CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: land_lady

Do you want to go back to Malaysia for good?

[Copy link]
Post time 17-7-2017 02:39 PM | Show all posts
plja2117 replied at 13-7-2017 10:47 AM
Nak balik..tapi last time balik msia untuk cuti..mahalnya barang2 dah!
Bila orang tanya bila nak ba ...

ye... betul sangat
dah merasai semua tu
masa awal2 balik malaysia aritu menanges jugak
dedulu masa di england, stock frexh milk, juices, buah2an etc semua sentiasa ada
balik malaya.... tak mampu nak keep fresh milk, juices stock dlm peti ais
tengok buah anggur kat tesco.... pastu balik rumah nanges sbb kene kira duit dalam dompet
tapi skarang ni merantau ke negara lain.... kenangan england tetap diingati

baru balik dari berhari raya di msia
tetiba balik sini rasa meroyan tak sudah2
teringat lauk pauk, resto malaysia
masak lomak cili padi daging salai... sambal potai udang.... ketupat lemak.... ohhhh i takboleh move on woiiii

balik sini selalu teringat kehidupan di msia
tak masak... tiap waktu mengukur jalan pi kedai makan
pukul 2am teragak tosai.... nunn kedai mamak 24 hrs
steak.. laksa... steamboat, sushi???? apa nak? sume ada kat msia tu
ohhhh betapa indahnya negaraku

errr tapi nak balik msia for good now? errrmmmm mcm belum ready lagi
tapi tiap tahun nak cuti 3 bulan balik malaya just to enjoy my beloved country
takde bandingan dgn mana2 negara pun

please pardon me for this long essay
belum move on kekdahnya dari balik beraya hari tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 17-7-2017 02:39 PM
ye... betul sangat
dah merasai semua tu
masa awal2 balik malaysia aritu menanges jugak

Betul tu. Kat msia yang takleh lawan..mewah makanan. Almost semua tempat halal, takyah nak kena carik sijil halal ataupun nak kena tengok ada babi tak dlm menu. Tapi tu la..duit la pulak nak kena sediakan banyak2..

Sedangkan nak makan mcd pun kitorang kena kluarkan sampai rm70. Tu baaru mcd, lom lagi kalau nak gi makan restoren mewah..

Sebulan seblom balik cuti2 msia, dah buat list mana tempat nak makan. Slalunya dlm list adalah kedai mamak (utk tosei & rojak), japanese (jemu dah asyik la makan sushi tuna & salmon aje), serai (utk nasik kerabu), pasar malam (keropok lekor, putu bambu & yong tau foo). Kalau kat rumah lak request mak masak siput sedut...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 05:19 PM | Show all posts
plja2117 replied at 17-7-2017 04:32 PM
Betul tu. Kat msia yang takleh lawan..mewah makanan. Almost semua tempat halal, takyah nak kena ca ...

eh samalah, sebelum balik msia dah siap2 tulis nak makan kat mana... nak makan apa
lagi satu kat mesia pun best banyak tempat bercuti (nilah penyakit yg aku dpt tiap kali balik bercuti ke msia.... lambat sgt moved on )

kau kat england kah?
england mmg lawakan
mknn pun sedap, murah, berkualiti

aku bawak balik megi... kuih raya etc
kerepek pisang dah abes aku bedal sorang dlm masa 2-3 hari jer
kuih raya dah berbalang aku sental sorang sesambil menangisi diri kenapalah tak cuti 3 bulan kat malaya

taun dpn waktu raya aku nak propose tok laki utk tak balik beraya tapi pi jenjalan kat georgia ke... turki ke
makanya takdelah meroyan kurang makan lauk raya macam ni

ko balik raya tak plja?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 08:45 AM | Show all posts
Edited by plja2117 at 27-2-2023 03:39 AM

Deleted…
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 03:47 PM | Show all posts
plja2117 replied at 18-7-2017 08:45 AM
Aku kat aus aje..dekatt. Nak balik pun murah. Sebab dah ada airasia kan. So tiap tahun mesti balik ...

wah... bestnya aussie kat mana
aku dah lama tinggalkan england almost 5 years gitu
balik malaysia kejap dan skarang kat middle east pula

betul ke org kata cost of living kat aussie mahal?
properties kat tempat kau mampu milik tak?
tapi aku sure bahan makan, education, transport sangat bagus kat sana kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 07:26 AM | Show all posts
Edited by plja2117 at 27-2-2023 03:38 AM

Deleted…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2017 04:13 PM | Show all posts
plja2117 replied at 20-7-2017 07:26 AM
Aku kat sydney..so mmg cost of living mahal. Rumah kalau landed property memang semua AUD1mil ke a ...

wah, terima kasih for the insight
gigil aku tgk cost of living kat sana
abes tu, kalo cost tinggi... dia composite tak dgn gaji tinggi ke camne?
korang dapat saving banyak tak kalo gitu expensesnya?

aku kat saudi
cost of living lebih kurang mcm msia juga
dok dgn suami
kat area rumah aku, babby sitter SAR700 sorang.
nursery yg bagus sikit, SAAR1000 sebulan
ada org sudan jaga anak SAR400 sorang
yang boringnya saudi ni ialah takde tempat sightseing yg best2

tok laki aku dpt 2 kali offer pi dubai, tapi dgrnya cost tinggi maka kitorg takdelah pi
kitorg plan nak carik peluang gi oman pulak
kalo tak dpt... duduk kat saudi ni pun okey juga
tiket setahun sekali dpt, elaun rumah, cuti raya pun panjang
asal dpt simpan duit dan bayar hutang2 kat msia tu alhamdulillah

semua org ada sebab nak migrate be it sbb education anak2, nak simpan duit bayar utang, exposure etc
kita sume sacrifice kehidupan di masia, tinggal mak ayah sedara mara
itulah masa balik mesia, ada je org kata sian mak pak kene tinggal etc
padahal depa tak taukah... kita pun ada perasaan sedih, kita pun sacrificed few things jua


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya, kalau yg tak balik for good tu... let go kewarganegaraan tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 11:51 PM | Show all posts
Haliho replied at 20-8-2017 09:26 AM
Nak tanya, kalau yg tak balik for good tu... let go kewarganegaraan tak?

bila tua kot baru lets go..
sekarang simpan lagi..


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi Tuan tanah,

I've been in that situation. Bila dapat peluang berhijrah ke Jepun setelah berkahwin, mula-mulanya mmg seronok. Tapi seronok tu bertahan tak sampai sebulan. Haha.

Waktu kami berhijrah tu, suami saya masih seorang pelajar di sana. Saya pula baru sahaja habis belajar di Malaysia.

Seronok tu sebab suasana persekitaran yg baru,  dan cuaca yang sejuk. Cuma kekangan yang saya hadapi ialah masalah bahasa dan kewangan.   

Masuk je bulan kedua, saya dah mula rindukan kampung halaman. Rindu mak abah, rindu rumah sendiri, pendek kata rindu segala2nya di Malaysia.

Pernah satu ketika, saya menangis kerana betapa rindunya suasana panas di Malaysia sebab nak cuci pinggan pun sejuk ya amat. Nak jimat terpaksalah berdikit2 pakai gas pemanas. Terfikir punyalah saya ni tak bersyukur, bila kat Malaysia, asyik merungut panas. Hehe.

Masuk bulan seterusnya, terutama bila musim panas yg sangat kering, saya rasa nak balik Malaysia terus. Disebabkan saya surirumah sepenuh masa waktu tu, kebanyakan masa, saya sendirian dan itu menambah kepada masalah homesick saya. Hidup menjadi lebih tertekan ketika tu. Suami saya kebanyakan masa ke kuliah dan lab, dan juga bekerja part time. Saya tak dpt kerja kerana memegang status visa dependent.

Antara kenangan berharga yang saya tak dpt lupakan ialah kesempitan hidup. Kos hidup di bandar besar di Jepun agak tinggi. Pernah sekali saya ke pasaraya bersama seorang kawan Melayu. Disebabkan bajet yg ketat, saya nak beli ikan yg murah2 yg kadang2 dijual separuh harga. Di dalam poket saya waktu tu, hanya ada syiling. Tp inshaAllah cukup la kalau nak beli ikan kecil seekor. Hehe. Bila sampai waktu nak membayar, jiran saya minta pinjam duit syiling sebab dia takde duit kecil. Sebab tak tahu nak menolak, saya beri semua duit syiling yg saya ada dlm poket (lgpun tu je duit yg ada). Saya letakkan kembali ikan, dan keluar dari kedai dgn tangan kosong dan tanpa memberitahu kawan saya tu, saya memang dah takde duit. Saya juga tak beritahu suami kerana tak mahu dia bimbangkan saya.

Itu antara kisah2 dan liku2 hidup saya yg pernah berhijrah. Tidak saya nafikan, banyak juga perkara2 lain yang indah, manis dan baik.

Apa yg saya nak kongsikan di sini, hidup di negara orang sememangnya indah dan lebih membuka minda. Jika tiada halangan bahasa dan kewangan, kita juga akan berdepan dengan cabaran2 lain seperti budaya setempat, peraturan setempat dan lain2. Jika nak berhijrah, perlukan persediaan mental, fizikal dan emosi yang kuat. Kerana saya tidak sempat bersedia untuk semua itu, saya tewas dan memilih untuk pulang ke Malaysia. Namun, saya sangat bersyukur kerana pernah melalui hidup susah kerana pengalaman itu telah mematangkan saya.


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
saizeriya replied at 9-10-2017 09:14 PM
Hi Tuan tanah,

I've been in that situation. Bila dapat peluang berhijrah ke Jepun setelah berkahw ...

Walaupun sedih baca kisah awak tapi terasa kemanisannya juga
Satu hari nanti pasti awak rasa pengalaman berada diperantauan ni Manis juga bila dikenang
Insyaallah, moga Allah permudahkan semua urusan awak Dan suami
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2017 02:41 AM | Show all posts
saizeriya replied at 9-10-2017 08:14 AM
Hi Tuan tanah,

I've been in that situation. Bila dapat peluang berhijrah ke Jepun setelah berkahw ...

duduk malaysia pun kalau duit tak banyak, kena catu itu ini,
tak rasa happy juga... inikan pula kalau di ovc.

cita you ni lain kalau berduit, married to local peoples.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.072989 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list