|
salam semua..
miss, saya tumpang cerita ya. pengalaman masa kecil2 dlu. sebelum itu, sy doakan miss dan anak selamat dan sihat..
ini pengalaman masa saya berumur kurang kurang 5tahun. masa tu kami sekeluarga pergi bercuti ke utara tanah air. ayah sy org utara, manakala emak sy pula org selatan. kira macam cinta kutub utara, kutub selatan. nanti sy cerita pasal belah emak sy jika ada masa.
sepanjang perjalanan ke kampung ayah, tiada masalah. sampai petang, tapi kami masih ada masa untuk bermain di waktu petang bersama sepupu yang lain. masa tu, depan rumah makcik (kakak ayah) ada bendang. masa kecik, jakun sikit nampak sawah. maklum lah, orang johor kan. nampak sawah sepanjang highway semua dok melopong. "wahhh, hijaunya. cantiknya...bla bla bla"
sampai di sana, tumpang tido umah makcik ni. panggil chaq. sebelum tu meh sy describe umah chaq mcm mana. umah ni 2 tingkat. tingkat atas papan, dan tingkat bawah campuran. means separuh batu, separuh papan. paham? tangga nak naik ke tingkat atas sangat curam. oh ya, chaq sy ni tukang jahit. dekat tingkat atas, ruang tamu mini mcm rumah sekarang (tu nak panggil ape ye?) tempat letak mesin jahit makcik saya. dulu lah menjahit, sekarang dia mengajar orang menjahit je.
malam tu, mak ayah and adik kecik 2 org tido di tingkat bawah, depan tv.
sy,along and angah tido dengan chaq di tingkat atas. kami tido di kawasan mesin jahit tu. tp tido x menghadap mesin. sy tido sebelah chaq.
tengah malam tu, sy xsure pukul berapa sbb lampu balkoni je pasang. so, samar samar. sy dengar bunyi mesin jahit. sy ingat kan chaq yg menjahit, pusing tepi tengok chaq ada di tepi. sy toleh dan tau ape sy nampak... jeng jeng jeng.. something berbungkus sedang berdiri di mesin jahit. sy kejut chaq, chaq, dia cakap tu cicak and suh sy tido balik.
tp itulah, budak budak kan. ikot je lah. sy pun tido dalam ketakutan.
maybe dia xnak sy takot dan menangis. Sbb tu cakap cicak. Tp esok pagi tu dia xde ungkit pun pasal “cicak” tu. Saya? Lagilah. Haha sebok main dengan sepupu. Confirm2 la buat bodoh. Tp smpi skrg sy masih ingat lagi. Trauma pun ada.
smpi sekarang, kalo balik kampung ayah, sy x nak tido sana. mesti nak tido rumah pakcik (abg ayah)...hehe
itu saja, sekian. ada masa sy tepek cite lain..
selingan sementara tunggu miss sehat. miss jgn marah aa sy tumpang cita. momod pun. sy budak baru belajar....a |
|