CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2538|Reply: 0

...BARU : “Mailing List” dan “Board Subscription ”...

[Copy link]
Post time 25-6-2012 08:31 AM | Show all posts |Read mode
MESEJ DARI ADMIN CARI:

BARU : “Mailing List” dan “Board Subscription ”.


CARI Forum dengan ini melancarkan fungsi baru iaitu “Mailing List” dan “Board Subscription”. Dengan fungsi baru ini, Moderator dapat menghantar informasi aktiviti, maklumat terkini dan berita terhangat kepada forumer dengan lebih cepat dan efektif.

Introduksi :
Fungsi ini disediakan untuk menyenangkan komunikasi antara Moderator dengan Forumer yang melayari board tersebut. Forumer dapat menerima berita forum terbaru yang dihantar oleh moderator. Moderator juga dapat menggunakan fungsi ini untuk mempromosikan board masing-masing. Ia dapat mengumpul forumer yang mempunyai minat yang sama supaya dapat membincangkan topik, kongsi maklumat dan aktiviti yang diminati.

Fungsi Mailing List :
Dengan fungsi “Mailing List”, Moderator dapat menghantar mesej kepada forumer yang sudah “subscribe” di board yang diminati dengan hanya satu klik sahaja. Ia akan mengurangkan kerja moderator untuk menghubungi forumer yang betul-betul berminat dengan topik tertentu secara lebih efektif dan berkesan.


Contoh-contoh untuk kegunaan seperti:

-Menyampaikan maklumat terkini dan aktiviti dalam board: Aktiviti seperti topik-topik tertentu, web gathering, isu-isu penting untuk rakyat, peraduan board, thread perayaan atau maklumat terkini.

-Pengumuman pertukaran Board polisi dan peraturan

-Thread-thread menarik yang dipilih oleh moderator: Moderator dapat mempromosi thread yang dipilih sebagai digest thread menggunakan fungsi ini supaya lebih ramai forumer dapat melayari maklumat tersebut.


Mailing list dapat dihantar dengan 3 cara kepada forumer yang sudah subscribe:
1) Forum Mesej (akan dihantar dengan menggunakan akaun moderator sendiri)
2) Emel (akan dihantar dengan emel:  webmaster@cari.com.my)
3) Private message dan emel

Kepada moderator:
Untuk mengelakkan penghantaran mesej secara berkumpulan serta menambah beban terhadap sistem. Semua mesej terkumpul akan disemak oleh admin sebelum dihantar kepada forumer mengikut masa. (approval by admin)

Board Subscription:
Forumer boleh melanggan "subscription" untuk senarai kegemaran mereka. Mereka akan menerima mesej yang dihantar oleh moderator selepas subscribe board tersebut.

Kami berharap moderator dapat menggunakan fungsi ini dan membawa manfaat kepada lebih ramai forumer.

Sekian terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.241972 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list