CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16182|Reply: 32

Genting Highlan:Las Vegas M'sia worth US$22 billion

[Copy link]
Post time 10-7-2012 03:29 PM | Show all posts |Read mode




Genting Highland
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti 1st World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berada di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kiter tahu, pelbagai cara untuk kiter mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan


terkini kreta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.

Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada 2 sebab. 1 untuk pergi ke Theme Park dan yang ke-2 majoritinya pegi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010,Asia’s

On a very clear day Genting Highlands can be seen from Kuala Lumpur




cerita tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.

Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang dan Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa 2 tahun
Orang pertama ditemui  oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. setelah menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dia melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.   



Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor.Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi T P M supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi jugak kat Lim Goh Tong.Datuk Harun terpaksa akhirnya bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong.

sos:tenet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2012 03:37 PM | Show all posts
Macam ada bau jer urusan ambil alih tanah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 04:32 PM | Show all posts
heaven utk penjudi2 tegar...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 05:21 PM | Show all posts
cerita la lg camner die leh dpt lesen judi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2012 11:03 PM | Show all posts
cerita la lg camner die leh dpt lesen judi
Alf_Ramsey Post at 10-7-2012 17:21


al ram..pi la bacha buku brtajuk



sapa ni cuba teka..?!




Pada April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah  petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini
.



    petik dari buku ,My Dream oleh  Tan Sri Lim Goh Tong
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 08:17 AM | Show all posts
aku suka gi genting....bila la nk jejak lagi ek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2012 09:11 AM | Show all posts
dari zaman kesultanan melaka hingga bila2pun  tanah melayu tergadai dek kerana duit.....sejarah boleh berulang cuma keadaan jer yg berbeza... tak lama lagi penang pulak tergadai kat cina...selepas temasek a.k.a singapore... melayu mmg tamak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 10:27 AM | Show all posts
Judi harom..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2012 10:55 AM | Show all posts
Reply 1# bluezink


    Pertanyaan yer...  Macam mana Noah dgn Najib ni related? Cucu belah mana? Cucu sedara ker? Den keliru ngan caption gambar tu.

Anyway... I smell something fishy about this guy Noah.. Makan suap jugak ker sampai bermati-matian melobi utk cina ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 10:57 AM | Show all posts
Okeh..dah google... hehe

Bapak mak Najib rupanya...

http://en.wikipedia.org/wiki/Mohamad_Noah_Omar
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 11:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by syahoney at 12-7-2012 11:34

..menarik. citer la lagik

last2 cari sendiri ...

trimas kepada :


http://www.mohamadazhan.com

[quote]Sejarah Kasino Genting, Tanah Pahang Dan Selangor Digadaikan.




Bagaimana Goh Tong bermula?

Bagaimana Goh Tong bermula? Dalam memoirnya My Story kita mendapati beliau bertemu PM Tunku Abdul Rahman terlebih dulu untuk menyempurnakan cita-citanya di Mohd Noah Omar adalah oran g tengah. (Noah Omar adalah datuk Najib Tun Razak dan Hishammuddin Tun Hussein. Tun Razak dan Tun Hussein, kedua-duanya adalah menantu Noah Omar)

Goh Tong menerangkan konsep pembangunan di Gunung Ulu Kali sebagai pusat percutian. Mungkin Goh Tong sudah mengetahui hasrat Tunku untuk membangunkan kawasan itu dan beliau bijak mengambil peluang tersebut.

"Ia adalah satu pertemuan yang mesra," tulis beliau dalam memoir tersebut. "Namun projek itu tidak dapat dilaksanakan kerajaan kerana faktor masa dan kewangan, apatah lagi keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan."

Bagaimana Goh Tong dapat mencium kemahuan Tunku yang ingin membangunkan kawasan tersebut? Adakah ia telah menjadi kefahaman umum dalam kalangan elit Cina bahawa Tunku suka bermain terup dan berjudi?

Lee Kuan Yew dalam memoirnya pernah menulis tentang kegemaran Tunku yang amat suka bermain terup. Sambil bermain terup, Kuan Yew akan berusaha berunding beberapa perkara berhubung politik yang menguntungkan dirinya.


Adakah hal ini juga digunakan Goh Tong? Adakah beliau menden gardaripada pihak tertentu bahawa Tunku memang berhajat membangunkan kawasan itu sebelum ini? Beliau menulis "Berdasarkan kajian awal yang dilakukan JKR, jalanraya itu memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku menyatakan kesempitan kewangan kerana negara berkonfrontasi dengan Indonesia. Jika kerajaan membelanjakan wang besar bagi pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan pembangkang dan hal ini akan menjadi isu politik.

"Untuk mengelak kejadian ini, kerajaan berasa adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

"Pada pendapat Tunku tawaran itu tiba tepat pada masanya. Tunku minta saya sediakan satu kertas cadangan agar beliau dapat mengkajinya. Dalam seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas itu dan menyerahkannya kepadanya. Dia gembira setelah membacanya, lalu bersetuju agar saya meneruskan projek itu," tulis Goh Tong lagi.

Goh Tong dan Mohd Noah seterusnya menubuhkan Genting Highlands Sdn Bhd pada April 1965. Antara 1965 dan 1970, mereka membuat permohonan kepada Pahang dan Selangor untuk mendapatkan beberapa hektar tanah berstatus pegangan bebas. Goh Tong menulis "Dengan sokongan Tunku, Pahang luluskan permohonan itu. Tapi kami ada masalah dengan Selangor. Datuk Harun Idris (Menteri Besar) bersedia memberi tanah berkenaan dengan pajakan 99 tahun. Ini mengecewakan. Saya merayu Datuk Harun secara persendirian dan menjelaskan kepadanya masalah saya.

"Saya menyatakan Genting Sempah adalah kawasan pendalaman. Ia perlukan 30 ke 40 tahun dan pelaburan besar untuk membina jalan, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Selangor cuma memberi pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada kerajaan sebaik saja pembangunannya tamat.

"Saya tekankan jika Selangor tidak mengendahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tiada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di Pahang di sempadannya yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Frasera
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 11:35 AM | Show all posts
sambung lagi ...

"Saya bersama pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senyuman tanpa komitmen apa-apa. Saya faham makna senyumannya kerana belum dapat lesen kasino, bagaimana kita hendak berbicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

"Pada April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan untuk mendapat lesen kasino dari kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat kabinet berlangsung pada sebelah petang dan permohonan saya dibawa ke perbincangan. Dalam mesyuarat berkenaan kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasino yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

"Sebaik saja kelulusan itu diperolehi, saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho kaguman melihat saya mendapat kelulusan kerajaan untuk lesen kasino dalam masa yang singkat. Beliau menyatakan, saya adalah manusia terpantas di dunia ini yang mendapat lesen kasino. Tapi, disebabkan beberapa masalah kami gagal bersepakat untuk bekerjasama.

"Selepas itu, saya berurusan dengan Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami tandatangani perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengizinkannya membantu menguruskan kasino Genting. Setelah sembilan bulan bekerjasama kami tamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Genting menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

[Dipetik daripada buku My Story dengan sedikit suntingan]

Kesimpulan awal

Justeru kita titipkan pengalaman Goh Tong di sini supaya kita dapat membuat penilaian yang tepat mengenai usaha awal ke arah membanteras amalan judi dalam kalangan Melayu Muslim terlebih dulu, sebelum kita berusaha membanteras judi secara berterusan dan menyeluruh.

Pertamanya, kita lihat tabiat berjudi ini sukar dibanteras kerana ia berkait-rapat dengan tabiat pemimpin Melayu yang 'mewakafkan' tanah untuk membina pusat judi terulung di rantau ini. Sebenarnya, kegilaan berjudi wujud lebih lama sebelum wujud Genting. Raja, bangsawan dan rakyat bersabung ayam dan berlaga lembu dan ketagihan ini wujud di ambang kemerdekaan.

16 ekor lembu yang handal akan dibawa dari Kelantan ke Kuala Lumpur sedikit hari lagi untuk mengambil bahagian dalam temasya 'Perlagaan Lembu' sebagai satu rancangan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini. "Temasya 'Perlagaan Lembu' sangat digemari di negeri ini tetapi kerajaan telah melarang permainan tersebut sejak beberapa tahun yang lalu". - (Berita Harian, 27 Julai 1957).

Temasya Laga Lembu akan diadakan selama tiga hari di Kuala Lumpur dalam perayaan menyambut kemerdekaan. Menteri Pertanian dan Perikanan, Encik Abdul Aziz Ishak memberi amaran "supaya orang-orang yang datang terutama sekali ahli-ahli mesyuarat jangan memakai pakaian berwarna merah."

Tuan Sheikh Ahmad bin Mohamed, Perikatan Perlis, apabila membantah pindaan yang dimajukan oleh Menteri Pertanian itu antara lain berkata bahawa permainan berlaga lembu itu ialah "permainan yang telah mati dan yang demikian tidak guna dihidupkan. Saya membantah dengan kerasnya pindaan yang membolehkan perlagaan lembu itu."

Encik Nik Hassan Yahya dari Perikatan Kelantan, tatkala membantah pindaan itu berkata "tindakan yang dicadangkan oleh Menteri Pertanian itu adalah tindakan yang tidak baik; di Kelantan, Laga Lembu telah diharamkan kerana menggalakkan perjudian. Sangat tidak baik bagi manusia melagakan binatang," katanya.

Ungku Muhsein, Perikatan Terengganu, yang juga membantah berkata, "Saya tidak menentang permainan itu, tetapi saya menentang akibatnya, iaitu perjudian."

Encik Abdul Ghafar Baba, Perikatan Melaka, meyifatkan pindaan Menteri Pertanian itu dan niatnya hendak mengadakan Laga Lembu sebagai "melanggar tugas yang diberikan rakyat kepadanya. Saya bangkangnya dengan keras," katanya. - (Berita Harian, 16 Ogos 1957)
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 11:35 AM | Show all posts
maknanya mendiang dapat tanah Gunung Kali itu secara percuma ya??
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 11:54 AM | Show all posts
aku penah baca buku dia ni
menarik la jugak pd aku yg bukan kaki buku nih sbb aku berjaya menghabiskan baca buku nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 12:21 PM | Show all posts
bangsat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 12:56 PM | Show all posts
rasa sedih...melukut ditepi gantang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2012 02:43 PM | Show all posts
Org Cina gunakan balaci elit melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 02:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by Radzor at 12-7-2012 14:50

Siap ada satu masa tu melayu nak halal kan Judi bola..
Bagus sgt ke datuk2, tansri2,tunku2 ni?
Nenek Tunku,datuk Tunku,bapak Tunku, anak datok seri, semua penggadai tanah, kena jek skit bagi kat Kawan golf...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 02:59 PM | Show all posts
Nak sambung sedikit info....
Disebabkan terhutang budi dengan Kerajaan 2 negeri,Lim Goh Tong Turut menyumbang dana kewangan bagi membiayai pembinaan Lebuh Raya Karak.Lebuh raya yang menghubungkan Negeri pahang dan Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan KL.Akses Lebuh raya juga yang turut menghubungkan laluan ke Gunung Ulu Kali atau Genting.Hal ini adalah termaktub secara tidak rasmi diantara kerajaan 2 negeri dan juga pihak pemilik Genting Berhad.Genting juga turut memberikan dana kepada MTD Corp yang menguruskan soal maintanance bagi lebuh raya Karak.Sebenarnya,Genting berhad bukan sahaja termaktub dalam bidang perhotelan dan juga kasino,malahan turut mempunyai aset seperti plantation,power station,Star Cruise,dan jugak Genting paper atau Genting Sanyen.Genting Berhad juga turut disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur kerana kekukuhan industri yang dijalankan oleh Genting Berhad edan turut menjalinkan hubungan perniagaan disekitar Asia Tenggara esp;Hong Kong,Macau,Taiwan dan juga Singapura malahan yang terbaru di Indonesia untuk pembinaan stesen jankuasa elektrik di Sumatera
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 03:46 PM | Show all posts
maknanya mendiang dapat tanah Gunung Kali itu secara percuma ya??
katana83 Post at 12-7-2012 11:35



   Betui ke ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.072149 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list