CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gammbir33

Susah ke nak buang saka?

    [Copy link]
Post time 25-4-2012 03:59 PM | Show all posts
MENANGANI MASAALAH SAKA

Terlalu banyak permasaalahan akibat gangguan saka kepada manusia terutama dikalangan umat islam melayu. Bagaimanapun yang telah dipastikan permasaalahan tersebut sebenar benarnya akibat gangguan saka amat kurang kerana kurangnya teknoloji kita/manusia dalam mengesan keujudan entiti saka tersebut. Pengesahan tentang permasaalahan tersebut pula hanya dilakukan oleh golongan perawat tradisional yang berbagai ragam sumber keilmuannya. Ini menyebabkan ramainya terpedaya oleh perawat perawat haloba yang mengambil kesempatan atas permasaalahan tersebut.

Kerapkali timbulnya kepercayaan terhadap gangguan saka ini ialah apabila sesaorang telah mengalami permasaalahan seperti kesakitan, kemurungan, gangguan mental yang telah dirujuk kepada pakar pakar moden tetapi mereka tidak dapat mencari apakah penyakit yang sebenarnya dan puncanya seolah olah semuanya “ok” tetapi kesakitan dan gejala kesakitan makin bertambah dari hari ke hari.

Gegala penyakit atau permasaalahan yang disebabkan saka juga sukar dibezakan dengan permasaalahan akibat gangguan jin lain seperti sihir atau kesurupan oleh entiti jin luaran. Kerapkali bila sesaorang pesakit diberitahu bahawa penyakitnya berpunca dari permasaalahan saka, mereka terus menemplak siperawat sebagai pembohong besar kerana mereka lebih mengenali keluarga mereka sendiri seperti ibubapa atau atuknenek. Kepercayaan mereka juga memang amat berasas seperti ibubapa dan atuknenek mereka orang yg patuh beragama dan tak pernah melakukan perkara perkara yang mensyirikkan so mana mungkin mereka ada membela jin.

Memang benar, mungkin ibubapa dan atuk nenek kita semuanya ok, tak pernah mengambil ilmu salah dan dampingan jin, tapi kita kenal ke moyang kita, bapa pada moyang kita, bapa pada bapa moyang kita? Tak mungkin kita mengenali mereka dan tahu segala latar belakang mereka. So, bila kita tak berapa tau tentang susur galur keilmuan makbapak dan asal keturunan kita tu, jangan terus menemplak siperawat... biarkan siperawat dengan tugasnya sebagai perawat yang berusaha menyembuhkan kita. Lagipun sesaorang yg amat beragama dan sentiasa melakukan amal saleh pun kerap didampingi jin terutama jin islam atas alasan persahabatan dan bersaudara sesama islam. Ini juga mengundang saka pada keturunannya....

Kalau kita tak percayapun tak mengapa, tak payah berubat dengan mereka... ah kebanyakkan perawat pun bukan sekolah tinggi! Jauh sangat dari kelayakkan doktor tu..hehe, lagipun bukan ada sekolah khas tentang nak jadi perawat tradisional ni.. yg jadi perawat tu pun dapat ilmu entah dari mana..biasanya ilmu keturunan... eh betul ke apa aku kata ni... ampun pak kalo silap, harap dimaafin.. hehe
Teringat pula aku pada dialog aku pada sorang perawat dari Indon sekitar tahun 2006 dulu( dia menetap di JB le)... kira ramai juga lah yg berurusan dgn beliau..beliau bercerita tentang antara pengalaman beliau menuntut ilmu..antaranya dikuburkan selama 40 hari ditanah (tapi ada le makanan entah apa aku tak ingat) siap dia jumpa macam macam dialam ghaib tu... tapi yg peliknya dia macam marah dengan aku pasal aku kata jin boleh dibunuh.. hehe memang dia banyak pakai jin dlm proses rawatan.. Dia kata” Jin hanya boleh disakiti, tak mungkin bisa dibunuh, jika boleh, gue mau belajar tu” aku pun berkata, jin boleh dibunuh kalau tau.. kalau macam tu, aku mau belajar, katanya lagi... ok kamu cuba dulu berzikir Laillahaillauloh sebanyak 40,000 x sehari selama 40 hari berturut! Kataku....bersahaja... ah kalo macam gitu saya enggak bisa...haha .. sebenarnya aku acah aje..hehe nak tengok dia macamana.

Ok, berbalik pada kes saka..
Gejala @tanda saka telah aku huraikan pada penulisan terdahulu seperti ada permasaalahan emosi yg melampau, ada ahli keluarga yg berjinak dgn dadah akibat keboringan dll... ah bacalah lagi..hehe . Bagaimanapun permasaalahan seperti meracau dan kesurupan tidak semestinya disebabkan saka kerana persihiran dan jin luar yg berminat boleh juga mengakibatkan perkara tersebut.. bagaimanapun jika kes itu berlaku berulangkali oleh individu yang sama, besar kemungkinan sipesakit tersebut banyak sakanya yg memudahkan gangguan jin luaran..ah biarlah siperawat je yg declare..hehe yg penting kalau berobat sebab nak baik..peduli apa puncanya..saka ke, pendamping ke..hantu tepi jalan ke..ah lantak lah..biar perawat yg settlekan..

Oleh kerana punca saka adalah banyak seperti jin dampingan, bantuan menjaga rumah dan kebun, susuk dan seri muka, pelaris perniagaan, jin dari persihiran yg mengikut terus terusan, amalan amalan yg dengan sendiri mengundang jin (amalan tak ikhlas) dan lain lain..so ramailah manusia ni yang secara tak disedari meninggalkan kepada waris setelah kematian bukannya harta pusaka, tetapi jin jin saka... kesian tau anak cucu tak pasal pasal dapat bahana atas kebodohan kita....oleh itu sesiapa yang baca tulisan aku ni, berusahalan agar terhindar dari didampingi jin jin dan apa apapun yg berkaitan dengan jin tak kira apapun agama jin itu...cepat cepatlah buangkan mereka terutama jin jin saka dari keturunan atasan kita!!! Ingat tu, saka bukan seekor dua, malah kekadang sampai beribu ekor pada setiap waris...huhuhu

Membuang Saka
Adakah saka boleh dibuang sendiri? Atau adakah hanya perawat (islam atau alternatif) sahaja yg boleh membuang saka? Haha sebenarnya saka boleh dibuang sendiri oleh individu itu sendiri, itupun kalau tau kaedahnya..tapi paling senang putuskan je perhubungan dengan mereka, sebab nak buang saka secara efektif amat sukar kalau tak tau atau separuh tau.
Diantara kaedah yang kerap dilakukan oleh perawat dalam membuang saka ialah menangkap saka yang sudah mengganggu terutama yang berada dibadan pesakit, dimasukkan didalam bekas tertentu tak kira botol atau bekas khas mereka. Ada yg dihanyutkan ke air, ditanam dibumi atau yg ada bekas khas tu disimpan je dalam bekas tersebut..maka berhimpit himpitlah saka saka..kalau banyak pesakit tu, makin sempitlah bekas tu yg dibekalkan sedikit makanan berupa bau bauan pada jin itu.. aku tak buat kaedah ni..tak de masa nak jaga jin macam jaga anak la pulak hehehe..

Kenapa saka sukar dibuang? Jawabnya mudah, mereka mengganggap sipewaris adalah sebahagian dari ahli keluarganya, halau lah dia, bencilah dia, sumpahlah lah dia atau buatlah apa aje pada mereka... perginya mereka sebentar sahaja..tak merajuknya mereka tu.. macam kita halau kucing yang sedari kecilnya kita yang bela... jauh manapun dibuang, biasanya tau tau muncul kembali.. inikan pula jin yang daya pengesanannya fuh terlalu hebatnya! Sesaat je sampai kembali! Ialah dah biasa makan pun apa yang tuannya masak (bau/zatnye aje), tidur pun bersama, bergurau senda, bermain main...semuanya bersama..takkan mudah mereka kehilangan semua tu begitu sahaja... tu yang akan kembali dan kembali!!!

Ramai perawat terutama yang menggunakan jenama sebagai perawat islam menganggap pembacaan ayat ayat suci AlQuran oleh sipewaris saka mampu menghindarkan sipewaris saka tersebut dari saka. Adakah ini benar? Jawapannya ada yang benar bergantung jenis saka yang diwarisi. Katalah saka tersebut dari kalangan jin, dewa atau jenis jenis hantu seperti polong, pocong, langsuir, pontianak atau yang lebih kerap dari jenis hantulaut, bila sipewaris ini sentiasa membaca ayat suci AlQuran dirumahnya, maka rumah tersebut menjadi tidak selesa bagi hantu hantu dan jin jin kafir ini, mereka sentiasa kepanasan atau kesakitan.. jadi yang boleh mereka lakukan ialah beralih kepada waris lain (adik beradik dll siwaris saka) yang kurang menbaca ayat suci tadi atau kurang amal ibadahnya. Bagaimanapun perhubungan saka dengan pemiliknya tadi tidak terputus terus, dan jika mereka berhenti membaca atau beramal soleh spt berzikir, maka saka saka ini akan kembali mengganggu mereka. Jika tiada pewaris lain, saka yang kepanasan dan tidak selesa akibat pembacaan ayat suci AlQuran akan menjauh sebentar, tetapi akan kembali setelah pembacaan berhenti. So mudahnya ialah pembacaan AlQuran bukanlah kaedah paling berkesan menghalau saka.

Ada juga saka saka dari jenis jenis hantu atau jin kafir tadi tak heran lagi dengan bacaan ayat suci AlQuran kita, sebab utama mereka telah lebih lama dilahirkan kedunia dan sentiasa mendengar malah sama sama belajar mengaji AlQuran bersama kita(pewaris) walaupun tak juga mereka memeluk islam, bacaan AlQuran tersebut dah serasi dengan jiwa mereka(saka) so mana mungkin dengan kita membaca AlQuran tersebut mampu menghindarkan saka dari kita! Itu belum lagi aku kata jin islam yang memang tau membaca AlQuran bersama kita.
Adakah saka hanya dari kalangan dewa, hantu atau jin sahaja? Jawabnya tentulah tidak, bergantung nenek moyang kita berdamping dengan jin dari golongan apa, walau azazil atau iblis sekalipun, golongan ini banyak juga yang menjadi saka manusia...hehe pelik ke ulasan aku ini? Tak percaya? Bagus bagus! !!
So kesimpulannya ialah, kalau hanya dengan menbaca AlQuran demi menghindari saka... malam sikit laa saka tu nak hilang atau terhapus, lagi pula kalau mereka dari golongan azazil, iblis atau jin islam......hehe
Bagi perawat yang mampu membunuh jin terutama menggunakan kaedah jurus (zasst), biasanya mereka tidak membunuh jin yg mengacau pesakit dulu, sebaliknya mereka membunuh semua jin dalam rumah pesakit disetiap ceruk rumah dsb barulah dihapuskan saka yang menginap didalam badan pesakit. Bagaimanapun jika mereka (perawat tersebut) mahukan kesan yang jangkapanjang, mereka akan mengesan ahli keluarga pesakit tadi, pergi kesetiap rumah mereka dan guna kaedah yang sama iaitu membunuh dulu yang dirumah kemudian ditubuh ahli keluarga jika ada.. bayangkan jika ada adik beradik 12 orang, mereka kene pergi kerumah semua mereka, dan kalau saka tu pula berpunca dari beberapa lapis keturunan terdahulu, mereka terpaksa mencari segala saudara mara pesakit tersebut, barulah semua saka betul betul habis dan tak mungkin mengacau kembali. Kaedah itu adalah yang terbaik untuk menghapuskan gangguan saka secara optima.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 04:23 PM | Show all posts
ade sorang perawat bagitau saya, setiap manusia ni memang ade saka, yg baik & yg jahat...te ...
edoraixora Post at 25-4-2012 15:50



   sebenarnya..saka tu jin..... wallaualam laa klu ada lagi makhluk selain jin2 yg jadi saka ni..
so klu dah jin tu..tak yg baik nye... semua nye sama je..tujuan utama nk sesatkan anak cucu cicit nabi Adam..
kita laa tu..

so klu ada org ckp ada saka putih..ada saka hitam... hihihi.... klu dh jin tu..takde istilah warna2 tu nye...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 04:24 PM | Show all posts
sebenarnya..saka tu jin..... wallaualam laa klu ada lagi makhluk selain jin2 yg jadi saka n ...
safamm Post at 25-4-2012 16:23



tu lah...saya pun x pasti kebenarannye. tapi itu la yg diberitahu pada pesakit2 nye...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 04:27 PM | Show all posts
Reply  safamm

ha ye ke???alamak hari tu ade mimpi arwah nenek dia pngil2 saye
macam pusat ...
silent_hunter Post at 25-4-2012 12:34



   tp tak semestinye bila kita mimpi tu ...kita dpt saka..maybe kita terlalu rindu pada arwah smpai bawa dlm mimpi..

so klu nk kepastian cuba la bertanya secara bersemuka (lagi bagus) pada org yg pandai dlm bab ni..

darulsyifa?? pusat rawatan yg gunakan kaedah islamic....insyallah klu niatnye Lillallahitaala..insyallah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 04:33 PM | Show all posts
Reply 21# hantukiller


    encik HK, maaf nak tanya kesurupan tu apa? baru saya tahu ada saka pocong. best info yg wak berikan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 04:46 PM | Show all posts
sape yg penah kena tgk org kena rasuk lompat2 mcm pocong.... ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2012 04:55 PM | Show all posts
Reply  hantukiller


    encik HK, maaf nak tanya kesurupan tu apa? baru saya tahu ada saka poco ...
misslivina Post at 25-4-2012 16:33


kerasukan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 04:55 PM | Show all posts
Reply 25# misslivina


   kesurupan = kerasukan....
bahasa indon le hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 05:04 PM | Show all posts
Reply 28# hantukiller


    ohhhh sama je rupanya. wak, pasal pocong ni miss nak tanya sikit boleh? mcm mana nak bezakan sama ada saka atau dihantar melalui sihir? dtgnya dlm mimpi. tp ada juga dtg secara nyata.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 05:09 PM | Show all posts
Reply  hantukiller


    ohhhh sama je rupanya. wak, pasal pocong ni miss nak tanya sikit boleh? ...
misslivina Post at 25-4-2012 17:04

susah nak bezakan, tapi kalau gangguan hadir hanya setelah kita berurusan dengan sesaorang, tak kira la gaduh ke, maki ke, cintan ke.... kene pukau ke..., tu biasanya jin dari orang yg berurusan dengan kita tu, selainnya biasanya hanya kes saka.....



dan saka biasa jauh lebih mudah diubati berbanding sihir sengaja.... terutama sihir oleh ahli keluarga terdekat spt mertua dll
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 05:17 PM | Show all posts
Reply 30# hantukiller


    alahai........... baru sebulan ni dia mai. kdg2 sampai dtg satu geng 4 org. dua ekor dtg himpit miss yg tgh tdo. dua ekor lagi duduk mencangkung. pelik jigak pocong boleh posing mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 05:26 PM | Show all posts
Reply  hantukiller


    alahai........... baru sebulan ni dia mai. kdg2 sampai dtg satu geng 4  ...
misslivina Post at 25-4-2012 17:17
hehe, kalau ko nampak dia lagi, cakap kat dia... ko blah , kang aku call hantukiller kang! hehe..... cubalah, tapi janganla sampai no hp aku pun ko tak de, dia pulak nanti ketawakan ko
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 05:30 PM | Show all posts
Reply 32# hantukiller


    miss baru je call wak. tapi wak xsudi nak jawab
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 05:31 PM | Show all posts
Reply  hantukiller


    miss baru je call wak. tapi wak xsudi nak jawab
misslivina Post at 25-4-2012 17:30

aku jawab la, tapi tak dengar apa apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 05:34 PM | Show all posts
Reply 34# hantukiller


    aikkkkk.....miss try lagi sekali ye. menggigil tgn ni ha.....sakit kepala miss. adeh
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 06:33 PM | Show all posts
aku jawab la, tapi tak dengar apa apa
hantukiller Post at 25-4-2012 17:31



   wah bnyk betul yg blok smpai hk tak dpt dengar miss ckp
smlt mencuba lagi miss.. jgn serik..call jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 06:53 PM | Show all posts
wah bnyk betul yg blok smpai hk tak dpt dengar miss ckp
smlt mencuba lagi miss.. jgn serik ...
safamm Post at 25-4-2012 18:33



    Speaker hndphone HK rosak lah saffam.....
HK kena tukor hpone baru tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 06:57 PM | Show all posts
Speaker hndphone HK rosak lah saffam.....
HK kena tukor hpone baru tu....
jazaa Post at 25-4-2012 18:53



   betul jugak eh... tenggelam dlm air masa mancing kot...
apa lagi HK..kasi pakai iphone 5 laa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 07:07 PM | Show all posts
Reply 38# safamm


    hehehe...dah ckp dgn wak. menggigil badan nak call wak. sambil bercakap pun menggigil. sakit kepala. tapi wak xberapa sihat dua tiga ari ni. xleh nak zassstt dari jauh. lepas 4 atau 5 ari wak suruh call semula. sementara tu miss contact perawat lain kat cari. alhamdulillah ada yg respons.

ada forumer kata suara wak garang. tapi td miss dgr best je.mcm org muda. tgh main fb plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 07:09 PM | Show all posts
Reply  safamm


    hehehe...dah ckp dgn wak. menggigil badan nak call wak. sambil bercakap pun  ...
misslivina Post at 25-4-2012 19:07



   oh dia tak brape sihat eh....
wow..suara sedap???? jeng3x..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.072339 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list