View: 4050|Reply: 4
|
Edisi Debat - Subsidi RON 95 vs Harga RON 97
[Copy link]
|
|
Monday, April 23
RON 95 VS RON 97. Kenapa RON 95 Lebih Mahal Daripada RON 97 Yang Tiada Subsidi?
Kalau anda perhatikan sekarang ini, stesen minyak ada diletakkan notis pemberitahuan dengan harga minyak sebenar ketika itu dan juga subsidi yang disalurkan oleh kerajaan untuk minyak RON95 adalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat daripada dibebani kenaikan harga minyak dunia, kata menteri.
Ketika ini, harga minyak RON95 dijual pada paras RM1.90 seliter manakala harga minyak RON97 adalah berharga RM2.90 seliter selepas dinaikkan (1o sen) baru-baru ini. Kerajaan memaklumkan subsidi yang diterima oleh rakyat untuk RON95 adalah tinggi.
Dan kerajaan sedar kenaikan harga minyak RON95 bakal menyebabkan :
- harga barang keperluan seperti tepung, gula, minyak masak dan lain-lain tutur naik secara mendadak
- peniaga akan menaikkan harga barang
Dan kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak RON95 buat masa ini walaupun harga minyak dunia naik mendadak. Walaubagaimanapun, semakan laporan berita yang memaparkan kenyataan menteri dengan subsidi minyak RON95 dilihat bercanggah dengan data-data yang sedia ada sehingga telah membangkit persoalan dikalangan rakyat Malaysia yang sudah mula menyedarinya.
(Sumber : Mstar)
Perbandingan Harga Minyak di Negara Asean?
- Thailand – RM4.71 sen (seliter)
- Filipina – RM5.85 sen
- Singapura – RM5.48
- Indonesia – RM3.08 sen
- Brunei?
Kami perhatikan kenyataan Datuk Sabri hanya membandingkan dengan negara-negara yang bukan pengeluar minyak seperti Thailand, Filipina, Singapura. Ini bukan satu pembandingan yang baik. Kita, Malaysia adalah pengeluar minyak dan sepatutnya dibandingkan negara pengeluar minyak juga seperti Brunei. Dan di bawah ini, adalah harga minyak di Brunei :
- RON97 – B$0.547 = RM1.33
- RON92 – B$0.536 = RM1.31
- Diesel – B$0.325 = RM0.79
Sebenarnya tidak perlu ditukarkan tukaran asing pun tidak mengapa. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan bandingkan harga minyak di Brunei dengan pendapatan perkapita rakyat Brunei berdasarkan matawang mereka.
Persoalannya sekarang, mengapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding harga minyak RON97 pada harga sebenar. Datuk Sabri mengatakan harga minyak RON 95 mendapat subsidi sebanyak RM1.09 dan dijual pada harga RM1.90 seliter. Sedangkan harga RON97 yang tidak menerima langsung subsidi dan diapungkan pada harga pasaran dijual pada harga RM2.90 seliter.
P/S: Mengapa harga minyak RON95 selepas disubsidi masih lagi lebih mahal harga minyak RON97 (tanpa subsidi). Diharapkan kerajaan tampil memberikan penjelasan.
http://mcm2-ade.blogspot.com/2012/04/ron-95-vs-ron-97-kenapa-ron-95-lebih.html
meh kita debat......! |
|
|
|
|
|
|
|
RON 95 tanpa subsidi RM3.41
RON 95 selepas subsidi RM1.90
Jumlah subsidi = RM3.41 - RM1.90 = RM1.51
RON 97 diapungkan pada harga RM2.90 seliter. Jika disubsidikan RON 97, harganya adalah RM1.39. Apasal kerajaan tak subsidi saja RON 97? |
|
|
|
|
|
|
|
biasalaaaa bro....
kalau tak menipu dan auta bukan KERAjaan bn namanya..
ada berani cai umno nak komen??? |
|
|
|
|
|
|
|
skrg nie bukan nak auta kan sesiapa..... pesal gomen tak subsidi RON 97 yg lebih murah?! |
|
|
|
|
|
|
|
ni la politik mesia....asik nk membodohkan org je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|