CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

uKiRaN jIWa.. tamat sudaaaaa!!

[Copy link]
Post time 20-6-2012 03:50 PM | Show all posts
menanti n3 lagi nie...hihihi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2012 04:08 PM | Show all posts
Reply 21# shahrinas


    hihihi..trima kasih sbb masih sudi menungu dan terus menunggu momey smbung mlm ni la plak k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2012 08:29 AM | Show all posts
Encik Fahrin memandang Zain, Rizal, Azrol dan Hana seorang demi seorang. Kemudian dia tersenyum.


"Rasanya kita boleh mulakan sekarang.. Hmmm..Saya Fahrin Kamarulzaman peguam peribadi Tan Sri Mahmud akan membacakan wasiat arwah pada pagi yang mulia ini.. Saya..."


Tiba-tiba pintu diketuk. Muncullah muka Dahlya. Semua mata sekarang menumpu ke arahnya.


"U tunggu kat luar.. Nanti dah selesai I panggil U.." arah Zain tegas.


"Sampai hati U halau I? I ni pun sebahagian dari keluarga ni jugak tau! Bukannya macam perempuan tu yang tiada kaitan langsung dengan keluarga kita.." jawab Dahlya sambil memuncungkan mulutnya ke arah Hana.


Zain memandang Encik Fahrin. Dia dah malas hendak melayan karenah isterinya yang makin lama makin mengada-ngada itu.


"Tak pe.. Puan Dahlya boleh masuk tetapi tidak boleh bercakap apa-apa pun. Hanya boleh mendengar sahaja.." Encik Fahrin memberi arahan.


"Macam tu pulaaa..yelah-yelah!! I dengar jee" kata Dahlya lalu duduk di sebelah suaminya Zain.


Encik Fahrin memulakan pembacaan wasiat tersebut. Semuanya pada ketika ini hanya mahu tahu pembahagian harta sahaja.


"Oleh itu, 50% daripada harta arwah akan diberi kepada rumah anak-anak yatim Seri Budiman, 10% kepada Zain, 10% kepada Rizal, 10% kepada Azrol dan 20% kepada Hana.." terang Encik Fahrin.


"What???!!!!!" jerit Dahlya tidak puas hati. Begitu juga dengan Rizal. Dirinya semakin tercabar. Apa masalah arwah ayahnya sehingga harta yang diberi kepada anak angkatnya itu lebih dari anak kandung sendiri.


"Aku rasa abah dah silap ni.. Manakan lebih anak angkat dari anak kandung sendiri! Aku tak setuju!!" jerit Rizal lalu menghentak tangannya di meja.


"Bawa bertenang semua.." Encik Fahrin cuba tenangkan keadaan.


"Lebih-lebih pula perempuan ni.. Entah-entah betol kot perempuan simpanan abah kan?"


Zain terus menampar muka Dahlya. Yang lain terkejut. Hana betol-betol rasa bersalah muncul dalam keluarga itu. Kerana dia keluarga itu menjadi kucar kacir.


"Diam! U hanya menantu dalam keluarga ni.. U tak berhak campur urusan keluarga I.." Zain bernada perlahan tetapi tegas.


Dahlya mengusap pipinya yang sudah kemerahan itu.


"Sambung kembali, Encik Fahrin.." kata Zain lalu duduk kembali.


"Baiklah. Seperti anda semua sedia maklum, Tan Sri Mahmud telah pun sediakan rumah untuk setiap anak-anaknya iaitu Zain, Rizal dan Azrol. Manakala pejabat ini diserahkan kepada anak sulungnya Zain untuk menguruskannya. Untuk pengetahuan semua juga, Hana dilebihkan percentnya dalam harta ini kerana atas dasar sahabat arwah dan arwah ayah Hana"


Hana memandang Zain. Zain perasan. Mereka berdua berbalas pandangan. Masing-masing bersoal jawab di dalam hati. Rizal makin berdendam. Dahlya pula semakin tercabar tambahan dengan kehadiran Hana dalam keluarga itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 08:47 AM | Show all posts
x cukuplah pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2012 09:12 AM | Show all posts
Setelah selesai pembacaan wasiat itu, Encik Fahrin mohon undur diri lalu pergi meninggal kan yang lain di dalam bilik perbincangan itu.


Masing-masing masih mendiamkan diri. Sehinggalah...


"Aku masih tak faham kenapa abah buat kita macam ni!" Rizal sudah serupa orang hilang akal. Dia memandang tajam ke arah Hana.


Hana bimbang dirinya diperlakukan di luar batasan.


"Ni harta abah.. Suka hati abah la dia nak yang macam mana pun kan?" Zain jawab dengan selambanya.


"Kau hasut abah kan?!!!" Rizal makin bertindak ganas. Dia menghempuk buku di hadapannya.


Zain hanya diam memandang Rizal.


"Sudah la tu, abang.. Gaduh pun dah tak guna, abah dah tak ada.." kata Azrol cuba mengawal keadaan.


"Kau tengok adik kau yang bongsu tu.. Dia lagi bijak pikir dari kau.. Tak malu?" Zain cuba mengawal perasaannya. Kalau boleh dia tak nak adik beradik bergaduh sebab harta.


"Dari kecil sampai besar, selalu kau yang dilebihkan oleh abah. Apa yang kau nak, mesti kau dapat. Sampai abah dah mati pun, tetap kau juga yang dilebihkannya. Syarikat ni dah jadi milik kau kan?"


"Abah sayang semua anak dia.."


"Sayang la sangat! Sayang ape kalau bahagi harta pada anak orang lain! Hana tak berhak terima harta ayah!" Rizal memandang Hana kembali.


"Rizal! Kau tak payah buang masa laa.. Abah tak kan hidup balik untuk ubah wasiat dia tu. Buang masa je ko membebel kat sini. " Zain mengambil buku notanya lalu keluar dari bilik perbicangan itu.


Rizal mendekatkan dirinya dengan Hana. Hana cuba melarikan diri tetapi tangannya dipegang kuat.


"Cantik.. Aku suka tengok muka kau.." Rizal puji sambil tersenyum nakal. Di dalam kepalanya ligat berfikiran nakal.


"Lepaskan aku!" Hana berlalu keluar dari bilik itu. Rizal hanya tersenyum dengan penuh makna.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 11:21 AM | Show all posts
Reply 23# momey


Cerita ni hanya rekaan semata-matakan...... tidak bersangkut dgn yg hidup atau mati......

cuma my 5cts komen ...... part pembahagian dlm wasiat tu klu kita gunakan hukum yg sebenar memang
tidak tepat (hukum islam) walaupun ada wasiat... kena guna hukum faraid.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-6-2012 11:34 AM | Show all posts
Reply 26# qimi08


    hahaha..mmang dah sah rekaan je der..   kalu betol2 blaku mmang kene hntam dah kottt  :@  thanks 4 ur information
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 02:08 PM | Show all posts
Jill wasiat yg Turin, boleh Guna utk 1/3 harta ( jika Ada wars yg bangkang), selebih ikut  afraid. Jika semua waris setuju, boleh ikut 100%. Itu yg berlaku Waktu abah saya meninggal, dia tnggalkan wasiat lisan, kami semua akur utk ikut 100%.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2012 02:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 21-6-2012 14:59

Harta Ismeth luar negeri!
Pakistan! Afghanistan! Congostan! Go head go stan... kat mana tu?

Dekat dekat dengan negeri setan!










Sorrylah Momey... tetiba teringat cerita Tiga Abdul...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2012 03:45 PM | Show all posts
Reply 28# AnakPakKassim


    ooo..paham2.. tq atas penjelasan itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2012 03:46 PM | Show all posts
Reply 29# Nicki_Meow


    hhmmmm   imbas kembali yeee.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 11:36 PM | Show all posts
selamatkanlah hana dari si rizal tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2012 09:28 AM | Show all posts
Beberapa hari kemudian..


Hana dengan memegang beg pakaiannya lalu menuruni anak tangga. Rizal dan Dahlya perasan. Hana hanya menunduk ke bawah.


"Nak pegi rumah sugar daddy mana pulak?" perli Rizal sambil berlakon membaca suratkhabar.


"Arwah abah kan dah mati, cari orang lain pulak laaaa" sambung Dahlya agak kurang ajar itu.


Hana terus memandang Rizal dan Dahlya. Ikut hati, nak aje dia menjawab hinaan itu. Tetapi memandangkan dia hanya menumpang di dalam rumah itu, lebih baik sabar dan terus berdiam diri. Memendam perasaan.


"Awak nak ke mana ni?" tanya Zain tiba-tiba lalu menarik beg pakaian Hana dari tangannya.


"Saya dah dapat rumah sewa dekat dengan tempat kerja saya.." jawab Hana lemah.


"Kerja? Kerja mana?"


"Darling..u x payah nak sebok-sebok ambil tahu hal dia..dia nak mampos ke..nak jadi pelacur ke..suka hati dia!" Dahlya menyampuk kerana terlalu cemburu apabila suaminya itu terlalu rapat dengan Hana.


"Saya pergi dulu.." Hana mengambil begnya lalu keluar dari rumah itu. Zain hanya memandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2012 09:34 AM | Show all posts
Zain mengambil kunci kereta BMWnya. Dia memandang Dahlya yang sedang kusyuk menonton televisyen bersama Rizal.


"Rizal! Kau tak pergi keje ke?" tanya Zain tegas.


"Aku cuti lagi"


"Jangan nak mengada sangat erk.. Kerja berlambak kat ofis tu!"


"Darling... i nak duit.." Dahlya merayu sambil cium pipi suaminya itu bertalu-talu. Rizal hanya ketawa kecil melihat gelagat kakak iparnya yang kaki kikis itu.


"Duit apa lagi ni? Eh..pergi sana sikit..rimas la!" Zain menolak perlahan tubuh isterinya itu.


"Hei..nape ni?"


"Busuk!"


"Amboi..lasernya mulut u.. I nak duit!! Mana duit i??"


"Minta kat bapak u! Dia kan tokey duit!" kata Zain lalu beredar keluar ke keretanya.


Dahlya mengeram marah. Dihentakkan kakinya dilantai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2012 09:41 AM | Show all posts
Zain memasang radio kegemarannya Radio Suria fm. Lagu 'Antara Sutra dan Bulan' dari kumpulan Damasutra berkumandang sayu. Dia memandu 80km/j sahaja pagi itu. Tiba-tiba dia terpandang Hana di perhentian bas. Apalagi, dia terus menuju ke arah itu dan memberhentikan kereta. Dia turun. Dia berjalan ke arah Hana.


"Hana nak pegi mana ni? Rumah ke tempat kerja?" pertanyaan Zain itu mengejutkan Hana.


"Eh, bukan ke awak nak pergi kerja?"


"Dah satu jalan..kebetulan nampak awak..saya berhenti la..hihi..jom saya hantarkan awak. Nak balik rumah dulu erk.."


"Nanti menyusahkan pula. Dan, kalau Dahlya nampak, bertambah susah la awak nanti.."


"Biar je dia tu..malas saya nak layan. Jom ikut saya.."


Zain mengambil beg pakaian Hana. Hana hanya mengikut Zain ke kereta tanpa membantah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2012 10:41 AM | Show all posts
Semasa di dalam perjalanan ke rumah sewa Hana..


Sesekali Hana curi memandang Zain. Zain perasan.


"Kita tak ada jodoh kan?" Hana bernada perlahan.


"Saya terpaksa kahwin dengan Dahlya. Semuanya kerana syarikat arwah abah yang hampir muflis beberapa ketika dahulu."


"Saya tunggu awak.."


"Saya tahu.."


"Awak tahu? Tapi kenapa awak buat saya macam ni?"


Zain memberi tanda isyarat ke arah kiri. Dia kemudian memberhentikan keretanya. Dia dengan rakusnya memegang tangan Hana.


"Sampai sekarang..sampai sekarang saya masih sayangkan awak. Saya betul-betul terkejut semasa awak balik bersama arwah ayah malam hari tu. Tuhan temukan kita kembali."


"Tapi awak dah jadi suami orang.."


"Saya akan tinggalkan Dahlya bila tiba masanya.."


"Saya bukan perampas!"


"Dan saya tak sanggup hidup lagi bersama orang yang saya tidak cinta.." Zain semakin erat memegang tangan Hana.


Hana terdiam. Matanya berkaca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2012 10:51 AM | Show all posts
Zain menghantar Hana sehingga di hadapan pintu rumah. Tanpa mereka sedari rupanya Rizal mengikut gerak geri mereka dari perhentian bas lagi. Semasa dia hendak keluar membeli rokok, kebetulan dia ternampak abangnya, Zain dan Hana masuk ke dalam kereta. Dengan peluang itu dia mengekori mereka berdua.


"Terima kasih.." ucap Hana. Dia dan Zain bertentang mata.


"Saya akan tebus kesalahan saya pada awak. Tunggu saya.." Zain serius bertutur.


Hana tidak berani simpan harapan lagi. Dia tidak mahu terluka untuk kali kedua.


"Percayalah cakap saya!" Zain menggenggam sekali lagi tangan Hana.


Rizal menggenggam jari jemarinya.


"Aku tahu apa aku nak buat" bisik hati Rizal lalu beredar dari kawasan rumah Hana itu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 02:03 PM | Show all posts
Uwahhh si rizal ni kacang hantu rupanya:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2012 03:55 PM | Show all posts
Sesudah sampai di pejabat, Zain terus menuju ke dalam biliknya.


"Encik Zain, pagi ni dan petang ni encik ada dua appointment.."


"Macam ni la, Zana.. Batalkan semua meeting atau appointment saya untuk hari ni. Saya ada hal sikit nak settle dalam bilik arwah ayah saya tu.." Zain terus memotong percakapan setiausahanya itu.


Zana hanya menggangguk lalu beredar. Zain berjalan menuju ke bilik arwah ayahnya. Apabila sebaik sahaja dia membuka pintu, Rizal dengan muka tidak bersalahnya duduk bergaya di atas kerusi utama itu. Dia tersenyum sinis pada Zain.


"Bila masa kau sampai ni?" Zain menutup pintu. Diletakkan brifcasenya di atas sofa berdekatan.


"Kenapa? Tadi bebel sangat suh aku datang keje."


Zain memandang Rizal yang hanya memakai t-shirt dan seluar jeans itu. Rizal meletakkan kakinya di atas meja. Dia mula mengeluarkan sekotak rokok di dalam poket seluarnya. Dicabut sebatang lalu diletakkan di bibir.


"Kalau kau nak gigi kau hancur semua, kau hisap rokok tu sekarang!" jerkah Zain sambil menunjukkan penumbuk.


Rizal geram. Dia membaling rokok itu ke arah Zain. Kemudian dia berjalan pantas ke arah Zain lalu mencenkam kolar baju Zain.


"Suka hati aku la nak buat ape pun!! Kau ni dari kecil sampai besar asyik nak mengarah aku je! Apa masalah kau ni?" Rizal membeliakkan biji matanya.


Zain menolak Rizal. Dia membetulkan kolar bajunya kembali.


"Kau nak tahu apa jawapannya? Sebab kau tu adik dan aku ni abang, bodoh! Dah sah-sah aku yang kene bagi arahan dekat kau!" Zain dengan selamba menolak kepala Rizal.


"Oiiii!!! Berani kau tenyeh dahi aku!"


Bermula lah aksi tumbuk menumbuk di dalam bilik itu. Pintu bilik dibuka.


"Encik!! Encik! Kenapa ni??" jerit Zana.


Pergaduhan terlerai. Bibir Rizal terluka manakala Zain hanya lebam di pipi. Memang ganas!! Rizal mengambil kunci kereta di atas meja lalu beredar keluar dari bilik itu. Zain hanya memandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 05:29 PM | Show all posts
mak aiiii.. lama plak rsnya tinggalkan crita ni bersendirian.. ekekeke.. momey smbung je la erk ckit.. sebarang kritikan atau komen dipersilakan


EPISOD 3

Hana mengenakan pakaian kurung moden bercorak bunga halus. Kemudian dia mengenakan secalit lip glos untuk basahan bibir. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Dia memandang jam dinding. Jam menunjukkan pukul 8.45 minit pagi.

"Sape pulak yang datang rumah aku pagi-pagi buta ni.." Hana mendengus.

Sebelum dia membuka pintu, sempat lagi dia mengambil sikat lalu menyikat rambutnya yang ikal mayang itu. Kemudian, dengan perlahan dia membuka pintu tanpa mengintai di tingkap siapakah gerangan yang mengetuk pintu itu. Terbuka sahaja pintu tersebut, muncul la wajah Rizal sambil tersenyum gatal. Hana agak terkesima.


"Buat apa datang sini?" tanya Hana hairan.


Rizal tanpa banyak bercakap terus menolak Hana masuk ke dalam rumah lalu mengunci rumah itu. Dia menyandar ke pintu sambil tersengih. Jantung Hana mula berdebar. Dia cuba mengawal perasaan takutnya itu.


"Kau nak ape ni, Rizal?"


"Hahahaha..releks la sayang.." Rizal mencubit manja pipi gebu Hana itu. Hana menepis pantas.


"Baik kau keluar dari rumah aku ni sebelum aku jerit kuat-kuat!!!" Hana bertegas.


Rizal ketawa dan terus ketawa.


"Jerit la wahai sayangku.. sikit pun kekanda tak takut.." Rizal mula memegang tangan Hana.


"Apa pegang-pegang ni!!"


Hana cuba melepaskan diri tetapi direntap tangannya yang mulus itu semakin kuat. Hana meraung kesakitan. Mukanya menjadi merah. Rizal ketawa kecil. Ditariknya tubuh badan Hana sehingga rapat ke tubuhnya. Dengusan nafas Rizal terkena wajah Hana. Hana semakin takut.


"Tolong Rizal.. jangan buat aku macam ni.. please.." Hana merayu. Tubuhnya makin lemah di dalam pelukan Rizal yang semakin kuat itu.


"Aku tak akan lepaskan kau.. Aku nak kau jadi milik aku..hahahaha" Rizal terus merebahkan Hana di lantai. Hana terdampar.


Rizal tersenyum lebar memandang Hana. Tali pinggang dibuka, kemudian zip seluar. Hana cuba melarikan diri tetapi tidak terdaya. Badannya cukup lemah untuk melawan kudrat Rizal yang sudah seperti nafsu binatang itu.


"Jangan Rizal!!" jerit Hana.


"Hahahaha..jangan risau..sakit sikit je..sikit jee..hahahaha" Rizal semakin mengganas.


"Tolongggggg!!!!!"


Hana tewas. Mahkota dirinya telah diragut. Diragut tanpa rela. Rizal puas! Tiba-tiba handphone Hana berdering. Rizal dan Hana saling berpandangan. Hana masih menangis sambil menutup badannya dengan kain bajunya yang hampir menjadi kain perca itu. Rizal membetulkan seluarnya. Kemudian dia mengambil handphone Hana di atas sofa. Tertera nama Zain. Rizal memandang tajam ke arah Hana.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.098646 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list