CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 8-7-2012 12:19 PM | Show all posts
tumpang singgah yer....

errmmm.....sila nextkan yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2012 08:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 9-7-2012 09:04

Episode 9

Datuk Yusuf bersandar di kerusi dalam bilik pejabatnya. Dia agak resah. Tempoh seminggu telah di berikan kepada Fandi untuk memberikan jawapan. Hari ini adalah penentuannya. Sesekali dia melihat jam. Kadangkala dia menjeling telefon bimbitnya.

“Papa…calm down” Aidil berkata. Dia pula menjadi risau melihat tingkah laku papanya.

“Dah pukul enam setengah ni..” Datuk Yusuf pula berkata.

Telefon intercom berbunyi.

“Datuk” Suara setiausaha peribadinya kedengaran.

“Yes Shiela”

“Encik Affandi nak berjumpa dengan Datuk”

“Suruh dia masuk” Suara Datuk Yusuf kedengaran lega, tetapi tidak sepenuhnya. Selagi Fandi tidak menandatangani kontrak, selagi itu Datuk Yusuf tidak senang duduk.

TOK TOK

Kedengaran pintu di ketuk.

“Masuk”

“Assalamualaikum pakcik” Fandi memberi salam apabila melihat Datuk Yusuf. Pandangannya beralih pula ke arah Aidil yang berdiri memandangnya. Fandi menghulurkan tangan, bersalam dengan Datuk Yusuf.

“Ini anak sulung pakcik, Aidil” Fandi menghulurkan pula tangan kepada Aidil.

“Duduklah” Datuk Yusuf menjemput. Fandi menurut dan Aidil juga turut duduk. Dia masih memerhatikan Fandi di depannya, membuat ulasan sendiri di dalam hati. Fandi pula masih mendiamkan diri, tidak tahu bagaimana untuk memulakan kata-kata. Perlahan-lahan, Fandi mengeluarkan fail yang berisi kontrak dari beg sandangnya.

“Pakcik” Selepas menarik nafas, Fandi berkata.

“Saya setuju” Fandi menyambung kata, memandang ke arah Datuk Yusuf sekilas lalu kembali menarik nafas.

“Tapi…” Suasana senyap beberapa saat.

“Saya nak buat perjanjian lain dengan Datuk” Kata-kata Fandi menyebabkan Datuk Yusuf dan Aidil saling berpandangan.

“Maksud Fandi?” Datuk Yusuf bertanya. Fandi diam, keningnya berkerut.

“Duit seratus ribu tu tak cukup? Fandi nak lebih dari itu?”

“Eh, tak pakcik. Bukan macam tu” Fandi segera menidakkan.

“Jadi?”

“Saya cuma nak separuh dari duit upah tu” Fandi menjawab. Datuk Yusuf dan Aidil saling berpandangan lagi.

“Dalam masa yang sama, saya nak minta pakcik pulak tolong saya”

“Tolong, tolong apa?”
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 09:07 AM | Show all posts
aisehhh... nicky... nk laggiiii....haissshhhh fandi nk minta tolong ape lak ni... saspennn  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 09:31 AM | Show all posts
“Saya nak pakcik tolong cari adik saya”

“Cari adik awak?” Aidil pula bertanya. Keningnya juga berkerut mendengar kata-kata Fandi. Fandi mengangguk.

“Adik saya. Nama dia Nabilah. Dia lari dari rumah sejak tiga tahun lepas. Sampai hari ini, kami sekeluarga langsung tak pernah dapat khabar berita dari dia” Fandi menjawab.

“Pakcik pernah kata, pakcik upah penyiasat persendirian untuk siasat latar-belakang saya. Saya nak minta bantuan pakcik supaya siasat di mana adik saya berada sekarang” Fandi menyambung kata-katanya.

“Walaupun dah lama dia hilang. kami sekeluarga tak pernah berputus asa untuk cari Nabilah. Cuma, kami dah buntu, tak tahu lagi mana nak cari dia. Keluarga kami pun bukanlah orang senang, biasa-biasa saja. Tapi, untuk upah penyiasat persendirian, kami tak mampu”

“Kalau dia masih hidup, kami sekeluarga sedia terima Nabilah seadanya. Tapi…Kalau dia dah meninggal, kami nak tahu di mana kubur dia” Fandi berkata perlahan.

Mereka terdiam lagi. Datuk Yusuf memandang Fandi yang menundukkan pandangannya ke bawah.

Suasana menjadi senyap seketika. Datuk Yusuf dan aidil saling memandang antara satu sama lain.

“Baiklah Fandi. Pakcik sedia bantu kamu” Datuk Yusuf berkata. Fandi mengangkat muka. Masing-masing menarik nafas.

“Jadi, kamu setuju kahwin dengan Sofea Raihana?” Datuk Yusuf bertanya meminta kepastian. Fandi mengangguk.

“Kalau dah tak ada apa-apa lagi, boleh kita sign kontrak tu?” Datuk Yusuf bertanya. Fandi mengangguk.
Fail yang berisi kontrak itu di buka. Masing-masing membaca kontrak itu sekali lagi lalu menurunkan tanda tangan.

“Pakcik…”

“Ada apa lagi, Fandi?”

“Saya cakap terus terang dengan pakcik. Pakcik pun tahukan, gaji saya bukan besar. Setakat makan, pakai tu saya mampu lagi. Tapi saya tak mampu nak bagi kemewahan pada anak pakcik”

“Kenapa Fandi nak risau pasal tu?’’

“Saya akan bernikah dengan anak pakcik. Saya perlu pegang amanah saya sebagai suami. Berdosa besar kalau saya tak jalankan tanggungjawab saya” Fandi menjawab.

Datuk Yusuf menandang Fandi agak lama sehingga Fandi sendiri merasa gelisah.

“Pakcik…” Fandi memanggil. Dia terasa seperti telah melakukan satu kesalahan besar.

“Kalau saya ada tersalah kata, saya minta maaf pakcik” Fandi berkata lagi. Datuk Yusuf hanya menggelengkan kepala.

“Tak Fandi. Tak ada apa yang salah” Fandi menarik nafas.

“Fandi” Datuk Yusuf memanggil.

“Ya…pakcik”

“Terima kasih…sebab sudi tolong pakcik. Terima kasih banyak-banyak” Fandi terdiam. Dia cuma mampu menganggukan kepalanya perlahan-lahan.

****************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 09:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 9-7-2012 11:35

Bella menghisap rokoknya dalam-dalam lalu melepaskan asapnya perlahan-lahan. Sudah sepuluh minit dia menunggu di ruang Bar & Lounge hotel lima bintang ini. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangannya. Tubuhnya di saluti gaun berwarna biru gelap, hanya menutupi bahagian dadanya hingga ke lutut. Sehelai jaket berwarna putih menutupi bahagian atas badannya yang terdedah. Bella memang di anugerahi kecantikan semulajadi. Walaupun tanpa solekan tebal, wajahnya tetap kelihatan anggun menawan. Hampir setiap lelaki yang melihatnya, pasti akan menoleh untuk kali kedua.

“Lambatnya” Bella berkata sendiri. Rokok sudah pun di matikan.

“Bella” Bella menoleh apabila namanya di panggil.

“Why are you late?” Suara Bella kedengaran jengkel.

“Sorry, I ada hal tadi” Shark menjawab.

“You look great, honey”

“I know” Shark tersenyum mendengar jawapan Bella. Dia segera mengeluarkan telefon bimbit lalu mula mendail.

“Hello”

“We are here, at the lobby”

“Okay” Talian di matikan.

“Who is this again?” Bella bertanya.

“Big shot from Japan” Shark menjawab.

“Mesti orang tua” Shark ketawa.

“Berapa dia bayar?”

“Lapan ribu”

“I nak empat ribu”

“Okay” Shark menjawab tanpa banyak soal. Harga Bella memang tidak murah. Pelanggan Bella juga bukan calang-calang. Semuanya terdiri daripada mereka yang berstatus dan berduit. Lagipun, Shark memang jarang berkira dengan Bella dari segi bayaran.

“Mr. Shark” Seorang lelaki berdiri di hadapan mereka. Shark bangun.

“Mr. Kenichi Ikeda ” Mereka berjabat tangan.

"Come, have a seat" Mereka duduk.

“This is Bella”

“Hi” Bella pura-pura memanjakan suaranya.

“Hi” Lelaki itu menyapa kembali sambil tersenyum. Matanya tidak lepas memandang Bella.

“This is for you, Mr. Shark” Sekeping sampul surat bertukar tangan.

“Thank you” Shark tersenyum.

“He’s yours Bella” Shark berkata lagi. Bella pura-pura tersenyum lalu bangun dari tempat duduknya.

“Come, Ikeda-San” Bella meraih lengan lelaki itu, menjeling Shark sekilas dan terus berlalu. Shark hanya memerhatikan Bella sehingga hilang dari pandangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 09:54 AM | Show all posts
kenapa tenet hari ini agak cipan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2012 10:08 AM | Show all posts
Reply 186# Nicki_Meow

bertukar la ke unifi ... hehehe

bella pe***** kelas atasan ke eh? .. ..


at last agak2 fandi jatuh cinta dgn si fifi tak? ...



nicki .... hukuman mandatori utk mung pagi nih ... mesti  hapdet 10 bab .. ganti jemaat hari tuh ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 10:21 AM | Show all posts
owhhh adakah bella itu nabila yg hilang dari rumah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 10:46 AM | Show all posts
lady pun speku yg sama mcm conan.

Nicki bebeh... citer ni ala2 kl gengster ke? Ada silambam semua tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 10:49 AM | Show all posts
seng la ni nk cr Nabila kan...kalau btul dia tu bella...

sila next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 10:54 AM | Show all posts
aisehhh... nicky... nk laggiiii....haissshhhh fandi nk minta tolong ape lak ni... saspennn
entahmengapa Post at 9-7-2012 09:07


tolong komplain kat TM Net...

Entah mengapa cipan benor internet hari ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 10:57 AM | Show all posts
Reply  Nicki_Meow

nicki .... hukuman mandatori utk mung pagi nih ... mesti  hapdet 10 bab .. ganti jemaat hari tuh ......
hotmum Post at 9-7-2012 10:08


10 bab?   Cheq dah start tepu otak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 10:57 AM | Show all posts
lady pun speku yg sama mcm conan.

Nicki bebeh... citer ni ala2 kl gengster ke? Ada silambam semu ...
ladyFinger12 Post at 9-7-2012 10:46

pesal asyik terbayang syamsul yusof jadi shark nih??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 10:58 AM | Show all posts
owhhh adakah bella itu nabila yg hilang dari rumah??
cmf_conan Post at 9-7-2012 10:21


Jeng jeng jeng...

Suka benor aku buat cerita yg ada jeng jeng jeng.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 11:00 AM | Show all posts
Reply 193# cmf_conan

setujuk gak ... hehehe ... kasik tatoo byk2 sket ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 11:01 AM | Show all posts
pesal asyik terbayang syamsul yusof jadi shark nih??
cmf_conan Post at 9-7-2012 10:57


errr.... tak minat mamat tu. Suka lagi bront. Tapi kalau bront jadik fandi ok gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2012 11:02 AM | Show all posts
Nicki bebeh... citer ni ala2 kl gengster ke? Ada silambam semu ...
ladyFinger12 Post at 9-7-2012 10:46


Ada la sikit-sikit unsur gangsterism buat tambah perisa. karang kalau focus pasal kahwin doplohpatjam, muntah darah lak sapa yg baca.

Ni pun terfikir nak tuko tajuk cerita, tapi takdok idea. Lady ada idea?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 11:03 AM | Show all posts
seng la ni nk cr Nabila kan...kalau btul dia tu bella...

sila next
sarizu Post at 9-7-2012 10:49


Seng tu sapo?

Next? errrrr... errr....

Huhuhuhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 11:04 AM | Show all posts
errr.... tak minat mamat tu. Suka lagi bront. Tapi kalau bront jadik fandi ok gak...
ladyFinger12 Post at 9-7-2012 11:01


ni mesti gara2 satu watak die dlm pilem mana satu ntah.. nama shark.. terus melekat
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 11:32 AM | Show all posts
Ada la sikit-sikit unsur gangsterism buat tambah perisa. karang kalau focus pasal kahwin doplohp ...
Nicki_Meow Post at 9-7-2012 11:02


for the time being no idea... sorry. Mungkin bila dah byk plot dan dpt idea skit jln cerita baru dtg idea utk tajuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.082252 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list