CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gammbir33

Susah ke nak buang saka?

    [Copy link]
Post time 9-1-2013 02:56 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 9-1-2013 01:25 PM
Adekah dosa firaun jadi saka kepada bani israel selepasnye??? firaun bangsa Qibti..bukan israel  ...

Bkn gtu...SAKA bani Israel tu ditimbulkn dek 'entiti' sbg
modal utk bawak bani Israel masuk ke Baitul Madis, Palestine.
Dgn kekdah yg plg kejam, zalim, temberang, etc.
Bara yg terendam dlm laut tu dilayur semula jd bara dan nyala...

Hang nk blaja ekonomi?
- sbb nabi pandai berdagang pn x pakai kalkulator.
- rujuk Deuteronomy 23:19-20, baru jelas.

Allah ada 99 nama2 baik dan sifaNya...ambil semua sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 02:58 PM | Show all posts
uniq61 posted on 9-1-2013 02:29 PM
Baru saya faham kefahaman SAKA menurut tuan Guru Dzul...
SAKA kpd tuan dzul ialah DOSA keturunan? y ...

Mudah.

Takrif SAKA sebenar2nya
yg disepakati dunia gtu...ade ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:03 PM | Show all posts
hantukiller posted on 9-1-2013 02:36 PM
Benar, diharamkan pada Musyrik, tapi kalau ada juga yg terlepas, macamana????

X semua syaitan musyrik dan
yg terlepas tu x masuk mastika le kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:04 PM | Show all posts
uniq61 posted on 9-1-2013 02:29 PM
Baru saya faham kefahaman SAKA menurut tuan Guru Dzul...
SAKA kpd tuan dzul ialah DOSA keturunan? y ...
Sedangkan dalil solat pun tak berapa jelas...hanya ada dalam hadis sahaja....

oooo....baru ku tahu...TQ for the info..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:07 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-1-2013 03:03 PM
X semua syaitan musyrik dan
yg terlepas tu x masuk mastika le kot.

kalau syaitan takleh masuk tanah suci, tak de le tempat tu dulu byk berhala...keliling kaabah lagi tu..ke dulu bukan tanah suci? dan  kalau dulu bukan tanah suci, ia jadi tanah suci sejak bila???
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:09 PM | Show all posts
Pendapat saya, tanah haram sekitar baitullah tu
diharamkan kpd musyrik...bole?
- Tanah suci yg dipelihara


MELONTAR DI JAMRAH AQABAH        

Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu.

Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah.

Soalannya apa tujuan ibadah tersebut?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2013 03:12 PM | Show all posts
X tafsir pn, baca je
Yg bid'ah tu yg dikatakn SAKA.
Jika saudara bijak bestari, tolong saya carikn nas2/dalil2nya akan SAKA...


SAKA tu termasuk dalam golongan sihir dan perkara ghaib...
Tuan guru tak percaya adanya sihir dan perkara ghaib ke?
Tak jumpa dalilnya ke?

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:15 PM | Show all posts
SIHIR

Sihir adalah salah satu daripada perkara yang boleh membatalkan iman kerana ia meminta pertolongan dan mengabdikan diri dengan syaitan atau jin. Jin dan syaitan tidak akan membantu manusia melainkan manusia sanggup melakukan kederhakaan kepada Allah seperti membuat perkara-perkara syirik atau skurang-kurangnya menghina al-Quran atau agama Islam.

Pengertian Sihir

    Sihir ialah satu perkara yang luarbiasa atau menyalahi adat. Ia dapat dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina dan bangsa.

    Sihir hanya akan berlaku sekiranya ada persepakatan di antara manusia dengan jin atau syaitan. Ia biasanya digelar dengan nama ilmu hitam kerana tujuannya adalah untuk kejahatan. Jin atau syaitan tidak akan bekerjasama dengan manusia melainkan atas dasar kejahatan !

    Kejahatan yang dimaksudkan ialah untuk menganaiya manusia atau mendatangkan kemudharatan kepada sesiapa yang dikehendaki. Sihir akan berleluasa apabila wujudnya sifat dengki, irihati, dendam kesumat ke atas orang lain sesuai dengan sifat jin dan syaitan yang sukakan pergaduahan dan perbalahan di kalangan manusia.

   Menurut Ibnu Qudamah al-Maqdisi, sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.

   Sheikh Wahid Abdul Salam al-Baly dalam kitabnya "Wiqayah al-Insan Min al-Jin wa al-Syaitan

وقاية الإنسـان من الجن والشــيطان" menjelaskan bahawa sihir ialah hasil kesepakatan di antara penyihir dan syaitan. Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan-perbuatan yang diharamkam atau perkara yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan kepadanya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diingininya.

Dalil-dalil al-Quran tentang sihir




Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
al-Baqarah ayat 102




Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya.
Yunus ayat  77




Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada.
Tahaa ayat 67-69



Dan kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkan tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketuanya kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud. Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,-"(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".
al-'Araf ayat 117-122
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 03:16 PM | Show all posts
uniq61 posted on 9-1-2013 03:12 PM
SAKA tu termasuk dalam golongan sihir dan perkara ghaib...
Tuan guru tak percaya adanya sihir d ...

Jd apa tu sihir?
Yg dikatakan SAKA tu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:17 PM | Show all posts
uniq61 posted on 9-1-2013 03:09 PM
MELONTAR DI JAMRAH AQABAH        

Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Set ...

Merejam syaitan le...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:19 PM | Show all posts
abas8888 posted on 9-1-2013 03:07 PM
kalau syaitan takleh masuk tanah suci, tak de le tempat tu dulu byk berhala...keliling kaabah lagi ...

Bermula sejak pengisytiharan nabi s.a.w. dlm khutbah perpisahannya
dan diharamkan utk musyrik, bkn syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:25 PM | Show all posts
X semua syaitan musyrik dan
yg terlepas tu x masuk mastika le kot.


Sdr ni pandai cakap berbelit belit dan lepas tu buat lawak karootkomedia pulak..

Kalau cegini berpuluh hadis dan dalil pun tuan guru tak akan terima punyer...
sebabnya tuan guru dah terSAKA atau terSAKAI...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:26 PM | Show all posts
Jd apa tu sihir?
Yg dikatakan SAKA tu ape?


Apa yg tak jelas lagi ni?

Berapa umur sdr? siapa guru sdr? baru belajar tasauf ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:28 PM | Show all posts
SIHIR DALAM PANDANGAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

[A]. Dalil-Dalil Yang Menunjukkan Adanya Jin Dan Syaitan. [1]
Ada hubungan yang kuat antara jin dan sihir, bahkan jin dan syaitan merupakan factor utama dalam dunia sihir. Sebagian orang ada yang mengingkari keberadaan jin. Bertolak dari hal tersebut, mereka mengingkari terjadinya sihir. Oleh karena itu, saya hendak mengutarakan beberapa dalil yang menunjukan adanya jin dan syaitan secara ringkas.

Pertama : Dalil-Dalil Dari Al-Qur'an
[1]. Allah Ta'ala berfirman:

"Artinya : Dan (ingatlah) ketika kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Qur'an".[Al-Ahqaaf: 29]

[2]. Dia juga berfirman :

"Artinya : Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu Rasul-Rasul dari golonganmu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini". [Al-An'aam:130]

[3]. Selain itu, Dia juga berfirman:

"Artinya : Hai jama'ah jin dan manusia, jika kamu sanggup (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan". [Ar-Rahmaan: 33]

[4]. Firman-Nya:

"Artinya : Katakanlah(hai Muhammad), Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (al-Qur'an), lalu mereka berkata, Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Qur'an yang menakjubkan". [Al-Jinn: 1]

[5]. Juga firman-Nya:

"Artinya : Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan". [Al-Jinn: 6]

[6]. Serta firman-Nya:

"Artinya : Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi dan menghalangimu dari mengingat Allah dan shalat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)". [Al-Maidah: 91]

[7]. Dan firman-Nya:

"Artinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". [An-Nuur: 21]

Dalil-dalil dari al-Qur'an cukup banyak dan sangat populer, serta cukup bagi Anda untuk mengetahui bahwa di dalam al-Qur'an terdapat satu surat penuh yang berbicara tentang jin. Bahkan cukup juga bagi Anda untuk mengetahui bahwa kata (al-jiin) disebutkan didalam al-Qur'an sebanyak 22 kali, dan kata (al-jaann) sebanyak 7 kali, kata (asy-syaithaan) sebanyak 68 kali, kata (asy-syayaathiin) sebanyak 17 kali. Dan yang menjadi penguat, bahwa ayat-ayat al-Qur'an yang berbicara tentang jin dan syaythiin (jamak dari kata syaithaan) ini cukup banyak.

[Disalin dari kitab Ash-Shaarimul Battaar Fit Tashaddi Lis Saharatil Asyraar edisi Indonesia Sihir & Guna-Guna Serta Tata Cara Mengobatinya Menurut Al-Qur'an Dan Sunnah, Penulis Wahid bin Abdissalam Baali, Terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:30 PM | Show all posts

Al-Baqarah - ayat 102
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."

Al-An'aam - ayat 143
"(Binatang ternak itu) delapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar"."

Al-Baqarah - ayat 118
"Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: "Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?" Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin."

Al-Baqarah - ayat 136
"Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata"."

Al-Baqarah - ayat 75
(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?

Al-Baqarah - ayat 120
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

Al-Baqarah - ayat 91
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?"."

Al-Baqarah - ayat 143
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Al-Maaidah - ayat 68
"Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu."

Al-An'aam - ayat 114
"(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu."
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:31 PM | Show all posts

Al-Maaidah - ayat 44
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir."

Al-Baqarah - ayat 30
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"."

Al-An'aam - ayat 144
"Dan dari unta dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari lembu dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad): "Adakah yang diharamkan Allah itu dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Ataupun kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu) dengan yang demikian ini?" Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."

Al-Maaidah - ayat 48
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Al-Baqarah - ayat 90
Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.

Al-Baqarah - ayat 23
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Al-Muddaththir - ayat 31
"Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: ""Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?"" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia."

An-Nisaa' - ayat 153
"Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu)."

Al-Baqarah - ayat 246
"Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim."

Al-Baqarah - ayat 85
"Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 03:37 PM | Show all posts
Yang kalau tuan guru yang cerdik pandai lagi arif tak terima juga saya no komen..

Pengertian Sihir

Syeikh al-Azhar membuat penta'rifan bahawa sihir ialah amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya. Asal pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.Manakala dalam kamus Muhit disebut :

"Sihir ialah mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang terbaik sehingga sesuatu itu mempersona dan mengkagumkan bagi orang memandangnya."


Pengertian Sihir Dari Segi Syariah

Pendapat Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
Sihir ialah ikatan,jampi dan perkataan yang diucapakan atau ditulis atau dibuat sesuatau yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.

Maka dengan taarif ini dapatlah disimpul bahawa sihir adalah hasil kesepakatan antara penyihir dan syaitan.Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau hal-hal yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara yang dingininya


Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan

Sesetengah tukang sihir ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas.Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir ke awalannya sehingga merosakkan ayat tersebut. Ada yang sembahyang tanpa wudu' atau tetap dalam keadaan junub. Ada yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan. Berdasarkan penjelasan tersebut maka jelas kepada kita bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu tukang sihir dan menjadi pesuruh(khadam) kepadanya melainkan dengan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan syaitan.Maka sejauh mana kekafiran seorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya.


Dalil Kewujudan Sihir

*Dalil al-Quran,Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan kepada Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mempunyai kerajaan sihir,sedangkan Sulaiman tidak kafir)tidak mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil yakni Harut dan Marut,sedangkan kedua-duanya tidak mengajarnya(sesuatu)kepada seorang pun sebelum mengatakan:"sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu),sebab itu janganlah kamu kafir.Maka mereka mempelajari dari kedua-dua malaikat itu apa yang dengannya mereka dapat menceraikan antara seorang(suami)dan isterinya.Dan mereka itu( ahli sihir)tidak memberi mudharat dengan sihir tersebut kepada seorang pun melainkan dengan kuasa Allah s. w. t.Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang menukarnya(kitab Allah)dengan sihir itu,tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir kalau mereka mengetahui."


*Dalil al-Sunnah:

Diriwayat oleh Abu Musa al-Asy'ari r.a bahawa Rasulullah s.w.a. bersabda: "Tidak akan masuk syurga penagih khamar juga tidak akan masuk syurga orang yang percaya kepada sihir sebagaimana halnya tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim".


Pembahagian Sihir

Ulama'telah membahagikan sihir kepada 8 bahagian:

1. Sihir orang-orang kildan dan kisydan yang menyembah 7 bintang.

2. Sihir orang-orang yang berilusi dan berjiwa kuat.

3. Meminta bantuan dengan roh-roh rendah ya'ni jin.

4. Khayal,hipnopsis atau silap mata.

5. Perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-alat berdasarkan ukuran- ukuran tententu.

6. Menggunakan ubat-ubat khusus ya'ni dalam berbagai-bagai bentuk makanan dan minyak.

7. Menggantungkan ke hati mangsa bahawa si tukang sihir mengetahui nama dan
apabila muncul rasa takut maka akan lemah pula kekuatan pancaindera mangsa.

8. Mendekat dengan cara yang ringan dan lembut.Ini telah menjadi perkara lumrah di kalangan masyarakat.


Cara Tukang Sihir Mendatangkan Jin

1. Menerusi sumpah atas nama jin atau syaitan

Tukang sihir masuk ke dalam bilik gelap kemudian menyalakan api dan
Meletakkan kemenyan atau yang sejenisnya di atas api tersebut sesuai dengan
tujuan yang di minta.

2. Menerusi penyembelihan.

Tukang sihir mendatangkan haiwan seperti burung,ayam atau yang lainnya
dengan sifat-sifat tertentu sesuai dengan permintaan jin.Biasanya jin suka dengan warna hitam,kemudian menyembelih tanpa menyebut nama Allah.

3. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis

Biasanya tukang sihir menuliskan ayat al-Quran menggunakan darah haid atau benda-benda najis yang lain.Setelah itu,dia mengucapkan jampi-jampi yang mengandungi unsur syirik hingga datang jin yang diinginkan.

4. Menulis ayat-ayat al-Quran terbalik

Ayat al-Quran ditulis dengan huruf-huruf terpisah secara songsang ya'ni dari belakang ke depan.

5. Menggunakan bintang

Cara ini seolah-olah mengintai bintang kerana tukang sihir menunggu-nunggu kemunculan bintang tertentu kemudian bercakap kepadanya denag bacaan sihir lalu membaca jampi-jampi lain yang mengandungi unsur syirik dan kekufuran kepada Allah.

6. Menerusi tapak tangan

Cara ini yang digunakan oleh tukang sihir untuk mencapai maksudnya.Dengan menggunakan kanak-kanak yang belum baligh dengan syarat kanak-kanak itu tidak dalam keadaan berwudu' setelah itu dia mengambil tapak tangan kiri anak tersebut lalu menggambarkan segi empat kemudian dijampi dengan unsur syirik.

7. Menerusi apa yang dipakai

Cara ini digunakan oleh tukang sihir dengan meminta dari pesakit apa sahaja yang dipakainya seperti sapu tangan,serban,baju,dan sebagainya kemudian dilanjutkan dengan jampi seperti dengan cara yang lepas.


Mengenali Tukang Sihir

Sekiranya anda melihat salah satu tanda dari tanda-tanda berikut ini pada salah seorang pengubat maka tidak diragukan lagi bahawa dia adalah tukang sihir.Tanda-tanda itu ialah:

1) Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah pesakit seperti kain,baju,sapu tangan dan sebagainya.

2) Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu dipakai oleh untukdisembelih tanpa menyebut nama Allah;Adakalanya juga melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yang sunyi(tidak ada penghuni).

3) Memberi azimat-azimat tertentu.

4) Membaca jampi serapah ke atas azimat itu menggunakan bahasa yang tidak difahami.

5) Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor.

6) Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya empat puluh hari.Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian

7) Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak dimasuki sinar mentari.

8) Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.

9) Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan di suruh berasap dengannya

10) Dia membaca sesuatu yang tidak difahami.

11) Memberitahu pesakit tentang namanya,negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan.

12) Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit
melarutkannya di dalam air dan meminumnya.


Jenis-Jenis Sihir Dan Pengaruhnya Terhadap Mangsa Dan Cara Rawatan

1.Memisahkan suami isteri dengan sihir

2. Guna-guna atau sihir percintaan

3. Memperdayakan pandangan silap mata(hipnotis)

4. Sihir yang membuat gila

5. Sihir membuat orang tidak bermaya

6. Sihir mendengar panggilan

7.Sihir membuat penyakit

8. Sihir melakukan pendarahan

9. Sihir menahan penikahan


Sihir Memisahkan Suami Isteri

Takrif dan pengertiannya
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua orang rakan kongsi.


Jenis-jenis sihir memisah

1) Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya.

2) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya

3) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya

4) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawan nya

5) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam peniagaan atau
seumpamanya

6) Memisahkan antara suami dengan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah

1) Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci

2) Berlaku keraguan antara suami isteri

3) Enggan meminta maaf

4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil.

5) Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seorang suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik

6) Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya


Guna-Guna Atau Sihir Percintaan

Tanda-tanda sihir percintaan

1) Gejolak cinta yang keterlaluan

2) Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual

3) Sukar mengawal cinta

4) Rindu bayang yang berlebihan

5) Patuh secara membuta tuli

Cara sihir percintaan berlaku:

Pertengkaran suami isteri selalunya belaku,hal itu sudah lumrah kehidupan rumah tangga,dan biasanya cepat mereda dan kembali seperti biasa.Namun ada beberapa wanita yang tidak sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka segera pergi ke tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suaminya tetap mencintainya.Tindakan ini tentu kerana lemahnya agama wanita tersebut atau kerana kejahilannya bahawa tindakan itu haram dan tidak boleh.

Kesan dari sihir percintaan:

1) Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangkamasa yang lama

2) Adakalanya kesan daripada sihir itu terbalik sehingga suami menbenci isterinya.ini ajkibat tidak mengetahui kebanyakan tukang sihir tentang dasar-dasar sihir

3) Adakalnya seoarang isteri mengerjakan sihir berganda-ganda kepada suaminya dengan tujuan dia membenci setiap wanita dan hanya mencintainya sahaja, sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang masih ada hubungan kerabat.

Sebab-sebab sihir percintaan.

1) Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri

2) Perasaan cemburu wanita memang hebat,mereka selalu cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.

Sihir yang dihalalkan.

Saya ingin menyampaikan kepada setiap muslimah bahawa sesungguhnya wanita boleh menyihir suaminya dengan cara yang dihalalkan oleh Allah, iaitu dengan berhias dan mempercantikkan suami di hadapan suami.Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidag sedap, selalu senyum manis, berkata baik ,lembut,menjaga harta suami,merawat anak-anak dengan kasih sayang,mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

Sihir Memperdayakan Pandangan(Hipnopsis)

Tukang sihir mendatangkan sesuatu yang diketahui orang,kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramao melihat sesuatu itu tidak sebagaimana sebenar.Tukang sihir pernah menceritakan kepada saya bahawa dia meletakkan telor di hadapan mereka kemudian dia membaca jampi-jampi kepadanya sehingga mereka melihat telor bergerak dengan cepat.

Tanda-tanda Hinoptis:

1) Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.

2) Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.

3) Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya , seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.

Sihir Yang Membuat Gila:

Tanda-tanda Sihir Gila:

1) Melatur, benggung dan lupa sesuatu.

2) Kacau dalam perbicaraan.

3) Mata kuyu{moyok}

4) Tidak boleh tenang di satu tempat.

5) Tidak boleh melanjutkan pekerjaan tertentu.

6) Tidak mengambil berat tentang penampilan {selekeh}.

7) Sampai kesatu tahap bahawa berjalan tidak tahu dan adakalanya tidur di tempat- tempat sunyi.

Cara Berlaku Sihir Gila:

Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk kedalam tubuh orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikir dan daya ingatan.

Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya:

Tanda-Tanda Sihir Ini:

1) Suka berseorangan.

2) Diam terus.

3) Tidak suka berbagai-bagai pertemuan.

4) Fikiran meracau.

5) Selalu pening.

6) Selalu lesu dan tidak bermaya.

7) Menutup diri sepenuhnya.

Cara Berlaku Sihir Tidak Bermaya:

Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang disihir dan disuruhkan supaya tinggalkan di otaknya serta membuat mangsa mengeramdan menutup diri.Kemudian jin melakukan tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda gejala{tidak bermaya} pada orang yang disihir.

Sihir Mendengar Panggilan

Tanda-tandanya:

1) Selalu mengalami mimpi ngeri.

2) Bermimpi mendengar orang memanggil nama.

3) Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.

4) Selalu was-was.

5) Selalu meragukan teman dan orang-orang yang mencintainya.

6) Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.

7) Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Cara-cara berlaku Sihir Ini:

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikaan tugasnya untuk menyibukkan orang yang disihir pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidurnya berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya ketika jaga kadang-kadang dengan suara manusia yang dikenalnya atau dengan suara-suara aneh.


Sihir Membuat Penyakit:

Tanda-tandanya:

1) Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

2) Saraf tersumbat.

3) Lumpuh salah satu anggota tubuh.

4) Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

5) Lumpuh menyeluruh.

Cara berlakunya Sihir Ini:

Sekiranya ada orang yang kena sihir ini maka jin akan menetap di otak, benar-benar ditempat yang dikehendaki oleh yang memberi tugas iaitu tukang sihir, kemudian dia menetap di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya.Ketika itu, anggota tubuh berada di antara 3 keadaan:
Menegah isyarat-isyarat untuk sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tersebut tidak berfungsi lalu pesakit mengalami bisu, buta, tuli dan lumpuh.
Adakalanya membiarkannya sehingga adakalanya anggota tubuh berfungsi dan adakalanya tidak. Menyebabkan otak memberikan isyarat berturut-turut dan cepat tanpa sebab sehingga anggota tubuh menjadi kaku dan tidak bergerak sekalipun tidak sampai lumpuh.

Sihir Pendarahan:

Sesungguhnya sihir ini tidak berlaku melainkan kepada wanita. Seorang perempuan yang ingin disihir kemudian jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, dengan cara tersebut dan jin akan berjalan bersama darah.
Sabda Rasullulah{s.a.w}:

" Syaitan berjalan dalam tubuh manusia pada peredaran darah"

Pengertian Pendarahan:

Adapun sihir pendarahan ini ialah apa yang disebut oleh ahli feqah dengan istihadah dan dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan.Kemungkinan pendarahan ini berlangsung sampai beberapa bulan dan mungkin jumlah darahnya sedikit atau banyak.

Sihir Menahan Pernikahan:

Tanda-tandanya:

1. Pening kepala yang berterusan, tidak terhenti sekalipun diberikan ubat oleh doktor.

2. Sesak di dada terutamanya setelah asar hingga tengah malam.

3. Melihat pelamar bermuka hodoh.

4. Banyak berfikir{fikiran melayang}

5. Selalu gelisah waktu tidur.

6. Selalu rasa sakit di perut.

7. Rasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir Ini:

Tukang sihir menugaskan beberapa jin mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu diantara dua:

. Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

. Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 05:16 PM | Show all posts
MUSYRIK ialah orang yang mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa daripada ALLAH
Pada golongan ini mereka percaya bahawa ada kuasa lain contohnya kuasa bomoh
jin atau apa sahaja itu lebih berkuasa selain dari ALLAH SWT.

Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit dan masa semata mata untuk berjumpa dengan
bomoh atau dukun untuk memohon pertolongan bagi mencapai apa yang diimpikan.Mereka
tidak memohon dan berserah kepada kekuasaan ALLAH SWT.Perbuatan mereka ini dipanggil syirik.

Syirik akhbar ialah menyembah benda seperti kubur,pokok,batu dan sebagainya dan menganggap
diri mereka lebih rendah dari benda benda itu.

Syirik asghar ialah terjadi apabila seseorang itu melakukan sesuatu itu dengan tujuan untuk menunjuk
nunjuk bukan iklas kerana ALLAH SWT.

Syirik amali pula percaya ada kuasa lain yang berkuasa selain dari ALLAH.Syirik ini boleh menyebabkan
seseorang terkeluar dari islam.

Kehidupan dunia adalah medan peperangan antara Pasukan Allah Swt melawan pasukan Iblis dan Dajjal. Sebuah peperangan antara para penyeru ketauhidan melawan penyeru kemusyrikan. Dan kian berkembangnya usia dunia, maka berkembang pula siasat, taktik, dan strategi kaum pengikut Iblis dan Dajjal untuk menyesatkan umat manusia dari jalan lurus ketauhidan. Taktik dan srategi mereka, manipulasi mereka, seakan kian maju dan kian canggih. Padahal sebenarnya, bagi seorang Muslim yang selalu awas, hal itu bukan halangan yang berarti.

Sejak dahulu hingga sekarang, kitab suci al-Qur’an pun telah berkali-kali memperingatkan, jika Yahudi merupakan musuh terbesar umat manusia. Allah Swt telah memberi mereka berbagai label yang mencirikan sifat-sifat dasar mereka, dari panggilan sebagai Kaum Kera dan Babi, hingga kaum yang fasik, suka berdusta, gemar memutar-mutar lidah mempermainkan ayat-ayat Allah, sering memberi kesaksian palsu, dan sebagainya.

Adalah kenyataan sejarah, jika kemudian orang-orang Yahudi ini tumbuh menjadi satu bangsa yang sangat kuat dan berpengaruh di dunia sekarang. Mereka menguasai jaringan media massa dunia, perbankan, militer, dan sebagainya. Mereka juga menciptakan berbagai ideologi yang memecah-belah umat manusia dari ketauhidan, antara lain Nasionalisme, Kapitalisme, Komunisme, dan lain-lain. Demokrasi pun dibuat oleh mereka.

Ada kesadaran yang salah selama ini tentang demokrasi. Banyak kalangan menyebut bahwa sistem pemerintahan buatan manusia ini berasal dari ajaran Plato, seorang filsuf Yunani, yang tertuang dalam bukunya “La Republica”. Mereka juga menganggap jika sistem pemerintahan Amerika Serikat sekarang, yang disebut sebagai Panglima Demokrasi Dunia, mengadopsi demokrasi-nya Plato. Ini salah besar! Sistem demokrasi sesungguhnya berasal dari Bani Israel, tatkala mereka, 12 suku, mendiami wilayah Palestina setelah keluar dari Mesir. Bani Israel telah menjalankan praktek ini berabad-abad sebelum Plato lahir. Sejarahnya sangat panjang, antara lain bisa kita baca dalam penelitian Max I. Dimont yang berjudul “Sejarah Yahudi”. Sistem demokrasi di Indonesia sekaran pun, yang mengadopsi sistem demokrasi Amerika, juga berasal dari “Sunnah Yahudi”.

Islam tidak mengenal demokrasi. Islam mengenal Syuro. Ini sangat berbeda secara prinsipil. Dalam Demokrasi, “Suara seorang pelacur dianggap sama dengan suara seorang Ustadz, masing-masing hanya dihitung satu suara”. Sedangkan dalam Syuro, hal ini tentu tidak akan ditemui. Inilah yang dikerjakan bangsa Indonesia sekarang, sehingga negara ini sampai 64 tahun setelah proklamasi kemerdekaan, bukan malah membaik malah kian hancur tak keruan.

Demokrasi merupakan salah satu tools kaum musyrik untuk memalingkan umat manusia dari petunjuk Allah Swt. Demokrasi inilah yang kemudian berhasil menjadikan orang-orang yang tadinya shaleh, orang-orang yang tadinya sepenuh hati memperjuangkan agama Allah Swt, orang-orang yang tadinya begitu berani menyuarakan al-haq dan menentang al-bathil dihadapan penguasa sekali pun, berubah menjadi orang-orang yang kelu lidahnya menyuarakan al-haq, menjadi orang-orang yang malu dengan perjuangan Islam, menjadi orang-orang yang membela kebathilan dan menyimpan al-haq rapat-rapat di dalam hatinya.

Demokrasi inilah yang telah mengubah orang yang tadinya kita kenal dengan sangat baik, menjadi orang yang asing dan ‘aneh’. Demokrasi inilah yang bisa mengubah seorang yang sebenarnya faqih dalam ilmu ilmu agama, namun bisa-bisanya menyepelekan perintah wajib menutup aurat para perempuan dengan menyebut hal itu hanya sebagai “persoalan selembar kain” saja. Banyak yang seperti ini sekarang. Bahkan ada yang tanpa malu menyatakan orang yang memilih tidak ikut proses sunnah-Yahudi ini sebagai orang-orang yang mubazir dan saudaranya setan.

Ini mengingatkan saya pada firman-firman Alah Swt, yang antara lain:

“Dan janganlah kamu campuradukan kebenaran dengan kebathilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya” Al Baqoroh : 42.

“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman mereka berkata ‘kami telah beriman’ tetapi apabila mereka kembali kepada setan – setan (para pemimpin) mereka, mereka berkata “sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok – olok” Al Baqoroh : 14

“Dan apabila dikatakan kepada mereka jangan berbuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab ‘sesungguhnya kami justru orang – orang yang berbuat kebaikan’. Ingatlah sesungguhnya merekalah yang berbuat kerusakan tetapi mereka tidak menyadari” Al Baqoroh : 11 -12

“Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk” Al Baqoroh : 16

Padahal, ancaman Allah Swt terhadap orang-orang fasik sungguh tidak main-main:

“Katakanlah (Muhammad) “Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya  dari orang fasik di sisi Allah? Yaitu orang- orang yang di laknat dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thagut. Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus” Al Maidah : 60

“Dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan ayat – ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat – ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan, maka jadilah dia termasuk orang – orang yang tersesat. Dan sekiranya Kami menghendaki niscaya kami tinggikan derajatnya dengan (ayat – ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya yang rendah, maka perumpamaan mereka seperti anjing. Jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia tetap menjulurkan lidahnya juga. Demikianlah perumpamaan orang – orang yang mendustakan ayat – ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah – kisah itu agar mereka berpikir” Al A’raf : 175 – 176.

Seorang Muslim seharusnya hanya tunduk pada Allah Swt dan Rasul-Nya. Sedangkan terhadap manusia lainnya, apakah dia menyandang gelar doktor, atau apa pun, selama dia menyeru pada ketauhidan maka ikutilah, namun jika dia sudah mulai “aneh-aneh”, maka ingatkanlah. Jika sudah diingatkan ternyata masih “Aneh”, maka tinggalkanlah. Inilah sebenar-benarnya tauhid.

Dalam zaman seperti sekarang, bertahan pada jalan ketauhidan memang jauh dari hingar-bingar duniawi. Tauhid adalah jalan para Nabi Allah yang sunyi dan banyak cobaan. Sebab itu, tidak banyak yang bisa bertahan meniti jalan ini dan akhirnya tergoda pada kelezatan duniawi, salah satunya yang bernama “Kekuasaan”. Semoga kita bukan termasuk orang-orang seperti ini. Amien Ya Rabb al amien. Wallahu’alam bishawab.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

X semua syaitan musyrik dan

apa maksud x semua syaitan tu musyrik?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 07:09 PM | Show all posts
uniq61 posted on 9-1-2013 05:16 PM
MUSYRIK ialah orang yang mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa daripada ALLAH
Pada golongan ini me ...

Maka kita tahu sblm dunia dikolonial
pas utk masuk ke tanah suci hanya dgn
kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله

Jadi ada dua masaelah:
1- Apa takrif SAKA sebenar-benarnya beserta nas/dalil
2- Kaitan sihir dgn SAKA dan bentuknya

Spt yg saudara tepekkan kt atas:
Pengertian Sihir

Syeikh al-Azhar membuat penta'rifan bahawa sihir ialah amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya. Asal pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.Manakala dalam kamus Muhit disebut :

"Sihir ialah mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang terbaik sehingga sesuatu itu mempersona dan mengkagumkan bagi orang memandangnya."


Pengertian Sihir Dari Segi Syariah

Pendapat Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
Sihir ialah ikatan,jampi dan perkataan yang diucapakan atau ditulis atau dibuat sesuatau yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.

Maka dengan taarif ini dapatlah disimpul bahawa sihir adalah hasil kesepakatan antara penyihir dan syaitan.Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau hal-hal yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara yang dingininya
...sbb ada yg kata sihir wajib berjin.

Selain tu ketepikan dulu ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 01:30 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-1-2013 02:56 PM
Bkn gtu...SAKA bani Israel tu ditimbulkn dek 'entiti' sbg
modal utk bawak bani Israel masuk ke Ba ...

Yahudi kembali ke palestine bukan sbb dosa2 mereka, tetapi lebih kepada faktor sejarah peradaban mereka.
kite sedia maklum ramai nabi/rasul yg di utuskan dari kalangan org yahudi..seperti, nabi yaakub,yussuf,musa,sulaiman yg semua nyer pernah tinggal di palestine...sbb itu mereka mendakwa tanah  palestine tu hak milik mereka, walaupon sebenarnyer mereka2 itu dahulunyer menentang dakwah rasul2 tersebut.

jadi jika nak di katakan mereka kembali kerana dosa2 mereka yg terdahulu...kurang tepat sebenarnyer...segala perancangan, tipu helah, dan lain2 dari puak2 yahudi tu pon sbb semata2 inginkan tanah palestine tu..atau boleh dikatakan sebab dendam kepada islam setelah mereka di usir dari tanah madinah pada zaman rasullullah kerana melanggar perjanjian damai.

sedare istilahkan saka tu kepada pelbagai bentuk pengertian..itu pasal jadi keliru tak menentu..sekali jadi dosa,sekali jadi dendam,sekali jadi dajjal, jadi syaitan, ...yang mana satu ni???

sifat dan nama2 allah tu, kene pahami betul2 timbang dengan nas2 dan gunalah akal yg cerdas.

"Allah maha berkuasa"...apekah Allah perlu kepada sesuatu untuk membolehkan Allah melakukan sesuatu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075430 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list