hike80 posted on 21-3-2013 07:08 PM
Diorg probably benci andrea because tak dgr ckp Michonne and pegi tangkap cintan kat governor tu.. ...
Betul jugak, dia akhirnya jatuh cinta dgn gabenor tu rasanya,
hmmm tapi kalau pasal tu, bukanke masa tu Michonne tak bgtau pun apa sbnrnya yg dia syak sgt tu? Apa yg Michonne nampak/tahu tak sama dgn apa yg Andrea nampak/tahu, lagipun gabenor tu asyik tipu dia je memanjang, yg dia tahu, satu Woodbury tu sgt2 percaya dgn gabenor, takdek perkara yg teruk berlaku pd dia, jd mcmmana dia nak tahu kejahatan gabenor tu? Ada dgr gak mcm2 sbb fans ni nak benci dia.. Padahal kalau betul2 selami keadaan dia dlm satu2 situasi pastu cuba faham sebab kenapa dia ambik satu2 tindakan tu, barula kita tak menyampah sgt.. Tindakan dia tak semestinya betul @ salah, tapi tulah, adoi kalau nak list reason dia mmg la panjang.. Aku mmg tak puas hati dgn season 3, yg terburuk setakat ni, dammit Glen Mazzara..
Aku tak puas hati dgn finale ni, kejam sgt, kejam!! Dorg dah berminggu dok war2 yg finale ni best gila, bbrp episod sblmnya yg build up for the finale, alih2 tengok, lah, tu je? Terkejut aku.. Cuma aku sgt2 sedih dgn that death scene.. Aku dah dua hari tak brp nak happy hidup, sbb, argh.. Kejam sungguh, dia kan main female, tak adil betul ending scene dia mcm tu je.. Argh, tologlah cakap finale tu cuma APRIL FOOL prank je.. -_-
AeriSha posted on 3-4-2013 07:27 PM
Betul jugak, dia akhirnya jatuh cinta dgn gabenor tu rasanya,
hmmm tapi kalau pasal tu, bukanke ...
Unfortunately bukan April Fool prank la...Andrea is dead. Mmg writer utk series version tak ikut komik...so tak leh watpa la. Cuma jgn lak producer ke sapa2 ke ngada2 nak jugak bagi pelakon dier masuk balik as hantu ke roh ke apa mcm watak si Lory tu. Bosan la mcm tu...dah mati tu mati la. Next season kalo gavenor tu buat comeback pun aku rasa mcm dah malas je nak tgk character dier. Sbb season finale ni dier takat hilang kan diri je
hike80 posted on 4-4-2013 03:22 PM
Unfortunately bukan April Fool prank la...Andrea is dead. Mmg writer utk series version tak ikut ...
Hahahah, terima kasih tolong ranapkan harapan aku..
Aku bengang sebenarnya nak2 psl Andrea tu, dia dah hampir2 nak jadi awesome mcm dlm komik sepanjang musim ke-2, tiba2 jadi watak yg plg tak konsisten dlm musim ke-3, pastu mati dgn cara yg teruk plak tu, apalah.. Mcm2 rumors yg aku baca, ada yg kata writer musim ke-3 tak suka dgn watak Andrea dan pelakonnya sekali (kalau fikir2kan makes sense jugak, kalau tengok keadaan Andrea dlm musim ni), pastu ada yg kata Laurie Holden sendiri yg mintak nak kuar dr siri tu sbb tak tahan dgn pembenci dia yg ntah hape2 sampai boleh hantar death threats, mcm2la, pening kepala tak tau nak percaya yg mana..
Tapi apepun sekurang2nya bgla Andrea mati dgn cara yg bagus, mcm Merle @ T-Dog, kesian kat Laurie, tak adil betul, dia kata dia rindu dgn kawan2 lama dia kat prison, terutamanya Andrew, Norman, Melissa, pelakon2 yg pegang watak2 Rick, Daryl, Carol tu.. Sampai dia mintak kat writer nak watak Andrea pegi ke prison dan duduk je dlm geng prison tu, rasanya lepas ep 8, tapi tak dipedulikan.. Nasib baik Mazzara(writer musim 3) dah kena pecat, writer musim ke-4 Scott Gimple siap buat balik scene Andrea dlm finale ni, sbb nak suruh nampak fighting skt, pastu Andrea pun ada bgtau Milton sbb2 tindakan dia (walaupun akhirnya nampak skt bodoh sbb byk cakap haha), ni utk sape2 yg belum tau, dan nak tengok scene yg asal: http://comicbook.com/blog/2013/04/02/the-walking-dead-finale-deleted-scene-show-alternate-death-ending/
video the making of:http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TbEiCvv1Duw
Scene mula2 yg Milton kena belasah tu pun patutnya takdek, sbb tu yg reshoot punya dia dah tak pakai spectacles..
Dan betul tu, nyampah plak aku tengok Lori asyik muncul je, alang2 dah selalu muncul tu, cakaplah sesuatu utk tolong Rick ke, ni tak, siap pakai dress mcm wedding dress lagi, haha, kan aku dah kata, kelakarla musim 3 ni.. Episod yg aku rasa plg okay pun mungkin ep 12-Clear, tp rupa2nya Gimple yg buat, lol..
Eh samalah, aku pun dah rasa malas nak tengok si gabenor tu.. Mcm adie82 ckp, aku pun ingat dia akan patah balik ke ape ke, rupanya hilang mcm tu je, haha, adoila..
Pepun finale ni memang hambar sgt2.. Tak sangka dorg sanggup tipu fans berminggu2 utk dapatkan rating yg tinggi, wadehek..
Terima kasih utk Toy Story 3 reference tu, kurang skt rasa depressed nih.. =D
adie82 posted on 4-4-2013 09:32 PM
Sedih la watak andrea mati... dia kan main cast...
Villain leh lari ilang camtu je... aku ingatk ...
A'ah terkejut sungguh masa tengok scene tu, rasa mcm tak percaya..Walaupun kematian dia tak heroic ke ape, tapi bg aku, inilah death scene yg plg sedih bg aku.. ;_;
Betul tu, rasa mcm arc Prison vs Woodbury ni dah meleret2 dah, ntah apa faedahnya pun tak taula.. Ke sbb gabenor tu mcm ramai peminat je nampak..
Eh betul ke watak Glen takdek, nape, dia pegi mana? Takkan mati? o_o
Best ke comic dia? Aku rasa nak start bacalah, mungkin lepas ni malas dah kot nak tengok season 4, mungkin je, lgpun Michonne ada lg hehe..
AeriSha posted on 5-4-2013 03:57 AM
Hahahah, terima kasih tolong ranapkan harapan aku..
Aku bengang sebenarnya nak2 psl Andre ...
hehe...aku just harap season 4 improve la...hopefully ada few new better replacement character for Andrea. And for those yg kalo ada follow the comic, mungkin bole ada bagi sikit insight la kat sini ttg citer ni. Nak gak tau