CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chaoyunjie

[Penulis] RAMLEE AWANG MURSHID - TOMBIRUO & MANDATORI @ Astro First...

  [Copy link]
Post time 7-1-2013 05:14 PM | Show all posts
Aku dah habis baca dua hari lepas.... Sila2 baca cepat2....

Tangan dah gatal nak tanya itu ini nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2013 05:16 PM | Show all posts
Buku ni ada 5 kisah, tajuk lebih kurang :

Bunian
Culik
Cinta Mati
Sang Kancil
Cut

Semua best, termasuk extra satu kisah benar dr RAM..... Tu lagi suspens....
Cepat beli dan baca kalau nak tahu.... MPH, Popular semua dah ada....

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 08:54 PM | Show all posts
poyo jer kata nak tunggu lama sikit
on the way balik ... tetiba otak kata jom ler pergi POPULAR
ala tengok-tengok kot ada buku RAM terbaru
ca ching !!!
dah ada ... banyak lagi ....
belek-belek ... sambil fikir ...
sementara budak sekolah tak sambar lagi
baik aku sambar ...
hehehehe ...
since ada membership card diskaun 10%

so tunggu habis baca Breaking Dawn dulu baru baca Aku Bercerita


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2013 11:34 PM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 7-1-2013 08:54 PM
poyo jer kata nak tunggu lama sikit
on the way balik ... tetiba otak kata jom ler pergi POPULAR
al ...

POPULAR 10% shj utk ahli ye???



siapa tau MPH lak??? berapa %?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 06:06 AM | Show all posts
chaoyunjie posted on 7-1-2013 11:34 PM
POPULAR 10% shj utk ahli ye???

yep
POPULAR, Kinokuniya, Borders, Times
10% instantly ....
kalau ada sales ke bagai .... leh dapat 20% above


MPH takde discount cuma points
end of the year boleh tukar kepada voucher rasanya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 08:16 AM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 8-1-2013 06:06 AM
yep
POPULAR, Kinokuniya, Borders, Times
10% instantly ....

ok..thanks fly atas info...
den x beli lg pun....

biar dlu bg suam2 kuku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2013 11:08 AM | Show all posts
chaoyunjie posted on 8-1-2013 08:16 AM
ok..thanks fly atas info...
den x beli lg pun....

suam-suam kuku .... kang habis jangan ternganga besor yer


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 11:15 AM | Show all posts
dedaun30 posted on 7-1-2013 05:14 PM
Aku dah habis baca dua hari lepas.... Sila2 baca cepat2....

Tangan dah gatal nak tanya itu ini ni ...

so overall boleh kasi berapa rating?
hati x sabar2 nak baca.tapi kena bagi lepas exam dulu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 11:53 AM | Show all posts
rolypoly posted on 8-1-2013 11:15 AM
so overall boleh kasi berapa rating?
hati x sabar2 nak baca.tapi kena bagi lepas exam dulu.

Saya bagi 4.5/5....

Tapi saya rasa ramai yg anggap buku ni biasa, tak se wow Bagaikan Puteri.

Saya bagi extra rating sebab buku ni ada kisah benar RAM dan ada elemen alam ghaib yang dirungkaikan secara berilmiah, bagi saya something new to learn n share.

Good job to RAM
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 11:57 AM | Show all posts
rolypoly posted on 8-1-2013 11:15 AM
so overall boleh kasi berapa rating?
hati x sabar2 nak baca.tapi kena bagi lepas exam dulu.

Nak exam?

Jangan baca nanti ketagih hehe......

Tapi saya advise ambiklah preview dulu, baca chapter 1 : bunian....

Jgn terlajak lepas tu dah....

Goodluck exam!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 11:02 PM | Show all posts
sudah nampak kat POPULAR td...
tp x berhajat lg nak ambik...heheh....nmpk masih banyak lg stoknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:12 PM | Show all posts
sungguh banyak dugaan skang sibuk dengn kerjajadi curi2 baca ..jd stress
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dah bace separuh..teramat syiok bace novel die kali ni.sebabnye aku akan bace sebelum tido.so,satu hari,cuma satu cerita aku bace.sekarang ni dah bace bunian,culik &cinta mati.malam ni nak bace sang kancil pulak..umpama sebelum tido,mak akan baca buku cerita untuk anak die.hihi
setiap cerita memang tak dijangka penghujungnye.

semalam terbelek page belakang.RAM dah kasi hint yang next novel MAGIS mengenai pertembungan watak-watak dalam novelnye sebelum ni.
ade tombiruo,sunan,ryu watanabe,mikhail dan carlos.
ermm.carlos dalam citer manfatori kan?
nampaknye aku kene cari Mandatori sbb cuma novel ni je yang aku tak bace lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 05:17 PM | Show all posts
dedaun30 posted on 8-1-2013 11:57 AM
Nak exam?

Jangan baca nanti ketagih hehe......

dah hbs exam!!
nak start baca malam ni.
nanti boleh join bagi review.

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 05:20 PM | Show all posts
skuter_buruk146 posted on 10-1-2013 04:17 PM
dah bace separuh..teramat syiok bace novel die kali ni.sebabnye aku akan bace sebelum tido.so,satu  ...

mandatori pun best.. cepat baca baru syok baca pertembungan semua hero...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 08:14 PM | Show all posts



'Dari Hanya Igauan Menjadi Sebuah Cerita’

Baca@LRT kembali mengegarkan Transit Aliran Ringan di Kuala Lumpur dengan gerakan ala gerila tapi tetap natural. Kali ini dengan dikepalai oleh Tim Ramlee Awang Murshid Fan Club dan tentu sahaja dengan kehadiran Tuan Ramlee sendiri.

RAMFC akan meraikan karya ke-25 Ramlee Awang Murshid ‘Aku Bercerita’ dalam gaya Baca@ ala RAMFC pada:

Tarikh: 19 Januari 2013
Hari : Sabtu
Masa: 10.00 pagi.
Lokasi: Stesyen LRT Gombak
Tema: Novel Ramlee Awang Murshid.

Jom sertai kami dan dapatkan novel ‘Aku Bercerita’ yang sudah berada di pasaran sekarang!

TENTATIF:
------------
10.00 pagi - berkumpul stesen masing-masing. Kenali, tegur dan ikut ejen BACA@LRT di stesen anda.

Untuk makluman, Tuan dan puan juga boleh membentuk gerakan di stesyen lain. Sila hubungi kami seperti tertera dibawah untuk lokasi stesyen grup anda.

10.30 pagi - Kumpulan Terminal Putra akan mula bergerak dari stesen. Ejen dalam tren akan sms ejen di setiap stesen sebelum tren dari Terminal Putra tiba di stesen berikutnya.

11.30 pagi - Tiba di Stesen Kelana Jaya. Sesi mengambil gambar kenangan.

12.00 tghari – Naik semula tren untuk ke LRT Taman Jaya dan berkumpul sebuah taman berhampiran stesyen yang juga bernama 'Taman Jaya' untuk Sesi Tandatangan bersama Tuan Ramlee Awang Murshid dan juga sesi sampingan perkongsian pengalaman dan ramah mesra anjuran RAMFC.

Dijangka bersurai jam 2.30 petang.

------

Nota: Tidak ada taklimat rasmi di stesyen sebelum acara bermula. Pergerakan dan acara adalah santai.

------

Garis Panduan Baca@LRT versi RAMFC
-----------------------------------------------
Metod yang digunakan, kita mula membaca buku selepas lima minit berada dalam LRT secara berperingkat bagi mencipta keadaan natural. Bermula di stesyen gombak sehinga ke stesyen lrt kelana jaya dan naik semula untuk ke stesyen LRT Taman Jaya untuk sesi khas di sebuah taman berhampiran stesyen.

1.        Mohon anda semua yang akan menyertai kempen ini mengklikkan kehadiran di laman acara ini untuk tujuan pemberian ‘buah tangan’ bila berkumpul di Taman Jaya nanti.

2.        Anda RAMians dan para pengerak baca@lrt digalakkan membaca buku Karya Ramlee Awang Murshid tapi anda juga boleh membaca karya ‘thriller’ lain sempena tema baca@lrt kali ini.

3.        RAMians dan Pengerak Baca@LRT digalakkan memakai tshirt RAMFC, kepada tiada Tshirt RAMFC, anda dimata memakai pakaian berwarna hitam.

4.        RAMians & Pengerak Baca@LRT diminta berkumpul di stesyen Gombak seawal jam 10.00 pagi. Dimana kita menaiki tren pada pukul 10.30 pagi menuju ke stesyen LRT Kelana Jaya.

5.        Beli tiket ke stesyen LRT Taman Jaya.

6.        Tempat berkumpul adalah di platform LRT Gombak. Ingat di platform!

7.        Anda akan temui EJEN RAMFC yang memakai tshirt biru di platform tersebut. Kita boleh berkenal-kenalan dahulu sambil menunggu tren yang dijangka tiba pada 10.30 pagi.

8.        Sila lihat dan ikut EJEN RAMFC dan ejen-ejen dari stesyen yang lain untuk melihat tren yang mana perlu anda naiki.

9.        Masuk tren dan ambil posisi masing-masing & baca buku anda sehingga ke stesyen LRT Kelana Jaya.

10. Di LRT Kelana Jaya, kita akan berkumpul untuk sesi bergambar.

11. Selepas itu kita akan menaiki semula tren untuk ke stesyen Taman Jaya dan bergerak ke sebuah taman yang juga dipanggil Taman Jaya untuk satu slot khas meraikan karya ke-25 Ramlee Awang Murshid berjudul aku bercerita.

12.        Di Taman Jaya, pelbagai acara diaturkan termasuk acara utama iaitu sesi tandatangan bersama Ramlee Awang Murshid.

13. Makanan ringan disediakan, jika ada yang sudi menambah menu kami amatlah dihargai.


Soalan Dijangka
-------------------

1) Bolehkah kami buku baca dari penulis lain?
Kami amat galakkan novel Ramlee Awang Murshid dibaca. Namun tiada paksaan. Bacalah bahan yang tuan-puan suka.

2) Saya tiada baju warna hitam?
Jika mahu sertai, boleh saja warna lain.

3) Saya nak beli tiket ke stesyen rumah saya.
Dipersilakan. Kita jumpa sampai di Kelana Jaya sahaja.

4) Saya naik komuter, monorail dan LRT Aliran lain?
Boleh transit di KL Sentral, Masjid Jamek untuk naik LRT Aliran Gombak.

5) Saya boleh berjumpa dengan Ramlee Awang Murshid?
Insyaalah, beliau akan hadir pada hari tersebut.

6) Boleh dapatkan tandatangan beliau?
Sesi tandatangan akan diadakan di Taman Jaya.

7) Sesi tandatangan diadakan di mana?
Sesi tandatangan hanya berlangsung di sebuah taman bernama Taman Jaya (bukan hanya nama sebuah stesyen) bukan dalam tren atau premis RapidKl

Baca@LRT kali ini lebih trill dengan kehadiran Tuan Ramlee Awang Murshid. Gerakan ala gerila dengan dikuasakan oleh Ramlee Awang Murshid Fan Club dengan kerjasama rakan-rakan dari baca@lrt sendiri. Mari kita hangatkan tren LRT pada 19 Januari 2013 dengan bacaan penuh misteri, suspen dan aksi! RAMians masa untuk mengegarkan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 09:28 AM | Show all posts
rolypoly posted on 10-1-2013 05:17 PM
dah hbs exam!!
nak start baca malam ni.
nanti boleh join bagi review.

Yesss.....!!

Cepat habiskan hari ni juga.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 09:33 AM | Show all posts
HARIAN METRO
Watak novel menjelma


Cetak
Oleh Hajahfarhana Tarmudi

‘ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta’.

Itu antara kisah yang berjaya menambat ramai peminat novel thriller atau seram menerusi novel enam episod pengembaraan Laksamana Sunan yang dihasilkan oleh penulisnya, Ramlee Awang Murshid.

Malah novelnya yang bertajuk Hijab Sang Pencinta dicetak sebanyak 58,000 naskhah pada 2012, menjadikannya antara karya yang paling laris terjual di negara ini.

Biarpun ia berjaya memberi kesan kepada pembacanya, banyak kisah menarik di sebalik kehidupan novelis genre thriller nombor satu di Malaysia ini yang mengambil masa 12 tahun untuk meyakinkan peminatnya terutama wanita.

Untuk mencapai misi yang ditetapkan, Ramlee mengakui dia hanya berehat seminggu atau dua minggu selepas satu novelnya berjaya disiapkan.

Minat yang mendalam nyata menyemarakkan semangatnya untuk terus menyiapkan terbitan seterusnya menerusi disiplin yang diterapkan dalam diri.

Penulis novel remaja yang menjadi kegilaan ramai pembaca lelaki mahupun wanita ini mengakui memiliki jadual sendiri untuk menghabiskan setiap plot ceritanya.

Bukanlah nama baru dalam dunia penulisan, Ramlee mengambil keputusan untuk bersara awal daripada tugasnya sebagai penerbit rancangan kerana mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap penghasilan novel.

“Selepas mengambil keputusan bersara awal, masa saya banyak dihabiskan di rumah dengan melakukan rutin harian menghantar atau menjemput isteri dan anak.

“Namun, saya memperuntukkan masa menulis setiap hari bermula tepat jam 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk menghabiskan satu bab yang dianggarkan lima muka surat.

“Kemudian pada petang pula saya mula menulis dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang untuk menyiapkan satu lagi bab baru,” katanya yang menetapkan misi untuk menyempurnakan dua bab sehari.

Menurut penulis yang sudah merencanakan novel terbarunya sehingga 2014, dia berasa lega kerana banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarganya berbanding dulu.

Dulu, Ramlee menggunakan masa pada waktu malam untuk menyiapkan novelnya sehingga kadangkala tiada masa dapat diluang-kan bersama keluarga.

Namun kini, masa yang banyak digunakan sebaiknya dan menjadikan waktu malam untuk berehat sebelum memulakan siri baru keesokan harinya.

Begitulah rutinnya setiap hari yang memerlukan ketegasan dalam menjalankan tugasan sebagai penulis kerana ia punca rezeki buat dirinya menanggung keluarga.

Menurutnya, banyak cabaran untuk menyiapkan karyanya sebelum berjaya dibukukan menjadi novel yang disukai ramai.
Lebih digemari dengan jalan cerita yang mendebarkan, Ramlee mengakui dia tidak pernah lari daripada menghadapi kisah pelik ketika menyiapkan siri novelnya.

“Pernah juga saya mengalami situasi menakutkan apabila watak yang ditulis di dalam novel seolah-olah hidup dan muncul di sekeliling saya kerana imaginasi atau aura pemikiran yang terlalu tinggi ketika itu.

“Mungkin tidak ramai yang percaya mengenainya tetapi bagi mereka yang pernah merasainya, kadangkala ia membuatkan kita berasa seram dan tidak senang duduk,” katanya yang hadir pada sesi temuramah sambil ditemani anak lelaki tunggalnya, Muhammad Aizuddin, 12.

Dia meletakkan misi untuk menghasilkan dua novel dalam tempoh setahun kerana tidak mahu berhenti daripada berkarya. Mengenai rahsia kejayaan yang meletakkan namanya cukup dikenali di negara ini, Ramlee mempunyai teknik tersendiri dalam menghasilkan karya untuk mengajak pembaca terus mengikuti kisah selanjutnya.

Menggunakan teknik seperti skrip filem atau drama, Ramlee yang mahir dalam bidang berkenaan kerana pernah menghasilkan skrip drama radio pada 1986 hingga 1993, memanfaatkan ilmunya itu dalam penulisan novel.

“Setiap novel akan menggunakan teknik ‘intercut’ untuk memisahkan setiap plot cerita bagi mengelakkan pembaca rasa bosan kerana karangan yang terlalu panjang.

“Ia digunakan sebanyak dua hingga empat kali dalam satu bab sebelum menyambung kisah seterusnya. Selain itu, pada bahagian pendahuluan setiap novel akan menggunakan kisah yang mendebarkan atau dipanggil teknik ‘bom’ untuk menarik minat pembaca sebelum menaikkan kisah lain,” katanya yang turut menyelitkan unsur motivasi dalam setiap karyanya.

Mula berminat dengan dunia penulisan sejak 1980-an setelah melihat ayahnya menghasilkan skrip, dia kemudiannya menetapkan cita-cita untuk menjadi penulis.

“Bapa saya dulu pernah menghasilkan skrip drama radio yang ditulis tangan namun ia tidak pernah mendapat tempat untuk disiarkan.

“Bermula detik itu, saya memasang impian untuk menjadi penulis kerana mahu merasai apa yang dialami oleh ayah,” katanya yang kini berasa selesa dengan pencapaian dimiliki berkat usaha gigihnya selama 12 tahun.

Walaupun kadangkala keliru dengan karakter di dalam novel terdahulu, dia bersyukur kerana masih diberi kekuatan dan sokongan daripada keluarga serta editor untuk memperbetulkan kesilapan. Dia juga akui sering berdoa untuk mendapatkan idea dan tajuk menarik dalam setiap penghasilan novelnya.

Menggemari karya tulisan John Grisham berjudul The Testament dan The Firm serta gemar membaca akhbar setiap hari, 24 karya yang dihasilkan tidak pernah terlepas daripada susunan fakta yang dikaitkan dengan plot ceritanya bagi mengajak pembaca terus berfikir.

“Setiap kali membaca akhbar, saya mengambil fakta yang disukai untuk digunting atau ditulis di dalam buku catatan khas.

“Ia bagi memudahkan saya membuat rujukan ketika meluahkan idea di hadapan komputer riba bagi menguatkan lagi jalan cerita.

“Saya lebih banyak memerhati dan keadaan persekitaran yang berlaku di sekeliling akan diambil untuk dijadikan plot cerita. Selain itu, ada juga watak yang diambil berdasarkan pelbagai karakter yang dilihat daripada ahli keluarga atau orang lain.

“Sebelum dijadikan watak pilihan, saya akan membuat kajian mengenai kesesuaiannya dalam cerita yang dihasilkan,” katanya.

Berasa lebih selesa kini selepas bertarung kesusahan terpaksa bertukar tiket bas setiap hari untuk ke pejabat, Ramlee boleh menarik nafas lega kerana wang royalti yang diterima membolehkan dia memiliki kenderaan sendiri serta membawa ahli keluarganya melancong ke luar negara.

Antara negara yang pernah dilawati termasuk New Zealand, China, Indonesia, Singapura, Turki dan Arab Saudi (Makkah) untuk menghabiskan cuti bersama keluarga tercinta.



Profil:

Nama penuh: Ramlee Awang Murshid
Tarikh lahir: 4 November 1967
Asal: Papar, Sabah
Status: Berkahwin

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Media), Universiti Kebangsaan Malaysia

Kerjaya: Penulis novel, Penerbit Syarikat Layar Sunan Sdn Bhd
Idola: John Grisham, Stephen King dan Eyman Hykal

Antara pencapaian:


Hadiah Kedua Sayembara Novel Dewasa Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah 1992 - Igauan Maut

Hadiah Sastera Sabah 1994/1995 - Igauan Maut
Hadiah Kedua Sako 2002 - Pei Pan
Hadiah Sastera Sabah 2003/2004 - Pei Pan
Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 - Bagaikan Puteri
Anugerah Remaja Yayasan Buku Negara 2012 - 9 Nyawa
Tokoh Sastera Sabah daripada Persatuan Rumpun Artis Sabah 2012

Karya:

Igauan Maut, 1995
Tombiruo, 1998
Ranggau, 1999
Anugerah Pertama, 2000
Mandatori, 2000
Semangat Hutan, 2001
Pei Pan, 2002
Adam, 2002
Satu Janji, 2003
Tombiruo Terakhir, 2004
Rahsia Perindu, 2005
Bagaikan Puteri, 2005
Hatiku Diharajuku, 2006
Cinta Sang Ratu, 2007
Ungu Karmila, 2008
Hijab Sang Pencinta, 2008
Personal Justice, 2008
Mikhail, 2009
9 Nyawa, 2010
Cinta Sufi, 2010
Rayyan Fantasi, 2011
Sutera Bidadari, 2011
Fiksyen 302, 2011
Sunan Musafir, 2012
Aku bercerita (Karya terbaru)
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:33 AM | Show all posts
dedaun30 posted on 11-1-2013 09:28 AM
Yesss.....!!

Cepat habiskan hari ni juga.....

semalam sempat hbskan bunian.
wah, tertipu tau !.
cara penceritaan RAM tu mmg saya ingat sebaliknye.
sekarang tgh proceed dgn culik.

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:40 AM | Show all posts
rolypoly posted on 11-1-2013 09:33 AM
semalam sempat hbskan bunian.
wah, tertipu tau !.
cara penceritaan RAM tu mmg saya ingat sebalik ...

Haha memang tertipu sgt... Lepas tahu kebenaram, tutup buku kejap, recall balik apa yg dah baca....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.068932 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list