CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 44908|Reply: 56

Siapakah Rosli Dhoby?

[Copy link]
Post time 16-6-2012 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by novelloverzz at 16-6-2012 20:06



Rosli Dhoby ialah seorang anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.


Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu. Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung :



Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud. Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.


Source: http://www.aku-sempoi.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2012 12:38 PM | Show all posts
Ingatkan pengasas kedai Dobi yg pertama kt Mesia.
Patutnya orang seperti ini dan seangkatan dengnnya seperti Mat Kilau,Tok Gajah, Kiai Saleh tu diberikan gelaran tertingi negara spt Tan Tin Tun tu dan korga mereka diberi penghurmatan dan anugerah yg selayaknya, bkn retis jual gelang pn lapat latok,Latok Gelang
Adakah kita telah menghargai sepenuhnya pahlawan2 yg telah berjasa kpd tanah tumpah darah ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2012 01:29 PM | Show all posts
Reply 2# boyagombak


    setuju...yg x de sumbangan kat negara pun bole dpt title dato skrang ni...especially artis...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 01:48 PM | Show all posts
Reply 1# novelloverzz


   dia adalah seorang lelaki yg hensem dan macho..dia juga ada dalam buku sejarah tingkatan 3 dan 5.... semoga rohnya dicucuri rahmat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 08:03 PM | Show all posts
Hahaha. Padan muka Duncan Stewart. Angkuh tak tentu pasal
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 11:14 PM | Show all posts
Kagum dgn semangat pahlawan2 dulu yg sanggup korban nyawa utk pertahankan tanah air...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2012 12:45 AM | Show all posts
rosli dhobi memang ikon pejuang sarawak..

mat saleh kat sabah pun hero gak..
masa kecik dulu aku ada tengok movie dia.. berperang dgn British..
skang tak penah tengok lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 09:07 AM | Show all posts
mase aku drjah 6,around 1998,
aku tatau sape rosli dhoby ni smpaila satu hari,
budak drjh 6 dpt satu tugasan buat satu persembahan tokoh2 malaysia..
ade satu kelas ni kene buat rosli dhoby and kelas ni menang persembahan terbaik..
setat dr situ,gigih aku cari pasal rosli dhoby ni kat library..
bg aku,die pejuang berani mati..
and patot ketengahkan lg cite die..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 09:17 AM | Show all posts
dan yang paling takjub Rosli Dhobi menikam Sir Duncan Stewart ketika berumur
16 TAHUN...
umur 16 tahun sudah menyertai perjuangan kemerdekaan...
skang ni remaja kita umur 16 tahun...ada dimana?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 09:21 AM | Show all posts
dulunya, rosli dhobi ini dilabelkan sebagai pemberontak..keluarganya di pulau...rakan2 nya dibuang negeri (kalo tak silap ke singapura)..

baru2 nie aja diangkat semula sebagai tokoh kemerdekaan..

tahukah anda kuburnya tiada jasad?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 09:32 AM | Show all posts
Reply 10# leylapple

ce cite pasal kubur xde jasad tu plis..............
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 09:39 AM | Show all posts
Reply  leylapple

ce cite pasal kubur xde jasad tu plis..............
halimi78 Post at 18-6-2012 09:32



   bila rosli dhobi dijatuhkan hukuman mati, dgrnya isteri duncan steward ketika itu tgh mengandung dan tidak dapat menerima kematian suaminya...jadi ada yang bercerita bahawa rosli dhobi dijatuhkan hukuman di singapore di saksikan oleh isteri Duncan...ada jugak sumber bercerita bahawa kepala rosli dhobi dibawa ke england utk tatapan isteri duncan..
ada jugak sumber mengatakan bahawa ketika itu, Rosli Dhoby adalah pemberontak dan penjenayah kejam. jadi dikebumikan saja tanpa nesan di pinggiran penjara bersama ratusan kuburan penjenayah lain..

apabila ahli keluarga Rosli meminta supaya kubur Rosli dipindahkan ke sibu (tempat asal Rosli), kuburnya tidak dijumpai..tetapi upacara pemindahan dijalankan juga utk menghormati permintaan keluarga Rosli..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 09:52 AM | Show all posts
semoga roh nya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 09:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 10:01 AM | Show all posts
Rosli Dhoby (1932 - 1950), Pahlawan Sarawak
Oleh Mohd Isa Bin Abdul Razakpada 02hb Januari 2010 pukul 5.05 pagi




Rosli Dhoby berketurunan Melanau*(diperbetulkan sebagai MELAYU pada 21 mac) , lahir pada tahun 1932, di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau digantung hingga mati pada 2 Mac 1950 di Kuching. Dia diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau mengaku bersalah apabila ibunya menerima ugutan akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara. Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan antikolonial yang tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.

Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu. Ketika itulah, keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak, sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.


Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu. Sumber lain: Wikipedia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 10:01 AM | Show all posts
aku tau psl rosli dobhy bila tgk drama warkah terakhir kat astro lakonan beto. pastu aku mula google psl arwah. sedangkan tgk lakonan pun aku dah sedih, inikan pulak keluarga sebenar dia yg terpaksa kehilangan anak.  keji sungguh org putih ni putar belitkan fakta yg rosli ni seorang pemberontak dan penjenayah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 10:04 AM | Show all posts


Ani bt Ali...dikatakan kekasih RD..sampai skrg x berkahwin lagi...(sumber google)
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 10:10 AM | Show all posts
dan yang paling takjub Rosli Dhobi menikam Sir Duncan Stewart ketika berumur
16 TAHUN...
umur 16  ...
munkey Post at 18-6-2012 09:17



   sebenarnya Rosli ini hanyalah budak suruhan kerana jika didapati bersalah, Rosli akan dijatuhkan hukuman juvenile kerana masih bawah umur...beliau bukan mengepalai keseluruhan operasi...
malangnya lain dirancang, lain yang jadinya

tapi ada hikmahnya kerana rentetan peristiwa ini telah menjadi an eye opener utk org lain memperjuangkan hak mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 10:55 AM | Show all posts
Reply 17# mea

bia betikk???
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 11:02 AM | Show all posts
Reply 18# leylapple


   owh really????????lagi lagi lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.091889 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list