CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ccdj

SAMARINDA : AMEERA [RITA RUDAINI, SYAMSUL YUSOF]

  [Copy link]
Post time 17-5-2012 04:20 PM | Show all posts
suke la RR ni berlakon... lama xtgk dia kt drama series...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 04:58 PM | Show all posts
nk tgk cerita ini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 07:37 PM | Show all posts
Reply  saaya

cantiknya ritaaaaa
weeween Post at 17-5-2012 13:46


kan, sungguh berseri nya pun!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 11:48 AM | Show all posts
wah..best2..suke rita berlakon..suare nyaring2 manje gitu..tp cam familiar je sinopsis die, ala2 cam cite hindustan chori2 chupke2 ke ape namanye tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 12:07 PM | Show all posts
suke rita...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:23 PM | Show all posts
X sabar nak tgk...Tapi mn citer yg Rita berlakon ngan Zamarul tuk slot Azalea tu? Bila nak ditygkan? Dulu kata bln April ni bln Mei pun dah nak abis, x kluar2 gak.  Serupa ngan citer Tangisan Bulan Madu 2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2012 03:54 PM | Show all posts


cantiknyer RR ni..

aku kenan jam dia..jam apa ni? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 05:26 PM | Show all posts
suke rita...
Zaizenki Post at 18-5-2012 12:07



    suka dia dalam lakonan...oh haram,bahulu balu budin.kelakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2012 08:21 PM | Show all posts
sepadan plk 2 org ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 10:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by lagu at 18-5-2012 22:07

Reply 46# jue7269

betul jue...citer Bonda dah pun habis dlm slot Azalea...skrg drama Indon pula ...TBM2 pula RTM belum lagi siarkan...mmg minat dgn lakonan Rita..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 11:24 PM | Show all posts
Reply 47# dalnas


    Jam brand fossil x silap
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 10:36 PM | Show all posts
cantiknyer RR ni..

aku kenan jam dia..jam apa ni? hehe
dalnas Post at 18-5-2012 15:54


sol.sol. hensem. rita pun cantik. both r gojes.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 01:41 AM | Show all posts
so rita jadi pompuan jahat ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2012 04:27 PM | Show all posts
Sinopsis Ameera dah update kat first post dengan promo trailer sekali.. Tak sabar nak tunggu lusa.. Hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 11:13 PM | Show all posts
Reply 48# aryza

Lakonan lau best aku tgk lau citer suam2 kuku w/pon ade Rita aku terus pengsan depan tv.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 08:52 AM | Show all posts
Nape citer ni mcm nk ikut sngt stail citer Indon ye.. ala2 Sinetron Anugerah pun ade... penuh intrik jahat dn adegan sadis.. Pijak kaki dengan kasut tumit tinggi la.. ugut-mngugut gune senjata.. nk lempar bayi dari bangunan tinggi la.. i was so shocked to see the trailer this morning kt MHI.. sambil pegang bayi dr bangunan tinggi, orang jahat tu ckp "kalo kau report polis, aku bunuh bayi ini" sambil "menggantung" bayi di udara kt atas bangunan.. do we really need to insert this unnecessary shocking element..?!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 03:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by sfhzuraz at 22-5-2012 15:22

Para pelakon

Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin(Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Illias(Marisha),
Hairi Safwan(Faruk,) Reza Hasbi(Zarul), Khaty Azean(Mak Som), Maimun Mutalib (Mak Yah), Faizal Hussein (Jai),
Sabrina Ali(Rozi) dan Aman Shah.


Drama Ameera mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumahtangga selama empat
tahun tanpa dikurniakan anak. Mereka menguruskan bersama sebuah syarikat perabot mewah hidup dalam keadaan serba
mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak Ameer berkahwin dgn Marisha kerana
Ameera tidak dpt melahirkan anak.


Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan Ameera boleh mengandung pada
suatu hari nanti.


Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yg
menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer keberatan. Puan Suraya semakin
mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer utk mewarisi perniagaan keluarga.


Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian, akhirnya mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang utk mendapatkan
anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung dan miskin, Zila
muncul dlm kehidupan mereka.


Zila telah mengikut kekasihnya Faruk yg dikenali dari zaman sekolah ke bandar utk mencari pekerjaan. Ibunya Mak Yah
sakit sementara tiga adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu
menjualnya kpd sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yg bengis dan marah, Ameera segera
memandu pergi dan terpaksa membawa bersama Zila pulang ke rumahnya.


Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon paling sesuai utk menjadi isteri kpd Ameer.
Ameera menawarkan upah RM350,000.00 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi
akhirnya dia mengalah kerana wang itu mampu utk menampung kehidupan dan masa depan keluarganya.


Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kpd
Ameer supaya menerima cadangannya utk berkahwin dgn Zila. Akhirnya Ameer bersetuju. Ameer dan Zila bernikah
secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam shj kerana itu syarat dikenakan Ameera
dan atas permintaan Ameer. Dlm perjanjian yg ditandatangani Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan
melahirkan anak Ameer.


Zila yg pd mulanya tidak kisah dgn status 'isteri sementara' sebenarnya telah jatuh cinta terhadap Ameer. Dia bukan shj
cemburu terhadap Ameera, malah dia juga mahu merampas Ameer. Ameer telah memberi perhatian lebih kpd Zila
setelah dia disahkan mengandung.


Apakah cadangan Ameera utk mendapatkan zuriat Ameer drpd perkahwinan tersebut memakan diri? Bagaimana pula nasib
Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri drpd cengkaman Faruk?



sumber...Bipop  20/5

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:14 PM | Show all posts
Official Poster :


Slot: Samarinda (Selasa - Rabu 10.30 mlm , Khamis - 9.30 mlm)
Airing Date : ...
ccdj Post at 12-5-2012 00:42



x sabar nk tengok citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:16 PM | Show all posts
tapi sinopsis dia mcm citer chori2 chupke2 la.. (betul ke tajuk dia) yg pretty zinta berlakon tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 05:29 PM | Show all posts
wooow... Ameera punya plan nnt backfires... wooow... what if Ameer pon sayang kat Zila? takkan la dia x sayang ibu kpd anaknya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.304097 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list