CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}

    [Copy link]
Post time 7-5-2012 10:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by scorpionkiki at 7-5-2012 10:48

Deleted
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 10:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by scorpionkiki at 7-5-2012 10:54




Menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 11:15 AM | Show all posts
malam tadi...mmg tengok bulan seterang2nya....tiada angin n tanda2 nak ujan...
tapi pukul 1.30, lepas solat terus on laptop...berderu2 ujan....sampai pagie...non stop...

mungkin bagie org lain mcm biasa jer...for me rasa pelik2 laa sejak akhir2 nie
lebih banyak mendongak ke atas langit,tengok awan....erm erm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 12:32 PM | Show all posts
dok dongak ke atas jeee
cuba cubalah jenguk kat dalam sama
manatau
tersergah dek si ifrit
yg dok memikat si qorin yg gundah gulana

ni lagi pelik yaaaaaa
pelik pelik!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2012 04:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 7-5-2012 23:42
malam tadi...mmg tengok bulan seterang2nya....tiada angin n tanda2 nak ujan...
tapi pukul 1.30, lep ...
sofiera Post at 7-5-2012 11:15



Forbidden story...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 04:26 PM | Show all posts
bila baca thread ni, terasa sangat la tak tau apa n tak pernah ambik tau apa2...tapi itu yg membuatkan hati saya tergerak utk mencari, dalam pencarian tu, saya berjumpa dgn hidayat Allah...Alhamdulillah....

saya ada jugak baca blog n buku tulisan Harun Yahya pasal freemason...ada pendapat cakap, buat apa sibuk2 nak ambik tau freemason, kalau iman kuat, tak terpengaruh la dgn syaitan tu...tapi pada saya, bila saya ambik tau pasal semua ni, buat saya takut n lagi saya nak mendekatkan diri dgn Allah dan bertaubat selalu takut tak sempat bertaubat...

tq Andria..keep it up...berpesan2 dgn kebenaran n berpesan2 dengan kesabaran....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2012 04:28 PM | Show all posts
weekend lepas pegi bercuti kat pangkor...Jumaat malam tu bulan sangat besar n terang, n sabtu tu ombak sangat besar n kuat...mungkin sbb tarikan graviti bulan tu..takut sangat tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 07:27 PM | Show all posts
bila baca thread ni, terasa sangat la tak tau apa n tak pernah ambik tau apa2...tapi itu yg membuatk ...
dina_alea Post at 7-5-2012 16:26


Dina, try selidik dulu siapa Harun Yahya tu... jangan mudah tertipu dengan nama. I dah tertipu hampir 7 tahun dan baru tahu siapa sebenarnya Harun Yahya ini tahun lepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 08:46 PM | Show all posts
Reply 188# scorpionkiki


    Harun Yahya pentipooo ke??
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 09:21 PM | Show all posts
Reply  scorpionkiki


    Harun Yahya pentipooo ke??
arrowtotheknee Post at 7-5-2012 20:46
cuba check dulu siapa dia sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 10:35 PM | Show all posts
Maka tersebutlah dongengan kisah
Si bongkok berlaut tiga
Menjadi saksi tanpa belas
Peristi ...
andria Post at 7-5-2012 16:03



    Wahai...andria,tolong huraikan....,
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 10:36 PM | Show all posts
Maka tersebutlah dongengan kisah
Si bongkok berlaut tiga
Menjadi saksi tanpa belas
Peristi ...
andria Post at 7-5-2012 16:03



    Wahai...andria,tolong huraikan....yg tersurat dan tersirat....hanya 43 terpancar mata...apakah dier???,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2012 11:56 PM | Show all posts
bila baca thread ni, terasa sangat la tak tau apa n tak pernah ambik tau apa2...tapi itu yg membuatk ...
dina_alea Post at 7-5-2012 16:26



    Thanks for your kind support, dina...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2012 12:02 AM | Show all posts
Dina, try selidik dulu siapa Harun Yahya tu... jangan mudah tertipu dengan nama. I dah tertipu h ...
scorpionkiki Post at 7-5-2012 19:27



    sk, minta tolong elaborate apa yg u tahu tentang Harun Yahya tu... saya juga pernah mendengar 'rumours' tentang beliau, tapi disebabkan saya bukan avid reader kpd artikel beliau, jadi tidak saya endahkan sangat. Thanks in advance.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2012 12:05 AM | Show all posts
Wahai...andria,tolong huraikan....yg tersurat dan tersirat....hanya 43 terpancar mata...ap ...
sofiera Post at 7-5-2012 22:36



    Ia sekadar sebuah kisah dongeng. Janganlah difikirkan sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 10:04 AM | Show all posts
Reply 195# andria


    betul tu
hanya sekadar cerita dongeng
dan semata-mata dongeng
termasuk isi keseluruhan dalam thread PERASAN ni

cam tu lah kotttt
ADAKAH KAMU MENGAKU BERIMAN SEBELUM KAMU DIUJI???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2012 10:59 AM | Show all posts
Dina, try selidik dulu siapa Harun Yahya tu... jangan mudah tertipu dengan nama. I dah tertipu h ...
scorpionkiki Post at 7-5-2012 19:27



Harun Yahya tu sape ek..cam penah dgr name dia..ape yg dia tipu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 11:15 AM | Show all posts
Dina, try selidik dulu siapa Harun Yahya tu... jangan mudah tertipu dengan nama. I dah tertipu h ...
scorpionkiki Post at 7-5-2012 19:27


td gugel dapat ni





Harun Yahya : Penyiasat Konspirasi Terkemuka
Date: Monday, November 03 @ 23:57:01 MYT
Topic: Artikel




Beliau bukanlah baru dalam bidang siasatan konspirasi Yahudi. Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar merupakan antara Conspiracy Investigator (CI) muslim paling terkenal di dunia setakat pengetahuan saya.

Hasil-hasil kerja beliau amat unik malah beliau tidak sahaja menumpu kepada membongkar aktiviti konspirasi Yahudi tetapi banyak makalah-makalah beliau mengajak manusia mengagungkan ciptaan Allah.
   

Selepas dipenjara atas tuduhan menentang Teori Revolusi Darwin semasa belajar di Turki, beliau banyak menulis tentang kehebatan makhluk-makhluk ciptaan Allah. Setiap huraian dan penerangannya digabungkan bersama fakta sains dengan ayat-ayat al-Quran. Bahasanya mudah, ringkas dan berfakta.

Maka tidak harianlah sebuah hasil kerjanya diterjemah di seluruh dunia dalam lebih 20 bahasa termasuk Eropah, Asia Timur, Asia Barat dan Amerika.

Beliau amat terkenal sebagai pembongkar dan penentang pertubuhan Zionist dan Freemason di seluruh dunia. Mungkin sifatnya ini yang menyebabkan pihak pengurusan Googel Inc. mengharamkan penggunaan Google Groups kepada Adnan Oktar atau sebarang aktiviti berakaitan dengannya.

Bukan itu sahaja, beliau juga antara CI muslim yang dikategorikan oleh Jewish American Organization (JAO.org) sebagai anti-sematik dan berbahaya kepada Yahudi Zionis.

Nampaknya beliau mengikut jejak langkah Muhammad Isa Dawud digelar sebagai anti-sematik dan berbahaya. Cumanya Muhammad Isa Dawud di banned oleh Anti-Defamation League (ADL.org) lebih awal lagi.

Umur mereka berdua juga hampir sama, kedua-duanya berumur 50-an, cuma Harun Yahya tua setahun daripada Muhammad Isa Dawud iaitu 56 tahun.




Mengapa Harun Yahya Dianggap Berbahaya?

Yahudi amat licik mencari mangsa untuk dihapuskan. Mereka tidak mencari orang-orang awam yang menyertai demonstrasi jalanan menentang zionis, tetapi mereka mencari penusis-penulis buku yang dijangka sebagai racun utama kepada masyarakat.
Buku pertama beliau bertajuk, Judaism and Freemasonry yang diterbitkan pada 1986 telah menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin Freemason aliran sekular di Turki. Akibatnya beliau dipenjara dan dikurung di hospital pesakit mental di Ankara.
Dalam buku itu, beliau mengutuk habis-habisan fahaman agama Yahudi iaitu Judais dan pertubuhan Freemason. Beliau juga menegaskan dalam bukunya bahawa kitab Taurat yang digunakan oleh masyarakat Yahudi sekarang adalah palsu.
Namun tentang dan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kurang memberi kesan kerana beliau lahir dari keluarga kaya raya dan elit. Beliau banyak menggunakan wang-wangnya untuk tujuan berdakwah, membuat risalah dan mengedar kepada orang ramai.
Selepas keluar dari penjara pesakit mental itu, Harun Yahya tidak gentar malah berani menentang Yahudi secara terbuka dengan menerbitkan suatu lagi buku kontroversi pada 1996 iaitu Soykurum Yalam (The Holocoust Lie).
Kini Harun Yahya amat terkenal dan berpengaruh ditambah pula kerajaan Turki sekarang dipimpin oleh pemimpin revolusi Islam dari parti AKP, Recep Tayyip Erdogan. Kedua-dua mereka mempunyai zaman yang sama dan jihad yang satu.
Harun Yahya dengan jihad ilmu-ilmu sains sosialnya manakala Recep Tayip Erdogan dengan jihad politiknya.


Bilal Philips Vs Harun Yahya

Dalam beberapa ceramah baru-baru ini, Bilal Philips yang juga pendakwah dan penulis beberapa buku berkaitan konspirasi Yahudi menyelar salah satu hasil kerja Harun Yahya iaitu The Atlas of Creation.
Bilal terdapat beberapa ungkapan dalam makalah tersebut yang dipertikaikan oleh Bilal Philips.
Bilal Philips juga mengatakan Harun Yahya ialah seorang pantheist, penyembah berhala dan tidak mempunyai latar belakang sains dalam menerangkan sesuatu berkaitan dunia saintifik. Harun Yahya dianggap hanya sebagai interior designer sahaja dalam dunia saintifik.
Bilal juga menegaskan akan merancang beberapa video untuk mendedahkan pembohongan-pembohongan Harun Yahya (Adnan Okthar)


Pandangan Peribadi Saya

Setakat tarikh ini, dan setakat pengetahuan yang ada, saya masih lagi menyebelahi pandangan Harun Yahya berbanding Bilal Philips. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya kurang bersetuju dengan Bilal malah sangsi dengan beliau:
  • Pertamanya Bilal bermazhab Wahabi dan boleh dianggap pendokong ideologi Wahabi yang ekstrem setaraf dengan Ibnu Baaz. Pendokong Wahabi menolak pandangan para sahabat, tabi tabiin dan ulama mazhab lain.
  • Keduanya, Bilal tidak hidup dalam perjuangan seperti Harun Yahya yang pernah dipenjarakan oleh konco-konco Kamal Attartuk.
  • Ketiganya, Bilal hanya mengkritik buku Harun Yahya yang berkaitan penciptaan Allah tetapi tidak mengkritik buku-buku Harun Yahya yang berkaitan Zionis.
  • Keempatnya, Bilal Philips walaupun mempunyai PhD tetapi telah mengeluarkan kenyataan mengatakan semua ulama ahlul Sunnah adalah syirik pada Jun 2007 di Madison Squere Garden, New York. Ini jelas menunjukkan kependekkan akalnya.
  • Dan akhirnya, Bilal tidak tahu berbahasa Turki. Dan Harun Yahya tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris dalam buku asalnya. Semua makalah Harun Yahya sebenarnya dari bahasa Turki. Apabila diterjemahkan ke bahasa asing maka ketepatan makna akan bergantung 100% kepada penterjemah tersebut.




(Kiri) Harun Yahya ditahan polis Turki pada 1986 kerana menentang sekular (Kanan) Harun Yahya ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa Barkikoy, Turki.


Kesimpulan
Apabila berlaku pertembungan dua orang Islam di hadapan masyarakat awam yang berebut memperbetulkan keadaan, harus bagi kita menilai siapakah di antara kedua mereka yang lebih gemar menyelesaikan masalah secara musyawarah berbanding tikam menikam lidah.
Wallhu’alam.


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 11:34 AM | Show all posts
td gugel dapat ni
contactlens Post at 8-5-2012 11:15



    Cuber gi youtube, taip Harun Yahya by Syeikh Imran Hossein.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 12:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by contactlens at 8-5-2012 12:12

Reply 199# tarabas1976
da jumpe artike pasal harun yahya..




Syeikh Imran N Hosein ketika memberikan komentarnya berhubung Harun Yahya, membangkitkan persoalan "Mengapa Harun Yahya perlu berbohong?" yang pasti merujuk kepada beberapa kenyataan yang dimuatkan dalam laman sesawang milik penulis tersohor asal Turki itu. Jika anda pernah membaca buku-buku bertajuk Malapetaka Darwinisma, Evolution Desceit, Kaum-kaum Yang Pupus, penulis itulah yang dimaksudkan.





Sebelum ini saya pernah membaca beberapa buah kajian dari laman sesawang milik Harun Yahya baik HarunYahya.com mahupun AwaitedMahdi.com. Kedua-duanya pernah saya telaan. Namun, saya akui ketika membaca beberapa buah kajian beliau di laman tersebut ada beberapa buah perkataan atau fakta yang bercanggah dengan sumber dari Islam atau lebih tepat lagi hadith sahih Nabi SAW. Tidak cukup dengan itu, ada beberapa buah hadith (kononnya) di dalam beberapa buah artikel tidak mempunyai riwayatnya. Hal inilah yang mendatangkan kerunsingan pada saya. Namun, setelah membaca penjelasan sebenar mengenai Harun Yahya dari sebuah laman sesawang Islam terbesar dari IndonesiaEraMuslim.com, saya kini pasti bahawa Harun Yahya tidak lebih hanyalah seorang individu yang mempunyai kepentingan tertentu sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa orang ulama bertaraf dunia termasuk Bilal Philips. Pernahkah anda terfikir, bagaimana atau mengapakah seorang penyiasat konspirasi Yahudi dan Barat seperti Harun Yahya tidak menerima ugutan bunuh dari mana-mana pihak terutama secret society pro-Zionis?




Selanjutnya anda bacalah terjemahan artikel dari kolumnis EraMuslim.com, Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi dibawah ini:

Sheikh Imran Hossein pernah mengkritik Harun Yahya, fakta itu memang benar adanya. Hal ini terkait dengan penulisan di laman milik Harun Yahya yang didapati mendakwa dirinya sebagai Al Mahdi. Selain Syeikh Imran Hossein, Bilal Philips juga mengecam Harun Yahya dan mendakwa Harun Yahya memiliki agenda tersembunyi. Untuk lebih jelas pembaca boleh menonton video dibawah.



   

Tulisan-tulisan itu sendiri sengaja dipaparkan di lamannya, Awaitedmahdi.comyang memang merupakan subordinasi dari laman utamanya, Harunyahya.com. Jelaslah disini bahawa ianya asli dan bukan sengaja diadakan. Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ke atas laman tersebut.

Memang ketika diwawancara Al Jazeera, Harun Yahya menafikannya. Harun Yahya mengatakan hanya menulis sebuah buku mengenai Imam Mahdi yang merujuk kepada Hadis Nabi. Dari beberapa hadis itu terlihat beberapa kesan yang akhirnya menggambarkan Al Mahdi dalam rupa dirinya (Harun Yahya). Namun anehnya, ketika saya cross check lebih jauh hadis-hadis yang diambil oleh Harun Yahya, keseluruhannya itu bukanlah hadis, tetapi beberapa kenyataan (dari) Tokoh Agama dan Ulama yang telah diselitkan oleh Harun Yahya, walaupun pada tajuk besarnya disebutkan sebagai hadis. Apakah ini sesuatu yang disengajakan? Atau, ianya satu kekhilafan dari seorang tokoh yang sudah banyak menulis tentang akhir zaman? Wallahua'lam.

Salah satu petikan kontroversi di laman Harun Yahya tersebut adalah sebuah peryataan yang mana beliau telah didapati mendakwa, pada tahun 1956 adalah tahun yang sangat penting di akhir zaman. “The significance of the year 1956 in terms of the end times.” [bukti disini] Tahun 1956 adalah tanda dunia akan menuju sebuah pemerintahan yang adil.


Kita tahu bahawa, tahun 1956 adalah tahun dimana Harun Yahya dilahirkan. Meski dilaman tersebut pernyataan ini dikatakan sebagai sebuah hadis, anehnya tidak ada sebarang riwayat satupun yang tertera. Laman tersebut hanya menulis perkataan Said Nursi dan Adendum Emirdag yang memperkotak-katikkan numerologi ayat al-Qur'an dan mengatakan bahawa tahun 1956 sebagai tahun runtuhnya sistem kemunafikan di seluruh dunia. Apakah benar situasinya seperti itu? Realitinya hingga tahun 2011, jangankan seluruh dunia, Turki sahaja dalam pandangan saya belum mampu terlepas dari kemunafikan.

Laman sesawang milik Harun Yahya tersebut juga mengatakan bahwa Al Mahdi sebenarnya lahir di sebuah kota besar yang kelak menjadi Istanbul. Dalam laman tersebut ditulis,


“Hazrat Mahdi (as) will apear from Turkey and will never leave until the end of his struggle”. [bukti disini]
“Hazrat Mahdi (as) will spiritually capture Istanbul” [bukti disini]

Sepertimana yang kita ketahui, Harun Yahya sendiri dibesarkan di Turki. Persoalannya di sini, benarkah ada hadis yang mengatakan Al Mahdi muncul di Turki? Sebagai umat Islam, kita hanya mampu menjawab (persoalan berkaitan Al Mahdi) jika merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang bersabda,
“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Makkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)
Anehnya awaitedmahdi.com, juga mengatakan bahawa Al Mahdi ketika muncul tidak akan berbahasa Arab. "Hazrat Mahdi (as) will not speak Arabic very well, but he will bear a close moral resemblance to our prphet (saas)". [bukti disini] Padahal Al Mahdi jelas-jelas muncul di Madinah dan dia masih berketurunan Rasulullah SAW. Al Mahdi juga akan menjadi khalifah umat Islam di akhir Zaman. Secara logiknya, bagaimana mungkin seorang Khalifah (berketurunan Arab- dari Madinah ke Makkah) tidak mampu berbahasa Arab? Apakah ini masih merujuk kepada Harun Yahya yang sememangnya tidak mampu berbahasa Arab?







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.567987 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list