|
dino posted on 23-7-2012 01:30 PM
kan ade link follow kat tuh
Dino...sile register skrg....
Iftar Bersama Imam Muda Asyraf, Mawi, Hafiz Hamidun dan Ramai Lagi
by Arteffects International on Monday, July 23, 2012 at 1:32pm ·
Iftar Bersama
Arteffects International menjemput para peminat yang ingin berbuka puasa bersama selebriti Islamik seperti Imam Muda Asyraf, Mawi, Hafiz Hamidun, Imam Muda Najdi dan Fitri Haris pada 7 Ogos 2012.
Program yang dinamakan Iftar Bersama ini dianjurkan sempena Majlis Berbuka Puasa, Pelancaran Album dan Penyerahan Anugerah untuk album-album terbitan Arteffects International sepanjang tahun 2012. Album ini akan diserikan lagi dengan Tazkirah oleh Imam Muda Asyraf, Azan Maghrib oleh Imam Muda Najdi, Persembahan Nasyid dan Zikir Terapi oleh Mawi, Hafiz Hamidun dan Fitri Haris, serta peluang beramah mesra bersama selebriti Islamik tanah air.
Penyertaan adalah sebanyak RM100 bagi setiap individu, termasuk buffet berbuka puasa dan dua buah album terbitan Arteffects International secara percuma iaitu album terbaru dari Asmawi - Asmaulhusna, dan album Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun. Juga tersedia hadiah-hadiah istimewa untuk pemenang cabutan nombor bertuah.
Iftar Bersama akan dianjurkan di:
Tiara Rini Ballroom
Hotel Royale Bintang The Curve
Petaling Jaya
6.00 petang - 9 malam
7 Ogos 2012
Tempat adalah terhad, sila hubungi 03-7725 1297 / 03-7727 1297 untuk membuat tempahan dan ketahui cara-cara pembayaran melalui talian tersebut.
|
|