CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4142|Reply: 34

Cina & India patut terima taraf bumiputera

[Copy link]
Post time 22-5-2012 05:53 PM | Show all posts |Read mode
DAP nampaknya masih belum dapat menerima dengan tenang keputusan Tunku Abdul Aziz Ibrahim untuk keluar parti.   

Di kalangan pemimpin DAP, ada yang meluahkan kekecewaan, ada yang bertindak menghamun Tunku Aziz dan memperlekehkan sumbangan beliau kepada parti tersebut dan ada yang tercungap-cungap mengerahkan balaci menepis dan memperbaiki imej yang terserlah sebagai kukubesi dan korup.   

Tidak ketinggalan juga cubaan memulihkan imej dan mengalihkan isu oleh akhbar-akhbar yang ‘bersimpati’ dengan perjuangan DAP, termasuk the Star.  

Namun, Tunku Aziz wajar memahami bahawa rakan-rakannya bukanlah kecewa kerana tindakannya keluar parti, tetapi mereka kecewa kerana beliau telah membuka pekung DAP.   Kekecewaan mereka berganda apabila beliau kemudiannya menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri dan memuji program-program transformasi.

Akibatnya, DAP terus lupa akan hakikat bahawa Tunku Aziz adalah seorang yang lurus, berintegriti dan berprinsip serta akan sentiasa berkata yang benar.   Kualiti inilah yang menyebabkan  mereka ‘menyambutnya’ ke dalam DAP dahulu,  dan kualiti ini jugalah yang menyebabkan beliau keluar dari DAP hari ini.  

Antara yang lantang menempelak kenyataan ikhlas dari Tunku Aziz ialah Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan.   Menurut Karpal, pelan transformasi Datuk Seri Najib hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih mendalam.  

Bagi Karpal, untuk mendalami pelan transformasi tersebut, langkah pertama yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah “mengembalikan status bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos 1957, iaitu tarikh kemerdekaan negara ini.”  

Intipati dari kata-kata Karpal ini hanyalah satu, iaitu menghapuskan hak keistimewaan bumiputera.  

Kita tidak terkejut dengan kenyataan Karpal kerana kita tahu ia sudah menjadi matlamat utama perjuangan DAP, iaitu melenyapkan penguasaan Melayu di bumi Malaysia ini.   

Bagi mencapai matlamat ini, DAP sering memomokkan bahawa hak istimewa bumiputera itu adalah satu bentuk diskriminasi terhadap warganegara bukan bumiputera.  Kononnya warganegara bukan bumiputera tertindas, dianaktirikan dan terpinggir dari kemudahan-kemudahan dan bantuan-bantuan kerajaan.  

Sedangkan walaupun dengan wujudnya hak istimewa bumiputera, warga bukan bumiputera telah berjaya menghalau 18,000 bumiputera di Pulau Pinang, lalu bagaimana agaknya nasib bumiputera jika hak mereka tidak dilindungi oleh kerajaan?  

Sedangkan walaupun dalam melaungkan nasib diri yang ‘tertindas, terpinggir dan dianaktirikan’,  warga bukan bumiputera tega bermegah mendabik dada punya kuasa untuk mengawal ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia.   Justeru, bagaimana agaknya nasib bumiputera jika ekonomi mereka tidak dibantu oleh kerajaan?

Hak bumiputera telah digariskan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia sebagai melindungi bumiputera, terutamanya dari segi ekonomi dan pemilikan tanah.  Ini kerana, di era penjajahan, kaum bumiputera telah tidak diberi peluang yang sama dari segi pendidikan dan sosial oleh penjajah British sehingga mereka jauh ketinggalan dan sukar untuk meningkatkan diri, apatah lagi bersaing dengan kaum-kaum pendatang.   Tanpa pendidikan dan pendedahan sosial, kaum bumiputera terdedah kepada manipulasi dan kehilangan hak-milik mereka di bumi ini.  

Tindakan British mengekang peluang pendidikan dan sosial kepada kaum bumiputera adalah untuk memastikan tiada kebangkitan semangat patriotik dan pemberontakan.   

Kaum pendatang pula dianggap tidak punya sifat patriotik terhadap negara ini dan tidak akan memberontak.  Justeru, peluang pendidikan dan pekerjaan untuk mereka adalah terbuka kerana British memerlukan mereka sebagai pekerja atau penyelia kepada kaum bumiputera.  

Tragedi 13 Mei 1969 kemudiannya menyerlahkan sifat sebenar kaum pendatang yang tidak patriotik, tidak ikhlas malah angkuh dan suka menindas kaum bumiputera.   Bertitik-tolak dari itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi memantapkan lagi usaha meningkatkan taraf hidup dan daya saing bumiputera dan mengelak berulangnya tragedi berdarah itu.  

Hakikatnya, kaum bumiputera sendiri merasa tidak selesa dengan kewujudan hak istimewa mereka.  Namun, hakikatnya juga, kaum bumiputera perlu mempertahankan hak ini selagi wujudnya keangkuhan dan sifat menindas di dalam diri kaum bukan bumiputera atau berhadapan dengan risiko merempat di negara sendiri, kalau pun tidak satu lagi tragedi.  

Walaupun DAP menafikan yang mereka bersifat perkauman dan sering melaungkan hak samarata, namun, rekod sejarah politik DAP  atau kaum Cina itu sendiri membuktikan betapa mereka kekal cenderung, malah tegar untuk menindas kaum lain apabila berkuasa.   Keangkuhan yang ditunjukkan dalam tragedi 13 Mei tidak pernah padam.   Ini terbukti dari cara mereka mengurus syarikat swasta dan perniagaan yang diterajui mereka di mana kaum bukan bumiputera diberi keutamaan sementara peluang bersaing untuk bumiputera disempitkan.  

Justeru, walaupun kita semua ingin menghapuskan ‘diskriminasi kaum’ yang tertulis dalam perlembagaan tetapi selagi kita tidak mampu menghapuskan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis di syarikat-syarikat swasta dan perniagaan, Malaysia tidak ada pilihan selain dari terus mempertahankan Artikel 153.   

DAP sebenarnya sedia maklum mengenai kewujudan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis dalam ekonomi  Malaysia yang diterajui kaum Cina tetapi DAP tidak berniat untuk menghapuskannnya.    Lebih buruk lagi, DAP sememangnya memperjuangkannya iaitu untuk memastikan kaum Cina mengawal semuanya – politik, ekonomi, pendidikan, perniagaan dan segala-galanya.  

Inilah yang membuatkan Tunku Aziz tidak sanggup lagi duduk bersama mereka, dan kenapa Karpal begitu terdesak untuk menutup mulutnya - http://bit.ly/KuEhER
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 06:07 PM | Show all posts
itu yang orang Melayu pakatan nak sangat kan..... Jadi hamba abdi bangsa lain....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 06:10 PM | Show all posts
yang tersirat telah di surat kan.....memang itu la hasrat dap...
hapuskan perlembagaan...

tu pun ada gak melayu yang sanggup bersekongkol dengan puak2 tak mengenang budi x tau di untung...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 08:16 PM | Show all posts
Sokong 100% no racist la.. apa laa kat tempat kerja kena layan cam anjing..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 09:07 PM | Show all posts
Tu yang Melayu yang bodoh-bodoh nak pilih Pakatan....
Berpakat nak hancurkan bangsa sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 09:08 PM | Show all posts
Jawa Totok mana ek?....
Aku nak dengor sgt komen dia......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2012 09:23 PM | Show all posts
Bila Tunku Aziz mendakwa beliau cuba disogok oleh Lim Guan Eng dgn memberinya jawatan dan wang, puak2 pembangkang mengatakan itu bukan rasuah lgsg malahan disamakan dgn aktiviti menawarkan jawatan bagi yg berkelayakan sama, di manakah logiknya?

Tetapi harus diingat, tawaran Lim Guan Eng adalah bersyarat iaitu Tunku Aziz boleh mengambil jawatan ditawarkan dan wang asalkan tidak keluar DAP, faktor bersyarat inilah yg dikhuatiri ada unsur rasuah dan sogokan sahabat2.

Harus difikirkan juga, dgn penarikan diri Tunku Aziz adalah membuktikan bahawa ahli ummah suci tertinggi DAP tidak boleh menerima sebarang kritikan justeru melambangkan DAP sebenarnya tidaklah mengamalkan demokrasi di tahap tertinggi. Perkara inilah yg dikhuatiri Lim Guan Eng akan diketahui umum.

Berani kerana benar, takut kerana salah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 11:01 PM | Show all posts
Taraf bumi ni bukan ada kuota tertentu ke? Derang ni very competitive...sebab dah terbiasa tiada privilege. That's why they work hard. Kalau dah terhapus nanti, are we prepared? Nanti bising lagi macam bising pasal PTPTN. PTPTN tu pun tak terhandle, ni nak handle benda ni. I wonder
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 02:14 AM | Show all posts
jgnlah racist..takde kebaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 07:32 AM | Show all posts
Pas mana pas
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 08:26 AM | Show all posts
Bila Tunku Aziz mendakwa beliau cuba disogok oleh Lim Guan Eng dgn memberinya jawatan dan wang, puak ...
TheLuPikir Post at 22-5-2012 21:23



    INDIA rasanya lebih hokay dari Cina   u know why, India nie rata2 Fasih berbahasa Melayu, Kalau puak2 Cina...60 tahun duk Malaysia, cakap Melayu lintang pukang....mana tak nya, tadika cina, srjk cina, smjk cina, ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 10:02 AM | Show all posts
dah berapa ramai cina aku jumpa x PAHAM bahasa melayu. nak taraf warganegara, tp cakap melayu xnak. senang gi hijrah balik china la. waraganegara dapat, cakap china pn semua paham. senang citer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 10:20 AM | Show all posts
org cina malu nak berbahas melayu, bagi diaorg bhs melayu ni low class... ada kesah???
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 11:17 AM | Show all posts
Bila Tunku Aziz mendakwa beliau cuba disogok oleh Lim Guan Eng dgn memberinya jawatan dan wang, puak ...
TheLuPikir Post at 22-5-2012 21:23



   Mari kita baca komen drp Melayu jati Penang (bukan mamak):Tunku Aziz dinasihat jangan hipokrit - KMPPZainulfaqar | May 22, 1:19 PM
Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Mei 2012
Bekas Naib Presiden DAP, Tengku Abdul Aziz Ibrahim yang tidak dilantik semula sebagai Senator baru-baru ini dinasihatkan supaya tidak mengamalkan politik hipokrit, kata Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP).


Rahmad Isahak bersama Mohd Noor Mohd Abdul Kader pada sidang media pagi tadi.Pengerusi KMPP, Rahmad Isahak berkata demikian sebagai reaksi pada kenyataan Abdul Aziz dalam akhbar Utusan Malaysiapada Sabtu lepas.


"Kalau beliau bercadang tidak mahu jadi ahli politik, mengapa beliau menyertai parti politik.


"Jangan jadi hipokrit dengan anak bangsa sendiri," ujarnya pagi tadi di Komtar, George Town.


Turut hadir Setiausaha KMPP, Mohd Noor Mohd Abdul Kader serta kepemimpinan yang lain.


Kenyataan Abdul Aziz dalam Utusan berkenaan antara lain menyebut, "Saya masa masuk DAP masa tu bukan bercadang pun nak jadi ahli politik...selepas kolej lagi, saya dah masuk."


Rahmad berkata, Abdul Aziz semasa dipilih sebagai Senator dan  "pemimpin utama Melayu" dalam DAP langsung tidak cakna dengan kepentingan serta nasib umat Melayu Pulau Pinang.


Justeru katanya, rakyat wajar diseru menyokong hasrat KMPP untuk memperkukuh siasah Melayu dalam Kerajaan Negeri semasa pilihan raya umum ke-13 kelak, iaitu sekurang-kurangnya empat kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen mesti ditandingi oleh calon DAP Melayu.


"Jangan membuang masa lagi dengan memperkatakan isu Tunku Abdul Aziz keluar DAP.


"Kehadiran Tunku Aziz dalam arena politik pembangkang di peringkat pusat tersebut sama sekali tidak mendatangkan Nur atau cahaya kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang.


"Konsep kemajmukan kaum oleh parti DAP sendiri dengan meletakkan calon-calon Melayu  harus diterjemahkan dalam pilihan raya umum nanti," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 11:19 AM | Show all posts
dah berapa ramai cina aku jumpa x PAHAM bahasa melayu. nak taraf warganegara, tp cakap melayu xnak.  ...
clasko Post at 23-5-2012 10:02



   siam di langkawi 100% tak tahu cakap BM, status BUMIPUTERA..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 11:31 AM | Show all posts
Hak istimewa org Melayu telah dimanipulasi dan dobolot oleh Pemimpin sedia ada untuk kekayaan mereka sahaja.. Sbb tu Menteri2 UMNO automatik jadi Jutawan.
Ramai Melayu suka menempelak sahaja,.. tapi malas baca sejarah, malas baca buku... dok baca utusan.., dok dengar TV3.. ni lah jadinya.. KITA KENA BACA SEMUA SUMBER.. kemudian baru boleh analisa keputusan.
Melayu ramai malas membaca.. sbb tu terus ditindas oleh menteri2 melayu sendiri. Sedarlah. Kekayaan kita telah terlalu banyak dipesongkan untuk kekayaan peribadi menteri umno.
Banyakkan membaca.
Lihat berapa peratus melayu tidak ke pendidikan tertiari walaupun ada hak keistimewaan? Jgn salahkan sesiapa. salahkan diri sendiri sebab manja dan malas. Bangkitlah bangsaku. Sama2 bersaing dengan bangsa lain di tanah yang sama.  

P/S : sedang baca utusan, bharian, harakah, dan BUKU JINGGA.. wah.. menarik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 11:33 AM | Show all posts
Itu keputusan masing masing...kalau kita nak berhenti kerja takkan majikan kata kita tak guna langsung...habis madu sepah dibuang ke...walau kita kerja macam mana pun malas atau rajin, mesti kita ada meninggalkan sikit/banyak budi kat tempat kita berkhidmat kan? Janganlah bila kita dah berhenti seolah olah kita "tak guna lagi". Give credit lah sikit...kalau Nik Aziz berhenti daripada Pas pun mesti ada budi juga pada parti kan? Begitu juga dengan semua orang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 11:54 AM | Show all posts
itu yang orang Melayu pakatan nak sangat kan..... Jadi hamba abdi bangsa lain....
kukukatablog Post at 22-5-2012 18:07



    Lemahnya orang Melayu. Pakatan Rakyat yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu PKR, PAS dan DAP pun boleh dikalahkan segelintir Cina dalam DAP... dahsyat... memang dahsyat... Dan macam lah Cina Malesia semuanya setan...

Itulah yang diasuh oleh Mamakdey selama berpuluh-puluh tahun. Masih ramai dikalangan Melayu berpendapat mereka ni lemah dan perlukan perlindungan dan pertolongan dari Umno. Cuba lihat komuniti Melayu di Melbourne, Singapore dan London. Disana tiada Umno! Tak perlu tongkat. Kelab Umno di London pun bukannya beroperasi untuk menolong orang Melayu. Ianya wujud untuk puak Umno makan angin. Apa faedahnya untuk negara dan bangsa, tak tau lah...

Sedar lah kamu! Dari takut terjadi hamba kepada DAP, kamu telah jadi hamba kepada Umno!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 01:26 PM | Show all posts
belum dapat taraf dah terjadi kes Kangkar Pulai Johor

ni kalau da dpt status... xdak halangan lagi... ibarat yakjuj Makjuj datang menyerbu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 02:13 PM | Show all posts
Lemahnya orang Melayu. Pakatan Rakyat yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu PKR,  ...
taikor Post at 23-5-2012 11:54



   yes mmg ramai orang Melayu dalam pakatan , but who's the BOSS??? kalau aku cakap pon korang deny jugak pikir2 jerla....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.087584 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list