CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154481|Reply: 620

[Penulis] RAMLEE AWANG MURSHID - TOMBIRUO & MANDATORI @ Astro First...

  [Copy link]
Post time 11-6-2012 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 17-12-2017 02:44 PM

Post Last Edit by chaoyunjie at 11-6-2012 23:39


Beliau dilahirkan pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah...
1974 - 1979....... Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu
1980 - 1984....... Sabah College
1999 - 2000....... Universiti Kebangsaan Malaysia (Sijil Komunikasi)
& kini beliau telah memiliki Ijazah B. A. (Hons) Communication UKM
Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur

Antara anugerah yang dimenangi beliau:-
  • Tempat Ke-2 untuk Novel Igauan Maut (1995) dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran DBP negeri Sabah
  • Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 untuk Novel Igauan Maut
  • Tempat Ke-2 Hadiah Sako bagi novel Nasional 2002melalui Novel Pei Pan
  • Hadiah Sastera Negeri Sabah 2004/2005melalui Novel Pei Pan
  • Hadiah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 melalui Novel Bgaikan Puteri
  • Tempat ke-3 Hadiah Pilihan Pembaca Berita Harian 2009 melalui Novel Hijab Sang Pencinta


Antara karya -karya beliau:-
  • Igauan Maut - Dewan Bahasa & Pustaka
  • Anugerah Pertama - Creative Enterprise
  • Pei Pan - Utusan Publications & Distributions
  • Tombiruo - Alaf 21
  • Semangat Hutan - Alaf 21
  • Tombiruo Terakhir - Alaf 21
  • Ranggau - Alaf 21
  • Mandatori - Alaf 21
  • ADAM - Alaf 21
  • Satu Janji - Alaf 21
  • Bagaikan Puteri - Alaf 21
  • Rahsia Perindu - Alaf 21
  • Hatiku Di Harajuku - Alaf 21
  • Cinta Sang Ratu - Alaf 21
  • Hijab Sang Pencinta - Alaf 21
  • Ungu Karmila - Alaf 21
  • Personal Justice (ADAM versi Inggeris)- Alaf 21
  • Mikhail - Alaf 21
  • 9 Nyawa - Alaf21
  • Cinta Sufi - Alaf21
  • Rayyan Fantasi - Alaf21
  • Sutera Bidadari -  Alaf21
  • Fiksyen 302 - Alaf21
  • Sunan Musafir - Alaf21
  • Aku Bercerita - Alaf21
  • Mitos - Berita Harian
  • Magis - Alaf21
  • Sunan Nanggroe Sang Kembara - Alaf21






Buat pembaca-pembaca yang meminati karya beliau boleh la berhubung terus dengan KELAB RAM samada untuk memesan secara online novel-novel tersebut @ ingin memiliki cenderahati terhad. & boleh juga bertukar-tukar pendapat dengan RAMians yg lain..

http://www.kelabram.com/

http://www.facebook.com/groups/ramfc/

http://www.facebook.com/RAMFC?ref=ts Last edited by chaoyunjie on 25-11-2014 11:15 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2012 11:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by chaoyunjie at 11-6-2012 23:40

3 NOVEL TERAWAL BELIAU YANG SUSAH DIDAPATI DI PASARAN



SINOPSIS:-


"Ingauan Maut ialah sebuah novel suspen yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963. Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada sepasang mata yang beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan selaut darah & nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusiaan & kasih sayang yang baru tumbuh di bunuh. Segalanya hilang dalam memerangi badai emosi yang mengganas."



SINOPSIS:-


Dia mencari dirinya yang hilang. Antara illusi & hakiki, dia ibarat membuat pilihan.

Anugerah Tuhan buatnya ini adalah suatu hikmah.

Lantaran itu dia kembali tersedar bahawa kebahagiaan itu tidak pernah sirna.

Lalu disini pilihannya...




SINOPSIS:-


KHIANAT. Bukan kerja orang jauh. Bukan niat busuk orang asing.

jauh sekali anaiya musuh.

Lerja jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri berasa dikalahi.

Melalui perjalanan masa yang panjang, tenang, terselindung baik, tanpa kocak & prasangka,

baru khianat menampakkan wajah sebenar.


Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan

Pei Pan tentang perselingkuhan, pembunuhan, perkomplotan

Pei Pan kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntun



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 11:53 PM | Show all posts
TRILOGY PERTAMA BELIAU





SINOPSIS:-

Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.





SINOPSIS:-

BILA Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.

Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.

Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?







SINOPSIS:-

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu?

Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 09:59 AM | Show all posts
Tombirou trilogi ni memang best! Yg plg best endingnya haha....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 12:25 PM | Show all posts
buku- buku beliau kene baca balik banyak dah lupa. tapi paling suker sgt..laksamana sunan...hadoi akan rindu diri ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:47 AM | Show all posts
Semalam br beli Sunan Musafir . blk keje pulun baca n alhamdulillah sempat habiskan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2012 11:35 AM | Show all posts
yeay...ada rumah baru.... boleh lar join.... rumah lama dah penuh sgt... segan plak nak join

iols baru je berkecimpung ngan 'dunia' RAM nie... first novel baca was 'Mikhail'... mmg best
truthfully...before baca novel RAM nie... iols tak minat novel2 BM...dedulu time skolah baca gak lar novel2 melayu tp jadi hilang minat sbb ada a few novels yg iols baca...tulis menggunakan bahasa melayu pasar..kalau part dialog takpe nie penceritaan pun bahasa lebih kurang gak..terus hilang selera............ sampailah satu hari tue teringin nak baca balik novel melayu and tertarik ngan sinopsis cite Mikhail...terus capai and has not look back since!! mmg best and paling penting... suka dgn gaya penulisan abg RAM..sgt teratur...
x tau plak dia keje kat rtm...lepas nie harus jinjing buku2 RAM everytime gi angkasapuri...kot2 terserempak bleh minta autograf
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 11:41 AM | Show all posts
baru je terima 3 novel RAM.. beli secara online, novel terpakai tp masih baru.. yeah tak sabar nak balik bace..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 12:39 PM | Show all posts
nk join gak dlm nie..sy peminat RAM dr zaman blaja lg....minat sgt baca novel2 beliau..first novel dulu baca novel trilogi semangat hutan tue..tp da lupa jln ceritanye...memang best
skang nie tgh baca trilogi laksamana sunan..sutera bidadari..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 01:35 PM | Show all posts
sy mmg peminat RAM.. tak pernah miss beli novel dia.. start mengenali dia sbb buku Bagaikan Ratu, pastu gigih mencari kesemua novel dia.. yg dulu2 pun cr jg tp x jumpa.. dapat Pei Pan je..
smlm br habiskan Sunan Musafir, mcm biasa aku sememangnyer puas hati karya RAM.. tp lepas ni dah takde Sunan.. apa kata RAM kembangkan pulak watak Andika tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 03:31 PM | Show all posts
wahh...dh ade ek buku2 die yg awal tu...
nk kene bli neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 07:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by chaoyunjie at 13-6-2012 19:40

aku lak...2 yg terawal tu x dalam koleksi aku...IGAUAN MAUT & ANUGERAH PERTAMA
& masih mencari sehingga kini...

cuma skrang cubaan aku untuk dapatkan SUTERA BIDADARI HARDCOVER...
wlaupun aku tau susah...cuma ada 300 unit je...
so, sesiapa yg ada tu ek...
& teringin nak jual..sila lah jual kat aku
sementara tu gak aku mencari karya2 beliau yg ada cover lama...
seperti RANGGAU...ADAM...MANDATORI...



pm me..jika ada sesiapa yg ingin menjual
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:14 PM | Show all posts
x beli lagi sunan musafir. x ada masa.. adakah sudah habis dipasaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 10:30 PM | Show all posts
Reply 13# lonso

bukan dari hari tu lg nak beli...x beli2 lg ke???
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 01:13 AM | Show all posts
Reply  lonso

bukan dari hari tu lg nak beli...x beli2 lg ke???
chaoyunjie Post at 13-6-2012 22:30



x smpt nak p mph..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:01 AM | Show all posts
syukur.... dapat beli smlm.. smlm jugak abih baca...

sukaaaaa sunan musafir....

walau flash back, flash card, flash - flash... penyampaian RAM mmg tk pernah fail pada aku...

setiap kali baca novel dia.... dakwah yg disampaikan insya Allah sampai pada aku....

first sangkut dgn novel dia... HATIKU DI HARAJUKU...
kendian baca bagaikan puteri.... itu pun memula nk baca agak skeptikal dgn tajuk...
sudahnya... hah amik ko... terus sangkut baju sendiri dekat koleksi novel RAM...

semoga RAM dapat terus kan usaha berdakwah melalu novel nye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2012 10:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by chaoyunjie at 14-6-2012 22:35

yang terhangat buat masa sekarang dari RAMLEE AWANG MURSHID...

DWI TRILOGY LAKSAMANA SUNAN

                           



Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:47 PM | Show all posts
awak2 semua dah beli..................

arap ada novel pasal andika. andika persis saifuddin semasa muda...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 12:04 AM | Show all posts
aku lak...2 yg terawal tu x dalam koleksi aku...IGAUAN MAUT & ANUGERAH PERTAMA
& masih mencari s ...
chaoyunjie Post at 13/6/2012 07:21 PM


ADAM cover lama aku ade..rasenye novel dah lunyai kot..tak hingat plak..kene geledah rak buku nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 11:06 AM | Show all posts
Reply 16# tehlaut


    memnag pas baca bagaikan puteri terus sangkut ngan RAM...gigih mencari DWI trilogy ni... tgh baca hijab sang pencinta.....tgu hujung minggu mau sehari siap....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.130421 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list