CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22319|Reply: 23

Foto-Foto Haiwan Yang Telah Pupus Yang Sempat Dirakam.

[Copy link]
Post time 30-6-2012 11:16 PM | Show all posts |Read mode

1.The Tarpan
Spesies Tarpan yang terakhir mati di Ukrain tahun 1876. Tarpan merupakan jenis kuda prasejarah yang pernah mengembara  dari   Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur menuju Rusia.Tarpan pupus pada akhir 1800-an.Ini disebabkan oleh kerosakan habitat hutan dan padang rumput.Perburuan yang dilakukan oleh para petani kerana takut tanaman mereka akan dimakan Tarpan.


2.The Quagga
Antara spesis kuda yang sudah pupus adalah Quagga. Merupakan subspesies  dari kuda belang. Quagga liar yang terakhir hidup, di tembak pada akhir  1870-an. Kepupusan  Quagga  disebabkan oleh perburuan liar  dan dijadikannya Quagga sebagai   pengganti daging kepada haiwan ternakan. Yang unik dan membezakan Quagga  dari spesies kuda lainnya   adalah corak kulitnya yang seperti kuda belang pada  bahagian depan.


3. The Javan Tiger
Harimau jawa merupakan sub spesis harimau yang hanya dapat dijumpai di pulau Jawa, Indonesia. Harimau Jawa terakhir mati sekitar tahun  1980-an. Pada   awal abad ke-19, Harimau Jawa dapat  dijumpai di seluruh pulau Jawa, tapi kerana populasi manusia yang meningkat pesat menyebabkan kerosakan habitat di hutan. Penyebab lain kepupusan harimau jawa juga kerana perburuan liar, sehingga tahun  1950-an hanya terdapat sekitar 25 ekor harimau jawa.


4. The Caspian Tiger
Antara harimau    lain yang telah pupus adalah Harimau Kaspia. Penelitian terbaru menunjukkan    Harimau Kaspia mempunya sedikit persamaan dengan Harimau Siberia.  Pupusnya Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan dan kemusnahan habitatnya. Harimau Kaspia kali terakhir ditemukan pada tahun 1950-an.


5. The Syrian Wild Ass
Spesies terakhir dari haiwan ini mati pada tahun 1928 di zoo Schönbrunn, Wina. Sebelum abad 18,kebanyakan habitat Syrian Wild Ass meliputi pergunungan, gurun, antara palestin dan iraq.Yang menyebabkan kepupusan haiwan ini, kerana kemusnahan habitat akibat perang dunia I.


6. The Tasmanian Tiger
Spesis terakhir Harimau tasmania mati tahun 1936 di zoo Hobart,Tasmania. Harimau Tasmania diburu hingga pupus oleh  para pemburu  liar dan petani, meskipun  faktor-faktor lain seperti  penyakit, dan  gangguan manusia terhadap habitatnya mungkin juga  memainkan peranan utama kepupusan spesis ini.


7. The Bubal Hartebeest.
Bubal Hartebeest merupakan sejenis spesies dari antelop yang pupus pada  tahun 1923. Perburuan haram abad ke-19 secara drastik mengurangkan jumlah populasi Bubal Hartebeest. Yang membuat Bubal Hartebeest kelihatan unik  adalah bentuk tanduknya yang khas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2012 08:22 PM | Show all posts
so sayangilah haiwan2 yg ade skang supaya tak pupus
katakan tidak pada pemburuan haram
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 11:12 AM | Show all posts
info yg menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 12:31 AM | Show all posts
nasib baik dapat ambil gambo........
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 12:46 AM | Show all posts
punca kepupusan haiwan ni adalah disebabkan aktiviti manusia...diburu, hutan ditebang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:23 PM | Show all posts
harimau jawa dgn harimau belang yg kat tanah melayu ne apa beza dia? macam sama je ak tngok?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2012 12:57 PM | Show all posts
kesiannyer... aku paling suke yg tasmanian tiger tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 11:48 AM | Show all posts
harimau jawa tu bukan masih ada ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 03:14 PM | Show all posts
suke tgk tasmanian tiger tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 03:15 PM | Show all posts
wahhh, suke suke
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 03:19 PM | Show all posts
mna dapat pic ni semua

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 09:03 PM | Show all posts
mana gambo nye
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 10:16 AM | Show all posts
PITTSBURGH posted on 18-12-2012 09:03 PM
mana gambo nye

tu la pasal
sudah n/a
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 10:37 AM | Show all posts
gambo pon da pupus ke? aiyark..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:30 AM | Show all posts
memang sah...dah pupus....tak dapat diselamatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 01:51 AM | Show all posts
baru nak layan pic...dah ilang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 03:15 AM | Show all posts
takdak picca
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 11:11 PM | Show all posts
awat tak nmpak gambo?? pupus jgk ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:08 AM | Show all posts
Menarik
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 04:40 PM | Show all posts
Assalamualaikum TT.
Td Hakak 'google' cari menatang2 ni... jumpa! So Hakak amik kesempatan tepek gambar2 ni... kot2 ada porumer yg tk rajin nk men'google'. TT jangan marah ye!  


1.The Tarpan

2.The Quagga

  3. The Javan Tiger

4. The Caspian Tiger

5. The Syrian Wild Ass

6. The Tasmanian Tiger

7. The Bubal Hartebeest.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.128938 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list