CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96504|Reply: 283

~ Pengalaman diganggu sejak tahun 2000 (part II) ~

    [Copy link]
Post time 28-6-2012 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Salam.....
akhirnya, yeay!!!! rumah baru. maaf ye rumah baru ni lambat sket dibuka. kepada yg belum pernah baca rumah pertama, boleh baca kat sini http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=648291&extra=page%3D5 kalau boleh habiskan dulu rumah pertama, baru senang nak faham cerita kat rumah kedua.

sesiapa yg mengikuti rumah pertama mesti tau miss ada masalah darah rendah yg kronik sampai xboleh bangun. sebab tu miss decide utk bercuti, tukar angin. plan awal nak g tempat sejuk tapi suami pulak xboleh tinggalkan ofis. so miss dihantar balik ke kampung, duduk berkepit dgn mak selama seminggu. best sangat2 sebab miss pening2, mak rebus pucuk betik + pucuk mengkudu + pucuk ubi & paksa miss makan. pahitnya tak payah ceritalah.....memang sengsara. tapi kesannya sangat mujarab. miss dah boleh bangun, aktif & cergas. isnin ari tu g cek up, doktor cek bp dah normal. syukur alhamdulillah.... so sesiapa yg ada masalah darah rendah boleh cuba cari pucuk2 tu & rebus.

perkembangan terkini diri miss, alhamdulillah dah xde gangguan berat. malam2 aman je xde yg melawat. tdo xde mimpi yg pelik2 (tapi malam kelmarin mimpi wak hk ) anak dah tak mengigau.... cuma kat rumah mak ari tu ada gangguan ringan yg tak berapa nak seram. nanti miss cerita ye.... terima kasih kepada kawan2 yg pm bertanyakan keadaan kesihatan miss. terharu sbb ramai yg ambil berat. kalo ada pm yg belum berbalas, minta maaf ye. miss cuba balas setiap pm yg ada secepat mungkin.

utk rumah kali ni, harap xde lagi isu2 & kontroversi mcm ari tu ye.... semoga kita dapat berforum dalam keadaan hepi-hepi je......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 04:07 PM | Show all posts
assalamualaikum, check in
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:10 PM | Show all posts
check in rumah baru  
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:12 PM | Show all posts
dah ada umah baru.... hr ni byk masuk umah baru..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:14 PM | Show all posts
Assalamualaikum miss..
merempit kat umah no 1 sampai sakit mata ngadap skrin komputer, jd umah no 2 ni tingin lak nak nyibuk..hehe
salam perkenalan dr org baru..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:14 PM | Show all posts

~ Pengalaman diganggu sejak tahun 2000 (part II) ~

Check in gak


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2012 04:35 PM | Show all posts
sorry..Ratu tak sempat berkenalan pun ngn umah lama...tetiba muncul umah baru...

nak tanya, masalah darah rendah tuu, tekanan darah rendah atau kurang darah...

kalu kurang darah, kiter senasib...ratu punya prob, sel darah lemah...tu pasai darah cepat mati/termusnah...so Ratu mengalami anemia yg serius...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:36 PM | Show all posts
Reply 1# misslivina

check in..

cuma kat rumah mak ari tu ada gangguan ringan yg tak berapa nak seram.


ni mesti si alien tu kannn???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 04:37 PM | Show all posts
yeay ruma baru. saya SR je selama ni kak. hehe. nunggu gk rumah baru muncul kan. x sia2 nunggu ni,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 04:38 PM | Show all posts
sorry..Ratu tak sempat berkenalan pun ngn umah lama...tetiba muncul umah baru...

nak tanya, masal ...
RatuJuwita Post at 28-6-2012 16:35



    ratu, miss ni problem tekanan darah rendah. memang ada sejak azali & makin teruk sejak mengandung. bukan kurang darah....
    tapi tiap kali nak derma darah memang xlepas...nurse suruh balik je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 04:39 PM | Show all posts
Reply  misslivina

check in..



ni mesti si alien tu kannn???
edoraixora Post at 28-6-2012 16:36



    kihkihkih....ye alien rentung tu lah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:45 PM | Show all posts
Ratu faham camna rasanya, tekanan darah rendah nii...betul laa tuu, smpi ke tahap x bley bgn...

Ratu sendiri, kalu x sihat...demam ker..tekanan darah akan down...mmg melilau + melelong...siap nampak bintang2 lagi..(n kadang2 macm2 bley nampak..huhu)...dah laa ada anemia yg teruk...

tapi, kalu x daa demam/selsema...kalu time sihat, alhamdulillah...tekanan darah normal jaa..

tapi anemia tetap di tahap yg sangat tak best...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:50 PM | Show all posts
finally...hehe lme nye tuan rumah bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 05:06 PM | Show all posts
Check in umah baru...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 05:10 PM | Show all posts
yey....nak bace cete baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 05:24 PM | Show all posts
ok...cerita pertama utk rumah ni. ala2 national geographic sket cerita ni. sabtu malam yg lepas kitaorang ada buat kenduri arwah utk wan. alhamdulillah ramai tetamu yg datang & lauk 10 ekor ayam pun licin. dalam pukul 12 semua tetamu dah balik. tinggal jiran2 tolong kemas pinggan mangkuk. oleh sebab miss tgh mengandung, tak dibenarkan utk buat kerja berat2. so miss berehat kat ruang tamu depan. tgh rehat2 tu miss terdengar bunyi burung murai menyanyi2. hepi sangat bunyinya. pelik jugak burung murai menyanyi tgh malam buta. bunyinya dekat sangat... miss speku burung tu bersarang kat pokok limau depan rumah.

waktu nak tdo, miss cerita kat mak pasal burung murai tu. kata mak burung tu bersarang kat atas bumbung. rupanya ada cerita di sebalik burung murai tu. kata mak, ada satu hari mak siram pokok bunga. sebelum masuk rumah, nak basuh kaki guna air yg ditadah dalam baldi ( paip tu bocor, air asek menitik je so mak tadah baldi supaya xmembazir). waktu nak basuh kaki, mak tgk dalam baldi tu ada sekor burung murai tgh lemas. agaknya dia nak minum air tapi tergelincir. mak ambik burung tu, lap dgn towel & bagi makan beras. lepas tu mak lepaskan dia. sejak hari tu, tiap2 pagi bila nak keluar g kerja, burung murai tu akan tunggu mak sambil menyanyi2. tak lama lepas tu burung tu bersarang kat dalam rumah. tiap kali ada tetamu dtg, dia akan menyanyi2 lepas tetamu balik. erkkk..... mistik ke tak cerita ni?

cerita kedua mak berkenaan burung. selepas burung murai tu bersarang kat dlm rumah, satu subuh tu mak bangun tgk ada sekor burung serindit hijau tgh bertenggek kat atas meja makan kat dapur. senyap je & bila mak cuba tangkap, dia xlari. balik dari kerja burung tu masih ada kat atas meja makan. petang tu ada sorang jiran ambik burung tu utk dibela. xtaulah apa jadi kat burung tu sekarang.

cerita ketiga, kat tempat kerja mak. ada satu pagi mak masuk ke toilet, ada 3 ekor anak burung hantu tgh bertenggek kat dalam toilet. kata mak, anak burung hantu tu besarnya macam ayam. semua tgh tdo sbb burung antu kan tdo waktu siang. semua orang terkejut sbb sebelum ni xpernah plak dorang nampak kelibat burung antu kat situ. tiba2 ada 3 ekor anak. maknya ntah ke mana. anak2 burung tu ada sorang staff bawak balik tapi mati.

itulah cerita pasal mak & burung. waktu bercuti kat kampung ari tu, miss ada ikut mak meraba siput kat sungai di kuala lipis. sekarang ni musim panas, sungai banyak yg kering. sebab tu org tgh gila meraba siput. bukan nak makan siput sangat pun, saje nak berendam. selalu mak pergi dgn geng2 dia sampai 5 bijik kereta. ari yg miss ikut mak tu, kitaorang pergi berempat je.... miss, mak, adik lelaki miss & anak miss. first time miss sampai ke sungai tu, terkejut sangat sebab xsangka sungai besar. namanya sungai jelai. memang besar sungainya...kat tebing ada banyak bot bertambat. tapi sebab musim kemarau, sungai cetek....tinggal pasir aje. air dah surut. bot pun boleh jalan kat sesetengah part je.

miss ni ada satu masalah yg berkaitan dgn sungai. miss fobia mandi sungai sbb takutkan buaya. mana taknya, dari kecik asek mimpi buaya je...terbawak2 ke alam nyata. mak & adik lelaki miss tau miss takut, dorang kata air cetek je. setakat paras lutut. nak rendam bontot pun xlepas. bila dorang cakap mcm tu, baru miss berani turun. memang air takat lutut je. mak & adik miss meraba siput, miss & anak duduk atas batu rendam kaki. sambil2 tu mata melilau jugak takut ada buaya yg datang. jantung ni tuhan je yg tau..... sungai tu ada bahagian yg cetek mcm port yg kitaorang ambik, tapi ada jugak bahagian yg masih dalam sebab miss tgk ada satu bot tu elok je jalan. miss takut kalo ada buaya tgh menyorok kat bahagian yg air dalam tu & perlahan2 merangkak datang kat kitaorang.

lepas dua jam, kitaorang balik. dalam perjalanan balik, ada sekor burung terbang rendah melintas jalan. burung tu higgap kat pokok pisang.warnanya coklat, hitam kat bahagian leher & ekor. besar macam ayam. adik lelaki miss yg tgh drive cakap "eh....ayam ni main terbang2 plak" sambil gelak2. mak kata itu burung, bukan ayam.... terus miss teringat pasal burung but-but yg kita ceritakan kat rumah pertama dulu. pak aria ada tepek gambo burung tu. memang sah burung yg terbang tadi burung but-but. kata mak, bukan senang nak jumpa burung tu....sebab selalunya dia bersarang kat dalam hutan. mak pun xpernah tgk burung but-but.agak pelik la sebab yg sebenarnya, beberapa malam sebelum tu miss ada sembang dgn mak cerita pasal proses buat minyak but-but yg kejam tu. tiba2 dpt tgk burung tu pulak. hehe... kebetulan?

malam tu, miss mimpikan sungai jelai yg kitaorang pergi siang tadi. dlm mimpi miss, ada sekor buaya hitam sebesar tong dram merangkak naik dari air, berjemur kat beting pasir tempat kitaorang meraba siput. miss terjaga. esoknya cerita kat mak & adik lelaki miss. adik miss gelak. kata dia yg sebenarnya sungai jelai tu memang banyak buaya pun. tapi musim kemarau, semua buaya masuk dalam lubuk. kalau air dah naik separas dada orang dewasa, baru buaya2 tu keluar semula. kata dik miss la, xtau betul ke tak. adik miss cerita, kat sungai tu orang selalu memancing udang galah. ada sekali tu sorang pakcik dpt udang galah besar lengan. org2 yg memancing kat situ dah biasa tgk buaya timbul tapi xtakut pun sbb xpernah lagi buaya kat situ kacau orang. anak2 orang asli pun selamba je berhanyut kat sungai. padahal dorang mesti tau sungai tu ada buaya. dulu adik miss pernah kerja sekejap kat kedai makan kat benta, kuala lipis. tokey kedai tu belakang rumah dia sungai jelai. tokey tu cerita, selalu je buaya naik ke tebing belakang rumah dia. tapi xkacau orang. buaya tu sunbathing je sambil buka mulut..... cuma pintu dapur kena pastikan sentiasa bertutup la.

itu jelah cite utk kali ni..... sori ye kalo xberapa nak mistik....baru nak warm up utk rumah baru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 05:44 PM | Show all posts
cek in rumah baru!!! lama balik kampung ye cik livina.
ada nampak kakmelah janda tak
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 06:12 PM | Show all posts
assalamualaikum wbkth
alhamdulillah bukak dah rumah baru

/ Setiap yang berlaku ada hikmah, pandanglah dengan mata hati walaupun yang melintas dihadapan kita hanya seekor lalat yang hina. Kita nilai diri sendiri.. jgn dengar apa kata orang tentang diri kita yang banyaknya dari mereka hanya bersangka2 je tanpa sumber.

gud luck!
wasalam
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 06:54 PM | Show all posts
Salam miss, Check in
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 08:46 PM | Show all posts
yei yei yei...

cek in  ye miss...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.073783 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list