebabkan kerosakkan pada sistem pembangunan saraf ke atas tikus makmal.
Sebagai kesimpulan, makanan daripada hasil masakan ketuhar gelombang mikro tidak mendedahkan pengguna kepada risiko maut di dalam waktu yang singkat. Walaubagaimanapun, daripada keputusan ujikaji yang diperolehi dan diperbincangkan di dalam rencana ini, dapat dirumuskan bahawa wujud kesan sampingan untuk jangka masa panjang kepada kesihatan manusia jika penggunaan ketuhar gelombang dilakukan secara berterusan. Pendek kata, ketuhar gelombang mikro akan mengubah struktur molekul makanan, menyebabkan kemusnahan dan nutrisi dan menyumbang kepada beberapa masalah di dalam sistem ketahanan badan untuk tempoh jangka masa panjang.
Langkah-langkah pencegahan dicadangkan termasuk penggunaan ketuhar jenis perolakan (convection oven), di mana ianya menggunakan konsep perolakan haba untuk memanaskan makanan dengan selamat. Ianya mengambil masa pemanasan yang lebih lama berbanding dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro, namun jika diambilkira risiko-risiko yang bakal diberikan, langkah pencegahan tersebut didapati lebih berbaloi. Di dalam suasana negara membangun, di mana kesibukan kerja dan tugasan menjadi lumrah untuk seisi rumah, kebergantungan kepada teknologi menjadi perkara yang biasa. Namun, dengan sedikit inisiatif, anda mampu mencapai kedua-dua perkara yang penting dalam kehidupan: kesihatan dan masa berkualiti. Luangkan masa yang lebih panjang ketika menggunakan ketuhar jenis perolakan dengan melakukan perkara yang lebih sesuai, atau jadikannya ruang untuk merehatkan minda. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda untuk melegakan diri daripada tekanan kerja!
Biodata Penulis: Dr. Rosdiadee Nordin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penulis boleh dihubungi melalui email [email protected] Catatan ://Artikel ini telah diterbitkan oleh Dewan Kosmik, Mac 2012. Disiarkan kembali di MajalahSains.Com dengan keizinan penulis.
CREDIT TO MAJALAH SAINS..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulannya...
Masak menggunakan dapur tetap lebih baik wlpn kehilangan byk vitamin...
Microwave digunakan tuk panaskan balik makanan tu oklah...
p/s: selalu gak panaskan susu sejuk/teh melalui microwave... |
|
|
|
|
|
|
|
panaskan sosej n daging burger bila malas.
kadang2 daging/ayam marinated pun jadi mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# bzzts
ape nak jadi ni?:@
gunakan oven kan senang...set jek timing |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# dauswq
penah guna oven sebulan.
bil naik mencanakk... dari rm80 jadik rm150++
terus bungkus oven. simpan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# bzzts
giler...
kau wat ape smpi naik bil tu? pki oven tetiap hari ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# bzzts
mmg aku akui microwave lebih menjimatkan...
berbanding oven... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bzzts
giler...
kau wat ape smpi naik bil tu? pki oven tetiap hari ke?
dauswq Post at 19-4-2012 08:00 PM
aku takde le tiap hari.
housemate aku diet konon, bakar daging beger konon takmo minyak... pagi ngan malam, bayangkan le... |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana maw elakkan penggunaan ketuhar,sedangkan ianya udah berleluasa
..Yg menarik/muSykil nye,...cube korang pegi web WHO!
... WHO menyatakan hal yg sebaliknya, bahwa pemakaian microwave itu "safe"..--->sila baca kalu minat
lepas buat research di google, alasan2 ni bleh disangkal actually. Masak makanan cmna pun kalu terlebeh masak, zat2 dlm makanan akan terhapus jugak. So mari seme buat research balik,google byk2.
The wavelength microwaves between 1m to 1mm , visible light
The Wavelenght of microwaves is between 1m to 1mm, the visible light has a wavelength of ca 350nm-750nm.
A Short wavelenght means a high frequency and fequency indicates a high energylevel.
Therefore Micorwaves have a verylow energy, comparet with the normal light.
So: It is harmless!
Source: http://wiki.answers.com/Q/Is_microwave_harmful_to_human_body
Cuma kalu nak panaskan makanan, jngan pakai styrofome plate, nanti chemical absorb masuk makanan,guna safeplate yg certified utk microwave je n ntok yang pakai pacemaker kt jantung, bahaya kalu duduk dekat microwave.
MUST READ SOURCE: http://www.cancerhelp.org.uk/about-cancer/cancer-questions/radiation-microwaves-and-cancer
kesimpulan yg kiter bleh dpt daripada artikcle kat atas tu, kiter tak bleh lagik mengabaikan microwave oven ada di dapur kiter. bdasarkan kajian ini, ada 10 kesimpulan , ialah:
1). Berterusan makan makanan dari ketuhar gelombang mikro menyebabkan kesan jangka panjang – kekal – kerosakan otak oleh “shorting out” dari impuls elektrik di dalam otak [de-polarizing atau de-magnetizing jaringan otak].
2). Tubuh manusia tdak dapat memetabolisme [menghancurkan] trhadap.. tidak diketahui-produk yang dihasilkan dlam makanan microwave ..
3). pengeluaran hormon llaki dan wanita dimatikan dan / atau ditukarkan dengan berterusan makan makanan microwave.
4). Kesan dari makanan microwave oleh-produk sisa [jangka panjang, tetap] dalam tubuh manusia.
5). Mineral, vitamindari seme makanan microwave berkureng atau diubah sehingga tubuh manusia mendapat manfaat sedikit atau tdak ada, atau tubuh manusia menyerap sebatian diubah yang tdak boleh dipecahkan.
6). Mineral dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas kanser ketika dimasak dalam ketuhar gelombang mikro.
7). makanan microwave menyebabkan pertumbuhan ca perut dan usus [tumor]
8). Berpanjangan makan makanan microwave menyebabkan sel ca sbbkn pningkatkan dalam darah manusia.
9). Terus-menerus menelan makanan microwave menyebabkan kekurangan sistem kekebalan tubuh melalui kelenjar getah bening dan perubahan serum darah.
10). Makan makanan microwave menyebabkan kehilangan memori, konsentrasi, ketidakstabilan emosional, dan penurunan kecerdasan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cikgu aku mase skolah dulu pernah kate.. 'gune microwave mmg cepat.. nnti kite pon cepat..' pandai2 le smbung sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana maw elakkan penggunaan ketuhar,sedangkan ianya udah berleluasa
..Yg menarik/muSykil ...
bluezink Post at 19-4-2012 21:42
microwave ni kalau gune sesekali aku pikir takde ape.. kalau selalu tu mmg ade kesan nnti... |
|
|
|
|
|
|
|
me dah lama dispose microwave me..mujur la.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada gak benda ni tapi buat hiasan jer |
|
|
|
|
|
|
|
selalu je panaskan makanan guna mikrowave.. nampaknya lepas ni kena kurang2 kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
microwave ni kalau gune sesekali aku pikir takde ape.. kalau selalu tu mmg ade kesan nnti.. ...
midory Post at 21-4-2012 15:37
errr! kalu gynakn pda tahap "extreme" mungkin bleh menyebabkan perkara buruk sperti yg dinyatakan kat atas. tahap extreme ini mcmbila semue makanan yg dihasilkan... dimasak menggunakan mucrowave
ak pikir ... hakikat sebenar kiter hanya menggunakan microwave dlam keadaan tertentu jera. bukan seme masakan kiter dimasak menggunakan microwave. Dlam seminggu brapa kali kiter guna microwave???dgan penggunaan yg jarang2, kesan yang diketengahkan tu diharapknah sangat kecil (kalu pun ada).
microwave mngikot hasil research ak ,ia menggunakan frequency 2.4 ghz dan dari jenis Non-Ionization Radiation
kajian saintifik mngatakn, NIR tak akan menyebabkan perubahan pda struktur DNA. smenetara Ionization Radiation sperti sinar Gamma, Alpha Beta, X-Ray dll.... bahya ksbbtenaga sinaran pda paras tertentu bleh menyebabkan perubahan pda struktur DNA. sbab tu ibu2 yg pramengandung tdak digalakkan melalui ujian x-ray.
"bahaya" yg di"ceritakan" ,...maaf ...tu mungkin hanya mitos jer. kalu nak kira bahya, merokok da tentu bahya dan ada setengah mufti menfatwakan sebagai haram. Tapi kita tengok ada jugak urang yg merokok maseh bleh idop sampai 80 lebeh.
sama jugak dengan naek keeta atau naek kapal torbang. Kadar kematian ngan kreta or kapal torbang adalah lebeh tinggi berbanding dengan kesan (mungkin) berlakunya kenser akibat dari penggunaan microwave.
Jadi kalu perlu guna microwave gunalahhhh. pda pendapat ak kesan buruk yg mungkin (kalu pun ada kesan buruk) disbabkan penggunaannya tak sampai menyebabkan penyakit kenser yg akan menyebabkan kiok.
Kalu ada yg nak beli, pi lah beli, teknologi memudahkan kehidopan. Sama jugak, takkan takut accident keeta, nak kena jalan kaki dari KL ke Bukit Gantang?..betoll tak??!..pikir pikir kn..sorikn ak Mod.... bnyak ceter |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasibbaik xde natang 2... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba buat experiment ni..jadi tak?
panaskan air teh dlm microwave, tgk ade asap keluar banyak tak pastu?
Kettle or Microwave: Water for Tea by Diana Rosen
I confess to a marked distrust of microwave ovens that dates to the time I saw a cake-baking demonstration using a countertop microwave oven. Midway through the demonstration, it blew up! Acrid smoke filled the room and the pathetic spice cake batter seeped over and under the pan, coated the revolving tray, and splattered the oven's ceiling and walls thoroughly. Since then, I've used them infrequently, and with extreme caution.
That's an emotional reason for my aversion to the microwave oven.
Lots of people, I have learned, use the microwave to heat water for tea!
I tried it and this is what I discovered: The water is always too hot. Often, it does not boil. Worse, to my palate, it makes tea taste "flat", becoming more colored water than the flavorful, complexly layered beverage that tea can be. This flatness, I believe, is directly related to the way microwaves heat liquid.
That's an assumption.
I have now discovered facts to support my theory. Heating water in a microwave, even using the beverage button, is done by microwaves going in and out of the water. These waves elevate the temperature of the liquid but:
- do not always boil the water
- can heat water beyond the boiling (212°F) to a superheated level
- leave no room for adjusting temperatures--by sight or sound of the water heating--as one can do heating water with a kettle. (This makes it extremely difficult to heat water to under boiling or at low temperatures such as 160-185°F for delicate whites and greens. Even if you boil water and then allow it to cool to the lower temperatures for whites and greens, it is almost impossible to do this with microwaved water.)
The scientific process for boiling is the formation of steam bubbles, called "nucleation."
If a steam bubble forms inside the hot water, water molecules can evaporate into that steam bubble and make it grow larger and larger. That's why boiling only occurs at or above water's boiling temperature.
"If a steam bubble forms" is not, however, an absolute by any means. Even in a cup of water heated in a microwave many degrees above the boiling temperature, nucleation might never happen because it requires a defect in the cup or an impurity in the water to help those first few water molecules to form the seed bubble. If there is no nucleation of steam bubbles, there will be no boiling and therefore no effective limit to how hot the water can become. This is called superheating, or what my gut reaction termed as "too hot."
This superheating, in addition to making questionable brews, also can be dangerous. When water (or previously brewed tea---arrghh!) is heated to the superheating level it can spontaneously "explode". This can happen if the cup is removed too quickly from the oven. There have been many cases reported in the media where liquid in containers have exploded inside the oven, all over counter, or worse, exploded onto hands, faces or most frighteningly, on eyes, causing serious burns and other injuries.
These injuries can easily be avoided by taking a few precautions:
- avoid overcooking water or any other liquid in the microwave oven by not setting the timer longer than is minimally necessary
- wait one minute per cup for that liquid to cool before removing the container from the microwave
- be careful using spoons, powders, teabags, or anything else that "disturbs" very hot liquid
- keep the water away from your face and body until you're sure it's safe
- do not hover over the top of the cup or container, especially if you are unsure of the temperature of the liquid.
"Using microwave ovens properly" means not heating liquids too long. Opt for the beverage setting, allow the container to rest before removing it from the oven, and test the liquid for heat by using a spoon to take a sip of the water rather than leaning into the cup and taking a sip with your mouth.
Air molecules normally dissolve in water and contribute to its taste. Heating (or freezing) the water causes much of this dissolved air to come out of solution as gas and leave the water. That's the origin of the tiny bubbles that form on the walls of a pot of water as you heat it for the first time (they're not steam bubbles; they're air bubbles).
The hotter you heat the water, the larger the fraction of dissolved air you drive out of solution. By superheating water in the microwave, the dissolved air content may be reduced further than it would in a stove-top kettle. The result, as my tastebuds aver, is "flat-tasting" water.
A stove-top kettle heats water from the bottom of the kettle (where the electrical heating element or gas flame is) to the top. When the water is uniformly hot, bubbles rise to the top and vapor pressure continues causing steam to escape from the kettle, often in a whistling sound to tell you that the water is boiling.
So, which method will you choose for heating water for your tea? I suppose if you really are in a rush, and you really are comfortable with your microwave and you know just how high to heat it and exactly when to turn it off, you will continue. But ask yourself: Should tea preparation be about speed, or convenience, or expertise in the science of microwave energy? Or, should tea preparation be about heating water to release the depth and complexity of flavor in the leaf?
For this tea drinker, I suggest making time for tea, and that includes time for water to heat in a kettle. The worse things that can happen while boiling water atop the stove are:
- the water will evaporate and you'll need to refill the pot with water or
- if not taken off the burner, the pot will burn.
Neither will harm you.
More significantly, heating water for tea conventionally will engage you in the timeless rhythm of tea making. What more fulfilling ceremony could there be than to experience fully the sensual anticipation of listening to the water heating, choosing just the right cup or pot to match your choice of tea, watching the leaves steep their essence into the water, inhale their sweetness, and, ultimately, savor the pleasure of tea? |
|
|
|
|
|
|
|
babe guna microwave mon - fri (kadang-kadang kurang) kat office untuk reheatkan makanan. tak ada pilihan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|