CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4159|Reply: 4

Semangat Anggota Tentera ~latest xpdc renang selat Inggeris

[Copy link]
Post time 1-5-2012 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Hai semua...
Kak Bed baru kat sini...

kalau terbuka thread yg baru mohon merge kan ke thread yg sedia ada...

Nak share ketabahan anggota tentera yg rela berkorban..

Sumber: Berita Harian Jumaat (27 April 2012)

Last edited by yipun_78 on 18-10-2012 07:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2012 07:12 PM | Show all posts
ada gambar laki kak bedah ke sini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2012 07:42 PM | Show all posts
ada gambar laki kak bedah ke sini?
cikgojesss Post at 11-5-2012 19:12



   gambar laki xde..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 11:17 PM | Show all posts
banyak pergorbanan tentera yang kta x tau
keran amasih banyak lagi mejadi misteri dan tidak didendangkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 07:03 AM | Show all posts
Najib umum kenaikan pangkat 7 perenang Selat Inggeris

•Utama •Mutakhir •2012-10-11 20:50  •Disediakan oleh Berita Harian



■ PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan sijil Book of Record kepada Ketua Kumpulan, Kapt Mohd Zulfadhli Mahammad selepas berjaya menamatkan Ekspedisi Renang Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) pada majlis penghargaan dan jamuan tengah hari bersama peserta ekspedisi itu di Dewan Bankuet Parlimen, hari ini. Turut sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi (kiri). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kenaikan pangkat semua tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) atas kejayaan mereka melaksanakan cabaran itu, baru-baru ini.

Beliau turut mengumumkan pemberian insentif wang tunai berjumlah RM120,000 kepada mereka serta tujuh perenang simpanan yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan seorang jurulatih. "Bagi perenang solo, kita setuju berikan RM20,000. Perenang lain RM10,000 seorang. Pasukan simpanan dan jurulatih RM5,000 seorang," katanya ketika berucap pada majlis penghargaan dan jamuan tengah hari bersama peserta ekspedisi itu di Dewan Bankuet Parlimen di sini.

Tujuh perenang itu ialah perenang solo Laskar Kelas Satu PAP (PKL) Estino Taniyu, serta perenang berganti-ganti Laskar Kelas Satu PAP (PKL) Mohd Roslan Mohd Zawawi, Kaptenb Mohd Khairul Faizal Mazli, Sarjan Udara Mohd Salleh Mahmor, Kapten Buranurdin Sali, Koperal (U) Shahrizal Omar dan Trooper Mohd Zulfadhli Mahamad.

Najib berkata kejayaan ekspedisi itu merentasi Selat Inggeris dari Dover di United Kingdom ke Calais di Perancis merupakan pengiktirafan kepada negara dan ATM sendiri.

Insentif kewangan itu adalah sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad.

Najib berkata beliau kagum dengan kejayaan pasukan itu meskipun berhadapan dengan pelbagai dugaan termasuk faktor cuaca, suhu air dan keadaan laut bergelora.

"Bagi mereka yang tiada semangat, kecekalan dan daya saing luar biasa, saya tak fikir mereka boleh hadapi rintangan. Sebab itu perlukan kekuatan fizikal, rohani, minda yang luar biasa dan kejayaan mereka sangat dihargai oleh kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya.

Justeru, Najib berkata anggota pasukan itu layak menerima insentif yang diumumkan hari ini, dan berharap kejayaan mereka menjadi dorongan dan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Estino ketika ditemui pemberita berkata beliau gembira dengan pengumuman Perdana Menteri namun menegaskan beliau tidak menyertai ekspedisi tersebut untuk mengejar ganjaran.

Beliau berkata wang insentif itu akan digunakan untuk melangsungkan perkahwinan yang ditangguh demi memenuhi objektif ekspedisi berkenaan.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - BERNAMA Last edited by yipun_78 on 18-10-2012 07:08 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060531 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list