CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chokachoki

Selamanya Aku Cinta (U)

[Copy link]
 Author| Post time 16-7-2012 12:07 PM | Show all posts
mesti best wife jatuh cinta ngan husband...
shahrinas Post at 16-7-2012 08:54



   betol2. teringin nak macam tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 12:27 PM | Show all posts
betol2. teringin nak macam tu
chokachoki Post at 16-7-2012 12:07


bercinta lepas kawen memang best in the world tau...ikut pengalaman...hihihi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2012 12:43 PM | Show all posts
bercinta lepas kawen memang best in the world tau...ikut pengalaman...hihihi...
shahrinas Post at 16-7-2012 12:27



   pengalaman? hee taknak share ke~~~
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 12:46 PM | Show all posts
Reply 23# chokachoki


    hahahhaah.betul nak tahu jugak.busy body pulak....
chokachoki jangan lupa smbgyerrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2012 12:54 PM | Show all posts
Reply  chokachoki


    hahahhaah.betul nak tahu jugak.busy body pulak....
chokachoki jangan  ...
freddianza Post at 16-7-2012 12:46



   on the wayyy sabar yeeee~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2012 01:03 PM | Show all posts
Amelia tersedar dari tidurnya. Dia melihat sekeliling dan memandang sekilas jam di dinding. Sudah pukul 7.15 pagi. Kelibat Hafiz sudah tiada mungkin dia sudah pergi kerja. Dia bergegas mencapai tuala dan lantas melangkah masuk ke bilik air untuk bersiap.

Dia mencapai lipstick berwarna merah jambu untuk dicalitkan sedikit ke bibirnya sebagai penyeri. Rambut yang panjang melepasi bahu dilepaskan. Puteri Amelia memang cantik orangnya. Siapa yang melihat pasti terpikat.

Sampai di pejabat, Amy terus berjalan melangkah masuk ke dalam biliknya. Beberapa jam lagi ada meeting yang perlu dihadiri. Kelihatan sejambak ros berwarna pink terletak di atas meja. Amy yang tersangat suka dengan warna pink berlari mendapatkan bunga itu.

‘beautiful, hurm..let’s me guess who send it’ bisik Amy sendirian. Sudah lama dia tak mendapat sejambak bunga seperti itu. Dia mencari-cari kad nama atau apa-apa klu untuk mengetahui identity pengirim bunga itu.

“ Mencintaimu satu anugerah tuhan bagiku” selesai membaca tulisan yang tertera dari kad kecil itu, amy membelek lagi untuk mengetahui siapa pengirim bunga tu namun hampa. Hanya tertera huruf H sahaja. Ligat otaknya memikirkan gerangan pengirim bunga itu.

Tepat jam pukul 1 tengahari, Amelia keluar lunch bersama p.a nya merangkap bff nya sendiri, Farah. Mereka beriringan masuk ke restoran fevered mereka yang terletak berdekatan dengan bangunan syarikat milik keluarga Amelia.

“ Tersenyum je bos hari ini.. ada apa-apa ke?” soal Farah selepas mereka selesai mengambil makanan. Dia hairan melihat Amy ceria hari ini. Lain daripada hari biasa.

“ Aii nak heppy sikit pun tak boleh ke miss Farah?” soal Amy kembali sambil tersenyum. Entah kenapa sejambak bunga tadi mampu mengembalikan keceriaan dalam hidupnya semula sedangkan dia tak tau siapa pengirimnya.

“boleh tapi I pelik tengok u heppy semacam harini, pasal bunga tu ke?” teka Farah. Sebagai p.a rakannya itu, dia memang tahu tentang bunga itu dan juga pengirimnya sekali. Dia bersetuju berpakat dengan pengirim bunga itu untuk melihat Amy kembali bahagia.

“Eh takdelah.. u ni merepek je. Dah lah jom kita makan cepat. Banyak kerja I dekat office tu” cepat-cepat amy mengubah topic. Malu sebenarnya dengan Farah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2012 08:16 PM | Show all posts
dah habis ke.. tak ada sambungan lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 12:23 PM | Show all posts
dah habis ke.. tak ada sambungan lg..
mama_wan Post at 17-7-2012 20:16



   sorry x update ag. blom abes ag..tunggu yeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2012 10:59 AM | Show all posts
Datuk Jamal mencapai surat khabar yang terletak di atas meja. Hatinya kini tenang apabila selesai mengerjakan umrah. Datin suraya dan mak jah beriringan melangkah ke ruang tamu membawakan sedikit kuih dan air the panas untuk sarapan mereka.

“Abang..saya ada benda nak cakap ni” ujar datin suraya memulakan perbualan.
Kelihatan mak jah dan datuk jamal hanya mengangguk menunggu datin suraya bercakap lagi.

“ Anak kita amy dan hafiz tu tak silap saya dah setahun kahwin..tapi takde tanda-tanda kita nak menimang cucu pun” ujar datin suraya lagi. Dia memang sudah tak sabar lagi untuk bermain-main dengan cucunya.

“betol jugak tu kak. Diorang belum rancang nak ada anak ke?” soal mak jah pula. Seperti datin suraya, dia juga mahu melihat rumah itu riuh rendah dengan bunyi kanak-kanak.

Datuk jamal tertawa melihat gelagat isteri dan besannya.

“Abang ni..dia gelakkan kita pulak kak” mak jah hairan melihat datuk jamal ketawa. Datin suraya menjeling datuk jamal.

“budak-budak tu baru je setahun kahwin. Sabarlah. Diaorang nak puas hidup berdua dulu agaknya” jelas datuk jamal. dia juga tak sabar untuk menimang cucu sebenarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2012 05:44 PM | Show all posts
Selama dua minggu berturut-turut memberikan sejambak bunga kepada Amelia, hafiz berfikir mahu memberitahu hal yang sebenar kepada isterinya itu. Dia dapat melihat sedikit demi sedikit perubahan diri Amelia. Isterinya itu lebih ceria sekarang berbanding waktu mereka mula-mula berkahwin dulu.

Hafiz duduk di birai katil sambil menunggu Amelia masuk ke bilik mereka selepas selesai menikmati makan malam bersama ibu bapa mereka. Dia mengumpul segala kekuatan untuk memberitahu sterinya tentang hal yang sebenar. Dia mahu membetulkan keadaan rumah tangga mereka.

“Awak.. Abang ada benda nak beritahu awak” ujar Hafiz sebaik saja amy melangkah masuk ke dalam bilik.

“yeke.. cepatlah cakap..saya dah mengantuk ni” seperti biasa amy akan bersikap dingin dengannya. Amy segera mencapai losyen di atas meja solek lalu disapukan di tangannya.

“Awak selalu dapat bunga kan dekat pejabat? Awak tahu tak siapa yang bagi?” soal hafiz terus. Dia tak mahu berlengah lagi.

“Pasal tu ke? Yes.. why??” soal Amy kembali. Dia langsung tak menoleh wajah hafiz ketika bercakap.

“sebenarnya..abang..abang..”

Belum sempat hafiz menghabiskan kata-katanya, Amelia menyampuk.

“abang apa?? Awak jangan bazir masa saya boleh tak? Saya ada meeting taw pagi esok” nada suara Amelia kedengaran tinggi sedikit dari biasa. Malas hendak melayan.

“abang yang bagi bunga tu kat awak tiap-tiap hari dengan kad tu sekali. abang amat sayangkan awak dari dulu lagi” jelas hafiz sambil melangkah untuk berdepan dengan Amelia. Dia mahu Amelia nampak kejujuran di wajahnya.

“hah? Awak? Tak mungkin.. saya tak percaya lah” Amelia mula mengatur langkah untuk tidur namun tangannya sempat digenggam suaminya.

“memang abang yang bagi..huruf h yang ada pada kad tu sebenarnya untuk nama abang..hafiz. dah setahun kita macam ni, tolong bagi abang peluang bahagiakan awak” ujar hafiz lagi. Dia mahu meyakinkan isterinya.

Amelia terkesima. Ada logic di sebalik kata-kata hafiz. Dia agak keliru ketika ini kerana realitinya sekarang dia memang sudah jatuh cinta dengan pengirim bunga itu tapi tak mungkin dia dah jatuh cinta dengan hafiz. Dia menundukkan mukanya. Walaupun sudah setahun bergelar suami isteri, amy hanya acuh tak acuh memandang wajah hafiz.

“Awak pandang muka abang kejap boleh? Yang lepas biarkan lepas, yang penting masa depan abang adalah awak, dan abang adalah masa depan awak” hafiz berkata lagi. Kali ini suaranya kedengaran sangat romantic dan menyentuh perasaan wanita seperti Amelia.

Amelia terdiam dan memandang wajah suaminya itu. Kali ini lidah dia terkelu apabila muka mereka berdua terlalu rapat. Ada sesuatu yang dapat dirasakan yang dia sendiri tak faham.

‘handsome jugak mamat kampung ni..kenapa hati aku still tak terbukak lagi untuk dia’ bisik Amelia sendiri. Dia tergamam melihat ketampanan wajah hafiz. Tiba-tiba dia cair melihat kelakuan hafiz mala mini dan selesa mendengar kata-kata manis hafiz.

Hafiz memipin Amelia ke katil. Entah kenapa Amelia hanya menuruti perbuatan hafiz. Dia sendiri tak dapat melawan perasaan yang kuat yang ada dalam dirinya itu. Mungkin sebenarnya dia sudah mula suka namun dia tak pernah meberi kesempatan terhadap hubungan mereka berdua. Dengan rela dia menyerahkan segalanya kepada suaminya pada malam itu. Malam itu menyaksikan titik permulaan kasih sayang Amelia kepada suaminya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 09:55 PM | Show all posts
nice story....nak lg...;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 12:31 AM | Show all posts
best citer dia.. nampak gaya Datuk Jamal & datin suraya ada harapanlah utk mendapat cucu.. tapi hafiz tu sangat penyabar melayan kerena Amelia.. setelah setahun baru dpt bersama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 10:29 AM | Show all posts
mama_wan posted on 20-7-2012 12:31 AM
best citer dia.. nampak gaya Datuk Jamal & datin suraya ada harapanlah utk mendapat cucu.. tapi hafi ...

itulah pasal. hafiz tu mmg pyabar gile laa orgnye. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 10:57 AM | Show all posts
Selesai berjumpa dengan client syarikatnya, Amelia masih memikirkan kejadian dua malam lepas. Entah kenapa dia merasa yang dia tak patut bersama dengan suaminya. Kadang-kadang perasaan sayang itu datang dan pergi. Wajah akmal mula terbayang di benak fikirannya.

‘Aku still tak boleh lupakan dia ke? Tapi sekarang ni mamat kampung tulah laki aku..Akmal tak mungkin boleh hidup lagi’ bisik hatinya. Dia bingung antara dua keadaan. Apa yang pasti dia dapat rasakan kasih sayang hafiz ikhlas terhadapnya.

Farah yang dari tadi memerhatikan gelagat Amelia mula menyusun langkah  ke bilik bosnya itu. Mungkin rakannya itu sedang menghadapi masalah. Dia segera duduk di hadapan Amelia namun Amelia sedikit pun tidak perasan kehadirannya.

“jauh u termenung hari ni.. dah sampai mana tu?” soal farah. Dia melambaikan tangannya di hadapan Amelia untuk menyedarkan rakannya itu.

“eh bila u masuk. Sorry I tak sedarla” balas Amelia pendek.

“asal I tengok u macam resah semacam je. Ada yang tak kena ke beb?” soal farah lagi. Sebelum ni wajah Amelia sentiasa ceria selepas hafiz mengirim bunga kepadanya tiap-tiap hari tapi kini tak lagi.

“hurm..actually I tengah bingung lah..” Amelia mula meluahkan perasaannya. Setiap masalah yang dihadapinya dia akan berkongsi dengan rakan baiknya itu dan begitu jugalah sebaliknya.

Farah hanya menunggu Amelia meluahkan masalahnya.

“I dengan hafiz dah bersama malam haritu. I bingung sama ada I dah mula suka kat dia ataupun macam mana..” luah amelia lagi. Perkara itu yang sentiasa dia fikirkan sejak kebelakangan ni.

“wah yeke.. maksudnya ada harapan I nak timang anak buah. Hehe. Amy, I tau u still ingat kat akmal kan, tapi itu semua dah berlalu. Masa depan u hafiz. Jangan nanti bila yang depan mata dah takde baru u nak cari dia.” Nasihat farah. Dia faham apa yang membuatkan rakannya bingung.

Amelia merenung wajah farah. Ada betullnya cakap bff nya itu.

“I cuba menyayangi dia dan lupakan akmal. Okla u sambung buat kerja ye” Amelia berasa sedikit lega apabila segala masalahnya dapat dikongsikan dengan orang yang dipercayainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 01:06 PM | Show all posts
Selepas menyiapkan beberapa kertas kerja, hafiz terus mencapai handphone dan kunci keretanya untuk pulang ke rumah. Dia mahu segera pulang ke rumah untuk menunggu kepulangan isteri tercinta. Dia sudah menempah meja untuk makan malam romantic di sebuah restoran.

Ketika hafiz sampai di rumah, kelihatan mak jah sedang membaja pokok bunga di rumah itu. Apabila melihat anaknya pulang, dia segera melangkah ke kereta hafiz.

“Awal balik hari ni. Biasanya dah dekat maghrib baru nak balik”tegur mak jah ketika hafiz menyalam tangannya. Rutin ini memang sudah biasa hafiz amalkan kepada orang tuanya dan juga mertuanya. Sikap ini menyebabkan ibu dan mertuanya senang dengannya.

“malam ni special sikit mak. Saya nak bawak amy makan luar. Nanti mak makan dengan papa dan mama ye” ujar hafiz sambil tersenyum manis. Selama setahun berkahwin, belum pernah lagi dia dan amy makan berdua. Selalunya mereka akan makan bersama orang tua mereka.

“wah..ada apa-apa yang istimewa ke ni? Untung isteri kau nak” balas mak jah. dia juga gembira melihat anaknya tersenyum.

“takde apa la mak. Saya masuk dulu, nak mandi solat semua. Mak sambunglah bercucuk tanam mak tu” ujar hafiz. Dia memang tahu emaknya memang berminat bercucuk tanam sampai sekarang walaupun umurnya sudah lanjut.

Mak jah hanya mengangguk dah kembali melangkah semula ke taman.

Selesai membersihkan diri dan solat asar, hafiz mencapai handphone yang diletakkan di atas meja solek. Lantas dia segera menelefon isterinya.

“assalamualaikum awak, boleh tak hari ni awak balik awal sebelum maghrib?” hafiz bersuara selepas mendengar suara Amelia.
“waalaikumsalam, erm..boleh sebab kerja saya dah settle. tapi kenapa awak?” Amelia bertanya. Dia berazam untuk belajar mencintai suaminya sendiri.
“awak balik jela dulu ye. abang tunggu. Nanti dekat rumah abang beritahu” balas hafiz. Setelah mendapat respon isterinya, dia mematikan panggilan dan senyuman tergaris di wajahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:26 PM | Show all posts
nak lg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2012 01:09 PM | Show all posts
lagi lagi.. ada tak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 02:41 PM | Show all posts
Tepat jam 6.30 petang, Amelia sampai di rumahnya. Dia memakirkan keretanya dan segera masuk untuk bertemu dengan hafiz.

“awak dah balik? Erm, malam ni kite keluar makan jom?” ajak hafiz ketika melihat Amelia baru mahu menaiki tangga untuk ke bilik mereka.

Amelia menoleh.

‘hai..tak pernah-pernah ajak aku keluar.. ada apa-apa ke ni?’ detiknya di hati.

“boleh jugak..pukul berapa nak keluar? Kita berdua je ke?” soal amy kembali.

“yup berdua je. Mama papa makan dengan mak sekali. Jangan risau.” Balas hafiz. Walaupun isterinya itu sibuk bekerja, amy tak pernah melupakan tanggungjawabnya kepada kedua ibu bapanya dan juga ibu mertuanya.

Amelia mengangguk dan naik ke atas untuk bersiap.

Usai solat maghrib bersama atas ajakan hafiz, Amelia segera bersiap. Malam itu dia kelihatan cantik sekali dengan dress labuh berwarna merah berserta cardigan hitam. Sementara menunggu Amelia bersiap, hafiz turun ke bawah berbual bersama datuk jamal.

“awak, saya dah siap. Jom?” tegur Amelia apabila sudah siap untuk keluar.

Hafiz terpempan. Dia kagum dengan kecantikan Amelia malam itu. Amelia dapat melihat respon hafiz apabila melihatnya. Dia tersipu-sipu apabila mata hafiz tak berkelip melihat wajahnya.

“Err..jom..” ajak hafiz apabila dia tersedar daripada angannya.

Mereka beriringan masuk ke dalam restoran itu. Amelia agak terkejut melihat surprise untuknya itu. Mereka menikmati dinner berlatarbelakangkan alunan merdu gesekan biola. Suasana dirasakan sungguh romantic.

“awak suka?” soal hafiz apabila melihat wajah ceria Amelia.

“awak..kenapa buat semua ni..saya terharu and I like it” balas Amelia ikhlas. Dia dapat merasakan yang hafiz bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cintanya. Malam itu hati Amelia mula membuka ruang untuk suaminya sendiri.

“abang buat semua ni untuk gembirakan isteri abang yang paling abang cinta. abang ikhlas mencintai awak dulu sekarang dan selamanya.” Ujar hafiz dalam nada yang romantic sambil mengenggam tangan isterinya.

Amelia memandang sekeliling apabila suaminya memegang tangannya. Entah kenapa dia segan melihat orang keliling memandang mereka sambil tersenyum. Jauh di sudut hatinya dia pasti ada sinar baru dalam hidupnya kini.

“awak..malulah orang tengok awak buat macam ni” ujar Amelia.

“biar satu dunia tau abang sayang awak seorang je dalam dunia ni” luah hafiz lagi. Kali ini dia menghadiahkan senyuman kepada Amelia.

Tanpa disedari, bibir Amelia juga mengukir senyuman. Dia nekad untuk melupakan segalanya dan mulakan hidup baru bersama suaminya.

Sementara itu, di rumah mak jah dan datin suraya berbual sambil menikmati air kopi panas.

“akak rasa hubungan anak-anak kita tu makin rapat nampaknya” ujar datin suraya tiba-tiba.

“akak harap diaorang berkekalan..sabar betul menantu akak tu ye”datin suraya berkata lagi sambil memuji kesabaran anak buahnya.

Mak jah tersenyum apabila mendengar pujian itu.

“saya percaya takdir dah tentukan jodoh tu milik mereka. Lambat atau cepat saya yakin amy akan sayang juga pada hafiz nanti” balas mak jah. dia juga mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga anaknya itu.

“insyaAllah. Kita doa jah. orang kata doa ibu ni paling mustajab” ujar datin suraya.
Mak kah mengangguk sambil berdoa dalam hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2012 12:30 PM | Show all posts
Hujung minggu itu, Amelia bangun lebih awal dari biasa. Sejak kebelakangan ini, bila dia bangun dari tidur dia akan melihat wajah tenang hafiz di sebelahnya dan itu membuatkan dia tersenyum sendirian. Selesai mandi, dia turun ke dapur untuk menyiapkan makanan tengahari buat kali pertamanya. Dia pandai memasak cuma malas nak menyibukkan diri di dapur. Kini, dia sedar yang menyediakan makanan suaminya merupakan satu tanggungjawab baginya.

“mak..buat apa tu” tegur Amelia apabila melihat ibu mertuanya di dapur.

“amy dah sarapan? Mama dengan papa dah keluar tadi lepas sarapan. tak tahu pula nak ke mana.” Balas mak jah. ketika amy turun mereka baru saja selesai bersarapan.

“belum, takpela mak. Nanti amy nak breakfast amy buat sendiri. Hafiz pun tak bangun lagi” ujar Amelia sambil tersengih. Lambat suami dia bangun hari ini. Penat bekerja mungkin.

Mak jah hanya mengangguk sambil tersenyum mendengar gelagat anaknya itu.

‘sudah kahwin tapi masih tak berubah lagi’ bisik hatinya sambil menggelengkan kepalanya.

“mak..amy nak tanya sikit boleh” soal Amelia lembut.

“tanya jela..apa dia tu nak?” balas mak jah. langkahnya untuk ke ruang tamu terhenti. Dia kembali duduk di meja makan.

“erm..erm..apa lauk favorite hafiz?” soal Amelia sambil tersipu-sipu. Dah lama kahwin baru sekarang nak tanya.

“itu ke yang amy nak tanya.. dia paling suka kalau dapat makan masak lemak udang..kalau dia makan tu tambah nasi banyak kali tau” ujar mak jah sambil tersenyum. Dia dapat merasakan yang Amelia mula menunjukkan kasih sayangnya kepada hafiz.

Amelia mengangguk faham. Kemudian dia segera melangkah ke peti sejuk. Dia mengambil segala yang diperlukan untuk masak lauk itu. Mak jah hanya memandang gelagat menantunya.

Beberapa minit kemudian, Amelia naik ke biliknya untuk mengejutkan hafiz. Dia mahu mengajak hafiz bersarapan bersama. Apabila sampai di biliknya, dia melihat hafiz masih lagi nyenyak. Amelia mengeluh.

“awak..awak..bangun..dah pukul berapa ni..” kejut Amelia lembut.

Masih tiada respon dari hafiz.

“awak..oh awak..bangunla.. jom breakfast, saya dah lapar ni” Amelia merengek. Apabila masih tiada respon Amelia mahu melangkah keluar dari bilik. Malas hendak kejutkan lagi.

Hafiz yang sudah sedar dari tadi lantas bangun dan menarik tangan isterinya hingga Amelia hampir rebah ke dalam pelukannya. Satu kucupan penuh kasih sayang dihadiahkan ke dahi isterinya. Perbuatan hafiz itu membuatkan Amelia tertunduk malu. Jantung dirasakan berdegup kencang.

‘ini ke tanda-tanda orang jatuh cinta..err??’ bisik hati Amelia.

“boleh tak lepas ni jangan panggil awak lagi? Panggil abang..tu lagi manis sayang..” ujar hafiz separuh bisik ke telinga isterinya sambil memeluk tubuh isterinya untuk seketika.

Amelia kaku. Entah kenapa lidahnya terasa begitu kelu untuk bersuara walaupun hafiz sudah meleraikan pelukannya.

“Err..pergilah mandi dulu..saya nak siapkan sarapan kita. Nanti dah wangi turun bawah ye” Amelia tersipu malu dan segera keluar dari biliknya.

Hafiz hanya melihat gelagat isterinya itu. Hatinya bahagia apabila amy sudah mula menerimanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 12:10 PM | Show all posts
Hubungan Amelia dan hafiz menjadi semakin rapat. Kalah orang yang bercinta. Masing-masing mengakui yang percintaan selepas berkahwin lebih indah. Ibu bapa mereka juga bahagia melihat perkembangan hubungan mereka.

Bila jam menunjukkan sudah pukul 5 petang, Amelia melangkah keluar dari pejabatnya dan mencari kereta hafiz. Apabila terlihat kereta suaminya, dia terus berjalan dan memasuki kereta itu. Sejak hubungan mereka bertambah baik, kini hafiz menjemputnya setiap kali balik kerja dan balik rumah bersama-sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Kepala Amelia tiba-tiba berpusing dan berpinar-pinar selepas mereka solat maghrib bersama-sama. Amelia memicit kepalanya yang pening itu. Perlahan-lahan dia melipat telekungnya dan terus baring. Hafiz hanya melihat gelagat isterinya. Dia melangkah ke arah katil dan duduk di birai katil.

“kenapa sayang? Mama dah panggil nak makan tu” soal hafiz apabila terdengar panggilan dari mama di bawah.

“tak taulah kepala ni. Tiba-tiba je pening. Takpela abang turun jela makan..sayang nak rest dulu” balas Amelia lembut. Matanya dipejamkan untuk melegakan kesakitan kepalanya.

Beberapa minit kemudian, hafiz kembali di sisi Amelia sambil membawakan panadol dan air suam.

“sayang makan ni dulu ye..betul tak nak makan ni?” soal hafiz lagi sambil membantu Amelia bangun untuk makan panadol.

“abang makan dengan mama semua ye..sayangmacam takde selera sangat ni..tekak rasa lain macam je” ujar Amelia. Selesai mengambil panadol, dia kembali baring. Hafiz membiarkan sahaja isterinya berehat. Penat dengan kerja mungkin

************************************************************************************

“bisnes kamu macam mana sekarang?” soal datuk jamal. dia memulakan perbualan ketika menikmati makan malam.

“Alhamdulillah papa..makin banyak tender yang masuk..” ujar hafiz. Kadang-kadang dia berasa segan kerana datuk jamal yang mengeluarkan modal untuk dia berbisnes.

“yeke..syukur..baguslah. usaha gigih lagi hafiz” pesan datuk jamal. sebagai orang bisnes yang berjaya, dia juga mahu melihat menantunya Berjaya.

“eh kite borak, borak jugak..amy mana? Tak turun sekali ke hafiz?” soal datin suraya pula.dari tadi Amelia tak turun-turun.

“tak..dia sakit kepala..biarlah dia berehat..lagipun dia kata takde selera sangat.” Jelas hafiz. Makanannya juga tak dijamah banyak. Jika Amelia takde di sebelahnya rasa seleranya juga berkurang.

“amy tak sihat ke nak? Bawak dia pergi klinikla”mak jah menyampuk. Dia menyayangi Amelia seperti anaknya sendiri. Risau jika Amelia sakit.

“entah-entah kamu nak jadi papa tak hafiz?” soal datin suraya sambil tersenyum. Mungkin Amelia sudah menunjukkan tanda-tanda orang mengandung. Datuk jamal dan mak jah juga turut tersenyum.

Hafiz terdiam. Kalau betul dialah orang yang paling gembira tapi dia tak mahu terlalu berharap. Mungkin isterinya hanya sakit pening biasa saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.154920 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list