CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: siva_nes1

Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua

  [Copy link]
 Author| Post time 14-7-2012 12:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by siva_nes1 at 14-7-2012 11:07
speku kaya sbb hantu raya voleh? keh keh chenta_dewi Post at 13-7-2012 18:46


Ye le kut sbb bila udh kaya bukan rase insaf dan rendah diri tapi bertambah riak dan menunjuk-nunjuk lak...... tu sifat iblis yg sentiasa menghasut dan memesong manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2012 12:22 PM | Show all posts

Rumah No. 1 ialah di mana isteri dan adik beradik dibesarkan. Di sinilah isteri dan adik beradik menceritakan berlaku macam-macam kejadian dan pengalaman seram seperti melihat lembaga berterbangan, mendengar suara orang baru mati memanggil penghuni rumah, mendengar cakaran kuku di dinding rumah, hentakan kaki-kaki berkawat atas jalan di sisi rumah, melihat belakang tubuh makhluk berupa seorang wanita berambut panjang duduk di kerusi meja pada larut malam dan lain-lain lagi di tanah pusaka tempat mereka tinggal. Rumah No. 1 sekarang sudah berubah tak seperti dahulu. Dapur sudah dibesarkan lebih kurang 5 kali ganda dari asal.

Belakang rumah No. 1 ialah rumah No. 2 milik emak mertua yang baru dibina kira-kira 3 tahun yang lalu. Sebelah kiri rumah No. 1 ialah rumah no. 3 yang dahulunya diduduki oleh kedua orang tua emak mertua. Sekarang rumah ini didiami oleh keluarga kakak emak mertua. Rumah ini dahulu lantai dibina beberapa kaki dari atas tanah tetapi sekarang sudah berubah mencecah tanah. Rumah No. 4 ialah rumah kakak emak mertua yang merupakan seorang bidan dan perawat.  Kakak emak mertua inilah yang menceritakan dia bermimpi dibawa terbang jauh ke satu tempat yang tidak diketahui sebelum dia mendapat kebolehan merawat orang. Dia sendiri cerita kat adik perempuan isteri dan anak-anak saudara semasa kami ke rumah dia pada hari raya beberapa tahun yang lalu. Mereka tanya bagaimana dia boleh merawat orang dan dia cerita mimpi dia ini sebelum berkebolehan merawat orang. Kakak emak mertua ini biasanya guna keris kecil bersalut kain kuning apabila merawat orang.

(The image **i1247.photobucket.com/albums/gg637/siva_nes1/KampongJawa6-1.jpg** previously depicted on this page has been intentionally removed)

(The image **i1247.photobucket.com/albums/gg637/siva_nes1/Kampung8.jpg** previously depicted on this page has been intentionally removed)

Last edited by siva_nes1 on 6-8-2012 11:28 PM \n\n Last edited by siva_nes1 on 24-9-2012 09:42 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2012 09:23 AM | Show all posts
Sebagai anak lelaki sulung, saya pastikan agar balik ke rumah arwah emak untuk bersamanya menjelang bulan Ramadan. Arwah emak tinggal seorang  setelah arwah abah dan arwah adik meninggal duinia. Setiap tahun saya juga pastikan agar balik ke rumah emak beberapa hari sebelum Hari Raya untuk membantu arwah emak menyediakan keperluan perayaan seperti membeli makanan, barang2 masakan, pergi ke pasar dll. Saya balik ke Kuala Lumpur pada Hari Raya ketiga setiap tahun membawa isteri dan anak-anak menyambut Hari Raya bersama keluarga isteri di sini pula.

Keluarga saya kecil berbanding keluarga isteri yang mengandungi 6 orang adik beradik. Saya hanya mempunyai seorang adik lelaki sahaja tetapi adik saya ini telah meninggal dunia pada umur muda iaitu 35 tahun pada tahun 1997 kerana diserang angin ahmar. Arwah abah meninggal dunia pada tahun 1986 juga kerana serangan jantung, manakala arwah emak meninggal dunia akibat kanser pankreas pada tahun 2006. Sekarang saya tinggal sebatang kara tiada emak, ayah dan adik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 04:10 PM | Show all posts
Sebagai anak lelaki sulung, saya pastikan agar balik ke rumah arwah emak untuk bersamanya menjelang  ...
siva_nes1 Post at 15-7-2012 09:23


bapak sedara, mak sedara, sepupu sepapat yg rapat tak de ke tt...boleh gak tumpang beraya
saya dulu ada kwn yg mak dia ninggal masa dia form 2.. pas mak dia ninggal ayah dia kawin lain. masalahnya kwn saya adik beradik sume x leh trima mak tiri tu coz mak tiri tu dikatakan telah berskandal dgn ayahnya masa mak dia tgh sakit. kakak2 kwn i ni sume study kat overseas..so masa raya, kwn saya ni dok la lepak sorg2 kat rmh (diorg ni kaya raya tapi x rapat dgn maksedara, pak sedara...tak tau nape)...dia ckp masa tggu spm, raya tahun tu dia dah ada lesen kete, so pagi raya drive kete pegi car wash n nangis sorg2 dlm kete...
skrg dia dah kawin n dah beranak pinak dah....sgt bahagia ada keluarga katanya..
so saya blh bygkan kenapa tt sanggup nak tunggu sampai isteri pulih n dapat balik keluarga bahagia mcm dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 08:37 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 14-7-2012 12:22 PM
Post Last Edit by siva_nes1 at 14-7-2012 12:33

siva_nes, nk bincang sal Tok Belagak(TB). yg last skali berubat ngan dia setelah dua tahun(betulkan?), dia yg bhenti atau siva_nes yg bhenti?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 06:46 PM | Show all posts
siva_nes, nk bincang sal Tok Belagak(TB). yg last skali berubat ngan dia setelah dua tahun(betulkan?), dia yg bhenti atau siva_nes yg bhenti?

Dia senyap je lepas tu wlaupun sya bagi tau tak ada apa2 perubahan pada isteri dan isteri masih berdegil tak mau balik ke rumah. Sebelum tu sy ada gak hubung gan anak murid dia yang scan isteri waktu mula sy jumpa TB dulu (http://mforum.cari.com.my/forum. ... 799&fromuid=1837387). Anak murid TB ni seorang ustadz di sebuah sekolah dan dia ni anak murid TB yang paling mahir scan pesakit. Sy minta tolong dia scan emak mertua dan isteri sama ada masih ada terdapat lagi jin-jin kat diorang.

Dia kata kat emak mertua ada tapi kat isteri takde. Pada isteri dia tgk ada 2 'tali' pada isteri. Dia tak tahu apa guna tali-tali itu tapi satu tali warna putih yang bersambung ke langit. Satu lagi tali dia tak tahu bersambung ke siapa atau apa tapi kemungkinan ke bomoh. Bila anak murid TB bagi tahu sy hal ini sy telefon TB dan dia kata tali putih tu dia yang letak kerana nak buang benda2 tak elok yang di masukkan ke diri isteri melalui tali yang satu lagi tu.

(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 1-8-2012 09:15 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2012 07:33 AM | Show all posts
Allahuakhbar..beratnya dugaan TT nie..na'uzubillah..mintalah dijauhkan Allah dari berlaku pada aku, sbb aku x sekuat dan setabah TT

tapikan TT..saya sedikit kesal dgn keputusan TT utk suruh anak2 stay jer di rumah ibu mereka..pada pendapat saya, bila TT tau ada benda2 x elok yg membabitkan akidah dan agama dlm keluarga wife TT..seharusnya, jgn la letakkan anak2 di tmpt tu lama2..bukan nk putuskan hubungan dgn ibu mereka..tapi jgn la smpai ckp x payah dh berulang ke umah TT, dok je kat umah sana..sbb risau lama2 akan terpengaruh dgn benda2 x elok tu (mcm anak yg sulung tu, kan TT kata dh terpengaruh)...

boleh x saya nk cdgkan, TT start balik ajak anak2 ke rumah, kerapkan berjumpan biarkan anak2 bermalam di rumah TT jgk for a few days in a week...semasa diorg ada di rumah tu..bnykkan lah aktiviti solat berjemaah, dan bertadarus al-quran bersama2 dgn anak2..kalo boleh berqiammulllail bersama dgn anak2 seminggu sekali pun bagus jgk..

bukan ape, sbb dlm kes nie, saya lebih risaukan anak2 tu..tolong la jgn biarkan mereka dlm persekitaran yg boleh melalaikan mereka..dlm kes nie, jiwa TT n anak2 kena kuat, n caranya bnykkn dekatkn diri dgn Allah...menangis lah setiap kali meminta dari Allah..

bab wife TT, saya dh x berani n xtau nk komen ape..saya cuma terpk kesian pada anak2 jer..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 09:41 AM | Show all posts
pooh83 posted on 28-7-2012 07:33 AM
Allahuakhbar..beratnya dugaan TT nie..na'uzubillah..mintalah dijauhkan Allah dari berlaku pada aku,  ...

saya setuju dgn pooh ni TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2012 02:08 PM | Show all posts
Last edited by siva_nes1 on 30-7-2012 02:09 PM \n\n
shonen posted on 15-7-2012 04:10 PM
bapak sedara, mak sedara, sepupu sepapat yg rapat tak de ke tt...boleh gak tumpang beraya
s ...
so saya blh bygkan kenapa tt sanggup nak tunggu sampai isteri pulih n dapat balik keluarga bahagia mcm dulu..

Terima kasih kerana menceritakan kisah kawan Shonen. Saudara mara mmg le ada dan sepupu rpt gak gan sy. Tapi nitak sama gan punya keluarga sendri. Hari raya sama kluarga sendri beza gan saudara mara. Rasa sedih ada la klu hari raya gan saudara mara sb org lain sambut hari raya sama isteri dan anak-anak manakala kita lak sorang2 je bile berkumpul. Jadi sy duk umah je. Mng sya tak putus asa berusaha tuk kembali keluarga balik ke keadaan dahulu. Kluarga kami hidup aman dan bahagia sebelum isteri meninggalkan umah tuk mak mertua duk sama die. Tdk ada pihak ketiga dalam masalah kami ini tapi gangguan bende halus di sebelah kluarga isteri. Hati istri dipengaruhi hingga tdk menghormati sy sedangkan dulu dia amat menyayangi sy.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 02:16 PM | Show all posts

pooh83 posted on 28-7-2012 07:33 AM
Allahuakhbar..beratnya dugaan TT nie..na'uzubillah..mintalah dijauhkan Allah dari berlaku pada aku, sbb aku x sekuat dan setabah TT


Terima kasih. Sy menghargai pandangan dan nasihat saudara. Anak-anak sebenarnya dr kecil tlh dibsrkn dlm suasana kasih sayang dan hormat-menghormati. Kluarga kami dulu mmg erat dan kami hidup dlm suasana mawaddah, sakinah dan warahmah. Jadi apabila isteri meninggal rumah,anak-anaklah yg menjadi mangsa setelah keluarga berpecah. Mereka punyai emak dan ayah tapi hidup tdk sempurna seperti anak-anak lain yg punyai kedua ibu-bapa mereka tinggal serumah.
Anak-anak terpaksa menjalani kehidupan yg tdk teratur dan berpindah randah antara dua rumah utk bersama emak atau bapa pd masa2 berlainan. Tdk ada sesiapa pun yg benar-benar dpt merasai perasaan sedihnya sya melihat anak-anak hidup seperti ini. Sbb itu sy elakkan anak-anak bertukar tempat dan berpecah adik beradik tuk bersama sya pada hari-hari tertentu.

Bukan maknanya anak-anak tak jumpa sy langsung. Mereka masih berjumpa gan sy. Malah anak-anak sya bertambah syang dan sentiasa rindukan sy. Cuma sy tdk mau kegiatan pindah randah menjadi satu rutin dlm kehidupan anak-anak. Istri mmg maukan anak-anak membiasakan hidup begini untuk hilang rase bersalahnya. Dari awal meninggal rumah lagi die tdk kisah perasaan anak-anak dan mau mereka membiasakan diri hidup dlm keluarga berpecah.

Istri dlu adalh seorang yang bertanggung jawab dan penyayang. Perkataan ‘I love you’ dulu tdk pernah lekang dari bibirnya ditujukan pd sy. Tapi skg die berubah dgn ketara skali. Antara kami berdua mmg tdk ada pihak ketiga. Cuma pengaruh makhluk halus yang mendampingi mak mertua dan kluarga mereka. Benda ni tdk mau sy bersama isteri. Salah seorang forumer bagi tau die sesak nafas bile tgk nama istri...walhal die tak buat apa2 pun. Die kata kuat mak mertua ni.

Seorang former lagi bile dpt tgk gambar mak mertua mengucap “MasyaAllah!!” Dia bagi tau jin ada lagi kat mak mertua tu dan ia kuat sgt. Bukan jin biasa...Naudzubillah, tambah dia lagi. Mereka tak rawat pun. Bende ni sy rase dah letak anak sulung sy sebagai waris selepas istri sy kerana anak sulong sy ini skrang amat rapat gan istri sy sepertinya istri sy gan emak mertua. Sy tak mau bende ni terus menghancur kluarga saya hingga ke masjid anak cucu sya sbb tu sy minta bantuan tuk matikan sihir ini.

P.S.  ......... Nick sy tu bukan sempena nama hindu tapi acronym tuk "Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story". Secara kebetulan je nick tu sama gan nama Hindu. LOL. Juga keluarga mak mertua ni klu anak-anak die berkumpul cam nyambut hari jadi tuk anak sedare ada la mereka ni buat tema pakaian tuk nampak kelainan dalam sambutan tu. Salah satu tema mereka ialah ‘Bollywood Night’ pada majlis perkahwinan anak saudare tuk saudare mara.

Bile dh ada tema camni pakaiannya ala org India la. Selain ini diorang ada la buat tema lain seperti ‘Grease Night’, ‘Arabian Night’. ‘All Black Night’ dll. Sy tak terlibat krn istri dah tak duk serumah. Klu dulu pun ada camni masa istri ada bersama mmg sy tak masuk terlibat. Kan sya ada kata kluarga mereka ni dulu bukan le kaya cam sekarang. Jadi dah lupa daratan le bila dah senang. Bukan boleh terima nasihat. Mereka je yg betul dan org lain salah.



Last edited by siva_nes1 on 1-8-2012 09:15 PM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 08:54 PM | Show all posts
Ultramat posted on 28-7-2012 09:41 AM
saya setuju dgn pooh ni TT

Mmg betul nasihat pooh tu.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 12:49 PM | Show all posts
sy sedih dan terharu dgn tt. semoga wife tt sembuh dan dapat balik semula dan duduk bersama dgn anak2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 08:56 PM | Show all posts
syed_afnan posted on 31-7-2012 12:49 PM
sy sedih dan terharu dgn tt. semoga wife tt sembuh dan dapat balik semula dan duduk bersama dgn anak ...

Amin. Ya Rabbal Alamin. Terima kasih, Syed.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 12:21 PM | Show all posts
misteri nye.. takot plak.. kalo dh amal ajaran sesat syirik nie,, mcm nie la jadinye..
makhlus halus nie jgn disanjung nti makn diri...
bawa lah berubat ngn ustaz2 yg handal,, lgi lame diam lagi teruk nati ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 02:21 PM | Show all posts
pot_pet posted on 1-8-2012 12:21 PM
misteri nye.. takot plak.. kalo dh amal ajaran sesat syiriknie,, mcm nie la jadinye.. makhlus halus nie jgn disanjung nti makn diri...bawa lah berubat ngn ustaz2 yg handal,, lgi lame diam lagi teruk nati ..

Klo org tegur ada jin damping pun diorang tak caye. Camne nak berubah. Diorang ni bukan suke ditegur dan nak trima nasihat. Bende tu terang-terang jadi kat depn mata kita mesti la caye yg masuk dlm diri mak mertua tu bende tak elok. Bukan diorang payah puja pun baru bende tu nak hadir. Klu die nak masuk tak ade tande2 apa pun terus ade dlm mak mertua. Klu masuk tu takla sampai mak mertua cam org kene rasuk sampai jerit tak tentu hala. Klu kita first time tgk pun cam takde ape bende pun tapi adik beradik isteri dah biasa tau la bende tu hadir dlm diri emak mertua. Klu tak apsal lak nak panggil emak sendri gan nama ‘tuk’. Pasal diorang caye la makhluk halus masuk dalam mak mertua. Diorang ni takla nampak amal ajaran sesat cam muja apa-apa atau buat acara pelik ke. Mak mertua solat dan baca yassin tu mmg kegemaran die. Tapi bab hukum agama lak die pandang ringan. Anak-anak judi main terup bila kumpul dan istri tinggal rumah tanpa izin suami pun tak tegur. Bukan tak tau dosa klu anak tu kluar umah tanpa izin tapi leh lak cakap gan bongkak nye klu anak die tu ubah ati nak balik umah suami die akan ikat anak tu tak bagi balik.

Sblum ni mane sy gan emak mertua ada silisih faham atau bertekak. Tak pernah skli pun sbb sy ni bukan byk cakap pun dan hormat org tua. Tapi skg mak tua betoi-betoi nak control istri sya sampai tak takut dosa bersubahat gan anak die yg engkar pada suami dan abai tanggungjawab sbg sorang isteri. Dulu setiap ari raya klu salam minta maaf die cakap sy takde apa-apa dosa pun gan die. Skg die lak lebih2 tahan istri tak bagi balik cam ade bende yg pengaruh die tak suke istri balik ke suami. Tak tau dari mane bende halus ni boleh muncul dalam kluarga diorang ni tapi kampung diorang tu dulu masa isteri dibesarkan di sini macam-macam bende pelik yg berlaku. Istri lak pernah terlepas ckp dulu yg poyong mak mertua adalh sorang pawang yg berkhidmat di istana  Dah ramai ustadz/perawat yang bantu sjk 3 tahun lalu tuk ubat istri tapi semua tak berjaya. Klu ada kesan pun pulih kejap je die cam 5-10 min. Lepas tu dia balik pada diri asal die. Ramai gak ngaku tak pernah jumpe org keras ati cam istri sy ni sampai susah nak pulih. Malah dulu dlm thn 2009 pernah sorang perawat bagi tahu yg mmg istri dilindungi oleh jin yg lumayan tinggi ilmunya dan die tak heran bile 7 ustadz/perawat sblum ini tak mampu menghancurkan benteng pendinding istri yang kuat ini. Sorang forumer lak bagi tau die tgk je nama istri die dah sesak nafas.

Die tak rawat pun. Cuma tgk diri istri je.Die tgk istri dh termakan sesuatu yg diberikn oleh mak mertua dan berkemungkinan belaan mak mertua yg bagi tp menyerupai mak mertua. Die kata mak mertua pun dh keras. Mak mertua (belaan) mmg nak istri duk ngan dia klu dia nk bagi benda dia tuh. Maksudnya nk pindah benda tu die kena istri tu duk ngan dia. Bende ni lelaki sbb tu dia tak nak ada lelaki mendampingi isteri. Sorang forumer lain lak bile tgk gambar mertua baru2 ni kata jin ade lagi kat die dan kuat sgt. Bukan jin biasa kata die lagi. Dulu thn 2009 seorang lagi ustadz pernah bagi tau die dapat tgk ade ‘tali’ menuju ke istri di mana ianya digunakan untuk menyalur bende2 tak elok kepada isteri. Tapi dia tak dpt tgk siapa atau apa benda yg ada pada hujung ‘tali’ di mana bende tak elok tu datang. Guru pada ustadz ni telah berusaha untuk buang bende2 ghaib yg tak elok ini dlm isteri melalui satu tali yg lain menuju ke langit. Perawat ni tinggi juga ilmunya dlm hal makhluk halus dan dunia ghaib. Dia telah menewas bermacam-macam tahap dan jenis jin. Dewa dewi pun die dah berantap dan kalahkan semua. Sudah byk die selesaikan masalah gangguan makhluk halus. Cuma apabila berdepan dengan jin yang ada pada mak mertua dan istri, perawat ni juga tak berjaya mematikan sihir dari jin yg ada pada mak mertua dan istri.

Mungkin memang betul apa yang dikatakan oleh salah seorang perawat yang saya pernah berjumpa dlm thn 2009 tentang masalah isteri saya ini iaitu “isteri encik di lindungi oleh jin muslim yang lumayan tinggi ilmunya jadi saya tidak heran 7 ustadz/perawat tak mampu menghancurkan benteng pendinding isteri encik yang kuat ini.”


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

Last edited by siva_nes1 on 2-8-2012 03:10 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 04:28 PM | Show all posts
huhu..memang betul2 Never Ending Story......
sy doakan semoga 1 hari nanti TT akan bertemu dgn perawat yg betul2 handal..
amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 04:35 PM | Show all posts
saya tak baca semua posting TT @ thread ni sampai abis..
tapi nampakla sket2 masalah TT..
TT dh cuba solat hajat? doa terbaik adalah doa suami kepada isteri
TT buatlah solat hajat sampai dpt..jgn putus asa k..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 05:39 PM | Show all posts
Harun din darul syifa bangi?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 05:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 09:00 PM | Show all posts
zulka posted on 2-8-2012 04:28 PM
huhu..memang betul2 Never Ending Story......
sy doakan semoga 1 hari nanti TT akan bertemu dgn perawat yg betul2 handal..
amin

Amin. Terima kasih atas doanya, Zulka. Buat masa ini masih blum ade perubahan pada istri. Pagar yg lindungi istri terlalu kuat. 'Penjaga-penjaga' yg melindungi istri wlaupun dihapuskan kerap kali berganti gan yg lain. Malah yg ganti tu bertambah byk dan makin kuat lak. Dah terbayang hari raya yang akan datang ni sy akan menyambut nye tanpa keluarga buat kali ke-4. Skg pun rumah sepi bila sahur dan berbuka.

(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

Last edited by siva_nes1 on 2-8-2012 09:03 PM \n\n
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.317599 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list