CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7598|Reply: 36

Malayisa tempah eurofighter..

[Copy link]
Post time 2-5-2012 12:25 PM | Show all posts |Read mode
assalammuaalaikum suma...
pagi tadi aku terbaca dlm paper yg malaysia dh tempah 18 eurofighter...btol ke?
ada sape2 yg tau x?

best gak malaysia dh tempah...
memg terbaikla..

tp nape mesti 18 jek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2012 01:07 PM | Show all posts
Beli 36 eurofighter la pakcik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2012 01:11 PM | Show all posts
Beli 36 eurofighter la pakcik...
Gedavaz Post at 2-5-2012 13:07


36 ke? aku bca td malaysia tempah 18 jek...

mane btol nih...aku sokong jek kalo beli...kselamatan ngara nih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 04:24 PM | Show all posts
Selamat  buat maenan baru nya pakcik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 04:56 PM | Show all posts
18, 8, 28...no purchasing pesawat Mesia...hehehe

Tapi benda ni tak kompem lagi...macam dullu tulis kata TUDM nak beli NH-90, last2 beli EC725
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2012 04:57 PM | Show all posts
18, 8, 28...no purchasing pesawat Mesia...hehehe

Tapi benda ni tak kompem lagi...macam dullu tuli ...
alphawolf Post at 2-5-2012 16:56


tp dlm paper td kta malaysia menempah 18 bijik....ckit sgtla....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2012 06:37 PM | Show all posts
Yop, paper mana kau baca? Takde angin takde ribut taufan, atleast bagi le sumbernya supaya kami boleh refer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 01:41 AM | Show all posts
tak jadi rafale kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 06:00 AM | Show all posts
tak jadi rafale kah?
lujualanebeli Post at 3-5-2012 01:41



cancel, ta de sperm..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 06:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by supergripen at 3-5-2012 06:58

Read somewhere that the Brits are offering 20 free Tranche1 Typhoons if we buy 10 new Tranche3 planes for rm4bil.
Entah betul ke tidak,my problem with this is that Tranche1 takleh upgrade to Tranche3,which limits the Typhoon from being truly multirole.

Amik Rafale la.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 07:39 AM | Show all posts
Yop, paper mana kau baca? Takde angin takde ribut taufan, atleast bagi le sumbernya supaya kami bole ...
robotech Post at 2-5-2012 18:37


paper utusan kosmo ke utusan smlm...

ade gmbr rafale warna kuning...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 07:43 AM | Show all posts
Typhoon tawan pengunjung DSA
Oleh ADLAN JAAFAR


PEKARANGAN Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur akhir bulan April lalu dikerumuni para pengunjung yang mahu melihat sebuah pesawat pejuang dipamerkan di situ.

Orang ramai yang datang menyaksikan pesawat tersebut berebut-rebut mahu memasuki ruang kokpit pesawat demi merasai pengalaman bak seorang pilot pejuang.

Pesawat Eurofighter Typhoon itu hanyalah sebuah replika, tetapi bersaiz sebenar. Walaupun bukan yang sebenar, sebuah kren terpaksa digunakan untuk meletakkan replika tersebut.

Tidak mungkin bagi pihak Bae Systems, syarikat yang bertanggungjawab membina pesawat itu membawa Typhoon yang sebenar. Ia sangat mahal dan tiada ruang landasan yang luas untuk mendarat.

Replika pesawat Typhoon itu dipamerkan di situ bagi menyertai Pameran Pertahanan Perkhidmatan Asia (DSA) ke-13 yang diadakan dua tahun sekali.

Jika dilihat dari segi luaran, kebanyakan orang berpendapat ia sama seperti pesawat pejuang lain, tetapi jika dibandingkan secara terperinci banyak perbezaannya.

Bahan asal yang digunakan dalam pembuatan Typhoon ialah gentian karbon dan tidak mempunyai kerangka. Ia amat berbeza dengan pesawat lain sebelumnya yang menggunakan besi dan perlu dibuat kerangka dahulu.

Menurut Ketua Eksport Typhoon, Bae Systems, Ian Malin, pemilihan bahan tersebut mampu mengurangkan berat keseluruhan pesawat sehingga 45 peratus berbanding penggunaan material lain dengan saiz yang sama.

“Selain ringan, gentian karbon juga sangat kuat dalam menerima hentakan atau momentum,” ujar Ian ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berukuran 16 meter panjang, lima meter tinggi dan sayap sepanjang 11 meter, Typhoon memiliki sistem enjin yang tahan lasak dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektronik.

Sebuah pesawat pejuang harus mudah melakukan banyak pergerakan berbanding pesawat komersial yang terbang pada pergerakan sehala terutama ketika berada dalam pertempuran berkelajuan tinggi.

Sut-g

Kawalan sistem komputer di bahagian persekitaran kokpit Typhoon direka dengan mengharmoni sistem oksigen dan sut-g bagi memberi keselesaan kepada juruterbang.

Sut-g ialah sejenis pakaian yang dipakai oleh juruterbang pesawat pejuang untuk memberi tekanan pada bahagian perut dan kaki bagi melambatkan pitam.

Sut-g yang direka khas untuk pemandu Typhoon akan memberi mampatan kepada dada juruterbang sebagai tindak balas terhadap daya graviti kuat yang terhasil ketika pesawat menukar laluan.


SEBANYAK enam buah negara di dunia telah menggunakan pesawat Typhoon.

Ketika mampatan, udara secukupnya dipaksa masuk ke dalam paru-paru pada tekanan yang tepat supaya juruterbang dapat bernafas secara normal.

Rekaan sut-g yang tepat amat penting kerana tekanan sebanyak sembilan kali graviti boleh menyebabkan juruterbang pengsan. Jika sut-g biasa digunakan pun, juruterbang sukar untuk berada dalam keadaan sedar sepanjang penerbangan.

Bagi juruterbang yang tidak memakai apa-apa perlindungan ketika berada di dalam pesawat yang boleh mencapai kelajuan super sonik itu, darah boleh terus mendidih.

Sut-g Typhoon juga mempunyai sistem kawalan suhu cecair bagi memastikan suhu badan juruterbang berada dalam keadaan optimum untuk memberi konsentrasi maksimum.

Kesemua ciri-ciri tersebut membolehkan Typhoon diterbangkan pada semua keadaan sama ada pada altitud rendah atau tinggi mahupun ketika cuaca panas membahang di padang pasir.

Dari segi teknologi pengendalian pula, Typhoon memiliki sistem Quadro Plex yang dapat mengoptimum pengendalian pesawat selain memudahkan ia diterbangkan. Ia turut dilengkapi dengan sistem Avionic.

Sistem Avionic ialah sistem elektronik yang terdapat dalam sesebuah pesawat. Ia meliputi teknologi radar, infra merah dan pertahanan.

Mula dibangunkan pada pertengahan dekad 90-an, sebanyak 300 buah Typhoon telah berada di angkasa dan dimiliki oleh enam buah negara iaitu Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Austria dan Arab Saudi.

Lebih kurang 400 buah Typhoon lagi kini dalam proses pembuatan di Eropah, manakala Malaysia telah memesan 18 buah Typhoon untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Empat buah negara

Typhoon merupakan sebuah program yang melibatkan empat buah negara iaitu United Kingdom, Jerman, Itali dan Sepanyol.

Pesawat tersebut telah memenuhi keempat-empat kriteria sebagai sebuah jet pejuang yang dikehendaki oleh semua pembuat Typhoon.

“Sebagai contoh, terdapat negara yang memiliki kriteria pesawat boleh bertindak menjadi pertahanan sahaja malah, ada yang mahu ia boleh menyerang.

“Ada juga negara mahukan kedua-dua ciri tersebut terdapat pada jet pejuang mereka. Jadi, Typhoon merupakan sebuah pesawat yang memenuhi semua spesifikasi,” terang Ian lagi.

Eurofighter Typhoon adalah sebuah rekaan yang menggabungkan bahan ringan dan kekuatan selain reka bentuk yang tepat serta jitu. Ia boleh terbang pada ketinggian 6.4 kilometer lebih tinggi berbanding pesawat penumpang.

Memiliki berat sebanyak 15,880 kilogram, dua buah enjin Eurojet Typhoon boleh menghasilkan daya tujah lebih kurang 18,140 kilogram.

Juruterbang boleh menghentikan pesawat tersebut yang berada dalam kelajuan 1.4 mach dalam tempoh masa 2.5 minit sahaja di antara jarak 10 kilometer.


SISTEM Typhoon membolehkan juruterbang mendapat setiap informasi ketika pertempuran berlangsung.

Nombor mach adalah kadar perbandingan antara kelajuan pesawat pejuang dan tahap kelajuan bunyi. Secara ringkas, Typhoon dapat meluncur pada altitud tinggi dengan kelajuan dua kali ganda halaju bunyi.

Jangka hayat pesawat buatan Eropah itu membolehkan ia beroperasi dengan baik untuk tempoh antara 30 hingga 40 tahun.

Konflik Libya

Ketika konflik Libya pada bulan Mac 2011, perkhidmatan pesawat pejuang Typhoon telah digunakan oleh Tentera Udara Diraja Britain (RAF) untuk menyerang negara tersebut bagi meredakan pemberontakan.

Daripada maklum balas yang diterima oleh juruterbang RAF, Typhoon sangat selesa dan reka bentuk pesawat itu membolehkan ia berfungsi 100 peratus sepanjang serangan dilakukan.

Menurut Ketua Juruterbang Ujian Bae Systems, Mark Bowman, para juruterbang RAF yang menjalankan operasi luar negara itu menyifatkan Typhoon mempunyai tahap kebolehpercayaan tinggi sehingga 98 peratus. Ia sesuatu yang luar biasa.

“Mesin (Typhoon) ini telah dibuktikan kecemerlangan ketika konflik Libya. Selain mendapat perhatian dunia, keupayaan dan kebolehan prestasi Typhoon diakui berpadanan dengan kosnya,” kata Mark melalui e-mel yang diterima Kosmo!


PARA pengunjung berpusu-pusu mahu masuk ke dalam kokpit replika Typhoon di Pameran Pertahanan Perkhidmatan Asia ke-13.

Bercerita mengenai pengalaman menerbangkan pesawat Typhoon, Mark percaya ia tidak akan gagal untuk menimbulkan kekaguman dalam diri juruterbang terutama kepada mereka yang sudah banyak memandu pesawat pejuang.

Mark sudah menjadi juruterbang jet pejuang lebih 30 tahun. Dia menyifatkan pengalaman menerbangkan pesawat adalah satu pengalaman yang penuh dengan keterujaan kerana dapat mempraktikkan skil dan kemahiran bertempur.

Selain itu, dia dapat meningkatkan daya menilai dalam membuat keputusan saat sedang bertempur.

“Kami tidak mendapat gaji yang banyak seperti pemandu Formula Satu. Tetapi, duit bukan segala-galanya kerana bukan semua orang dapat berasa memandu pada kelajuan tinggi setiap hari,” ungkap Mark lagi.

Rencana Utama!»
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 07:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by encikotot at 3-5-2012 07:45

berita yg aku copy dri kosmo smlm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 07:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 08:37 AM | Show all posts
perghhh ,,akhirnya.. best nya kalo betul . advance digital cockpit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 08:41 AM | Show all posts
perghhh ,,akhirnya.. best nya kalo betul  . advance digital cockpit..
fadlily Post at 3-5-2012 08:37


tercanggih pas f22 tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 11:00 AM | Show all posts
Beli 36 eurofighter la pakcik...
Gedavaz Post at 2-5-2012 13:07


lalu indon kenapa??? ngiri ya gan???
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 12:10 PM | Show all posts
Wah....selamat ya.
Selamat tertipu juga bila berita itu tak betul.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 12:31 PM | Show all posts
Wah....selamat ya.
Selamat tertipu juga bila berita itu tak betul.....
Flatyre Post at 3-5-2012 12:10


jgn lyn2x...wekkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 12:52 PM | Show all posts
betul ka.. jika betul best la.. tp 18 sikit sgt lor.. adakah termasuk dgn 20 yg bagi free tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.097840 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list