CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17404|Reply: 73

cara-cara nak berhenti merokok?!

[Copy link]
Post time 5-7-2012 11:37 PM | Show all posts |Read mode
betul ke ada cara untuk berhenti merokok atau memang tak wujud langsung?? aku dah try banyak cara, paling lama aku benti 6 bulan. tapi bila aku tertengok satu filem samseng ni, org2 dia banyak isap rokok trus aku jadi kempunan balik pegi kedai beli pastu isap balik..bila dah lama tak isap, sekali pam je terasa bahagia bagai di syorga

ada org kata makan gula2 boleh ilangkan rasa ketagih, tapi makan gula2 aku takot jadi rongak macam nenek aku umur 80 tahun takde awek cun nak kat aku...

penah satu hari aku termimpi, aku jadi tua. aku mimpi banyak kawan2 aku masuk hospital meninggal dunia sorang demi sorang pasal rokok. tinggal giliran aku je pasni. lepas aku mimpi tu, aku tekad nak berhenti tapi aku takleh berhenti. kadang2 tangan aku rasa gatal je nak tumbok orang bila takleh berhenti.

aku pernah tengok dalam iklan tv ade satu pill tuk ilangkan rasa ketagih, tapi sapa pernah cuba? ada perubahan tak?? atau sesiapa ada tips utk gua... mekasihhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 11:55 PM | Show all posts
mil me dulu siap ambil patch segala mala dia terai produk yang ada,
adalah seminggu dua dia bertahan,
tapi lepas tu smoke balik, kaedahnya susah atau tak berusaha sungguh sungguh...

tapi tu lah tabiat tu hanya benti lepas dia meninggal dek kanser peparu...

so cuba ingat keluarga tersayang kot, pikir bagaimana kalau u meninggal muda.
laki me sampai sekarang terkilan dek mama dia meninggal awal sebab
apa dia rancang nak buat dengan mama dia tu, tak dapat buat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 01:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by CariMalay at 6-7-2012 01:04

eh tapikan, kerosakan paru2 akibat merokok dalam badan tu akan kekal rosak sampai akhir hayat ke atau masih ada peluang untuk aku perbaiki balik..? yela kan, peluang hidup takde yg kedua. sekali je... lagipun enjin2 badan ni nak pakai lama, kalau muda2 dah rosak, macam mana la dah tua nanti kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 07:35 AM | Show all posts
try g blend rokok 2,3 btg pastu minum..tgk pastu ko sanggup x nak hissap rokok
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 07:50 AM | Show all posts
bagi aku,ape yg diiklankan kat tv tu,ko try je...mane la tau berhasil...klau nak berhenti merokok ni bersunggh2..jgn plk ko mkn pil tu seminggu dua,pastu berenti...dia makan masa jgk....cara lain,ko pegi pharmacy,tanya pharmacist tu ubat yg boleh kurangkan tabiat merokok....lps tu,bila ko rasa nak merokok,ko ingat balik niat ko yg nak berenti merokok tu...ko kena lawan...jgn layan sgt hati ko yg nak merokok tu....lagi satu ko print gambar2 heart attack,lung cancer kat dalam bilik ko...senang citer, jadikan wall paper...jadikan wall paper kt handphone ko jgk..sbg peringatan...better ko stop skrg klau ko x nak internal organ ko rosak n cancer cell start tumbuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 08:46 AM | Show all posts
pengalaman org2 sekeliling aku
dah masuk ICU baru berhenti
tapi by that time dah terlambat jack

tapi 6 bulan tu mcm lama gak bertahan, motip gagal dgn tgk movie je ceit
tapi kan, aku kan kalau bayangkan aku dlm keadaan cool, mesti terbayang aku tgh hisap rokok, x tau kenapa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2012 08:47 AM | Show all posts
cuba fikir betapa bodohnya ko bakar duit tiap kali ko merokok. Berdosa kita membazir...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 08:51 AM | Show all posts
bukan takat tengok movie je, tapi kadang2 kalau aku tengah lepak kat warung2, aku selalu tengok orang2 isap rokok sekeliling aku dengan penuh nikmat dan keasyikkannya. walaupun aku dapat bertahan, akhirnya aku kecundang dengan filem yg bernama KL Gangster itu. huhuhu sungguh menyedihkan.

dulu masa zaman sekolah aku bangga bila dapat isap rokok dengan kawan ramai2, tapi bila dah besar ni, aku rasa malu dan terhina terjebak dalam gejala tak sihat ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2012 09:06 AM | Show all posts
cuba fikir betapa bodohnya ko bakar duit tiap kali ko merokok. Berdosa kita membazir...
jai09 Post at 6-7-2012 08:47



   aku sendiri pun memang taknak membazir dengan beli rokok ni. tapi ko paham2 la sendiri, bukan aku nak jadi perokok tegar. aku sendiri pun nak berubah. sebab tulah aku datang sini nak mintak bantuan kepada tuan2 dan perempuan2 sekalian untok mengubah diri aku ni dari terus menghisap rokok.
  aku nak keluar dari terus 'dipenjara' oleh rokok ni. sesiapa yg dulu dia perokok tegar dan dapat berhenti, tolong la share sikit pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 02:20 PM | Show all posts
aku pun harap hubby aku dapat berhenti merokok
haritu seminggu jek dia dpt berhenti
pastu tak tahan, nak merokok gak bila tgk kwn2 kat opis  die merokok
cemana nak berhentikan tabiat merokok dia eh
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 02:52 PM | Show all posts
cuba isap pipe.....buang rokok....pas 1 bulan....buang pipe....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 02:52 PM | Show all posts
kredit to : http://fyezrahman.blogspot.com/2 ... aya-2-berhenti.html

1)
Kaedah tampalan
  • Jenama yang popular dipasaran : NiQuitin (boleh didapati dalam dos 7mg, 14mg dan 21mg)
  • Harga sekotak (7 keping) tidak lebih RM75
  • Ketagihan merokok dikatakan akan lenyap dalam masa 5minit selepas tampalan dilakukan dikawasan yang tidak mempunyai bulu roma (eg. belakang badan)
  • Perlu diamalkan mengikut arahan selama 12 minggu (3 bulan)
  • Tampalan NiQuitin digunakan dalam tiga peringkat. Untuk enam minggu pertama, tampalan yang digunakan ialah bagi dos 21mg. Kemudian diikuti dengan tampalan berdos 14mg untuk dua minggu. Tampalan NiQuitin 7mg pula ialah untuk dua minggu yang terakhir. (Tampalan selama 24jam)


2)
Kaedah lozenges / gula-gula
  • Boleh didapati dalam pek 2mg dan 4mg pada harga RM52.80 sen dan RM69.60 sen untuk satu kotak berisi 48 biji
  • Tidak berperisa dan tidak mengandungi gula, maka ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan sesuai untuk pesakit diabetes
  • Perokok yang tinggi kadar hisapan rokoknya, perlu mengambil sebiji gula-gula 4mg setiap satu hingga dua jam sekali untuk 6 minggu, kemudian setiap dua hingga empat jam sekali untuk tiga minggu selanjutny



  
3)
Progam methadone (terapi gantian methadone)
  • Rawatan jangka masa panjang (sehingga berjaya berhenti merokok) dan percuma
  • Diberikan sebagai rawatan untuk pesakit luar di klinik dan hospital yang telah dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (klik untuk senarai klinik dan hospital).
  • Setiap penerima terapi gantian metadone wajib memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KKM dan mematuhi kaedah rawatan seperti yang ditetapkan
  • Methadone perlu diambil setiap hari dan pemberian metadone dipantau oleh pegawai farmasi dengan rapi di klinik dan hospital
  • Perlu patuh dan berdisiplin kerana lebihan dos mengakibatkan ketagihan pada ubat tersebut (nak stop rokok, jd ketagih ubat pulak..apecer?!)
  • Metahdone ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi di ambil secara oral (melalui mulut) bertindak menutup dan menghilangkan rangsangan nikotin pada otak
  • Selain pemberian ubat, perokok perlu mengikuti aktiviti terapi kognitif, terapi tingkah-laku, latihan asertif, sokongan sosial dan pembinaan kesihatan rohani yang lengkap untuk mendapatkan hasil yang lebih baik (sebab tu ramai yang tak minat, orang kita kan kurang berdisiplin)

Anggaran perbelanjaan dan perbandingan menurut sebuah laman web:
  • Sekotak rokok sehari (rm10) x 3bln = rm900
  • Rawatan kaedah tampalan (3bln)  = rm 750
  • Rawatan kaedah lozenges (3bln) = rm634 hingga rm835
  • Program methadone (sehingga berhasil) = F.O.C

So fikir-fikirkan lah..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..kalau rasa tak boleh nak buang tabiat tu, silalah mati sorang-sorang..jangan libatkan orang lain yang tak bersalah..tapi, sebelum mati, ingatlah orang yang tersayang..mak bapak, adik beradik, bini dan anak-anak..ramai sebenarnya yang sayang kat korang, korang je tak perasan sebab sibuk sangat dengan dunia asap tu..kan kan?!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 03:38 PM | Show all posts
kalo ko pompuan,ko kene kawen
kalo lelaki,kawen gak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:14 PM | Show all posts
ustaz saya dulu pernah cakap,dia start berenti merokok masa Ramadhan sebab dia tanamkan azam kukuh2 dan juga minta pertolongan Allah untuk hilangkan ketagihan rokok
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 07:44 PM | Show all posts
Ade testimoni dr kawan saya, die ambil ADUKA + RGC..
Die kate itu yg die amalkan dan alhamdulillah, sekrg dh berenti..sampai bl tu xtau la..

My hb pn dl merokok, ms dpt 1st baby berenti jap. Then kwn merokok, die isap blik..
Ntah mcm mn satu ari die batuk n ade kahak. Terus berenti sampai skrg..
My hb pnah try niquitin tp xblh nk mkn sbb rs cam nk muntah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 08:07 PM | Show all posts
Reply 3# CariMalay


   my topic of presentation last year.
well, each and every organ dalam badan memang kena jaga. bukan setakat paru-paru, banyak lagi organ lain yang boleh terjejas akibat daripada merokok. but since lung ni adalah salah satu respiratory organ yang paling teruk terjejas bila merokok ni. nak pulihkan lung yang rosak? kenala berhenti merokok dulu. merokok ni jangka masa panjang penyakit dia. mungkin tak rasa sekarang, tapi akan rasa in 10 to 20 years from now. tu la sebab bila suruh berhenti merokok, cakap merokok berbahaya, diorang dah ada mind set yang cakap, aku dah lama merokok, tak mati lagi pun. tu sebab ALLAH tak nak tarik lagi tu...

scientifically, kalau dah rosak, paru-paru tak boleh pulih balik. dah banyak asap2 hitam dan jelaga dalam peparu tu. nak ganti peparu baru ? tak de surgery pemindahan peparu. pemindahan jantung tu ada. dia bukan macam kidney jugak yang kita boleh hidup walaupun xde sebelah. sebab effect merokok ni  dia x tunjukkan serta merta. amik masa.

so selagi ada masa baik berhenti merokok. banyak ubat dah sekarang. apa yang oenting disiplin. hati kena kuat.

if there's a will, there's a way.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 08:52 PM | Show all posts
niquitin tu tak brape jalan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:59 PM | Show all posts
try la aduka plak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 05:49 PM | Show all posts
hem..mula2 nak berhenti ko xleh mendadak.bg aku ada cara..coz aku berjaya hentikan suami aku dr tabiat merokok.kalo ko xkawin lg..tu atas usha ko sdiri.ko cabar diri ko.minggu ni ko mrokok tiap 3 jam sekali.ko kena tahan.so tiap 3 jam sekali baru rokok.pastu ko naikkan waktunya.

dan sambil tu ko pg hospital kerajaan.ada program bhenti rokok.dia akan bg ubat.mcm niquitetin tu xjalan.hospital ni ckp dh mcm2 ubat dia pernah guna tp xjalan.tp ada ubat yg tbaru tu..mmg bkesan.amik sehari 2 kali..mmg bkesan.ambiknya pun xlama.aku dh banyak syorkan org.mmg bhasil.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 07:14 PM | Show all posts
aku dulu penghisap roko tegar dekt 5-6 tahun gak dri zaman sekolah menengah lagi, duit memang banyk abis, mase blajar diploma lagila kuat aku isap rokok sebb dok umah sewa mak bapak xde nk tengok2 kn aku pon, sehari dalam 2 kotak, kalau sekotak dah 10 ringgit 2 kotak dh 20 ringgit, abes camtuh je, x cukup ngan tuh aku siap beli set shisya lg bawak g umah sewa aku ari2 aku layan, sampai satu ari tuh aku salah teknik isap kot terus aku nyer paru2 x bley bernafas ngan betol, bile bernafas die sangkut, dekat 3-4 buln gak jadi camtuh dh makan ubat sume baru ok, lepas tuh aku berhenti merokok dalam mase lebih kurang 8 bulan, aku ingat boleh la berhenti terus rupa2nya aku kecundang lagi dengan rokok nih, aku start isap rokok balik masa aku praktikal, dekat 6-7 bulan gak aku isap rokok balik and satu ari tuh aku ade terbaca kt facebook orang post pasal bahaya rokok dengan gambar2 yg tekak die kene cancer sebab rokok mulut kene kanser sume, terus aku jadi seram dan start time tuh aku benti rokok sampai la skrng dan insyaalaah sampai bile2, nasihat aku kalau ko nk cbe berhenti banyk2 kan baca atau tengok gambar2 kesan akibat merokok, tiap kali ko nk merokok ko tengok gambar tuh dan ko bayangkan ko yg kene sakit tuh...sekian...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.900990 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list