CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6982|Reply: 40

Aaron Aziz Sudah Sedia Tunaikan Haji

[Copy link]
Post time 7-6-2012 01:03 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz sedang membuat persiapan untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah Haji pada bila-bila masa sahaja selepas melalui pengalaman mengerjakan Umrah.

Aaron berkata, dia sudah bersedia untuk menunaikan tanggungjawabnya itu sebagai seorang Islam namun kekangan waktu kerana jadual kerja yang padat membuatkan dia terpaksa menangguhkan perancangan itu.

"Alhamdulillah saya sudah bersedia untuk melaksanakan ibadah Haji, cuma kalau boleh sebelum pergi, biarlah saya bercuti daripada kerja-kerja lakonan selama sebulan sebagai persiapan diri.



"Bagaimanapun perancangan itu tidak dibuat dalam tahun ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini Rabu.

Tambah Aaron, dia merancang untuk membawa kesemua anaknya iaitu Danish Anaqi, 8, Dwi Arinna, 6, dan Dahlia Arissa, 2, serta isteri, Diyana Halik menunaikan Umrah pada awal tahun depan.

"Saya baru sahaja pulang daripada menunaikan Umrah di Mekah pada 30 Mei lalu bersama isteri selama dua minggu.



"Apabila pulang ke tanah air saya memeluk ketiga-tiga anak dengan erat melepaskan rindu, begitu juga dengan mereka.

"Malah saya berjanji kepada anak-anak akan membawa bersama-sama menunaikan Umrah pada tahun depan, dan tak sangka mereka sangat teruja," ujarnya.

Bercerita tentang pengalaman Aaron sepanjang pemergiannya menunaikan Umrah buat kali kedua, katanya dia begitu tenang dan langsung tidak memikirkan apa-apa termasuklah hal-hal kerja.

"Sepanjang berada di Mekah, fikiran saya sangat tenang dan tak fikirkan apa-apa pun termasuklah anak-anak. Biasanya kalau bekerja di luar Kuala Lumpur lebih daripada seminggu sahaja, rasa rindu terhadap mereka membuak-buak.

"Dalam pada itu, pengalaman yang dilaluinya juga begitu berbeza berbanding kali pertama saya tunaikan Umrah pada Julai tahun lalu.

"Antaranya ialah cuacanya lebih panas berbanding tahun lepas iaitu di antara 40 hingga 50 darjah Celsius, dan Alhamdulillah ia tidak menyukarkan saya dan isteri melakukan ibadah.

“Paling bermakna lagi, saya dapat mencium Hajar Aswad walaupun beribu-ribu orang berebut untuk melakukannya," tutur Aaron.

Mengenai perkembangan terbaru, anak kelahiran Singapura ini masih lagi sibuk dengan penggambaran drama “Adam dan Hawa” (siaran Astro) dan kemudian, persediaan untuk filem aksi “Dampak” yang bakal memulakan penggambaran pertengahan Jun ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 01:28 AM | Show all posts
alhamdulillah

elok kita pergi sementara badan kita tgh kuat
nak tunggu tua bongkok..kang nak lontar batu pun tak larat
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 01:29 AM | Show all posts
dah sedia nak jadi pak haji? dah taubat xnak menoron ikut belakang lagi ke? kang xpasal2 xnampak kaabah woi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 01:37 AM | Show all posts
Reply 3# rainbowgirl


   menoron ikut belakang tuh apa???
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 01:39 AM | Show all posts
Trend sesetengah artis skang sume nk g haji tapi bile balik ke tanah air je sikit je berubah or x berubah lgsung..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 01:40 AM | Show all posts
Reply 4# lotionmilo


    ala yg gitu-gitu tu......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2012 07:42 AM | Show all posts
alhamdulillah.. cantek pulak istrinya kt atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 08:21 AM | Show all posts
aron nak gi haji jgn ikut LTH, kang zed zaidi melenting lagi, katanya LTH utamakan rakyat asing sedangkan ramai org mesia dah tunggu giliran lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 08:28 AM | Show all posts
alah dia citer yg baik2 pon ada lg nak melencong ke lain sabo je la...tau sgt ke dlm kain dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 08:43 AM | Show all posts
Bgusle kalau camtu....tp harus beringat bila nk bawa title HAJI ni tugas dan tanggungjawab menjadi makin berat....istiqomah antara cara yg terbaik buat kita sume....semoga lebih tau menilai baik dan buruk...InsyaAllah setiap niat yg suci dan murni itu akn mendpt bantuan dan petunjuk dari Allah swt....janji niat tu da ade.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 09:43 AM | Show all posts
aron nak gi haji jgn ikut LTH, kang zed zaidi melenting lagi, katanya LTH utamakan rakyat asing seda ...
c===8 Post at 7-6-2012 08:21

kaaaaaaaaaaaaaaaannn??

   




Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 10:15 AM | Show all posts
Alhamdulillah...mudah2an tercapai hajat AA nak menunaikan hajat bersama ahli keluarganya
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 10:28 AM | Show all posts
kalau dah pi haji harap2 jgnlah lagi berlakon ala2 nak berasmara cam dlm ombak rindu tu kan..bukan pak haji je yg kena beringat semua lahh mende dah memang harom janganlah nak kata ikut skrip mahupun kehendak pengarah sedangkan perintah ALLAH idak lah plak nak ikut ye dak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 10:30 AM | Show all posts
kalau dah pi haji harap2 jgnlah lagi berlakon ala2 nak berasmara cam dlm ombak rindu tu kan..bukan p ...
Suchi Post at 7-6-2012 10:28



   yer...setuju sgt. moga tercapai niat baik aaron sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 10:31 AM | Show all posts
janganlah nak kata ikut skrip mahupun kehendak pengarah sedangkan perintah ALLAH idak lah plak nak ikut ye dak.
Suchi Post at 7-6-2012 10:28

pengarah yg sengal
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 10:31 AM | Show all posts


Haji Mat Haron Aziz sedang berdakwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 10:37 AM | Show all posts
Semoga berubah ke arah yang lebih baik....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:15 AM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 12:05 PM | Show all posts
cantek plk aku tgk bini nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 01:01 PM | Show all posts
Haji Mat Haron Aziz sedang berdakwah
maxim Post at 7-6-2012 10:31



   tersembur konflek aku tgk pic n caption ko



(motip mkn cereal utk tgh hari?)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.069537 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list