CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16524|Reply: 23

Sejarah Kitab Perubatan Tajuk Muluk

[Copy link]
Post time 15-5-2012 04:06 PM | Show all posts |Read mode



Antara kitab perubatan Melayu yang paling banyak diperkatakan sama ada menerusi karya-karya klasik seperti Hikayat Melayu dan Hikayat Hang Tuah mahupun di kalangan golongan yang memburu ilmu hikmah Melayu adalah Tajuk Muluk dan Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu Perubatan).

Berbanding Kitab Ilmu Perubatan, Tajul Muluk adalah lebih lama dan dikatakan menjadi ilmu kitab-kitab perubatan Melayu yang lain. Kitab ini mengandungi 134 sohifah atau bab yang merangkumi segala perkara, sama ada daripada gerak pada tubuh, mendirikan rumah, membuka tanah, mimpi, perubatan lelaki, peredaran air mani wanita, mengalahkan musuh dan sebagainya.

Kitab ini sebenarnya dikatakan diadaptasi daripada sebuah kitab lain yang berasal dari Parsi dan telah di'Islam'kan dengan kemasukan elemen-elemen Islam. Kitab ini ditulis (semula) pada zaman sultan Acheh yang bernama Sultan Mansur Billah Shah ibni Al-Sultan Jauhar Al-Alam Shah.

Pada bahagian akhir kitab tersebut, dinyatakan bahawa kitab ini telah selesai diterjemahkan oleh Faqir Tuan Haji Wan Hassan ibn Sheikh Tuan Ishak Fatani pada hari Jumaat pada waktu Dhuha enam likur haribulan Muharram pada hijrah Nabi seribu dua ratus empat puluh sembilan di dalam negeri Makkah. Mungkin kebanyakan generasi sekarang, sukar untuk membaca kitab ini walaupun ianya banyak terjual memandangkan bahasa yang digunakan merupakan bahasa Melayu lama bercampur Arab.

Malah istilah-istilah yang digunakan adakalanya mendangkalkan fikiran kita, seperti kamkuha dan sebagainya. Malahan ejaan untuk ayam pula apabila dibaca berbunyi hayam, sekaligus menunjukkan pengaruh dialek banjar di dalamnya.

Satu lagi kitab perubatan yang terkenal adalah Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu Perubatan). Kitab ini ditulis oleh Wan Ahmad bin Muhammad Zin bin Mustaffa Al-Fatani dan selesai penulisannya pada bulan Safar tahun 1333 Hijrah. Kitab ini lebih mudah bahasanya tetapi lebih nipis dengan 43 sohifah atau bab sahaja. Bagaimanapun, kitab ini sama seperti tajuknya, lebih banyak menjurus kepada perubatan seperti 'Pada fasal yang pertama; pada barang yang jadi penyakit daripadanya dan barang yang bergantung dengan demikian itu...

Suatu ketika dahulu, barangsiapa yang berhajat sangat nak jadi doktor tradisional (bomoh la tuh), penguasaan Tajul Muluk - sama ada dibaca atau dihafal - memang perlu. Malah, dikatakan juga, sesiapa yang menyimpan kitab ini dan dijadikan rujukan, seringkali mendapat penghormatan di kalangan penduduk kampung. Sebenarnya ada lain-lain kitab perubatan yang lebih ekstrem yang bercampur aduk antara agama (ilmu hakikat) dengan perubatan, malah termasuk juga di dalamnya jampi serapah mahupun hizib dan sebagainya seperti Kitab Pati Rahsia yang dikaitkan penulisannya dengan Paduka Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud dan sebagainya...

Sayangnya, kitab-kitab ini semakin lenyap dan tidak lagi mendapat perhatian, mahupun kajian daripada pihak yang sepatutnya. Mungkin memandangkan ia datang dari zaman silam, bermakna ia adalah kuno dan ketinggalan. Barangkali kesilapan kita ialah memandang mudah akan kecendekiawan orang Melayu sendiri yang sudah pun menemui penawar demam malaria atau demam kura dengan penggunaan pati kulit batang pokok kuinin sebelum 'orang putih' mempatenkannya sebagai penemuan barat awal abad ke-20.

Malah ketiadaan bomoh-bomoh yang benar-benar menjalankan peranan sebagai doktor tradisional yang bukan bermodalkan air liur, hembus-hembus, pembohong-pembohong dan temberang-temberang, serta asap kemenyan yang sekadar melengkapkan upacara perubatan, membuatkan kitab-kitab ini terbiar begitu sahaja. Berbeza dengan masyarakat Cina yang berjaya menaiktarafkan bidang perubatan sensei mereka untuk digandingkan dengan perubatan moden, orang Melayu bagaikan kehilangan dalam keseronokan mereka mendabik dada bahawa Melayu sudah bertamadun..

Anda Mungkin Meminati:

Bulan Lahir & Tabiat Wanita Menurut Tajul Muluk
HARI LAHIR POMPUAN MENGIKUT TAJUL MULUK
Tajul Muluk Dan Rahsia Manusia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 05:48 PM | Show all posts
Antara kitab perubatan Melayu yang paling banyak diperkatakan sama ada menerusi karya-karya k ...
acescripters Post at 15-5-2012 16:06



ooo kitab nih aku masih ade smpan utk bacaan jek.....

ayah aku pesan baca bleh tp jgn trlalu percaya sgt..utk pngetahuan jek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 11:45 PM | Show all posts
hairan juga ya
kebanyakan org melayu dulu mengambil ilmu perubatan yg merapu..
tak da yang ambik ilmu perubatan mcm yg di bawa oleh Ibn Sina..
tiada siapa yg terjemah kitab Al-Qanoon fi al-Tibb
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 08:03 AM | Show all posts
Tajul muluk ni. Sama macam kenali potensi diri melalui tarikh lahir tu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 10:58 AM | Show all posts
Bole dptkn ebook dia x kt tenet? nk download
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 01:46 PM | Show all posts
ingat dulu di rumah datok...ada beberapa buah almari penuh dgn buku2 lama tulisan jawi...
sampai turunan cucu2 ni dah tak ada yg boleh baca...
pengakhirannya buku2 tu dimakan bubuk dan tikus...dan  .... bakar....
bila terkenang semula ...entah ilmu apa yang hilang tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2012 08:39 AM | Show all posts
Tajul muluk ni. Sama macam kenali potensi diri melalui tarikh lahir tu ke..
nuwa Post at 21-5-2012 08:03


mcm2 ade dlm tuh....tp utk skadar bcaan jek okeh..baca xdak msalah...pastu nilaikn sndrik...suma tulisan jawi yg lama..sush kdg aku nk bca..merangkak
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 09:56 PM | Show all posts
Reply 7# encikotot


   lorrr ada ke? boleh fotostat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 10:45 PM | Show all posts

taa-jul muluk

= makhota raja

a sad thing to say,...kitab yg di katakn ada brcampor baur krpercayaan unsor2 israeliyat dan gunakn pkai oleh soltan turki yg trkonal bnyak gundek..gunder jer ada 1 200 ajer dlm hareem...bila nak abis round tu tak taw lerr ,kitab
taa-jul muluk emang dikenali ramai sebagai kitab resepi maajun , ramalan untung naseb,ramlan mimpi,wafak ,elmu pngaseh ,elmu berahi,elmu kebal,elmu baca air muker ...elmu pelirzakar kasik pjng lagik beso ..hahaha. kira mcm bukukitab  feng shui bagi urang china atau sastra bagi urang hndia laa,ada bbrapa pndapat mngatakn buku ni, bukn buku yg disarankn ulardmsenak e h silap ulama muktabar nmun maseh ramei yg mncari cari ..dgn alasannnn, bnyak menda/elmu bleh dipelajari trutamany kepustakaan elmu tradionalnye,ramuan obat2 nya,sain hewan nya tombohan.sexsology dll..hok di dianggap "mngarut tu lupakn ajerr"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 07:44 AM | Show all posts
Reply  encikotot


   lorrr ada ke? boleh fotostat
ariapersanta Post at 26-5-2012 21:56


fotostat? kitab tu tbal gakla...dlm 1 inci kot tbalnye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 10:23 AM | Show all posts
Reply 10# encikotot

scan pun bole burn dalam cd
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 10:30 AM | Show all posts
Reply  encikotot

scan pun bole burn dalam cd
ariapersanta Post at 28-5-2012 10:23


aku xdak scanla aria..nntila aku copykan..ko nak suma page ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 12:47 PM | Show all posts
Reply 12# encikotot

kalau boleh la, tapi page yang dah tak bole baca tak payah kut
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply  encikotot

kalau boleh la, tapi page yang dah tak bole baca tak payah kut
ariapersanta Post at 28-5-2012 12:47


insyallah...nnti dh siap aku bgtau ko...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 12:53 PM | Show all posts
Reply 14# encikotot

wokeyy
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 12:55 PM | Show all posts
Reply  encikotot

wokeyy
ariapersanta Post at 28-5-2012 12:53


jgn lupe teh tarik gelas besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2012 01:10 PM | Show all posts
Reply 16# encikotot


   no hal
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 03:37 PM | Show all posts
Reply 9# bluezink

Aku ada simpan versi yang lebih tua dari kitab ini, tulisan jawi tangan, bahasanya macam sukar difahami, ada prkataan tuha mungkin tua, hayam mungkin ayam, dan berbagai lagi, gambarajah azimat pun ada macam2 bentuk, ayat2 quran pun ada...kene tapislah kalau nak ambil ilmunya, dalamnya ada ilmu pengasih, rawatan kanak2, petua2, kegunaan ayat2 tertentu dari quran, khasiat tumbuhan2, cara nak buat majun dan sebagainya. Simpan je, nak buang sayang plak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:21 PM | Show all posts
arwah atok aq ade kitab ni dlu..aq sempat tngk n dengar ape yg dia baca..tp aq x paham ape pn..kecik lg time tu..lepas arwah xde..ntah kemana..tanye ngan nenek aq pn dia x tahu..huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:06 AM | Show all posts
boleh saya dapatkan copy kitab tersebut untuk rujukan sejarah sahaja. terima kasih.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.172973 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list