CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6188|Reply: 93

Kecelaruan Gender Yang Dilaknat Allah

 Close [Copy link]
Post time 25-4-2012 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Kecelaruan Gender Dilaknat Allah
           Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Gambar ZAKARIA IDRIS




Program  Liga Ilmu yang dihoskan oleh Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah pada rakamannya baru-baru ini telah membahaskan topik Lelaki Lembut, Perempuan Ganas.




BUNGA bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’ merupakan pepatah Melayu yang  biasa bagi memujuk hati yang ditinggalkan kekasih. Tetapi fenomena hari ini pula dikatakan, bunga banyak yang layu sebelum kembang dan  kumbang pula banyak yang patah sayapnya sebelum terbang.

Ini apabila gejala sosial melanda kalangan muda-mudi hari ini, seperti lelaki lembut dan perempuan ganas. Permasalahan yang begitu hangat diperkatakan dari dahulu hingga sekarang mengenai kecelaruan gender di antara kaum lelaki dan perempuan.


Mereka tidak dapat menerima hakikat kejadian diri dengan alasan terperangkap dalam jasad yang berlainan dan untuk semua itu maka takdir Tuhan yang dipersalahkan.


Persoalan inilah yang menjadi satu topik perdebatan  yang hangat  dibicarakan antara barisan pendebat yang terdiri daripada peserta program televisyen popular, Astro Oasis, iaitu Ustazah Pilihan dan Imam Muda sebagaimana yang dirakamkan baru-baru ini.

Rakaman berlangsung di Dewan Gemilang, Universiti Kuala Lumpur, Jalan Pusu, Gombak Selangor untuk rancangan Liga Ilmu, sebuah program debat agama yang akan bersiaran di Astro Oasis yang dihoskan oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

P/S - Allah dah menjadikan bersifat lelaki , buat apa nak menjadi betina ?










.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2012 12:16 AM | Show all posts
Ini apabila akhirnya tuan Ploppo mengalah apabila sang itik gagal dan terus gagal, terutama dalam menjayakan tugasan membawa  suratkhabar menggunakan mulut untuk diserahkan kepada tuannya. Satu tugas yang mudah dilakukan oleh seekor anjing tetapi bukan kepada Ploppo.

“Ini menunjukkan bahawa apa pun asal kejadian kita, kita tidak akan boleh mengubahnya kerana ia sangat berlawanan dengan fitrah kejadian bahawa lelaki ingin menjadi perempuan dan  begitu juga sebaliknya tidak akan pernah boleh dilakukan.

“Bukan sahaja membabitkan soal fizikal tetapi juga membabitkan soal perasaan atau emosi, sebagaimana yang diatur dan diciptakan oleh Allah, ia tidak akan pernah berubah kerana sebarang perubahan hanya akan membawakan kemudaratan kepada tuan punya badan itu sendiri," terangnya.

Siti Nor Hafidza turut mengemukakan fakta saintifik, iaitu istilah miosis, suatu keadaan kecelaruan gender dan lain-lain masalah gender yang berpunca daripada pencemaran persekitaran seperti pengambilan ubat yang salah, kesan daripada radiasi dan lain-lain pencemaran kimia dan sebagainya.


Ini menyebabkan kehadiran mereka (celaru gender) ini perlu diterima dalam masyarakat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 12:17 AM | Show all posts
Namun kata-kata Siti Nor Hafidza ini dipatahkan oleh Abdul Fattah yang tidak mahu kenyataan itu disalah tafsir, kononnya golongan yang sering dipanggil sebagai pondan sebenarnya boleh diterima sepenuhnya dalam masyarakat.

“Hukum dan penemuan sains itu tidak dinafikan memang ada kebenarannya tetapi kita perlu letak ia di bawah hukum Allah. Hukum Allah SWT tetap yang teratas. Ini hanya satu faktor kecil yang bukan menjadi satu tiket besar untuk seseorang itu berubah secara total, sehingga mengubah kejadian, menukar alat kelamin dan sebagainya.

“Ini hanya faktor kecil yang boleh dipulihkan terutama melalui kaedah perubatan moden itu sendiri yang turut mengutamakan kaedah rawatan secara Islam terutama ibadah sebagai penawar yang paling berkesan untuk mereka kembali pulih," ujar Abdul Fattah.

Pintu taubat sentiasa terbuka

SEGELINTIR mungkin mendakwa bahawa Islam lebih suka menghukum, tidak memahami soal perasaan dan jiwa yang sukar diubah itu. Namun Abdul Fattah berkata, Islam bukan agama penghukum malah sebenarnya Islam adalah agama membawa berita gembira.

"Di sebalik tanzir (hukuman), haram mengubah kejadian, adanya busra atau berita gembira, iaitu Allah sebenarnya membuka pintu taubat itu lebih luas dan banyak berbanding pintu hukum.

"Seseorang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat tidak perlu bimbang mengenai soal hukuman malah yang Allah janjikan syurga bagi mereka yang bertaubat dan kembali kepada hakikat kejadian.

"Jangan sama sekali kita putus daripada rahmat Allah dan semua ini hanya merupakan satu ujian, untuk menguji kita dan berjaya melepasinya merupakan satu kemenangan," katanya.

Namun rata-rata akhirnya bersetuju bahawa tidak adanya golongan yang terperangkap dalam jasad jantina lain kecuali ia hanya pengaruh negatif dari Barat yang memperjuangkan aktiviti seks antara lelaki dengan lelaki, iaitu gay dan perempuan dan perempuan iaitu lesbian.

Justeru, jika masing-masing kembali kepada akidah dan tauhid yang mantap pastinya tidak timbul soal kecelaruan gender.

Di samping, bimbingan dan didikan yang teguh daripada ibu bapa yang mencorakkan hala tuju kehidupan seorang anak ke jalan yang diredai Allah SWT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 12:30 AM | Show all posts


Walau pun rasa kasihan tetap ada . Tetapi pulanglah ke Pangkal Jalan .
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:53 AM | Show all posts
[size=85%]~ Muazzin melaungkan azan ~




TAKBIR ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:04 AM | Show all posts
hazabnya azwana alia..
adakah Mak Tom dan aruah nya Hj Ali harus dipersalahkan ????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2012 01:06 AM | Show all posts
Haku tak kisahlah para gay ni nak jadi apa.



Cuma .. Jangan angkat  puak2 gay ni menjadi pemimpin atau Mod dalam Porem . Kecuali bod gay




Supaya nanti para poremer tak keliru dengan sikap Mod mereka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:14 AM | Show all posts
menyampah aku dengan liga ilmu ostajah pilihan vs imam moda ni......hat tu nak pertahan hujah dia..hat ni nak pertahan hujah dia...last2 habes kuar hujah bodoh tu...wa pon tengok jugak la rancangan ni.....salah satu tajuk dia masa tajuk pompuan jadi pemimpin..ape ke tolol punya imam moda punya hujah...hujah imam moda berdasarkan ego semata..macam syaithoon..buat malu ja...buang lebai tu kalu itu ja mampu berhujah dengan pompuan..wkakakakakakka......bagi wa la lagi baik dibuat perbincangan tak yah debat2 syaithoon ni buang masa,,,,buat perbincangan ilmu lagi baguih..laki pompuan dok berkumpul bincang masalah sosial ataw sosayithooon kat mesia ni lagi baguih dari dok debat2 ala ostajah vs lebai...sekian karangan wa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 01:17 AM | Show all posts
..... luahan perasaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:18 AM | Show all posts
hazabnya azwana alia..
adakah Mak Tom dan aruah nya Hj Ali harus dipersalahkan ????
jerukkedondong Post at 25-4-2012 01:04





Kat akhirat nanti kalau masih tak bertobat , rasalah hazab dalam api neraka ...








.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:19 AM | Show all posts
wa musti la sapot ostajah pilihan ..takkan la wa nak sapot lebai muda.....tak mow wa jadi gay
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:22 AM | Show all posts
Minta2 lah Ustaz tak jadi macam Paderi dan Rabbi yang banyak berwatak gay
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:23 AM | Show all posts
ostad dia tak jadi gay..tapi banyak ostad dia main poen......
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:25 AM | Show all posts
hahahaa, poen btui hang mohd tomoi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:38 AM | Show all posts
mr ridhuan teh nie pula kecelaruan bangsa.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 05:45 AM | Show all posts
keliru bangsa tak apa , jangan keliru gender. Allah murka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 05:47 AM | Show all posts
mr ridhuan teh nie pula kecelaruan bangsa.......
Acong Post at 25-4-2012 01:38

bukan abg ko ke cong
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 05:48 AM | Show all posts
azalina othman yg i nmpak kekeliruan jantina mcm jantan pun ado
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 06:54 AM | Show all posts
Gender Bender
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 06:58 AM | Show all posts
celaru cencaru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.493990 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list